lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

TDM Lupus Aset Tak Pernah Untung Di Indonesia
TDM Lupus Aset Tak Pernah Untung Di Indonesia
KUALA TERENGGANU, 31 Julai- Anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad telah melupuskan keseluruhan kepentingan ekuiti mereka dalam PT Rafi Kamajaya Abadi (RKA) dan PT Sawit Rezeki Abadi (SRA) kerana mengalami kerugian serta tidak pernah mencatat keuntungan. Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin, berkata RKA telah mengalami kerugian sejak diperbadankan pada 2007 manakala SRA pula tidak pernah mencatat keuntungan sejak awal penubuhannya 2011. Katanya, perjanjian jualan dan pembelian RKA serta SRA ditandatangani bersama PT Ikhasas Sawit Sdn Bhd pada harga RM115 juta. "Penjimatan kos yang besar dan modal dijangka dijana daripada pelupusan tersebut, dengan itu TDM dapat menumpukan sumber dan perhatian kepada operasi syarikat di Malaysia.  "Ini adalah termasuk inisiatif mengoptimumkan pengeluaran hasil tanah milik syarikat di Pantai Timur dengan mempelbagaikan usaha tanaman lain selain ladang kelapa sawit dan pengeluaran minyak sawit mentah (“CPO”). "Dengan proses pelupusan yang kini berjalan mengikut perancangan, TDM juga tekad untuk mempertingkatkan lagi usaha mencipta dan menambah baik nilai bagi pihak berkepentingan di masa hadapan," ujarnya. Beliau berkata demikian selepas menandatangani perjanjian jualan dan pembelian bersyarat dengan Pengarah Urusan Kumpulan Ikhasas, Tan Chee Kian. Dalam masa yang sama, TDM juga turut menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Pengurusan bersama PT Ikhasas Indo Makmur bagi pengambilalihan kawalan operasi ke atas aset-aset RKA serta SRA yang sedang dilupuskan dan dijangka selesai sepenuhnya pada suku pertama tahun 2025. Menurut Najman, TDM akan memperolehi hasil kasar sebanyak RM112.0 juta daripada Cadangan Pelupusan tersebut tidak termasuk bahagian pemegang saham minoriti, yang mana RM74.2 juta akan diperuntukkan untuk pembiayaan balik pinjaman berfaedah dan RM29.3 juta untuk modal kerja am.  "Baki RM8.5 juta pula akan diguna pakai bagi perbelanjaan berhubung dengan pelaksanaan pelupusan," katanya.  
31 Jul 22
911
Lebih 10,000 Rakyat Terengganu Hadir Pelancaran PN
Lebih 10,000 Rakyat Terengganu Hadir Pelancaran PN
MARANG, 31 Julai- Bumi Terengganu melakar sejarahnya yang tersendiri apabila Pelancaran Perikatan Nasional (PN) semalam telah dihadiri lebih 10,000 rakyat Terengganu. Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kehadiran berkenaan menzahirkan bahawa rakyat menerima baik gabungan parti PAS, BERSATU, Gerakan dan dua parti dari Sabah Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP). Jelasnya, ia merupakan persediaan yang terbaik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 yang dijangka tidak lama lagi. “Dengan pelancaran yang bermula di negeri Terengganu ini pelancaran ke setiap negeri nanti kita sudah boleh memberikan tumpuan, kita juga telah buat keputusan akan menyelesaikan pembahagian kerusi antara parti komponen dengan seberapa segera,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis parti Perikatan Nasional Peringkat Negeri Terengganu, di Dataran Tok Guru, di Rusila, pada Sabtu 30 Julai. Muhyiddin Perdana Menteri ke-8 itu berkata, kewujudan PN adalah untuk menyelamatkan negara. "Kita hendak mentadbir negara dengan cara yang lebih telus, tiada salah guna kuasa, menjadi pilihan yang lebih baik, kalau rakyat memilih kita (PN), setiap janji-janji akan kita tunaikan bagi memastikan negara berada dalam keadaan stabil pelbagai krisis dan masalah dapat diatasi. “Termasuk hendak memastikan rakyat  dalam negara memilik makanan yang cukup serta menjamin peluang pekerjaan untuk rakyat,” ujarnya.
