lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Terus Giat Bina Rumah Walaupun Kos Binaan Melonjak
Terus Giat Bina Rumah Walaupun Kos Binaan Melonjak
Kenaikan kos bahan pembinaan tidak menghalang kerajaan negeri untuk terus membina rumah mampu milik (RMM) untuk rakyat.
14 Aug 22
170
Penjawat Awam Dinasihat Jaga Intergriti
Penjawat Awam Dinasihat Jaga Intergriti
Penjawat awam di negeri ini digesa supaya terus menjaga integriti ketika bekerja agar ketelusan dapat dikekalkan. 
14 Aug 22
243
Perumahan Mampu Milik RM300 Juta Di Kuala Nerus
Perumahan Mampu Milik RM300 Juta Di Kuala Nerus
KUALA  LUMPUR, 14 Ogos - Anak syarikat milik penuh KPower Bhd, KPower Development Sdn Bhd (KDSB) mendapat kelulusan untuk melaksanakan pembangunan perumahan bercampur pada harga mampu milik bernilai RM300 juta di tanah milik kerajaan Terengganu di pusat pentadbirannya yang baharu di Kuala Nerus. Kelulusan itu diberikan oleh kerajaan negeri melalui Pejabat Setiausaha Negeri (Bahagian Perumahan). Projek yang terletak di Lot 100677 yang merangkumi 8.963 hektar serta Lot 100678 yang meliputi kawasan seluas 9.996 hektar di kawasan pentadbiran Kuala Nerus, terdiri daripada 1,200 unit perumahan bercampur-campur dan komersial yang berpatutan, akan dibangunkan secara serentak. Menurut Kpower, pihak-pihak terbabit dijangka memeterai perjanjian muktamad dalam tempoh enam bulan dari tarikh kelulusan. "Kami percaya cadangan nilai yang menggabungkan kemampanan, meningkatkan unsur air yang sedia ada dengan tema hidup yang bersemangat dan selesa dilihat amat sesuai dengan konsep Bandar Moden dan Hijau di bawah Pelan Kawasan Khas Pusat Pentadbiran Kuala Nerus," kata Pengerusi Eksekutif Kpower, Mustakim Mat Nun, baru-baru ini. Sebelum ini, kerajaan Terengganu telah memutuskan untuk mengecualikan yuran pembangunan bagi projek perumahan yang berpatutan yang dibina di atas hartanah awam mulai April 2022. Pengecualian itu membantu mengurangkan kos kenaikan harga bahan binaan yang dihadapi oleh pemain industri. Kpower menambah, pelaksanaan perjanjian ini dijangka akan menyumbang secara positif kepada kedudukan kewangan masa depan kumpulan. -BERNAMA
14 Aug 22
1409
Teruja Lihat 30,000 Peminat RXZ Berkumpul
Teruja Lihat 30,000 Peminat RXZ Berkumpul
KUALA NERUS, 13 Ogos - Kehadiran lebih 30,000 peminat motosikal RXZ dari seluruh pelusuk negara ke program RXZ Members 4.0 menimbulkan rasa teruja para peserta dan pengunjung  Rata-rata pengunjung ketika ditemui menyatakan bahawa acara ini sentiasa dinantikan kerana ia bukan hanya menjadi platform untuk peminat motosikal berhimpun tetapi ia turut menjadi medan bernostalgia bersama RXZ. Muhd Azmi Jantan, dari Temerloh berkata, program berkenaan sentiasa disertai olehnya pada setiap tahun. "Kecuali ketika dilanda pandemik Covid-19 acara ini tidak dapat diteruskan seperti biasa, Alhamdulillah pada kali ini kita melihat lebih ramai yang menyertainya. "Saya datang sejak semalam bersama dengan 50 rakan, kami ini bergerak dalam dua kumpulan iaitu Velocity Racing dan juga Mat Speed. "Memang seronok berjumpa dengan rakan-rakan dari setiap negeri, dapat berkongsi pandangan serta yang paling penting kami mempunyai hobi yang sama, bagi saya motor RXZ ini tidak akan luput ditelah zaman," ujarnya. Dia berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di RXZ Members 4.0, di Terengganu International Drag Strip, Gong Badak. Sementara itu, Tarmizi Azhar, 34, dari Klang, Selangor menyatakan, penganjuran tahun ini merupakan program pertama yang disertainya. "Datang ke sini untuk merasai suasana kemeriahan sebagaimana yang pernah diperkatakan mengenai kemeriahannya, terutama ketika kali terakhir diadakan pada tahun 2019. "Dapat dilihat akan sambutan yang diberikan oleh pengunjung, walaupun dalam cuaca panas terik itu tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk hadir ke program ini. "Bagi saya sangat wajar kerajaan negeri menyokong atau menjadi penganjur bersama kepada program seperti ini kerana dapat dilihat, kehadiran pengunjung dari luar Terengganu telah membantu para peniaga, pengusaha kedai makan, mahupun pemilik rumah inap desa dan hotel, kerana semunya datang dari jauh seperti saya ini," katanya. Dalam pada itu, mengenai janji Perdana Menteri untuk mewujudkan litar lumba drag di setiap negeri adalah langkah baik, ujar pengunjung dari Negeri Sembilan, Tajul Abdul Rahman, 29. "Namun kita harapkan agar ia tidak bersifat janji semata-mata, sebaliknya perlu dibuktikan dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dalam usaha memperkasakan sukan permotoran dalam negara ini. "Kerana selama ini anak muda memang mendambakan litar yang selamat untuk melakukan aktiviti ini, dan dapat mengelakkan diri anak muda terjebak kepada kancah yang tidak sihat, selama ini litar yang dinyatakan itu hanya ada di Terengganu dan Melaka, sebagai anak muda kami menyambut baik cadangan itu," katanya.  
