lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Polis Nafi Kecurian Lebih 200 RXZ Di Terengganu
Polis Nafi Kecurian Lebih 200 RXZ Di Terengganu
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Terengganu menafikan dakwaan yang tular di media sosial berkaitan kecurian lebih 200 buah motosikal RXZ sepanjang tempoh program RXZ Members 4.0 berlangsung di negeri itu.
23 Aug 22
175
Suri Rumah Mampu Lakukan Perubahan Besar
Suri Rumah Mampu Lakukan Perubahan Besar
Kaum hawa yang bergelar suri rumah boleh melakukan perubahan besar dengan inisiatif bekerja dari rumah.
22 Aug 22
127
Optimis Mampu Capai Tiga Juta Pelancong
Optimis Mampu Capai Tiga Juta Pelancong
Kerajaan negeri optimis mampu mencapai sasaran tiga juta pelancong ke Terengganu sepanjang tahun ini berdasarkan sambutan menggalakan ketika ini.
22 Aug 22
57
Loji Bukit Berapit Beroperasi Sebulan Lagi
Loji Bukit Berapit Beroperasi Sebulan Lagi
Kerajaan negeri optimis Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Berapit, Kuala Nerus di bawah Projek Bekalan Air Kuala Terengganu Utara (KTU) memulakan operasi dalam tempoh sebulan lagi.
22 Aug 22
358
Pendakwah Perlu Bijak Terokai Dunia Media Baru
Pendakwah Perlu Bijak Terokai Dunia Media Baru
KUALA TERENGGANU, 21 Ogos - Kursus Pembangunan Daie Profesional : Kemahiran Penulisan Dakwah Kreatif dan Berimpak Tinggi Bersama Daie berjaya membuka mata para daie untuk lebih semangat dan bijak berkarya melalui perkongsian ilmu, tips and tricks. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan  dan Alam Sekitar negeri, Ahmad Shah Muhamed berkata, ruang-ruang dakwah di platform media baru perlu diterokai dengan lebih bijaksana dalam meningkatkan daya saing para pendakwah di negeri ini. “Kita kadang-kadang bila datang sesuatu benda baru kita akan bersikap janggal dan tidak mengambil kesempatan dalam menyampaikan risalah dakwah melalui pendekatan yang kena dengan jiwa dan kehendak masyarakat kini. “Kerajaan Terengganu amat menyambut baik penganjuran pada kali ini yang sememangnya menumpukan hala tuju untuk melahirkan rakyat yang beragama. Jadi kerja-kerja ini bukan suatu yang mudah dan memerlukan petugas atau tulang belakang yang mempunyai kemahiran dakwah kreatif yang jitu khususnya di platform media sosial,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis perasmian kursus yang dianjurkan Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) itu di Primula Beach Hotel. “Warnakanlah dunia Darul Iman dengan keindahan dakwah melalui karya penulisan, sesungguhnya mata pena itu lebih tajam dari mata pedang, dengan tulisan mampu menyuntik hati dan jiwa manusia,” katanya di hadapan peserta kursus yang dihadiri hampir 200 orang.
21 Aug 22
251
Kurangkan Harga Makanan Selaras Penurunan Harga Barang- KPDNHEP
Kurangkan Harga Makanan Selaras Penurunan Harga Barang- KPDNHEP
KUALA TERENGGANU, 21 Ogos – Peniaga terutamanya penjual makanan diingatkan untuk tidak mengambil kesempatan dengan terus menaikkan atau mengekalkan harga barang jualan walaupun harga bahan asas lebih murah selepas berlaku penurunan harga. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Saharuddin Mohd Kia, berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga kedai makan yang menaikkan harga makanan dan minuman secara tidak munasabah. Katanya, terdapat peniaga yang tetap mengambil kesempatan serta tidak menurunkan harga barang dengan pelbagai alasan. “Peniaga diminta sesuaikan harga dengan situasi yang berlaku, janganlah bila harga barang naik, kita naikkan harga jualan tetapi bila keadaan kembali stabil…tahap harga masih sama ketika berlaku kenaikan harga barang. “Peniaga kedai makan perlu lebih prihatin dan menggunakan kaedah menang-menang dalam menentukan harga makanan dan minuman dijual kerana peniaga juga adalah pengguna. Mungkin barang yang dijual itu melibatkan pengguna-pengguna lain tetapi  ada juga barang-barang lain yang melibatkan dia sebagai pengguna,”ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM)  di Pasaraya Q Mart Merbau Patah, di sini hari ini. Katanya, penguatkuasa dan skuad pemantau harga KPDNHEP sentiasa membuat pemantauan, tetapi setakat ini belum ada sebarang tindakan diambil kerana peniaga dilihat masih mematuhi peraturan “Namun pemantauan berterusan oleh  KPDNHEP akan terus dilaksanakan dalam memastikan semua pengguna boleh membeli barangan keperluan dengan harga berpatutan. “Sekiranya berlaku kes sedemikian pihak kami boleh menyiasat mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” ujarnya.  
