lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Tumpu Tujuh Keutamaan Untuk Bangunkan Rakyat Terengganu
Tumpu Tujuh Keutamaan Untuk Bangunkan Rakyat Terengganu
Tujuh bidang keutamaan perlu diberikan tumpuan oleh semua pihak untuk membangunkan kapasiti rakyat dan negeri Terengganu.
10 Aug 22
101
KOPERAT Penuhi Keperluan Perumahan Rakyat Terengganu
KOPERAT Penuhi Keperluan Perumahan Rakyat Terengganu
KUALA TERENGGANU, 10 Ogos - Anak syarikat kerajaan negeri, Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn Bhd (KOPERAT) terus memainkan peranan penting bagi memenuhi keperluan perumahan tempatan untuk rakyat di negeri ini. Pengerusi KOPERAT, Hishamuddin Abdul Karim berkata, walaupun projek perumahan bercampur dibangunkan dalam bentuk penswastaan namun syarikat terbabit tidak mengabaikan pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM). "Keseluruhan rumah yang telah kita bina sudah mencapai 5,000 buah rumah komersial dan RMM di pelbagai daerah telah kita bangunkan, paling banyak dibangunkan projek ini adalah di Dungun serta di Kijal di mana ia dilakukan secara berfasa. "Pada projek akan datang di tahun hadapan kita akan menyiapkan 564 unit perumahan bercampur di Alor Limbat, 97 unit di Besut serta pada kebiasaanya dalam jumlah seperti itu pasti akan ada rumah RMM yang dibina,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di Majlis Makan Malam Sambutan Jubli Perak KOPERAT 2022 kali ke-25, di Permai Hotel, di sini semalam. Majlis yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr Alias Razak, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja dan Pengurus Besar KOPERAT, Sayed Abdul Rahman Engku Sulong. Dalam pada itu Hishamuddin berkata, pihaknya tiada sebarang halangan untuk menumpukan pembinaan RMM sekiranya diminta oleh kerajaan negeri. "Dalam memenuhi hasrat kerajaan negeri yang pada ketika ini berusaha untuk memastikan rakyat mampu memiliki rumah dan peruntukkan itu perlu disalurkan oleh kerajaan negeri dan kita akan berusaha untuk memenuhinya," ujarnya. Sementara itu menurut Sayed Abdul Rahman, KOPERAT selama 25 tahun sentiasa memberi komitmen yang tinggi bagi memastikan setiap projek perumahan yang dijalankan berjalan dengan lancar. "Tidak pernah dalam sejarah terdapat projek perumahan yang terbengkalai ini kerana kita telah melantik kontraktor yang berwibawa, berkemampuan serta menyakinkan, perjalanan projek dipastikan berjalan dengan betul dan terjaga. "Di samping itu sebagai anak syarikat kita juga mencari jalan untuk tolong rakyat dengan memastikan setiap rumah yang dijual adalah ditawarkan pada harga sedikit rendah berbanding syarikat pemaju lain dan seandainya berlaku kenaikan kos bahan binaan kita berusaha untuk memastikan harganya masih rendah. "Sebagai contoh jika naik 10 peratus kita mungkin akan naikkan lima peratus sahaja dan selebihnya itu kita akan tanggung atau cari jalan untuk mengurangkan kos,"katanya lagi.          
10 Aug 22
491
Kerajaan Negeri Utamakan Projek Beri Impak Sosial, Ekonomi
Kerajaan Negeri Utamakan Projek Beri Impak Sosial, Ekonomi
Pelaksanaan projek yang mampu memberi impak sosial dan ekonomi kepada rakyat menjadi keutamaan kerajaan negeri ketika ini.