31 Jul 22
975
200 Anak Penyu Dilepaskan Di Pantai Jambu Bongkok
200 Anak Penyu Dilepaskan Di Pantai Jambu Bongkok
MARANG,  31 Julai- Sebanyak 200 ekor anak penyu dilepaskan ke laut yang dilakukan di Pantai Jambu Bongkok di sini baru-baru ini, dalam usaha memulihara hidupan marin berkenaan daripada mengalami kepupusan. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Sulaiman Sulong berkata, program pelepasan anak penyu itu adalah hasil kerjasama Sekolah Kebangsaan Jambu Bongkok, PIBG Sekolah Kebangsaan Jambu Bongkok, FRI Rantau Abang dan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu. Katanya, program seumpama itu sewajarnya menjadi contoh terbaik mendidik masyarakat memulihara penyu yang kini diancam kepupusan. "Diharap ianya menjadi motivasi kepada semua pihak terutama pelancong dan nelayan agar sayangkan spesis tersebut.  "Ini kerana berdasarkan pemerhatian pihak berkaitan, setiap 1,000 ekor penyu yang dilepaskan, kebarangkalian penyu yang akan naik bertelur hanya seekor, " ujarnya seperti yang dipetik dalam laman Facebook rasmi Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.  Tambah beliau, penyu yang dilepaskan itu diharap akan kembali semula ke Terengganu dan akan menjadi tarikan kepada industri pelancongan dan seterusnya memberi pulangan ekonomi kepada komuniti setempat. 
29 Jul 22
367
Syamsul Sambut Baik Cadangan Pahlawan Terengganu Difilemkan
Syamsul Sambut Baik Cadangan Pahlawan Terengganu Difilemkan
KUALA TERENGGANU, 28 Julai - Pengarah Filem Mat Kilau, Syamsul Yusof menyambut baik cadangan kerajaan Terengganu untuk menerbitkan filem pahlawan Terengganu seperti Haji Abdul Rahman Limbong dan Tok Ku Paloh. Syamsul berkata dia sangat bersyukur dengan hasrat itu dan beliau akan memberi kerjasama untuk mengangkat pahlawan Terengganu ke layar perak selepas ini. "Insya-Allah, mungkin akan dibincangkan dengan lanjut, sebabnya terus terang saya sudah semestinya hendak menghasilkan sebuah lagi filem epik," ujarnya sebagaimana yang dilaporkan Harian Metro, pada semalam. Mengulas lanjut katanya, pihaknya akan meneliti dahulu senarai pahlawan-pahlawan tanah air bagi diangkat kisah perjuangan mereka yang suatu ketika dahulu berjuang membebaskan tanah air daripada penjajah British. Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata idea menerbitkan filem dua tokoh sejarah Terengganu itu sangat baik serta berupaya membangkitkan kesaran orang Melayu dan Islam. "Apa salahnya kita melabur dan bekerjasama dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof untuk pembikinan filem mengenai perjuangan ulama dan tokoh sejarah negeri yang berjuang habis-habisan untuk mempertahankan bumi Terengganu daripada penjajah. "Kita sebenarnya sudah memulakan lebih awal iaitu sekitar tiga tahun lalu memberikan penerangan mengenai sejarah Terengganu yang memfokuskan kepada dua pejuang terbilang berkenaan," ujarnya.    
29 Jul 22
22156
Terengganu Berjaya Lunas 64 Peratus Hutang Kerajaan
Terengganu Berjaya Lunas 64 Peratus Hutang Kerajaan
Terengganu berjaya melunaskan 64 peratus atau sejumlah RM472.78 juta hutang dengan kerajaan Persekutuan dalam tempoh tiga tahun pemerintahan.
