Artikel "Semasa" Terkini
34 Bayi Merdeka Lahir Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 31 Ogos - Seramai 34 kelahiran bayi merdeka dicatatkan di Terengganu membabitkan 17 lelaki dan 17 perempuan.
Bayi Merdeka pertama dilahirkan kira-kira jam 12.24 tengah malam tadi seberat 3.51 kilogram oleh Mas Ayu Abdul Wahid, 34, hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Juniman Kartojo, 44.
Pengarah Kesihatan Negeri, Dato Kasemani Embong berkata Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) mencatatkan kelahiran tertinggi iaitu seramai 25 bayi.
"Ini diikuti Hospital Kemaman (4), Hospital Setiu (2) dan masing-masing satu (1) kelahiran di Hospital Dungun, Hospital Hulu Terengganu dan Hospital Besut,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat kelahiran Bayi Merdeka di HSNZ, di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Terengganu, Mohd. Nasir Kareem berkata, pemberian cenderahati dan sijil tahniah turut disampaikan sebagai tanda kesyukuran kelahiran bayi terbabit pada hari keramat, Hari Kebangsaan ke-65.
Katanya, kolaborasi dengan pengurusan HSNZ itu merupakan program pertama anjuran JPN negeri sempena sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini.
Tambah Mohd Nasir lagi, pihaknya juga mendapat kerjasama Co-opbank dan Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional(PTPTN) melalui program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR).
Bagi Mas Ayu, walaupun sebelum ini doktor memaklumkan tarikh bersalin adalah pada 23 Ogos, tetapi dia selalu mengharap anak ketiganya lahir pada hari kemerdekaan.
"Selepas 'induce' saya dimasukkan ke dewan bersalin pada jam 4.30 petang dan selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.51 kilogran lapan jam kemudian.
"Tak sangka impian saya tercapai dan merasa gembira kerana anak lelaki saya dilahirkan pada tarikh istimewa dan menjadi bayi merdeka pertama dilahirkan di Terengganu,"katanya yang mempunyai dua anak perempuan berusia 8 dan 6 tahun.
Jelasnya, dia dan suami sudah pasti akan meraikan tarikh itu dengan lebih meriah setiap tahun.
31 Aug 22
967
SMK Tengku Mahmud Cipta Kertas Daripada Batang Pisang
BESUT, 1 September - Lima orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahmud yang mencipta kertas daripada batang pokok pisang mendapat pengiktirafan dunia apabila memenangi Pertandingan Inovasi T'the 7Th International Invention Inovation Competition In Canada (ICAN 2022).
Guru Pembimbing pelajar terbabit, Taksiah Yaakun berkata, dua anugerah telah diperolehi melalui inovasi itu iaitu International Special Award World Invention Intellectual Property Associations (WIIPA) dan Best Young Inventors ICAN 2022.
Katanya, cetusan idea itu terhasil selepas melihat hutan dan kawasan tadahan hujan perlu diselamatkan daripada terus mengalami kemusnahan begitu sahaja.
"Setelah melihat pokok pisang yang selama ini ditebang untuk diambil buahnya sedangkan batangnya dibuang begitu sahaja, maka kami terfikir cara untuk hasilkan produk yang baru dan mendatangkan kehunaan kepada manusia serta dapat menyelamatkan dunia daripada pencemaran.
"Saya dimaklumkan 200 negara telah mengambil bahagian, dan alhamdulillah kami merasa bangga dengan kejayaan yang telah kami capai di peringkat antarabangsa ini yang mana ini merupakan kali ketiga kami menyertai pertandingan seumpama ini di peringkat tertinggi seperti ini," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), ketika menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Mohd Nur Khuzaini A.Rahman, di sini baru-baru ini.
Mengulas lanjut katanya, sejak idea itu tercetus bermula tahun 2019 pihaknya sentiasa melakukan penambahbaikkan.
"Kami sentiasa berfikir bagaimana untuk meningkatkan inovasi ini sehingga dapat menghasilkan produk yang sangat bagus, kami mencipta pelbagai produk seperti patung wayang kulit, menghasilkan kotak, bunga kertas, kertas warna dan sebagainya.
"Pelajar ini kami pilih dari kalangan mereka yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Englis dengan baik serta mempunyai kreativiti yang boleh kami ketengahkan," ujarnya.
Sementara itu, Nurkhuzaini mengakui teruja dan tertarik dengan hasil inovasi yang dicipta oleh pelajar terbabit dan pihak kerajaan negeri berbangga atas pencapaian tersebut.
