lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

SUKMA ke-20 : Terengganu Sasar 70 Pingat Emas
SUKMA ke-20 : Terengganu Sasar 70 Pingat Emas
Terengganu meletakkan sasaran 70 pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) kali ke-20 September ini sekali gus mempertahankan kejohanan terbabit 
13 Jul 22
7
Penyerahan Kunci Rumah Padang Setengge Dalam Masa Terdekat
Penyerahan Kunci Rumah Padang Setengge Dalam Masa Terdekat
Penantian 234 pembeli projek Perumahan Padang Setengge di sini bakal menarik nafas lega kerana mereka akan menerima kunci rumah berkenaan tidak lama lagi, setelah tertangguh lebih dari sepuluh tahun.
13 Jul 22
171
Hari Arafah Bangkitkan Kekuatan Umat Islam
Hari Arafah Bangkitkan Kekuatan Umat Islam
Sambutan Hari Arafah mengembalikan semula kekuatan dan kegemilangan umat Islam pada masa kini. #TVDarulIman #TRDI #UPDI #TerengganuMajuBerkatSejahtera
13 Jul 22
262
RM38,000 Lesap Ditipu Agensi Tawar Pakej Haji
RM38,000 Lesap Ditipu Agensi Tawar Pakej Haji
KUALA TERENGGANU, 11 Julai- Seorang pesara dari Dungun berusia 62 tahun kerugian RM38,000 selepas ditipu agensi pelancongan yang melakukan penipuan pakej haji. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Terengganu, Superintendan M. Zambri Mahmud, berkata satu kertas siasatan telah dibuka di bawah kesalahan Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. "Mangsa telah melakukan bayaran pertama sebanyak RM3,000 pada 2 Jun dan bayaran penuh pada transaksi kedua sebanyak RM35,000 ke dalam akaun atas nama agensi pelancongan tersebut. "Pemilik agensi tersebut memberikan pelbagai alasan dan gagal menempah tiket penerbangan pengadu sehingga menyebabkan mangsa terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 7 Julai," ujarnya melalui kenyataan media. Tegasnya, tangkapan ke atas suspek akan dibuat dalam masa terdekat. "Selepas siasatan di kontijen lain yang terlibat selesai. "Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam pemilihan pakej haji dan memilih agensi pelancongan yang berkeupayaan untuk melaksanakannya," ujarnya.
11 Jul 22
924
112 Peserta Sertai Program Korban Perdana Hotel Primula
112 Peserta Sertai Program Korban Perdana Hotel Primula
KUALA TERENGGANU, 11 Julai - Sebanyak 16 lembu dikorbankan sempena Program Korban Perdana Hotel Primula tahun ini. Pengurus Program Korban Perdana Hotel Primula, Zarinul Hisham Kassim berkata, program ini adalah sebahagian daripada usaha dalam mewujudkan impak positif dalam masyarakat di bawah Program Komuniti setempat. Katanya, ia termasuk seekor lembu yang disumbangkan oleh pihak hotel kepada tujuh kakitangan terpilih sebagai tanda penghargaan istimewa buat mereka. "Pihak kami membuka tawaran untuk menyertai ibadah korban selepas Aidil Fitri baru-baru ini dengan harga RM700 satu bahagian. "Ia mendapat sambutan yang menggalakkan termasuk 21 peserta dari Singapura dan kami terpaksa menghadkan untuk 15 ekor lembu sahaja dengan kekangan tenaga dan masa," ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman, di sini hari ini. Program ini mendapat kerjasama dari 24 warga kerja hotel dan 16 sukarelawan yang bergotong-royong menyembelih dan melapah sebelum menyerahkannya kepada para peserta yang mengambil bahagian untuk proses pengagihan. Sementara itu, Pengurus Besar Hotel Primula, Suaibah Harun berkata ibadah berkenaan membolehkan pihak yang berkemampuan dapat berkongsi rezeki dengan golongan yang kurang bernasib baik. Menurutnya,  ibadah yang dilaksanakan itu sebagai salah satu usaha menggalakkan semangat bersedekah, sekali gus menjadikan amalan tersebut budaya hidup kerana setiap rezeki yang diterima itu “mengandungi rezeki untuk orang lain”. "Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada para peserta Ibadah Korban Perdana tahun ini, semoga Ibadah Korban kita diterima disisi Allah SWT dan menjadi kegembiraan kepada orang yang menerima daging korban tersebut,” ujarnya.            