09 Aug 22
115
Tumpu Tujuh Keutamaan Untuk Bangunkan Rakyat Terengganu
Tumpu Tujuh Keutamaan Untuk Bangunkan Rakyat Terengganu
KUALA TERENGGANU, 9 Ogos - Tujuh bidang keutamaan perlu diberikan tumpuan oleh semua pihak untuk membangunkan kapasiti rakyat dan negeri Terengganu. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, modal insan dan kesejahteraan sosial merupakan tonggak paling utama yang mesti dibangunkan. "Kita perlu bina generasi yang mempunyai mentaliti dan budaya yang cemerlang dalam menjalani kehidupan. “Seterusnya, Revolusi Industri 4.0 memandangkan pentadbiran kerajaan, golongan usahawan, sektor pertanian harus menjalani pemodenan antaranya dengan mendigitalkan perkhidmatan kerajaan secara berterusan,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Persidangan Terengganu Sejahtera ‘Ke Arah Terengganu Berdaya Tahan’ di Wisma Darul Iman, hari ini. Mengulas lanjut beliau berkata, dari sudut kewangan dan ekonomi, dalam keterbatasan sumber hasil, hubungan dan kerjasama serta dasar dan inisiatif oleh Persekutuan perlu dimanfaatkan secara optimum untuk manfaat rakyat dan negeri ini.   “Sumber hasil juga perlu diperluas melalui strategi jangka sederhana dan panjang; perbelanjaan dioptimumkan dengan mengaplikasikan outcome-based budgeting,” ujarnya. Keempat katanya, melibatkan perniagaan dan keusahawanan dimana perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negeri ini mesti ditingkatkan kebolehcapaian mereka kepada pembiayaan formal; penggunaan teknologi dan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D); serta penglibatan dalam rantaian nilai di peringkat nasional dan global. Ahmad Samsuri berkata, dari sudut pertanian dan sekuriti makanan pula katanya, pengeluaran hasil pertanian mesti ditumpu kepada komoditi makanan yang utama terutamanya beras, ikan dan daging di samping buah-buahan dan sayur-sayuran. Justeru, kesemua tanah pertanian mesti dimanfaatkan, pengeluaran bahan mentah makanan haiwan ditingkatkan dan peratus pekerja dalam sektor pertanian perlu digalakkan. Menurut beliau, keenam melibatkan kepenggunaan dan kos sara hidup. Bagi menjamin bekalan dan harga makanan yang stabil, Terengganu mesti membangunkan ‘food value chain’ sendiri dengan melibatkan anak-anak syarikat kerajaan negeri dan PMKS tempatan.  “Bantuan-bantuan kebajikan daripada pelbagai pihak perlu diintegrasikan dan diperkemas pangkalan data penerima, syarat kelayakan, bentuk bantuan serta proses permohonan, kelulusan dan agihan,” ujarnya. Dan ketujuh katanya, melibatkan aspek kelestarian pembangunan dan pembandaran. “Dengan adanya Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka siap pada Disember 2026, diharap dapat menarik lebih banyak pelaburan ke dalam negeri dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan seterusnya meningkatkan pendapatan negeri dan juga rakyat. Pada masa yang sama, perlindungan alam sekitar mesti sentiasa menjadi keutamaan semua pihak yang terlibat dalam projek pembangunan,” ujarnya Terdahulu beliau berkata, kerajaan negeri perlu merencanakan agenda yang menyeluruh dan bersepadu bagi merealisasikan matlamat Terengganu yang Berdaya Tahan (A Resilient Terengganu). “Agenda ke hadapan perlu mengambil kira cabaran dan peluang yang ada serta sewajarnya diterjemahkan dengan berkesan menerusi pelan strategik berkaitan pelbagai bidang dan menerusi belanjawan tahunan supaya dapat menjamin ketersediaan sumber dan menggerakkan kebersamaan seluruh jentera kerajaan, pihak swasta dan orang awam. “Justeru, penganjuran persidangan ini dilihat amat penting dalam mencapai tujuan ini,” ujarnya.
09 Aug 22
341
Kerajaan Negeri Utamakan Projek Beri Impak Sosial, Ekonomi
Kerajaan Negeri Utamakan Projek Beri Impak Sosial, Ekonomi
KUALA TERENGGANU, 9 Ogos- Pelaksanaan projek yang mampu memberi impak sosial dan ekonomi kepada rakyat menjadi keutamaan kerajaan negeri ketika ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan tersebut bertepatan dengan langkah penjimatan seperti saranan kerajaan pusat. Katanya, semua projek yang dirancang akan dilaksanakan, tetapi keutamaan hanya membabitkan projek yang mampu memberi impak kepada sosial dan ekonomi. "Kita tidak ingin menggunakan istilah projek ditangguh atau dibatalkan, sebaliknya kerajaan memutuskan memberi keutamaan kepada pelaksanaan projek yang mampu memberi impak sosial dan ekonomi. “Senarai projek yang dirancang untuk dilaksanakan banyak, tetapi kita utamakan yang penting dahulu, manakala yang kurang penting kita kemudiankan,” katanya. Beliau berkata demikian  kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Terengganu 2022, di sini, kelmarin.  
09 Aug 22
333
Pusat Rekreasi Belukar Bukit Akan Dibaik Pulih
Pusat Rekreasi Belukar Bukit Akan Dibaik Pulih
Kerajaan Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu akan membaik pulih infrastruktur di Pusat Rekreasi Belukar Bukit dalam jangka masa terdekat. 
09 Aug 22
232
Festival Setiu Wetlands Tingkat Kesedaran Orang Awam
Festival Setiu Wetlands Tingkat Kesedaran Orang Awam
Penganjuran festival Setiu Wetlands mampu meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan alam sekitar selain menjana ekonomi mereka.
