lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Pejabat SUK Terengganu Terima Anugerah AKKP
Pejabat SUK Terengganu Terima Anugerah AKKP
KUALA TERENGGANU, 6 Julai- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu telah dianugerahkan dengan pengiktirafan lima bintang (cemerlang) bagi Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (AKKP) 2021. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja sempena Konvensyen Keselamatan Peringkat Kebangsaan di Putrajaya pada 9 Jun lalu. “Syabas dan tahniah kepada semua jabatan serta agensi yang terlibat dalam urusan inspektorat AKKP 2021 yang melibatkan sepuluh Bahagian di Pejabat Setiausaha Kerajaan. “Ini merupakan kali ketiga Pejabat SUK Terengganu diiktiraf lima bintang sejak AKKP diperkenalkan. "Diharapkan anugerah tersebut menjadi pemangkin dan tanda aras kepada jabatan serta agensi untuk terus kekal cemerlang dan melindungi rahsia-rahsia kerajaan,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini. Turut hadir, Penasihat Undang-undang Negeri, Dato’ Razali Che Ani, Pegawai Kewangan Negeri, Rozali Salleh serta Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Dato’ Zulkifli Ali.  Sempena perhimpunan bulanan itu juga, beliau turut menyempurnakan penyampaian insentif kecemerlangan sebanyak RM500 berserta sijil penghargaan kepada 37 penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Wisma Darul Iman bagi bulan Januari hingga Jun 2022.  
06 Jul 22
564
Pejawat Awam Perlu Tingkat Prestasi kerja
Pejawat Awam Perlu Tingkat Prestasi kerja
KUALA TERENGGANU, 6 Julai - Perubahan landskap global dan negara berikutan pandemik COVID-19 memerlukan penjawat awam meningkatkan prestasi kerja supaya tidak menjejaskan mutu perkhidmatan kepada rakyat dan kerajaan. Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja berkata, dalam situasi endemik COVID-19 yang masih lagi mengancam kehidupan harian, ditambah pula dengan wabak-wabak baru seperti Influenza dan MonkeyPox, kehidupan perlu diteruskan demi kelangsungan ekonomi negara dan kepentingan rakyat.  “Suka atau tidak, penjawat awam perlu mengubah cara kerja sesuai dengan situasi semasa dan normal baharu, disamping mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. “Setelah hampir dua tahun kita bekerja dari rumah dengan waktu kerja anjal dan kurang pemantauan oleh jabatan,  semua pegawai dan kakitangan diharap dapat menyusun semula jadual kehidupan dan bangkit daripada ‘cuti panjang’ untuk meneruskan kerja seperti biasa,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini. Turut hadir, Penasihat Undang-undang Negeri, Dato’ Razali Che Ani, Pegawai Kewangan Negeri, Rozali Salleh serta Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Dato’ Zulkifli Ali.  Sementara itu, beliau turut meminta ketua-ketua jabatan menyemak dan menekankan beberapa perkara pada pasca pandemik ini. “Antaranya berkaitan kehadiran kakitangan awam ke tempat kerja, cuti rehat, etika pakaian serta tugasan pejabat yang tertangguh ekoran COVID-19,” ujar beliau. Katanya, semua ketua jabatan perlu mengambil berat perkara tersebut terutamanya di Wisma Darul Iman yang dijadikan contoh dan rujukan bagi jabatan dan agensi diluar sana.  “Sama-samalah kita menjaga imej penjawat awam Negeri Terengganu,” ujarnya.  
06 Jul 22
426
Penyerahan Kunci Rumah Padang Setengge Dalam Masa Terdekat
Penyerahan Kunci Rumah Padang Setengge Dalam Masa Terdekat
KUALA TERENGGANU, 6 Julai – Penantian 234 pembeli projek Perumahan Padang Setengge di sini bakal menarik nafas lega kerana mereka akan menerima kunci rumah berkenaan tidak lama lagi, setelah tertangguh lebih dari sepuluh tahun. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, ia sekali gus menamatkan penantian mereka untuk mendiami kediaman sendiri yang dinanti-nanti sekian lama. “Saya dah bercakap dengan  kontraktor penyelamat itu dan dimaklumkan semuanya telah pun selesai termasuk bekalan elektrik dari Tenaga Nasional Berhad (TNB).  “Kita akan dibuat penyerahan dalam masa yang terdekat.. insya-Allah pada tahun ini juga dengan rumah yang lebih cantik daripada asal,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas  Majlis Menandatangani MoU Bagi Pembinaan Rumah Mesra Rakyat Darul Iman (RMR - Rahman) di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Wisma Darul Iman, di sini hari ini. Terdahulu, projek di kawasan perumahan Padang Setengge bagi fasa tiga dan empat itu dilaksanakan secara berperingkat bermula 2011 melibatkan 234 unit rumah dan dijadualkan diserahkan kepada pembeli pada Ogos 2014. Sebanyak 234 unit rumah di fasa 4 selepas itu ditinggalkan terbengkalai oleh sub-kontraktor dalam keadaan 75 hingga 80 peratus siap kerana kegagalan SePurnama sebagai kontraktor utama projek tersebut dalam melunaskan hutang kepada sub-kontraktor yang telah melaburkan sebahagian besar modal untuk menyiapkan projek Sementara itu, mengulas tentang Projek perumahan Kampung Gong Cempedak fasa 3, Marang yang terbengkalai, ia akan disambung semula pembinaannya selewat-lewatnya akhir tahun ini. Menurut Dr Alias, bagi memastikan pembinaan fasa 3 melibatkan 212 unit yang terbengkalai tersebut berjalan segera, pihaknya telah membantu kontraktor penyelamat berunding untuk  mendapatkan dana pembiayaan dari bank. “Boleh selesai insya-Allah, cuma minta semua bersabarlah. Beri peluang kepada kita untuk berunding cara yang baik walaupun ini bukan projek kerajaan negeri tetapi projek swasta. Namun demi rakyat, kita usaha juga untuk membantu mereka,”ujarnya. Untuk rekod, projek Perumahan Gong Cempedak yang terbengkalai lebih 10 tahun lalu merupakan pembinaan yang dilupuskan kepada pihak swasta pada tahun 2006 dan ia adalah 100 peratus di bawah pengurusan sendiri serta tidak melalui Setiausaha Kerajaan (SUK) Perumahan Negeri serta campur tangan kerajaan negeri.  
