Artikel "Semasa" Terkini
Pelitup Muka di Masjid Masih 'Wajib'
KUALA TERENGGANU, 27 Julai - Rakyat negeri ini diberi peringatan agar mematuhi garis panduan pemakaian pelitup muka ketika berada di masjid dan surau kerana arahan itu masih berkuat kuasa.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, M.Rozi Bidin berkata, pemantauan yang dijalankan oleh pihak jabatannya mendapati segelintir ahli jemaah gagal mematuhi garis panduan berkenaan.
"Sehubungan dengan itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) meminta kerjasama semua jawatankuasa masjid dan surau dapat memastikan ahli jemaah yang hadir dapat mematuhi arahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) ini yang masih berkuat kuasa selaras dengan kenyataan media oleh Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
"Sebagaimana yang dinyatakan pada 20 Mac yang menetapkan di para 2(i)(a) Pemakain Pelitup Muka adalah diwajibkan,"ujarnya melalui satu kenyataan.
Sehubungan itu arahan telah disampaikan kepada pegawai agama di setiap daerah.
"Kerjasama dan perhatian semua pihak berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih," katanya.
27 Jul 22
388
Mangsa Ribut, Kebakaran Terima Bantuan RM300 Ribu
HULU TERENGGANU, 27 Julai - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengagihkan RM300,000 kepada mangsa ribut dan kebakaran di seluruh Terengganu sejak Januari hingga Julai tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan berkata semua bantuan ini bukan menggunakan duit zakat, namun dari sumber kewangan am Maidam kerana ada penerima bukan dari golongan asnaf.
"Bagi pemilik rumah yang terbakar 100 peratus, kita berikan bantuan RM3,000 manakala terbakar 70 peratus ialah RM2,000 dan kurang dari itu kita beri RM1,000 atau RM500.
"Untuk bantuan mangsa ribut pula, kita beri wang tunai RM300 untuk meringankan beban kewangan mangsa ," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika turun padang menyampaikan bantuan kepada lima keluarga yang menjadi mangsa ribut di Kampung Bukit Kolam, Ajil di sini hari ini.
Tambah Dr Ahmad Azrin lagi, dari jumlah tersebut paling ramai penerima merupakan mangsa ribut berbanding kebakaran.
27 Jul 22
278
Manuskrip Digital Ulama Terengganu Bakal Wujud
Kerajaan negeri bakal mewujudkan manuskrip Ulama Terengganu secara digital bagi menarik seluruh masyarakat untuk lebih mengenali dan menghargai peranan ulama di negeri ini.
27 Jul 22
190
Kerajaan Salur Bantuan RM1.67j Melalui TDI
Sejumlah RM1.67 juta peruntukan Tabung Darul Iman (TDI) telah diagihkan kepada semua pemohon yang berkelayakan sejak Januari 2022 hingga Jun 2022.
27 Jul 22
85
Kerajaan Negeri Lapor Polis 'Pertanyaan' Ahmad Said
Satu laporan polis akan dibuat Kerajaan Terengganu berhubung dakwaan pihaknya mahu menjual ladang sawit milik Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) dengan harga RM130 juta kepada pihak tertentu.
26 Jul 22
436
7,471 Mangsa Banjir Terima Bantuan RM7.471 Juta
KUALA TERENGGANU, 26 Julai - Kerajaan negeri akan mengagihkan wang sebanyak RM7.471 juta kepada 7,471 ketua isi rumah (KIR) terlibat banjir yang tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Nasional Terengganu Hanafiah Mat berkata wang tersebut sudah diterima daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Katanya, ia diagihkan kepada pejabat daerah untuk disalurkan kepada mangsa yang terlibat selewat-lewatnya pertengahan Ogos ini.
"Wang ini adalah khas untuk mangsa banjir yang berdaftar di PPS walaupun tidak berpindah namun begitu kita tetap mengalu-alukan bantuan tersebut.
"Setiap KIR ini akan menerima RM1,000 seorang secara berperingkat mulai minggu depan dengan agihan dilakukan oleh Pejabat Daerah masing-masing," katanya dalam sidang media di luar persidangan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini.