"Kalau selama ini jika kita hendak hasilkan kertas terpaksa tebang pokok hutan, jadi kita akan melihat sejauh mana perkara ini boleh dikembangkan dan jika sekiranya ada ruang dan peluang untuk ia dikomersialkan, pihak kerajaan akan mejadi pemudahcara.
"Saya tengok apa yang dipamerkan tadi banyak perkara boleh dbuat seperti 'key chain', dapat buat bendera, ia merupakan suatu perkembangan yang baik hutan pun selamat, kerana pokok pisang ini bukan kategori pokok hutan," ujarnya lagi.
30 Aug 22
966
Tolak Kerjasama Dengan PH - Ahmad Samsuri
Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan, parti tersebut tidak akan menyertai Pakatan Harapan (PH) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
30 Aug 22
114
Terengganu Tidak Akan Bubar DUN Jika PRU Tahun Ini
Terengganu tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya pembubaran parlimen dilaksanakan pada tahun ini.
30 Aug 22
326
Kerajaan Negeri Nilai Keseluruhan Cadangan Bajet 2023
KUALA TERENGGANU, 1 September - Kerajaan negeri akan menilai secara keseluruhan cadangan bajet rakyat Terengganu termasuk yang diutarakan menerusi portal eBajet2023 di pautan http://ebajet.terengganu.gov.my/ .
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelbagai cara disediakan kepada rakyat bagi mengemukakan sebarang cadangan, pendapat mahupun maklumbalas setiap kali sebelum pembentangan bajet berlangsung.
“Dalam proses penyediaan bajet sebelum-sebelum ini dan juga tahun ini, kita membuka cadangan untuk rakyat dalam pelbagai cara.
“Sebelum pandemik COVID-19, cara kita mendapat maklumbalas daripada rakyat adalah menerusi sesi townhall di daerah-daerah terutamanya daripada orang awam, NGO mahupun anggota komuniti.
“Selepas berlaku COVID-19, antara kaedah kita dengan membuka portal dalam talian, web untuk (orang ramai) kemukakan cadangan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelepasan Kembara Merdeka Beret Hijau Siri 2/2022 di Dataran Muara Utara, di sini, baru-baru ini.
Mengulas mengenai rungutan sesetengah pihak supaya kerajaan negeri meningkatkan peruntukan bajet dalam bidang pendidikan katanya, beliau tidak menafikan ada menerima cadangan tersebut.
“Memang ada cadangan demikian (naikkan bajet pendidikan), termasuklah cadangan lain dan tentulah kerajaan negeri akan melihat keseluruhan dan nilai, mana yang menjadi keutamaan dahulu, mana yang kemudian,” ujarnya.
30 Aug 22
189
JTDLKM Di Terengganu Catat Hasil Jualan RM1 Juta
KUALA TERENGGANU, 30 Ogos - Program Jualan Terus Dari Ladang Keluarga Malaysia (JTDLKM) di Terengganu berjaya merekodkan hasil jualan sebanyak RM1 juta sepanjang tiga bulan pelaksanaanya di negeri ini.
Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu, Nukman Hashim berkata, penganjuran program ini juga berjaya menghasilkan penjimatan sebanyak 10 peratus atau RM100,000 melalui penganjuran 44 program JTDLKM di seluruh negeri sepanjang tempoh itu.
" Program ini bagi memudahkan pengguna setempat mendapatkan bekalan barangan keperluan harian pada harga berpatutan.
"Lebih 35,000 pengunjung telah mengunjungi semua program yang diadakan di setiap daerah bagi mendapatkan barang seperti ayam, ikan, telur, sayur dan buah-buahan ," katanya selepas meninjau Program JTDLKM di perkarangan Masjid Kampung Kubang Ikan, di sini hari ini.
Nukman berkata pihaknya juga menyasarkan penganjuran sebanyak 120 program JTDLKM sehingga Disember ini di kawasan pedalaman dan luar bandar di seluruh negeri di Terengganu.
Dalam masa yang sama, beliau melahirkan rasa bangga kerana program JTDLKM semakin mendapat sambutan daripada usahawan.
“Kita dapat lihat program ini semakin mendapat sambutan daripada usahawan apabila berkembang kepada 24 peserta berbanding 13 usahawan pada peringkat permulaan.
Katanya, secara keseluruhannya sehingga kini seramai 714 usahawan terlibat dalam pelaksanaan program tersebut dan mereka tidak dikenakan sebarang caj dikenakan oleh pihak FAMA Terengganu.
