lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Lebih 1,270 Ikan Nemo Dilepaskan
Lebih 1,270 Ikan Nemo Dilepaskan
Lebih 1,270 ekor ikan nemo dilepaskan ke perairan Pulau Bidong sebagai simbolik 'pembebasan' sesuai dengan tema penganjuran Program Selaman Skuba Merdeka Bidong iaitu meyelam untuk kebebasan.
16 Aug 22
208
Optimis Mampu Capai Tiga Juta Pelancong
Optimis Mampu Capai Tiga Juta Pelancong
MARANG, 16 Ogos - Kerajaan negeri optimis mampu mencapai sasaran tiga juta pelancong ke Terengganu sepanjang tahun ini berdasarkan sambutan menggalakan ketika ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata penganjuran program berskala besar seperti 'Bike Week', 'Geng Y Mega Gathering 2022' dan 'RXZ Members 4.0' merancakkan pengunjung ke negeri pesisir pantai itu. "Saya yakin kita mampu mencapai angka ini dengan adanya pelbagai program termasuk yang telah dirancang oleh Jabatan Pelancongan sendiri melalui 'calendar of event'," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui UPDI semasa melakukan tinjauan kerja menaiktaraf perbekalan air di Kampung Che Hassan, Gelugor Kedai, di sini kelmarin Jelasnya, keadaan semasa yang berlaku di Terengganu kini mengembirakan pemain industri pelancongan terutamanya di pulau-pulau. "Rata-rata pelancong suka memilih lokasi berkenaan untuk menghabiskan waktu bersama keluarga sehingga mereka menyatakan mahu meneruskan operasi walaupun di musim tengkujuh. "Pada kebiasaan apabila masuk sahaja Oktober, cuaca kurang baik namun mereka sangat bersemangat setelah sekian lama tidak merasai keadaan sebegini. "Bagi kami apa yang penting dan utama adalah keselamatan, sekiranya pada tahun ini mereka merancang untuk tidak mahu menutup chalet adalah penting untuk menjamin keselamatan pengunjung," ujarnya.
16 Aug 22
365
'Tangan Lelaki Foods' Goda Selera Pengunjung
'Tangan Lelaki Foods' Goda Selera Pengunjung
HULU TERENGGANU, 16 Ogos - Berdepan masalah kewangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac 2020, anak muda yang merupakan graduan dalam bidang ‘Industry Design’ dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)bangkit mencari idea untuk mengusahakan bisnes bagi menambah pendapatannya. Mengambil langkah berani, Mohd Farhan Mohd Nasir,27, sanggup berdepan risiko dengan tempoh masa mencabar dalam mengusahakan variasi Popia Gedil yang dihasilkan menggunakan resepi tersendiri selain  turun padang menghantar tempahan ke rumah pelanggan. Farhan mengakui pada permulaan perniagaan beliau, ia tidak memberangsangkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang menghadkan operasi penghantaran, bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19. Namun, dengan semangat tidak mudah putus asa, beliau terus mempromosikan perniagaannya melalui media sosial untuk melonjakkan jualan perniagaannya, dan ternyata kaedah itu membuahkan hasil sehinggakan dia berjaya membuka kafe pertamanya yang dikenali sebagai  Tangan Lelaki Foods pada November 2021. Bertanya tentang menu ‘best selling’, terdapat lebih lapan menu pilihan makanan termasuk aneka pilihan kek namun Popia Gedil dan Laksa Lodeh adalah menu yang selalu menjadi pilihan pelanggan di kedainya.  “Saya tidak sangka dapat sambutan menggalakkan dan gambar-gambar yang dimuat naik di media sosial turut membantu membolehkan Tangan Lelaki Foods  lebih dikenali ramai,” katanya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) baru-baru ini. Ketika ditanya mengenai kepakaran membuat kopi, Farhan memberitahu, pada awalnya dia adalah seorang yang 'zero' bila bercakap mengenai kopi. Namun pengalaman dan ilmu yang diambil dari pelbagai pihak menjadikan dia lebih bersemangat untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai pembuatan minuman tersebut. "Bermula dari pemilihan kopi sehinggalah ia diminum pelanggan. Semuanya ada nilai tersendiri. Alhamdulilah, berkat ilmu yang dipelajari, saya cuba buat sendiri,”ujarnya lagi. Menurutnya, antara minuman kopi disediakan ialah Americano, Iced Latte, Iced Caramel Latte, Iced Caramel Macchiato, Iced Green Tea, Iced Chocolate, Iced Vanilla dan Blue Lagoon dengan harga mampu milik. Malah, anak ketujuh  daripada lapan beradik ini, sekarang ini mampu 'tersenyum lebar' apabila jualan makanan serta minuman ala barat di kafenya kini, sudah mencecah antara RM8,000 hingga RM9,000 sebulan. Mengakhiri perbualan, Farhan berkata buat masa ini, dia kini lebih fokus untuk memperkukuhkan lagi  kafe yang sedia ada, sebelum memperluaskan perniagaannya di tempat lain. “Insya-Allah, pada masa akan datang, saya akan membuka lagi cawangan yang baharu sekali gus dapat meningkatkan peluang pekerjaan kepada anak muda tempatan,” katanya yang kini menggajikan seramai tujuh pekerja.