Mangsa tertinggi ialah di daerah Kemaman iaitu seramai 4,795 orang diikuti Kuala Terengganu (1,506), Kuala Nerus (636), Hulu Terengganu (261), Setiu (151), Dungun (85) dan Besut (37).
26 Jul 22
978
Bangkai Lembu Di Kuala Nerus Disyaki Diseludup
11 bangkai lembu yang ditemui berulat di Sungai Lekar, Kuala Nerus pada 11 Julai lalu disyaki telah diseludup masuk ke negeri ini.
26 Jul 22
121
'Alamanda Fun Run' Tarik Lebih 500 Peserta
Program larian kaum wanita, 'Alamanda Fun Run' melibatkan laluan sejauh lima kilometer berjaya menarik lebih 500 peserta.
26 Jul 22
175
Penutupan Jalan Sempena Kejohanan Merentas Desa
KUALA TERENGGANU, 26 Julai - Laluan dari bulatan Pantai Teluk Ketapang sehingga persimpangan menghala ke Masjid Kampung Seberang Takir (kedua-dua hala) akan ditutup sementara Khamis ini bagi memberi laluan kepada Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan.
Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Abdul Muie Ngah dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan jalan bagi acara tersebut bermula 6 pagi sehingga 12 tengahari.
Katanya, penutupan jalan tersebut akan dilakukan dengan kebenaran pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
“Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah dilantik sebagai tuan rumah untuk kejohanan yang berlangsung pada 27 dan 28 Julai ini dan melibatkan 16 buah negeri bertempat di pesisir pantai Seberang Takir- Drawbridge.
“Acara kemuncaknya adalah pada 28 Julai seawal 7.45 pagi,” ujarnya.
Menurut beliau, kejohanan tersebut disertai oleh murid berkeperluan pendidikan khas bermasalah pembelajaran dan kurang upaya pendengaran.
26 Jul 22
4089
Manuskrip Digital Ulama Terengganu Bakal Wujud
KUALA TERENGGANU, 26 Julai – Kerajaan negeri bakal mewujudkan manuskrip Ulama Terengganu secara digital bagi menarik seluruh masyarakat untuk lebih mengenali dan menghargai peranan ulama di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata, usaha itu merupakan salah satu langkah pihaknya bersama Lembaga Muzium Negeri Terengganu dan Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) dalam merungkai perjalanan sejarah serta ketamadunan Islam di negeri ini.
Katanya, antara objektif utama pendigitalan manuskrip ulama dalam negeri ialah menjadikan negeri Terengganu sebagai sumber rujukan digital berkaitan ulama dan manuskrip.
“Kita akan memelihara manuskrip-manuskrip lama yang ada di Terengganu berasaskan digital yang akan dibangunkan melalui penerapan elemen multimedia untuk menyampaikan informasi dalam dunia maya
“Buat masa ini, proses awalan program ini akan dimulakan dengan menjejaki maklumat berkenaan Tok Pulau Manis untuk divisualisasikan dalam bentuk digital yang akan dijayakan dengan kerjasama dari pihak penyelidik Universiti Tempatan (Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam) atau nama lain (INSPIRE) daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA),” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Mohamed dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN), Keempat Belas, di Wisma Darul Iman, hari ini.
Dalam masa sama, pihaknya juga akan mewujudkan 'ulama trail' dengan mengenal pasti laluan dan kesan-kesan sejarah yang membawa kepada perkembangan Islam di Terengganu.
“Antara lokasi 'ulama trail' melibatkan Makam Tok Pelam, Makam Tokku Paloh, Makam Tokku Pulau Manis, Masjid Hiliran, Kota Duyong, Masjid Rusila, Makam Tok Gajah dan Memorial Batu Bersurat,” jelas beliau lagi.
Sementara itu, bagi langkah promosi di peringkat antarabangsa, satu perbincangan awal telah diadakan bersama Kedutaan Turki di Malaysia bagi menjalinkan kerjasama 'edu-tourism' yang meliputi segmen sejarah dan keilmuan Islam.
“Satu perbincangan lanjut berkenaan dengan segmentasi kerjasama tersebut akan diadakan pada bulan September ini sempena kunjungan hormat Duta Turki ke Negeri Terengganu,” katanya.
26 Jul 22
689