11 Jul 22
463
'Guna Peluang Libatkan Diri Dalam Aktiviti Kemasyarakatan'
'Guna Peluang Libatkan Diri Dalam Aktiviti Kemasyarakatan'
KUALA TERENGGANU, 10 Julai- Rakyat di Terengganu diseru memanfaatkan peluang yang ada untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan sebagaimana sebelum pandemik Covid-19. Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, memandangkan sambutan hari raya Aidiladha kali ini diraikan dalam suasana meriah, ia perlu digunakan sebaik mungkin oleh masyarakat. "Saya rasa situasi ini perlu diambil serius oleh rakyat untuk kembali meningkatkan kehadiran ke masjid. "Ini juga masanya untuk kita melibatkan diri dalam program-program masyarakat secara menyeluruh, bukan sahaja pada program korban hari ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu melawat Program Korban Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) di Surau Pengkalan Kampung Setar Kanan, hari ini. Dalam program berkenaan, sebanyak 30 ekor lembu dikorbankan untuk agihan penduduk DUN Rhu Rendang. Dr. Samsuri turut berpesan supaya warga Terengganu lebih berdisiplin dalam pengurusan sampah, lebih-lebih lagi dalam musim perayaan ini. "Dalam pengurusan sampah, langkah-langkah proaktif telah diambil pihak berkuasa tempatan (PBT). "Namun begitu, kita sedar bahawa setiap kali musim perayaan, pertambahan keluar dan pelancong menambahkan lagi tekanan untuk menguruskan sampah. "Disiplin dalam membuang dan mengasingkan sampah di tempat sepatutnya akan memudahkan lagi pengurusan sampah," katanya.
10 Jul 22
295
SUKMA ke-20 : Terengganu Sasar 70 Pingat Emas
SUKMA ke-20 : Terengganu Sasar 70 Pingat Emas
KUALA NERUS, 8 Julai - Terengganu meletakkan sasaran 70 pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) kali ke-20 September ini sekali gus mempertahankan kejohanan terbabit  Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja, berkata untuk mencapai target berkenaan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSN) telah mempersiapkan para atlet bagi memastikan persedian terbaik dapat dilakukan. "Setakat ini saya berpuas hati dengan persiapan yang telah dibuat dalam masa 71 hari lagi yang masih berbaki para atlet kita ini mempunyai semangat juang yang tinggi dan insya-Allah mereka akan mengekalkan kejuaran yang diperolehi pada edisi yang lalu. "Memang kita menyasarkan untuk menambah kutipan 70 pingat emas, namun saya yakin dan optimis kita berupaya mencapai lebih dari apa yang kita sasarkan sebagaimana pada kejohanan 2018 kita telah berjaya memperolehi 56 pingat emas melebihi target. "Antara acara sukan yang akan kita perolehi kejuaraan nanti adalah menerusi acara Judo dan sudah tentu menerusi acara sukan berbasikal yang pada edisi lepas memberi sumbangan yang cukup besar untuk muncul juara keseluruhan sebagaimana SUKMA yang lalu dimana kita mempunyai persaingan yang cukup sengit diberikan oleh kontijen Johor, " ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, selepas mengadakan lawatan ke Veneu Latihan SUKMA XX, bertempat di Dewan Serbaguna MSNT, di sini, kelmarin. Tambah beliau, persediaan para atlet tidak hanya menerusi latihan yang dijalani tetapi turut meliputi aspek pemakanan dalam memastikan atlet terus bertenaga dalam menghadapi temasya sukan yang penuh berprestij itu. "Walaupun berlaku kenaikan kos harga makanan namun itu tidak menjadi halangan bagi kita dimana MSNT sangat menjaga pemakanan para atlet. "kita juga telah melantik bapa angkat dan jabatan angkat yang kita harapkan mampu menampunh segala kekurangan di pihak MSNT dan persatuan dalam kita memastikan atlet kita ini benar-benar bersedia dalam menghadapi cabaran pada kali ini untuk kita terus menguasai dan mempertahankan kejuaraan," ujarnya.  
08 Jul 22
756
Veterinar Lulus 3,143 Permit Sembelih Korban
Veterinar Lulus 3,143 Permit Sembelih Korban
KUALA TERENGGANU, 7 Julai – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri meluluskan sebanyak 3,143 permit penyembelihan korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini  sehingga semalam. Pengarah JPV negeri, Dr. Anun Man berkata, permohonan pendaftaran penyembelihan itu bertujuan memastikan ternakan yang sihat sahaja disembelih dan mengurangkan risiko berlakunya kejadian wabak penyakit ternakan selepas musim perayaan “Permit yang diluluskan itu melibatkan lembu sebanyak 2,823 ekor, kerbau (24 ekor) dan kambing sebanyak 133 ekor.Ini termasuk 891 permit pemindahan ternakan juga diluluskan iaitu 1,945 ekor lembu, kerbau (26 ekor) dan 19 ekor kambing. “Semua ternakan yang akan mendapat permit itu menjalani proses saringan kesihatan dan selamat dimakan,” katanya di sini semalam.  Menurut beliau lagi, JPV masih membuka permohonan permit sembelihan dan pemindahan ternakan itu dibuka di seluruh negeri ini sehingga hari ini.. Tambahnya, bilangan penyembelihan ternakan untuk ibadah korban di luar rumah sembelih juga meningkat pada tahun ini berbanding ketika penularan pandemik Covid-19, dua tahun lalu. “Kita juga nasihatkan orang ramai yang melaksanakan ibadah korban itu juga perlu mematuhi peraturan-peraturan lain yang ditetapkan oleh JPV,”ujar beliau. Dalam masa yang sama, Dr Anun bekalan lembu untuk ibadah korban di negeri ini juga mencukupi sempena Aidil Adha.