21 Aug 22
391
PJKM Catat Jualan RM10.1 Juta Di Terengganu
PJKM Catat Jualan RM10.1 Juta Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 21 Ogos - Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Terengganu berjaya mencatatkan nilai jualan mencecah lebih RM10.1 juta sejak 4 Disember 2021 sehingga 12 Ogos 2022. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Saharuddin Mohd Kia, berkata transaksi jual beli itu adalah hasil penganjuran PJKM di 117 lokasi di seluruh negeri yang berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaannya. “Seramai 184,560 pengguna di negeri ini juga telah mendapat manfaat daripada program tersebut. “Ini membuktikan program PJKM berjaya mencapai matlamatnya untuk membantu meringankan beban kos sara hidup terutama buat golongan berpendapatan rendah (B40) di negara ini,”ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM)  di Pasaraya Q Mart Merbau Patah, di dini hari ini. PJKM kini telah dijenamakan semula menjadi JMKM dan diperluaskan ke kesemua 600 DUN seluruh negara dan 13 Parlimen di Wilayah Persekutuan. Terdahulu, program PJKM yang dilaksanakan di seluruh negara menawarkan harga keperluan asas lebih rendah hingga 30 peratus berbanding harga biasa. Antara barang yang dijual ialah beras, telur, ayam, ikan, sayur-sayuran, beras, tepung, susu dan minyak masak melibatkan pelbagai agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan sektor peruncitan. Dalam tempoh itu, Shaharuddin berkata, KPDNHEP bekerjasama erat dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) agar harga barangan keperluan mampu dibeli rakyat dengan harga berpatutan.  
21 Aug 22
404
Kerajaan Rancak Adakan Program Tiada Kaitan PRU
Kerajaan Rancak Adakan Program Tiada Kaitan PRU
KUALA TERENGGANU, 19 Ogos - Lambakan program dilakukan oleh kerajaan negeri sejak mengambil alih pentadbiran tiada kaitan dengan  Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, setiap program yang dijayakan itu merupakan komitmen PAS untuk dijadikan platform berdakwah bagi meningkatkan lagi syiar Islam di negeri ini. Katanya, dakwaan segelintir pihak bahawa program diadakan itu hanya ketika hendak meghadapi PRU semata-mata langsung tidak tepat dan merupakan suara nakal yang cuba mengalih perhatian rakyat. "Saya rasa rakyat pun dapat melihat selepas kemenangan PRU Ke-14, sepanjang empat tahun kita mengerakkan pelbagai agenda dan usaha di mana ini merupakan perjuangan kita yang berterusan dalam mengajak masyarakat di negeri ini untuk menghayati 'keindahan Islam' serta menyampaikan mesej Rasulullah kepada umat agar memartabatkan ajaran Islam untuk kesejahteraan seluruh rakyat. "Kerana itu setiap tahun kita anjurkan pelbagai program yang penuh dengan pengisian yang bermanfaat mengajak rakyat menghayati nilai-nilai Islam untuk diamalkan dalam kehidupan. "Menunjukkan bahawa kerajaan hari ini komited dengan perjuangan meninggikan syiar Islam secara berterusan untuk menterjemahkan matlamat yang ingin dicapai selama ini untuk menjadikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera (TMBS)," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Peneragan Darul Iman (UPDI), selepas merasmikan Karnival Penghayatan Islam TDM Berhad, bertempat di Dataran Khairunnisa, Jalan Sultan Omar, di sini kelmarin. Mengulas mengenai program tersebut, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, sambutan baik telah diberikan oleh rakyat di negeri ini khusunya daripada masyarakat Kuala Terengganu. "Ini menunjukkan rakyat memberikan sokongan dan dokongan yang kuat kepada program-program penghayatan Islam yang memberikan kefahaman yang jelas mengenai kehidupan beragama. "Sambutan meriah ini juga adalah kerana selama ini rakyat rindu untuk menghadiri program secara fizikal sebegini yang mula kembali diadakan setelah kita baru sahaja mula keluar dari era pandemik dan berada dalam fasa transisi endemik, dengan kehadiran yang ramai ini menujukkan rakyat Terengganu memang cintakan kepada program-program penghayatan Islam yang memberikan ilmu yang bermanfaat. "Gelombang yang sama juga dapat diperhatikan dengan keadaan masjid dan surau-surau, saya sendiri melalui Pejabat Parlimen Kuala Terengganu sedang merangka pelbagai program keagamaan dengan kerjasama pelbagai pihak bagi meneruskan usaha meningkatkan syiar Islam di negeri ini," ujarnya lagi. Terdahulu, pada program tersebut, TDM telah menyampaikan bantuan RM80,000 kepada seramai 400 penerima dari Kuala Terengganu yang merupakan golongan B40.
