lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Karnival TMBS Terima Sambutan Luar Biasa
Karnival TMBS Terima Sambutan Luar Biasa
Karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera (TMBS) mendapat sambutan luar biasa apabila lebih 300 peserta menyertai alviti konvoi motosikal sejauh 15 kilometer.
26 Jul 22
294
Kerajaan Buru Pembunuh Penyu
Kerajaan Buru Pembunuh Penyu
Susulan penemuan bangkai penyu yang mati kerana dibunuh dan dianiaya dengan kejam, Jabatan Perikanan Malaysia negeri sedang mengumpulkan bukti bagi menahan pelaku .
26 Jul 22
125
Kerajaan Buru Pembunuh Penyu
Kerajaan Buru Pembunuh Penyu
KUALA TERENGGANU, 25 Julai - Susulan penemuan bangkai penyu yang mati kerana dibunuh dan dianiaya dengan kejam, Jabatan Perikanan Malaysia negeri sedang mengumpulkan bukti bagi menahan pelaku . Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, bukti haiwan reptilia berkenaan mati akibat dianiayai telah disahkan setelah proses bedah siasat dilakukan. Kata beliau, pihaknya tidak menolak punca perbuatan khianat itu dilakukan sama ada oleh nelayan atau pelancong. "Cuma kita masih belum mempunyai bukti-bukti yang jelas serta menyakinkan dan mereka yang melakukan perbuatan berkenaan akan diambil tindakan berat selaras dengan peruntukkan didalam Enakmen Penyu Terengganu. "Jika sabit kesalahan pelaku boleh dikenakan denda ratusan ribu ringgit, ini terpakai bagi sesiapa yang melakukan perbuatan mengancam, mencedera atau membunuh penyu," tegasnya. Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media pada sidang medianya, selepas menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN), Keempat Belas, di Wisma Darul Iman, pada hari ini. Dalam pada itu, Dr Azman mengharapkan rakyat Terengganu terutamanya penduduk di pesisir pantai agar menjadi telinga dan mata kerajaan untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai perbuatan-perbuatan yang melanggar undang-undang berkait haiwan terbabit. "Perlu memiliki sifat 'sense of belonging', agar khazanah yang penting ini dapat kita pelihara," ujarnya.
25 Jul 22
359
Biar Ternakan Berkeliaran, Kompaun Lebih RM27 Ribu
Biar Ternakan Berkeliaran, Kompaun Lebih RM27 Ribu
KUALA TERENGGANU, 25 Julai - Sebanyak RM27,861 kompaun telah dikenakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhadap pemilik yang membiarkan ternakan berkeliaran bagi tempoh 1 Januari 2022 hingga sehingga kini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata kutipan itu melibatkan 97 operasi tangkapan di seluruh negeri. “Kita berjaya menangkap sebanyak 81 ekor yang melibatkan lembu, kambing, biri-biri dan kerbau dengan kerjasama banyak pihak,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN), Keempat Belas, di Wisma Darul Iman, pada hari ini. Sementara itu, beliau juga berkata bagi menangani masalah ternakan berkeliaran, PBT serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) turut mengambil langkah membuat hebahan melalui kain rentang di kawasan yang sering mendapat aduan. Katanya, PBT mendapat kerjasama dengan pihak Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bagi menjalankan operasi sepanjang lebuhraya bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya. “PBT juga menjalankan pemantauan secara berkala termasuk operasi bersepadu yang melibatkan jabatan seperti Polis Diraja Malaysia ( PDRM) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar. “Selain itu, PBT turut menaikkan kadar penebusan bagi haiwan berkeliaran yang berjaya ditangkap kepada pemiliknya,”ujar beliau.  
25 Jul 22
300
Bangkai Lembu Di Kuala Nerus Disyaki Diseludup
Bangkai Lembu Di Kuala Nerus Disyaki Diseludup
KUALA TERENGGANU, 25 Julai - 11 bangkai lembu yang ditemui berulat di Sungai Lekar, Kuala Nerus pada 11 Julai lalu disyaki telah diseludup masuk ke negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, Jabatan Veterinar negeri mengesyaki ia diseludup memandangkan belum ada mana-mana pihak tampil membuat laporan tentang kejadian terbabit. "Punca kematian besar kemungkinan ia lemas kerana berhimpit-himpit semasa berada dalam kenderaan ketika diseludup melalui jalan laut, ketika di perairan ia telah diletakkan sekali dengan muatan yang sangat padat menyebabkan ia lemas dan kemudian dibuang begitu sahaja. "Tiada orang yang bertanggungjawab kerana mereka menyedari telah melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang media ketika menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN), Keempat Belas, di Wisma Darul Iman, pada hari ini. Ujarnya lagi, suspek belum dikenalpasti dan kertas siasatan terhadap kes itu telah dibuka dan disiasat di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.