06 Jul 22
645
Bank Susu Disambut Baik Masyarakat
Bank Susu Disambut Baik Masyarakat
Masyarakat menyambut baik perancangan kerajaan mewujudkan Bank Susu selari dengan keperluan semasa.
06 Jul 22
150
KASA Peruntuk RM1.55b Bawah RMK-12 Di Terengganu
KASA Peruntuk RM1.55b Bawah RMK-12 Di Terengganu
Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Air dan Alam Sekitar (KASA) meluluskan 21 projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bernilai RM1.55 billion.
06 Jul 22
170
Rakyat Terima Manfaat Projek Perlombongan Bijih Besi
Rakyat Terima Manfaat Projek Perlombongan Bijih Besi
KUALA TERENGGANU, 6 Julai - Rakyat Terengganu akan menerima limpahan manfaat daripada aktiviti perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Dungun yang diusahakan Qew Group Bhd (QCB) dengan tiga syarikat lain. Pengerusi Eksekutif QCB, Datuk Dr Muhamad Iqbal Mohamad berkata, tiga syarikat yang akan bekerjasama dengan pihaknya itu ialah, Cahaya Kurnia Sdn Bhd, imbasan Damai Sdn Bhd dan Prospect Global Resources Sdn Bhd. Beliau berkata, projek berskala besar  dengan Kos Pembangunan Kasar (GDC) sebanyak RM800 juta itu akan meningkatkan ekonomi setempat yang merupakan jangkaan pihaknya bagi aktiviti perlombongan di kawasan seluas 243  hektar dalam tempoh lima tahun akan datang. "Ini akan membuka peluang pekerjaan kepada tenaga kerja tempatan selain memberikan jalinan kerjasama dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) setempat. "Projek pembangunan ini mampu menjana pendapatan lumayan yang boleh dikongsikan bersama pemegang saham utama, pemegang taruh, rakan kongsi dan rakyat dan ia akan memberikan kesan ekonomi yang menyeluruh," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam taklimat media QCB di Kuala Lumpur, sebagaimana dilaporkan Berita Harian, semalam. Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya berkeyakinan ia akan memberikan kesan positif yang siginifikan kepada pendapatan kumpulan kerana perlombongan itu mempunyai prospek yang tinggi berdasarkan harga pasarannya ketika ini serta permintaan tinggi dalam pasaran global. "Berasarkan kebiasaan dalam aktiviti perlombongan, hasil daripada nilai pelaburan adalah sebanyak tiga kali ganda," ujarnya lagi.
06 Jul 22
2457
Terengganu Sedia Hantar Bantuan ke Kedah
Terengganu Sedia Hantar Bantuan ke Kedah
KUALA TERENGGANU, 5 Julai - PAS Terengganu menerusi badan Khidmat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) bersedia menghantar pasukan sukarelawan bagi membantu mangsa-mangsa banjir kilat di Baling. Pengerusi Khidmat Malaysia negeri, Hanafiah Mat berkata, pihaknya menzahirkan rasa sedih dan simpati dengan apa yang menimpa rakyat Baling. Sehubungan dengan itu,  pihaknya kini sedang menunggu arahan daripada ibu pejabat Khidmat Malaysia sebelum bergerak bersama sukarelawan ke Kedah. “Kumpulan sukarelawan tersebut akan menghulurkan bantuan kepada kepada mangsa banjir terlibat termasuk membersihkan rumah masing-masing yang dipenuhi lumpur tebal. “Kita melihat bantuan tenaga kerja amat diperlukan untuk melakukan pembersihan pasca banjir di rumah-rumah mangsa yang terjejas di samping menghulurkan sumbangan keperluan asas seperti barangan makanan, keperluan asas dan dapur rakyat,” ujarnya kepada Urus setia Penerangan Darul Iman ketika dihubungi hari ini. Dalam perkembangan sama, beliau turut merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada mangsa dan keluarga yang terjejas termasuk tiga sekeluarga berusia antara 14 hingga 53 tahun yang menjadi korban akibat dihanyutkan arus dalam kejadian kepala air dan banjir di Kampung Iboi, Baling, petang Isnin “Saya mendoakan agar roh mereka tenang, keluarga yang kehilangan diberikan kesabaran dan ketabahan, kesembuhan segera buat yang cedera, dan keselamatan untuk semua mangsa yang dipindahkan,”ujarnya. Terdahulu petang semalam, hujan lebat hampir tiga jam di daerah Baling menyebabkan paras air Sungai Kupang melimpah memasuki penempatan penduduk yang berdekatan. Seramai 1,426 mangsa banjir masih ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berikutan banjir lumpur di daerah itu selepas Sungai Kupang dinaiki air semalam.