16 Aug 22
1557
Penganjur 'Jom Heboh' Setuju Ikut Garis Panduan
Penganjur 'Jom Heboh' Setuju Ikut Garis Panduan
Media Prima Berhad (MPB) selaku penganjur program Karnival Jom Heboh (KJH) bersetuju untuk melaksanakan program terbabit mengikut garis panduan hiburan yang ditetapkan kerajaan Terengganu.
16 Aug 22
241
1,000 Anak Muda Konvoi Bersama Dr Sam
1,000 Anak Muda Konvoi Bersama Dr Sam
Lebih 1,000 anak muda menyertai konvoi motosikal mengiringi Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ke Program RXZ Members 4.0
16 Aug 22
671
Aroma Dapur Kayu Warung Mek Lamah Sajikan Kelainan
Aroma Dapur Kayu Warung Mek Lamah Sajikan Kelainan
HULU TERENGGANU, 16 Ogos - Biarpun terpaksa ‘bertemankan’ bahang dan asap, Warung Mek Lamah, di sini tetap setia menggunakan dapur kayu sejak Mac 2020. Terletak di jambatan yang menuju ke Kampung Dusun, warung yang dikendalikan oleh pasangan suami-isteri Abdullah Ali, 62, dan Jalamah, 59, juga pemilik nama Mek Lamah berkata, memasak menggunakan kayu api berbanding dapur gas dikatakan menjadikan masakan lebih lazat dan membangkitkan  rasa yang mengasyikkan.  “Apa yang istimewanya memasak menggunakan dapur kayu ialah aroma smoky ataupun kayu bakar yang akan terhasil pada nasi ataupun air yang direbus, menjadikannya  cukup istimewa dan meninggalkan memori yang sukar dilupakan. "Kami mengekalkan resipi turun-temurun keluarga untuk memastikan keenakan masakan lauk pauk  walaupun pedih mata dimasuki asap kayu api tetapi saya tetap tidak mahu menggunakan dapur gas sebab rasanya ebih wangi, dan lebih menggoda selera makan,”katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman(UPDI) ketika ditemui. Menurut Mek Lamah, beliau  amat mementingkan kesempurnaan untuk memastikan pelanggan tempatan atau luar benar-benar menikmati hidangan yang disajikan. Justeru itu katanya, dia hanya menggunakan bahan segar untuk memastikan keenakan juadah yang terdapat di warung mereka. Terdapat lebih 10 jenis masakan di warung Mek Lamah termasuk lauk pauk serta ulam-ulaman dan kerabunya yang unik. Antara juadah yang menjadi pilihan utama adalah baung masak tempoyak dan masakan berasaskan daging salai yang diproses sendiri. Pengunjung juga boleh menikmati suasana santai ketika makan berlatarbelakangkan suasana dusun buah-buahan menjadikan ia lokasi unik sesuai kepada mereka yang gemarkan ketenangan jauh dari hiruk pikuk bunyi bising. Sementara itu, rata-rata pengunjung turut teruja dengan kaedah memasak yang digunakan dan mengimbau kenangan mereka ketika masih kecil. Bagi pasangan suami isteri, Alias Kassim, 46 dan isteri, Sabariah Musa, 44, dari Kemaman, mereka sanggup datang dari jauh semata-mata ingin sesuatu kelainan ketika menikmati hidangan dan suasana kampung.  “Teringat zaman kecil..kalau tak pandai menyalakan dapur kayu, alamat tak berasap dapur dan tak dapat makanlah satu rumah. Sebelum tu kena cari dan membelah kayu api dulu.Kena sentiasa penuhkan gobok bawah dapur untuk memudahkan memasak .  “Tetapi itu semua hanya tinggal nostalgia saja dan jika nak mengimbau zaman kecil pasti saya akan datang ke sini serta menikmati masakan yang mampu menghapuskan kerinduan terhadap kenangan lama,”katanya. Bagi kakitangan awam, Khairi Abd Ghani berkata, warung mek Lamah menjadi pilihan utama jika inginkan hidangan ala kampung. ”Menjadi rutin saya datang ke sini sebab makanan dia semua enak belaka dan suasana sekitarpun menarik,”ujarnya.   