25 Jul 22
732
Penerima Nafi Terima Bantuan Sebab 'Kabel', Kroni
Penerima Nafi Terima Bantuan Sebab 'Kabel', Kroni
Penerima dana i-Perantau menafikan mereka menggunakan 'kabel' atau kroni untuk memperolehi bantuan 'one-off' yang disalurkan kerajaan negeri kepada anak Terengganu yang berada di perantauan.
25 Jul 22
167
18,061 Rumah Mampu Milik Dibina Di Terengganu
18,061 Rumah Mampu Milik Dibina Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 25 Julai - Sebanyak 18,061 Rumah Mampu Milik (RMM) yang telah siap dibina, sedang dibina dan akan dibina bagi tempoh 2018 hingga 2023 di Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr Alias Razak berkata, jumlah itu melibatkan keseluruhan lapan daerah di negeri ini. "RMM yang telah siap diagihkan berjumlah 1,657 unit, dalam proses pembinaan sebanyak 10, 844 unit manakala dalam perancangan pula 5,560 unit," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh, Hishamuddin Abdul Karim dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN), Keempat Belas, di Wisma Darul Iman, pada hari ini. Sementara itu, Dr Alias berkata terdapat 36,177 pemohon RMM  yang telah diterima dalam sistem permohonan RMM negeri Terengganu (eperumahan) sehingga 30 Jun 2022.
25 Jul 22
2802
Lebih RM6.2 Juta Diperuntuk Bagi Pencen Rakyat Tahun 2021
Lebih RM6.2 Juta Diperuntuk Bagi Pencen Rakyat Tahun 2021
KUALA TERENGGANU, 25 Julai - Kerajaan negeri memperuntukkan RM6,207,300 bagi bantuan pencen rakyat yang memanfaatkan 20,691 penerima pada tahun 2021. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat, berkata penyerahan telah dilaksanakan di 32 Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula Disember 2021 sehingga bulan Mei 2022.  "Pembayaran pertama sebanyak RM300 bagi tempoh separuh tahun 2021 membabitkan 1,799 penerima dengan kos RM539,700, Kemaman 3,718 orang (RM1,115,400), Dungun 1,346 orang (RM403,800), Besut 2,798 orang (RM839,400). "Bagi Hulu Terengganu pula 3,424 penerima (RM1,027,200), Marang 1,463 orang (RM438,900) manakala Setiu 2,809 orang (RM842,700) serta Kuala Nerus pula 340 orang (RM102,000)," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN), Keempat Belas, di Wisma Darul Iman, pada hari ini Tambahnya, beliau menjangkakan berlaku penambahan peserta seramai 5,000 orang lagi pada tahun 2022. Sementara itu menjawab soalan tambahan ADUN Sura, Hanafiah berkata program Pencen Rakyat akan terus dilaksanakan bagi tahun 2023. "Agihan akan dilaksanakan menerusi kerjasama pejabat-pejabat daerah dan setiap Pusat Khidmat DUN pada bulan Oktober nanti," ujarnya.  