13 Aug 22
3002
1,000 Anak Muda Konvoi Bersama Dr Sam
1,000 Anak Muda Konvoi Bersama Dr Sam
KUALA TERENGGANU, 13 Ogos - Lebih 1,000 anak muda menyertai konvoi motosikal mengiringi Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ke Program RXZ Members 4.0 pagi tadi. Timbalan Ketua Unit Penyelidikan Pejabat Menteri Besar, Mohd Harun Esa yang turut serta dalam konvoi itu berkata, penyertaan ramai anak muda berlaku di luar jangkaan kerana aktiviti berkenaan pada mulanya dihadkan pada 50 orang sahaja. "Pada 10.20 pagi MB menunggang motor RXZ dari Kediaman Seri Setia di Batu Burok diiringi pengawal peribadi bersama 50 penunggang  menuju ke Terengganu International Drag Strip Gong Badak. "Namun dalam perjalanan ke program berkenaan tanpa disangka sejumlah besar anak muda tiba-tiba menyertai konvoi berkenaan, seolah-olahnya pemimpin nombor satu negeri itu telah dinanti-nantikan oleh mereka untuk bersama ke program," ujarnya ketika dihubungi UPDI. Menurut Mohd Harun, aksi bersahaja Menteri Besar yang mudah disapa mungkin menjadi faktor anak muda tertarik untuk turut serta dalam aktiviti itu dan mengambil peluang tersebut bagi merakamkan detik-detik indah bersama pemimpin utama negeri. "Perkara ini tidak dirancang, mereka datang dari pelbagai arah menunjukkan anak muda sememangnya seronok untuk hadir ke program pada kali ini bersama dengan Menteri Besar. "Menunjukkan anak muda pada masa kini menyenangi pimpinan Dr Sam yang sentiasa dilihat bersahaja," jelasnya. Program RXZ Members 4.0 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob. Lebih 30,000 peserta dijangka akan membanjiri program yang berakhir 6 petang ini.  
13 Aug 22
1646
Perdana Menteri Hadir RXZ Members 4.0
Perdana Menteri Hadir RXZ Members 4.0
KUALA TERENGGANU, 12 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan hadir merasmikan pembukaan Program 'RXZ Members 4.0' di Terengganu International Drag Strip, Gong Badak pada esok. Menurut kenyataan menerusi facebook rasmi RXZ Members, pemimpin nombor satu negara itu akan meluangkan masa bersama ahli kelab RXZ bermula jam 11 pagi hingga 1 tengah hari. "Insya-Allah Perdana Menteri akan membuat cabutan bertuah 'grand prize' sebuah motorsikal Yamaha RXZ untuk acara sebelah pagi. "Manakala pada petangnya cabutan bertuahnya ialah sebuah motorsikal Yamaha R1 1000cc dan juga sebuah motorsikal Yamaha RXZ. Acara itu akan bermula pada jam 9 pagi sehingga 7.00 petang,"ujar kenyataan itu. Dalam pada itu Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengalu-alukan kehadiran Perdana Menteri ke program anjuran kerajaan negeri dan kelab permotoran RXZ itu. "Dengan kehadiran Yang Amat Berhormat diharap akan memeriahkan lagi program tersebut dan menceriakan semua hadirin yang hadir," ujarnya menerusi suatu kenyataan.
12 Aug 22
2073
KOPERAT Penuhi Keperluan Perumahan Rakyat Terengganu
KOPERAT Penuhi Keperluan Perumahan Rakyat Terengganu
Anak syarikat kerajaan negeri, Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn Bhd (KOPERAT) terus memainkan peranan penting bagi memenuhi keperluan perumahan tempatan untuk rakyat di negeri ini.