16 Aug 22
1692
Operasi Naik Taraf Perbekalan Air Marang Rancak Berjalan
Operasi Naik Taraf Perbekalan Air Marang Rancak Berjalan
Kerja menaiktaraf sistem perbekalan air di daerah ini bagi menyelesaikan masalah tekanan air rendah di kawasan terbabit sedang rancak berjalan.
15 Aug 22
159
Operasi Naik Taraf Perbekalan Air Marang Rancak Berjalan
Operasi Naik Taraf Perbekalan Air Marang Rancak Berjalan
MARANG, 15 Ogos - Kerja menaiktaraf sistem perbekalan air di daerah ini bagi menyelesaikan masalah tekanan air rendah sedang rancak berjalan. Pengarah Projek Pemasangan Paip (Konsortium KAJV Sdn Bhd), Ir. Abdul Samad Sulaiman berkata, kerja pemasangan paip sepanjang 24 Kilometer (KM) itu telah dimulakan pada 1 Jun lalu dan ia dijangka siap Disember ini. Katanya, ia melibatkan kos sebanyak RM54 juta yang diperuntukan kerajaan negeri. "Projek ini bermula dari Sungai Rengas ke Tangki Miel dan sambungannya akan diteruskan sehingga ke Tangki Perkhidmatan Gondang itu dengan bekalan air diambil dari Loji Kepong 2, ini menjadi penyelesaian paling cepat untuk jangka masa pendek. "Kerja ini diteruskan pada setiap hari bagi memastikan pemasangan paip ini dapat disiapkan tepat pada waktunya dan masalah gangguan bekalan air di Marang diselesaikan, pihak kami akan memastikan sepanjang melakukan kerja-kerja ini aspek keselamatan akan menjadi keutamaan. "Dalam operasi ini kami akan sentiasa peka dan sangat mengalukan aduan daripada pengguna jalan raya sekiranya ada kerosakan jalan yang boleh mengundang bahaya kepada setiap pemandu," ujarnya. Beliau yang juga merupakan Ketua Pegawai Operasi Konsortium KAJV berkata demikian ketika UPDI melakukan tinjauan ke tempat operasi pemasangan paip di Kampung Che Hassan Gelugor Kedai, di sini semalam. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ariffin Deraman. Mengenai aduan orang ramai tentang projek terbabit yang telah mengakibatkan permukaan jalan raya rosak, Ir Abdul Samad berkata kawasan terbabit akan dibaiki secara berkala selepas projek selesai. "Buat masa ini sebelum habis tempoh pemasangan paip hanya kerja penurapan sementara dilakukan, memang ia akan mengundang keadaan tidak selesa kepada setiap pengguna jalan raya. "Turapan sebenar akan dibuat setelah kerja-kerja ini operasi pengujian selesai dilakukan," ujarnya. Dalam pada itu Ariffin mengharapkan agar proses pemasangan paip itu akan selesai mengikut jadual yang telah ditetapkan. Katanya, penduduk setempat diminta agar bersabar untuk sementara waktu. "Dengan projek ini ia akan melegakan penduduk Marang walaupun akan ada sedikit gangguan dalam tempoh menyiapkannya,"ujarnya.      