21 Aug 22
391
Residensi Bayas Pelopor Penggunaan IBS
Residensi Bayas Pelopor Penggunaan IBS
KUALA TERENGGANU, 17 Ogos - Projek Perumahan Residensi Bayas menjadi pelopor di negeri ini yang menggunakan sistem pembinaan IBS Mega Wall (penggunaan besi H-Frame sebagai tetulang dinding konkrit). Pengurus Besar P-Excell Management Sdn. Bhd., (PEMSB) Mohd Anuar Abdullah berkata, kaedah yang dibangunkan 'Mega Bulding System' itu amat menjimatkan masa, mampu mengurangkan kos dan kebergantungan kepada tenaga buruh berbanding pembinaan kaedah konvesional. “Bagi fasa pertama projek perumahan ini, sebanyak 55 unit rumah teres dua tingkat dengan empat variasi berbeza telah didirikan di atas tanah berkeluasan empat ekar daripada 10 ekar dan baki enam ekar lagi bagi fasa kedua yang masih dalam peringkat akhir kelulusan.  “Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat tahun ini disebabkan terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk pandemik COVID-19, siri-siri PKP serta gangguan dalam rantaian bekalan bahan binaan sedikit sebanyak telah menjejaskan perancangan penyiapan asal. “Namun dengan penggunaan teknologi binaan terkini, projek ini masih lagi dikategorikan menepati waktu pembinaan dan kita sasarkan supaya penyerahan kunci kepada semua pembeli berjaya dilakukan dalam suku keempat tahun ini,” ujarnya dalam satu kenyataan. Menurut Anuar, Residensi Bayas fasa satu telah habis terjual dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan apabila pembeli mengetahui kualiti menggunakan kaedah pembinaan ini walaupun pada peringkat awalnya masih mendapat keraguan daripada pembeli.  “Selepas ini PEMSB akan menjadi pemangkin kepada syarikat-syarikat perumahan lain bagi penggunaan kaedah IBS ini.  “Pada masa ini PEMSB telah menandatangani Perjanjian Persefahaman dengan Mega Building System sebagai rakan strategik bagi pembangunan projek perumahan di Negeri Terengganu termasuk projek baru PEMSB yang bakal dilaksanakan di Batu Hampar dimana sebanyak 69 unit yang turut menggunakan kaedah pembinaan ini,” ujarnya. Anuar berkata, beliau amat mengalu-alukan mana-mana pemaju yang berminat dengan penggunaan sistem IBS ini untuk berbincang dan berkongsi teknologi. Terdahulu, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) cawangan Terengganu yang diketuai pengerusinya, Mohamad Hishamudin Muda telah mengadakan lawatan ke projek Residensi Bayas fasa satu yang dimajukan oleh PEMSB yang merupakan syarikat di dalam kumpulan syarikat PMINT. Menurut Hishamudin, lawatan seumpama itu merupakan aktiviti berkala REHDA bagi memberi pendedahan kepada ahli-ahli berkenaan perkembangan pasaran hartanah, kaedah pembinaan dan teknologi disamping menjadi tunjang kepada pemaju perumahan dalam menangani isu-isu berkaitan pemajuan hartanah.  
17 Aug 22
1212
668 Pegawai, Pesara Polis Terengganu Terima PJPN
668 Pegawai, Pesara Polis Terengganu Terima PJPN
Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, hari ini menyempurnakan anugerah Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada 408 daripada 668 Pegawai Kanan, Pegawai Rendah dan pesara Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu.
17 Aug 22
408