30 Aug 22
347
Tolak Kerjasama Dengan PH - Ahmad Samsuri
KUALA TERENGGANU, 30 Ogos - Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan, parti tersebut tidak akan menyertai Pakatan Harapan (PH) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Menurut beliau, PAS konsisten menolak kerjasama dengan PH serta tidak akan berkompromi dan telah memutuskan untuk tiada kerjasama dengan PH.
“Setakat yang saya faham, PAS sangat konsisten dengan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan PH.
“Itu saja yang boleh saya sebut, bagi PAS kita tidak akan berkompromi dan tidak ada sebarang kerjasama dengan PH,” ujarnya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan berkata, semua pimpinan parti pembangkang perlu mempertimbang membuka semula pintu rundingan dengan PN jika masing-masing sepakat musuh utama dalam PRU-15 adalah Barisan Nasional (BN) selepas menyempurnakan Majlis Pelepasan Kembara Merdeka Beret Hijau Siri 2/2022 di Dataran Muara Utara, di sini, hari ini.
Kembara merdeka sejauh 1,603 kilometer yang bermula Ahad lalu dan akan berakhir esok itu disertai 44 ahli Kelab Veteran Komando Malaysia yang berkonvoi menggunakan motosikal berkuasa tinggi dari Kem Sungai Udang Melaka dengan persinggahan di beberapa negeri termasuk Terengganu sebelum menuju ke Kem Iskandar, Johor.
Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, sekiranya ada perbincangan dengan Perikatan Nasioanal (PN), PAS tetap dengan pendirian untuk tidak bersama PH.
“Kalau ada perbincangan kita akan utarakan pandangan kita, dan kita akan bertegas dengan pandangan kita (untuk tidak bersama PH),” ujarnya.
30 Aug 22
548
Primula Agih 800 Jalur Gemilang, Semarak Sambutan Kemerdekaan
KUALA TERENGGANU, 30 Ogos - Bagi menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan Primula Beach Hotel mengagihkan 800 helai Jalur Gemilang kepada orang awam untuk dikibarkan di rumah dan kenderaan sempena sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-65, Rabu ini.
Pengurus Besarnya. Suaibah Harun berkata, ia bukan saja untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 tetapi juga membangkitkan kesedaran rakyat terhadap jasa dan pengorbanan orang terdahulu berjuang memerdekakan negara.
Katanya, rakyat pada semua peringkat perlu menunjukkan semangat patriotik dan cintakan negara melalui pengibaran Jalur Gemilang sebagai lambang kebebasan serta kemajuan yang sudah dicapai.
“Masyarakat khususnya generasi muda, harus sedar bahawa keselesaan yang dinikmati ketika ini adalah hasil jasa dan pengorbanan nenek moyang sejak ratusan tahun lalu.
"Mereka perlu meningkatkan semangat patriotik agar negara ini tidak dijajah semula oleh bangsa lain di dunia,” katanya selepas program Agihan Jalur Gemilang di KTCC Mall, semalam.
Tambahnya, program ini merupakan salah satu platform yang terbaik dan berkesan bagi menyebarkan semangat kemerdekaan dan mengangkat tinggi Jalur Gemilang tanda kebanggaan sebagai rakyat Malaysia.
Suaibah juga berkata, selain pengagihan Jalur Gemilang, pihaknya juga menghiasi persekitaran hotel dengan kibaran bendera bagi menyemarakkan suasana sepanjang bulan kemerdekaan.
Selain itu, bagi memeriahkan lagi sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini Primula Beach Hotel juga mengadakan promosi-promosi jualan seperti Mat Kilau ‘Buffet Supper’ dan Merdeka ‘Chicken Rice Set’ dengan harga berpatutan yang boleh dinikmati oleh para tetamu dari dalam dan luar negeri yang berakhir pada hujung bulan Ogos ini.
30 Aug 22
289
KOPERAT Tiup Semangat Rakyat Terengganu Sambut Merdeka
Anak syarikat kerajaan negeri, Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu (KOPERAT) telah mengagihkan 3,000 jalur gemilang kepada rakyat Terengganu bagi meniupkan semangat patriotisme kalangan mereka sempena bulan kemerdekaan pada tahun ini.
29 Aug 22
243
Kerajaan Fokus Dakwah di Kawasan Pedalaman, Pulau
Kerajaan tidak meminggirkan rakyat di kawasan pedalaman dan pulau dalam semua bidang termasuk segmen dakwah.
29 Aug 22
138