05 Jul 22
425
RM30.5 Juta Demi Pemuliharaan Muara Sungai Merchang
RM30.5 Juta Demi Pemuliharaan Muara Sungai Merchang
Projek Pemuliharaan Muara Sungai Merchang sedang dilaksanakan bermula 15 Disember tahun lalu dengan kos projek bernilai RM30.5 juta.
05 Jul 22
373
Orang Awam Berjaya Halang Lelaki Terjun Jambatan
Orang Awam Berjaya Halang Lelaki Terjun Jambatan
KUALA TERENGGANU, 5 Julai - Cubaan seorang lelaki untuk terjun dari Jambatan Sultan Mahmud di sini semalam berjaya dihalang oleh orang awam yang menggunakan jalan tersebut. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, lelaki berusia 29 tahun itu telah diserahkan kepada pihaknya sebaik sahaja tiba di lokasi setelah menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai pada jam 5.48 petang. "Siasatan mendapati lelaki Melayu tersebut dipercayai mengalami tekanan perasaan akibat masalah peribadi. Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis Methamphetamine. "Kerta siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 309 kanun keseksaan iaitu cuba bunuh diri dan Sekyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya dalam suatu kenyataan rasminya, di sini, pada hari ini. Mengulas lanjut katanya, lelaki berkenaan juga telah dihantar ke Hospital Sultanan Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut. Terdahulu, sebuah video berdurasi 15 saat telah tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki berdiri di luar pengadang di tepi sebuah Jambatan di Kuala Terengganu dan telah disedari orang ramai yang melalui kawasan terbabit.                            
05 Jul 22
2944
ECRL Beri Limpahan Ekonomi
ECRL Beri Limpahan Ekonomi
KUALA TERENGGANU, 5 Julai - Landasan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka beroperasi pada tahun 2027 akan memberi limpahan ekonomi di Terengganu. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ECRL akan mewujudkan ruang niaga melalui kemudahan dan infratruktur yang ada. Katanya, kedatangan pelancong juga akan lebih rancak sekali gus mewujudkan pelbagai aktiviti perniagaan dan percambahan ekonomi setempat. "ECRL ini 70 peratus adalah kargo atau barangan, 30 peratus pula penumpang kerana inilah diwujudkan setesen ECRL yang akan membuka peluang kepada pembukaan dan memjukan kawasan industir, dengan adanya stesen ini maka akan ada orang berniaga, buat kilang dan sebagainya yang boleh dibuka di daerah Besut dan Setiu. "Dua daerah ini yang selama ini jika dilihat dari keseluruhan negeri agak tertinggal dari segi pembinaan kawasan industri, namun sedikit masa lagi, insya-Allah tempat ini bakal berubah seperti tempat maju yang lain," ujarnya. Beliau berkata demikian melalui suatu kenyataan, di sini, semalam. Mengulas lanjut, katanya projek ECRL itu pernah dibatalkan ketika zaman PH memerintah di mana jajaran awalnya terletak di Kampung Raja. "Tetapi selepas ia diteruskan semula setelah berunding balik jajaran telah diubah untuk menjimatkan kos, jajaran asal seperti cadangan kerajaan pusat dengan CCCC iaitu kontraktor yang membinanya terletak di laluan pantai, kosnya mahal kerana melibatkan 'soil treatment' atau rawatan tanah di sekitar situ ialah tanah bris," katanya. Dalam pada itu menurutnya, laluan ECRL itu juga menjanjikan pemandangan yang cantik sepanjang laluannya di Terengganu. "Kawasan sekitar Darau akan menjadi laluan stesen ECRL iaitu berdekatan Alor Keladi Lubuk Kawah ke Kelantan yang akan menjanjikan pemandangan cantik berlatarkan sawah padi. "Pelbagai pemadangan akan dapat dinikmati, bukit, hutan, jalan raya semua itu terdapat di sepanjang ECRL di Terengganu ini tetapi laluan Alor Keladi Lubuk Kawah merupakan antara tempat yang mempunyai pemandangan yang tercantik," katanya.
05 Jul 22
400