07 Jul 22
265
Terengganu, ECERDC Sasar Tarik Pelaburan RM5 Bilion Dari Korea
Terengganu, ECERDC Sasar Tarik Pelaburan RM5 Bilion Dari Korea
KUALA TERENGGANU, 7 Julai - Kerajaan Terengganu dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyasarkan untuk menarik pelaburan berpotensi dari Korea Selatan yang dianggarkan bernilai RM5 bilion. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri Terengganu, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar serta Ketua Pegawai Eksekutif Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Baidzawi Che Mat telah ke Korea Selatan pada bagi mempromosi wilayah ECER sebagai destinasi pelaburan pilihan. Baidzawi berkata, misi lawatan ke negara terbabit bermula dari 25 Jun hingga 2 julai adalah kesinambungan komunikasi berterusan antara pihaknya dengan pelabur sasaran di Korea Selatan sejak tahun lalu. Beliau menaruh keyakinan tinggi bahawa syarikat-syarikat di Korea Selatan akan melabur di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), khusunya di Terengganu. "Pelaburan daripada firma terkemuka di negara berkenaan yang terbabit dalam sektor petrokimia, bahan kimia khusus dan bahan termaju berpotensi untuk membangunkan kilang-kilang pembuatan baharu di Terengganu. "Rakan kongsi strategik kami turut sama menyertai delegasi ini bagi memudahcara proses rundingan dalam memenuhi sebarang keperluan bakal pelabur, sekali gus menambahkan keyakinan mereka untuk melabur," ujarnya dalam satu kenyataan, kelmarin. Semasa berada di sana, menurut Baidzawi delegasi telah mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil dari subsektor berpotensi lain yang turut menunjukkan minat untuk melabur dalam bidang bioteknologi, tenaga boleh diperbaharui dan perkhidmat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). "Misi ini dijangka mampu mengukuhkan hubungan dua hala dan menarik lebih banyak pelaburan berpotensi daripada kalangan syarikat Korea Selatan ke ECER dan pihak ECERDC menghargai sokongan yang diberikan oleh pihak MIDA di Seoul sepanjang misi ini,"ujarnya. Untuk rekod, Korea Selatan merupakan antara rakan dagang terbesar Malaysia dengan nilai perdagangan antara kedua-dua negara berjumlah RM79.78 bilion pada tahun 2020.
07 Jul 22
408
KPDNHEP Buka Lima Kertas Siasatan Kes Minyak Masak
KPDNHEP Buka Lima Kertas Siasatan Kes Minyak Masak
KUALA NERUS, 7 Julai - Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) negeri telah membuka lima kertas siasatan berkait minyak masaka dibuka di negeri ini  membabitkan pembungkus, pemborong dan Industri Kecil Sederhana (IKS). Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia, berkata sebanyak tiga kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang dilakukan oleh pemain industri terbabit antaranya menggunakan minyak masak melebihi kuantiti yang dibenarkan tanpa permit. "Membabitkan dua IKS di Kuala Terengganu dan satu di Dungun telah melanggar Peraturan 18 iaitu menyimpan minyak masak melebihi 12 kilogram tanpa permit ini kerana mana-mana pihak yang mempunyai milikan barang kawalan ini bagi tujuan perdagangan tanpa kebenaran kementerian boleh diambil tindakan di bawah Akta Bekalan 1961. "Jika disabitkan kesalahan individu boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat pula jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta. "Serta dua lagi telah melanggar Peraturan 13 kerana gagal menyelenggara buku stok barang kawalan membabitkan syarikat pembungkus di Kuala Terengganu serta pemborong di Dungun," ujarnya. Beliau berkata demikian, ketika ditemui pemberita selepas melakukan pemeriksaan ke sebuah IKS, Muslim Food Industry, di Tok Jiring, di sini, semalam. Mengulas lanjut katanya, kesalahan itu dikesan melalui 434 pemeriksaan menerusi OPS Ayam, Telur, Minyak (ATM) yang dijalankan terhadap 13 syarikat pembungkus minyak, 36 pemborong, 366 peruncit dan 19 IKS seluruh negeri Terengganu. "Siasatan yang kita jalankan membabitkan IKS di negeri ini bagi memastikan mereka tidak menggunakan minyak masak paket bersubsidi untuk memastikan golongan sasar terus dapat menikmati subsidi yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan," ujarnya.  
06 Jul 22
196