10 Aug 22
347
Terengganu Telus Wajar Dicontohi - #RasuahBusters
Terengganu Telus Wajar Dicontohi - #RasuahBusters
Ketelusan pengurusan kewangan Terengganu yang mengungguli kedudukan pertama dalam ‘Malaysia Open Budget Index’ (MyOBI) seharusnya menjadi ikutan semua kerajaan negeri.
10 Aug 22
157
Enam Nelayan Hilang, APMM Aktifkan Pencarian
Enam Nelayan Hilang, APMM Aktifkan Pencarian
KUALA TERENGGANU, 10 Ogos - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah bot yang membawa enam nelayan termasuk tekong yang dipercayai karam pada pukul 10 malam Isnin lepas. Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Ramli berkata bot nelayan tempatan dengan nombor pendaftaran TFA 124 itu berdaftar dan keluar dari Jeti Pasir Puteh, Kelantan. Katanya, sebaik menerima laporan bot nelayan karam, pihaknya segera menggerakkan bot Maritim PERKASA 1234 ke lokasi tersebut iaitu kira-kira 10 batu nautika dari  Pulau Redang. "Sehingga kini, hanya seorang mangsa sahaja yang selamat iaitu Muhammad Kamaruddin Yudi, 31. "Untuk operasi SAR hari kedua, sektor pencarian telah diperluaskan hingga 242 batu nautika dan beberapa aset tambahan telah diatur gerak awal pagi tadi seperti Aset Kapal Maritim (KM) REDANG, aset udara Bombardier CL415 dan bot PERKASA 1234," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Selain itu, beliau memaklumkan Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) di Kuantan, Pahang juga telah mengaktifkan SAR itu bermula semalam bagi mengesan bot tersebut. Sehubungan itu, Maritim Malaysia menyeru kepada semua komuniti laut dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini agar dapat menhubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Kuala Terengganu di talian 09-6224357.
10 Aug 22
572
Terus Giat Bina Rumah Walaupun Kos Binaan Melonjak
Terus Giat Bina Rumah Walaupun Kos Binaan Melonjak
KUALA TERENGGANU, 10 Ogos - Kenaikan kos bahan pembinaan tidak menghalang kerajaan negeri untuk terus membina rumah mampu milik (RMM) untuk rakyat. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsusri Mokhtar berkata, bagi merancakkan lagi pembinaan RMM kerajaan negeri juga membuka pintu kepada syarikat pemaju sama ada anak kerajaan negeri seperti Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu ataupun swasta mengambil insentif membina RMM. "Objektifnya kita hendak memastikan kehendak rakyat ini dapat dipenuhi dalam menyediakan projek perumahan ini terutamanya RMM untuk rakyat Terengganu. "Dalam keadaan yang mencabar serta sukar pada ketika ini dengan harga kos bahan binaan meningkat untuk buat RMM sahaja sudah tentu tidak ada yang sanggup buat termasuk anak syarikat kerajaan sendiri kerana akan mengalami kerugiaan jadi terpaksa buat projek perumahan bercampur. "Mungkin sukar untuk difahami rakyat tetapi inilah yang syarikat pemaju termasuk KOPERAT perlu hadapi dan berdepan dengan suasana ini untuk sama-sama membantu kerajaan bagi memastikan bilangan rumah yang sebagaimana kita janjikan kepada rakyat melalui manifesto dapat kita tunaikan,"ujarnya. Beliau berkata demikian, ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Sambutan Jubli Perak KOPERAT Kali Ke-25, di Permai Hotel, di sini, semalam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja, Pengerusi KOPERAT, Hishamuddin Abdul Karim dan Pengurus Besar KOPERAT, Sayed Abdul Rahman Engku Sulong. Mengulas lanjut Dr Ahmad Samsuri berkata, kerajaan sangat memahami akan kehendak rakyat untuk memiliki kediaman. "Kerana itulah kita sasaran dalam pentadbiran ini untuk menyediakan sebanyak 20,000 unit RMM untuk rakyat namuan ia bukan proses yang datang sekelip mata, kerana banyak projek yang memasakan masa, tidak campur lagi dengan masalah tanah yang dihadapi, masalah pasaran buruh, jadi ia mengambil sedikit masa. "Dalam mesyuarat laporan manifesto pada 19 Julai yang lalu data telah menunjukkan sebanyak 90.3 peratus daripada sasaran 20,000 RMM yang kita janjikan itu telah dicapai, dan ia sedang dalam pembinaan," ujarnya.
10 Aug 22
244