27 Jul 22
319
'One Off' RM23 Juta Untuk Asnaf Bermula Ogos Ini
'One Off' RM23 Juta Untuk Asnaf Bermula Ogos Ini
HULU TERENGGANU, 27 Julai - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) memperuntukkan RM23 Juta dalam bentuk 'One Off'  yang bakal memanfaatkan 25,000 ribu golongan asnaf dan fakir miskin bermula Ogos ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan berkata bantuan ini bagi membantu golongan tersebut yang pasti terkesan dengan kadar inflasi sehingga menyebabkan kuasa beli semakin turun. Katanya, setiap Ketua Isi Rumah (KIR)akan menerima bantuan bermula RM800 sehingga RM1,000 bergantung kepada tanggungan keluarga. "Kita juga menggunakan kaedah baru pengagihan bantuan dengan pihak Maidam setiap daerah selaku urusetia turun menyantuni penerima di kediaman masing-masing. "Berikutan kesan ekonomi dan inflasi, kita jangkakan lebih 3,000 asnaf dan fakir miskin baharu akan mendaftar dengan Maidam berbanding 21,197 orang ketika ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Agihan Bantuan Ribut di Kampung Bukit Kolam, Ajil di sini hari ini. Dalam program tersebut, Maidam menyantuni lima keluarga yang terlibat dengan kejadian ribut pada bulan lepas dan menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai RM300.                
27 Jul 22
1306
7,471 Mangsa Banjir Terima Bantuan RM7.471 Juta
7,471 Mangsa Banjir Terima Bantuan RM7.471 Juta
Kerajaan negeri akan mengagihkan wang sebanyak RM7.471 juta kepada 7,471 ketua isi rumah (KIR) terlibat banjir yang tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
27 Jul 22
105
KSTREM22 Platform Kongsi Maklumat Inovasi Dan Penyelidikan
KSTREM22 Platform Kongsi Maklumat Inovasi Dan Penyelidikan
BESUT, 27 Julai- Jabatan Kecemerlangan Akademik dan Sektor Kecemerlangan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM) menganjurkan Kolokium Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Peringkat Kebangsaan 2022 (KSTREM22) dengan kerjasama kerajaan negeri. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi Negeri, Maliaman Kassim berkata, KSTREM22 yang berlangsung selama tiga hari di IPGKSM dan berakhir hari ini merupakan platform terbaik bagi berkongsi idea, ilmu dan produk yang dihasilkan oleh warga pendidik dan pelajar seluruh Malaysia.  “Walaupun kita masih lagi berada dalam era endemik COVID-19, namun kolokium ini berjaya dilaksanakan. “Apa yang saya harapkan, resolusi daripada kolokium ini dapat diaplikasikan dalam proses PdPc STEM dalam kelas-kelas pengajaran dan pembelajaran di sekolah mahupun pusat pengajian tinggi,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika membacakan teks ucapan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Perasmian Penutup Kolokium PdPc STEM Peringkat Kebangsaan 2022 di Dewan Bendahara, IPGKSM, di sini, hari ini. Katanya, selari dengan hasrat untuk memperkasakan amalan dan penyelidikan dan inovasi dalam bidang pendidikan STEM dan robotik khususnya di kalangan pensyarah, guru dan pelajar, kerajaan negeri akan sentiasa mengalu-alukan sebarang usaha dalam penghasilan inovasi dan penyelidikan pendidikan bukan sahaja di peringkat rendah malah sehingga ke peringkat tertinggi.  
27 Jul 22
326
Kajian Impak Dijangka Siap Oktober Ini
Kajian Impak Dijangka Siap Oktober Ini
27 Jul 22
96
Bangunan Terbengkalai Punca KQT Tak Guna KIST
Bangunan Terbengkalai Punca KQT Tak Guna KIST
Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) di Kuala Berang tidak sesuai dijadikan sebagai penempatan pelajar Kolej Al-Quran Terengganu kerana bangunan dan infrastruktur institusi berkenaan sudah lama terbengkalai sejak pemerintahan terdahulu.
27 Jul 22
556