25 Jul 22
682
KETENGAH Hasilkan Makanan 4,000 Tan Setahun
KETENGAH Hasilkan Makanan 4,000 Tan Setahun
DUNGUN, 24 Julai –Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) berupaya menghasilkan hampir empat ribu tan pengeluaran makanan setahun yang diperlukan pada masa kini. Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad berkata ia bagi menyokong strategi jaminan keselamatan makanan untuk negara. "Sasaran pengeluaran makanan tersebut meliputi hasil tanaman, ternakan dan akuakultur memandangkan agensi ini diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu. “Seramai 508 usahawan tani meliputi 269 usahawan mengusahakan tanaman, 169 usahawan ternakan dan 70 usahawan akuakultur dalam kawasan Ketengah terlibat dalam pengeluaran makanan itu,“katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang  2021 Ketengah di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, di sini hari ini. Pada majlis itu, seramai 29 orang warga KETENGAH dipilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun ini. Tambahnya,  ladang ayam pedaging yang diusahakan di bawah syarikat peneraju mampu untuk menghasilkan 790 ribu ekor ayam setahun dan menyumbang kepada 4.64 peratus daripada pengeluaran negeri iaitu sebanyak 17 juta tan per tahun. "KETENGAH juga sedang dalam proses untuk menyalurkan bantuan bagi penambahan reban ayam di Kampung Chemuak, Kampung Durian Mentangau dan Seri Bandi yang mampu menambah pengeluaran ayam sebanyak 246 ribu ekor setahun menjadikan keseluruhan sebanyak 1.03 juta ekor ayam setahun.  "Sementara itu, ternakan ruminan seperti lembu pula mampu menghasilkan 850 ekor menyamai  33.4 tan setiap tahun manakala kambing dan kerbau masing-masing menyumbang pengeluaran sebanyak 200 ekor (0.45 tan setahun) dan 1200 ekor (5.25 tan setahun),"ujarnya lagi. Dalam pada itu, Abdul Rahman juga berkata, satu peruntukan dalam Rolling Plan RMK-12 akan dipohon oleh KETENGAH bagi tujuan penyelidikan dan pembanguna. "Ia bertujuan untuk meningkatkan lagi hasil pengeluaran makanan bagi menampung keperluan yang semakin meningkat dalam negara,"tambahnya.  
24 Jul 22
358
'Bantuan i-Perantau Bukan Wayang Politik'
'Bantuan i-Perantau Bukan Wayang Politik'
KUANTAN, 24 Julai - Dakwaan pihak tertentu yang mengatakan pemberian bantuan 'one-off' kepada rakyat Terengganu yang berada di perantauan merupakan wayang sempena Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 adalah tidak benar. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, tohmahan itu sengaja diadakan bagi memburukkan kerajaan negeri yang serius menjaga kebajikan rakyat. Katanya, ia boleh dibuktikan dengan melihat data agihan dana berkenaan. "Bantuan ini telah diagihkan secara telus tanpa membezakan fahaman ideologi dan politik. Malah tidak perlu pakai kabel, cukup syarat, insya-Allah akan diberikan bantuan. "Boleh dikatakan semua wakil rakyat PAS yang dipilih ini berusaha sedaya mungkin untuk memastikan kekayaan negeri Terengganu ini dibahagikan sama rata. "Perkhidmatan yang diberikan selama ini telah memuaskan hari rakyat Terengganu, sehingga seluruh masyarakat khususnya anak muda pada hari ini jelas memberikan sokongan dan mahu melihat kerajaan ini dikekalkan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), selepas hadir pada Program Penyerahan Dana i-Perantau dan Ramah Mesra Pimpinan Kerajaan Negeri Bersama Anak Terengganu di Perantauan, di Dewan Sri Dagangan, di sini kelmarin. Dalam majlis berkenaan, seramai 380 anak Terengganu di Pahang telah menerima manfaat daripada sumbangan terbabit. Mengulas lanjut, Hanafiah berkata, sebaik sahaja mengambil alih kerajaan pihaknya sudah memikirkan untuk mewujudkan bantuan tesebut. "Dua tahun lepas kita tidak lakukan kerana pada waktu itu semua sedia maklum bahawa negeri dan juga seluruh negara dilanda ancaman wabak pandemik Covid-19. "Sehingga tahun ini kita merasakan ini masa yang tepat untuk kita agihkan dana ini, sama ada i-Fitri untuk rayat yang berada di dalam negeri ataupun i-Perantau untuk mereka yang berada di perantauan," ujarnya. Dalam pada itu, Hanafiah turut menegaskan PRU tidak akan berlaku pada tahun ini. "Kemungkinan ia adakan diadakan pada tahun hadapan, jadi tidak kena jika setiap bantuan dan pemberian ini dikaitkan dengan PRU yang semakin hampir. "Sebenarnya mereka tidak boleh kata apa dah, bahawa rakyat Terengganu akan  terus memberikan sokongan kepada kerajaan ini, mereka ingin melihat sekali lagi kerajaan di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ini memerintah," ujarnya.
24 Jul 22
449