09 Aug 22
104
Projek Dalamkan Muara Tingkat Pendaratan Ikan
Projek Dalamkan Muara Tingkat Pendaratan Ikan
KUALA TERENGGANU, 8 Ogos - Jumlah pendaratan ikan di negeri ini dijangka meningkat semula selepas kerja-kerja mendalamkan muara sungai dilakukan di beberapa daerah untuk memudahkan nelayan mendaratkan hasil laut. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr. Azman Ibrahim berkata, sebanyak 14 muara sungai terdapat di negeri ini dan kerja-kerja mendalamkan muara tersebut akan dilakukan secara berperingkat. Menurutnya, setakat ini, projek mendalamkan beberapa muara sungai diluluskan seperti muara Sungai Kemaman, Dungun, Merchang dan Kuala Mangkuk di Setiu. Katanya, keadaan muara sungai dan pelabuhan perikanan yang cetek menimbulkan masalah kepada nelayan mendaratkan ikan kerana bot mereka tidak dapat menghampiri kawasan jeti dan pelabuhan. “Masalah muara sungai yang cetek itu juga merupakan antara punca nelayan di negeri ini mendaratkan hasil laut di pelabuhan Tok Bali, Kelantan dan Kuatan, Pahang serta di Endau, Johor. “Tindakan nelayan tersebut menyebabkan berlaku kekurangan pendaratan ikan di negeri ini sehingga menyebabkan harga ikan mahal di pasaran,” katanya seperti yang dipetik dalam laporan Utusan Malaysia. Akhbar tersebut pada 3 Julai lalu melaporkan sebanyak 21 projek pemulihan muara sungai dan pengawalan hakisan pantai bernilai keseluruhan RM1.55 bilion diluluskan di negeri ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, antara projek tersebut yang dalam pembinaan adalah di muara Sungai Merchang berharga RM30.5 juta bermula pada 15 Disember 2021 dan dijadualkan siap pada 14 Disember 2023. Katanya, projek Pemuliharaan Muara Sungai Merchang itu melibatkan kerja pengorekan alur navigasi dari muara Sungai Merchang sehingga Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, pembinaan struktur pemecah ombak, struktur dinding penahan, lapis lindung dan penyuburan pantai. Selain itu, Azman memberitahu, hasil pendaratan ikan di negeri ini menunjukkan peningkatan kira-kira 20 peratus dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini. Jelasnya, jumlah pendaratan ikan di negeri ini mencecah lebih 11,837 tan metrik sepanjang empat bulan pertama tahun ini berbanding 10,177 tan metrik dalam tempoh yang sama pada tahun lalu. Tambahnya, peningkatan jumlah pendaratan itu berlaku selepas kerajaan menerusi Jabatan Perikanan Negeri Terengganu meluluskan lesen kepada 600 nelayan pantai zon A pada tahun lalu. Katanya, sebelum ini, nelayan pantai terbabit tidak mengisytiharkan jumlah hasil tangkapan mereka kerana tidak memiliki lesen untuk aktiviti menangkap ikan  
08 Aug 22
673
UniSZA Kutip RM5.9 Juta Dana Wakaf Pendidikan
UniSZA Kutip RM5.9 Juta Dana Wakaf Pendidikan
KUALA NERUS, 8 Ogos- Sebanyak RM5.9 juta berjaya dikutip oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerusi Dana Wakaf Pendidikan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu sejak 2016 lalu. Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Fadzli Adam berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM3.3 juta merupakan wakaf tunai selain bertujuan membantu golongan pelajar yang memerlukan. Menurut beliau, pihaknya sedang berusaha meningkatkan jumlah kutipan sehingga RM20 juta menerusi sumbangan badan korporat, individu serta potongan gaji bulanan kakitangan universiti. “Di UniSZA terdapat pelajar daripada keluarga B40 atau asnaf dan bantuan diberikan dalam pelbagai bentuk seperti bantuan komputer riba, biasiswa wakaf serta pengecualian yuran pengajian. “Selain wakaf pendidikan, UniSZA dan MAIDAM kini di peringkat perbincangan untuk mengadakan wakaf korporat dan wakaf saham dengan penubuhan sebuah syarikat wakaf. “Hasil wakaf yang dikumpul nanti akan memberi manfaat kepada pelajar serta selari dengan hasrat MAIDAM untuk memperkasa agenda wakaf,” katanya selepas majlis menandatangani Memorandum Perjanjian antara UniSZA dan MAIDAM di sini, hari ini. Pada majlis itu, UniSZA diwakili Dr. Fadzli manakala MAIDAM pula Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan. Sementara itu, Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, sistem ekonomi Islam seperti wakaf boleh dilaksanakan dan menyelesaikan masalah ummah di negeri itu. Sebagai contoh, katanya, wakaf kesihatan melalui pusat hemodialisis di Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu boleh membantu golongan asnaf mendapat rawatan dan dijangka beroperasi September depan. “Kita sedia maklum kos penjagaan kesihatan semakin meningkat dan MAIDAM sendiri membelanjakan RM2 juta setahun untuk pesakit buah pinggang menerima rawatan,” katanya.
08 Aug 22
257
Primula Pink Ride Tarik Lebih 820 Peserta
Primula Pink Ride Tarik Lebih 820 Peserta
Program berbasikal ‘Primula Pink Ride’ tarik lebih 820 orang peserta melibatkan laluan sejauh 46 Kilometer. 
08 Aug 22
145