15 Aug 22
1491
Penganjur 'Jom Heboh' Setuju Ikut Garis Panduan
Penganjur 'Jom Heboh' Setuju Ikut Garis Panduan
MARANG, 15 Ogos - Media Prima Berhad (MPB) selaku penganjur program Karnival Jom Heboh (KJH) bersetuju untuk melaksanakan program terbabit mengikut garis panduan hiburan yang ditetapkan kerajaan Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, pihaknya telah memberi beberapa saranan agar sebarang hiburan atau aktiviti yang akan dijalankan tidak melanggar batas di samping mengetengahkan konsep islamik. "Sebagai contoh berdasarkan garis panduan kerajaan negeri jika hendak mengadakan konsert, penyanyi tidak boleh wanita dan semua barisan artis yang akan membuat persembahan pada karnival itu nanti adalah artis lelaki. "Kita sebenarnya tiada masalah untuk menyokong mana-mana program yang hendak dianjurkan seumpama KJH ini asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dan patuh syariah di samping akan membawa kepada keuntungan kepada rakyat," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau operasi pemasangan paip bagi projek menaik taraf bekalan air kawasan Marang, di sini, semalam. Mengulas lanjut Ariffin berkata, namun tarikh sesuai bagi program KJH masih dalam perbincangan. "Ketetapan asal adalah pada September ini namun ia masih dalam perbincangan, saya yakin karnival ini akan didatangi oleh pelancong dari negeri Pahang, Kelantan bahkan seluruh negara," katanya. Dalam pada itu menurutnya, semua pihak sangat dialu-alukan untuk mengadakan aktiviti dan program di negeri ini. "Mereka juga telah sedia maklum dengan ketegasan kerajaan negeri agar apa jua yang hendak dilakukan mesti patuh syariah, penerbit telemovie yang ingin melakukan pengambaran di negeri ini juga berjumpa kami dan sanggup mematuhi garis panduan kerajaan negeri. "Drama itu mereka maklumkan akan menampilkan pelakon yang berhijab dan menutup aurat, ini memberikan gambaran bahawa usaha kita mendidik orang ramai termasuk mereka yang datang dari luar Terengganu telah difahami dan sudah maklum mengenai syarat yang mesti mereka patuhi. "Sebenarnya ramai lagi penerbit filem yang datang ke Terengganu untuk membuat filem, kita terbuka untuk memberikan kerjasama kepada mana-mana penerbit filem atau drama kerana ia juga merupakan langkah untuk mempromosikan negeri ini agar lebih dikenali," ujarnya.  
15 Aug 22
2329
Terengganu Miliki Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif
Terengganu Miliki Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif
KUALA TERENGGANU, 14 Ogos- Berdasarkan kajian di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dari 2016 sehingga 2020 lalu, Malaysia dianggarkan memiliki 15.2 juta tan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) yang telah dikenalpasti terdapat di Terengganu. Selain negeri ini, ia juga dikenalpasti terdapat di sekitar kawasan pedalaman Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka. Pembangunan NR-REE di Malaysia ini akan menjadi peluang baharu yang harus digunakan sebaiknya oleh pihak kerajaan bagi merancakkan semula industri mineral negara. Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, peluang berkenaan sewajarnya dimanfaatkan oleh kerajaan kerana harga mineral itu bakal  melonjak besar dalam tempoh dua dekad kelak. Jelasnya, jika dinilai daripada trend semasa, pengeluaran sumber berkenaan dijangka akan terus meningkat dan akan menjadi keperluan utama kepada ledakan bidang Revolusi Industri Keempat (4IR). "Berdasarkan penemuan sumber NR-REE yang bernilai tinggi ini, saya yakin negara kita mampu untuk bersaing di peringkat global bagi menjadi pemain utama serantau dalam membekalkan sumber ini. "Rantaian pengeluaran domestik tidak hanya akan menguntungkan rakyat Malaysia, tetapi turut dapat menarik minat pelaburan asing, terutama ketika ekonomi dunia berusaha mempelbagaikan sumber bekalan mereka selain dari negara China," katanya dalam ucapan perasmian Simpomin NR-REE Kali Ke-10, di Putrajaya, kelmarin. Mengulas lanjut katanya, kementeriannya sudah menetapkan beberapa sasaran utama yang merangkumi penumpuan terhadap pembangunan keseluruhan rantaian nilai NR-REE khusnya bagi peringkat pertengahan dan hiliran. "Antarnya penggunaan sumber NR-REE secara optimum melalui penghasilan nilai tambah produk mineral tempatan, menarik kemasukan pelabur dari dalam dan luar negara bagi mewujudkan industri yang memiliki rantaian mineral yang lengkap dan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam industri ini. "Terutamanya dari aspek pemindahan teknologi, Kepakaran dan Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I) dan akan turut membuka peluang pekerjaan melalui pewujudan ekosistem pembangunan industri mineral dan mengekalkan kelestarian alam sekitar. "Melalui amalan prinsip perlombongan secara bertanggungjawab dan mampan,"ujarnya. Ujarnya lagi, harganya juga dijangka akan meningkat sehingga 700 peratus kerana mendapat permintaan yang tinggi. "Kerana bahan mentah ini jika diproses boleh digunakan untuk sektor pembuatan terutamanya bagi penghasilan kereta elektrik, komputer, telefon pintar, industri bateri, magnet berintensiti tinggi,pembuatan kaca dan banyak lagi produk," katanya.  
14 Aug 22
3585