lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Mudah Terlibat Rasuah Kerana Lupa Agama
Mudah Terlibat Rasuah Kerana Lupa Agama
ALOR SETAR, 4 September - Ideologi seperti Islam Liberal, Islam Plural, pragmatism telah menjadikan sebahagian orang Islam hilang identiti beragama, pecah amanah, rasuah dan khianat. Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah, Tan Sri' Abdul Hadi Awang berkata, oleh kerana itu ulama perlu beri fokus utama kepada perkara berkenaan dari sibuk membahaskan perkara cabang agama. "Para ulama di Malaysia jangan sibuk 'mengangkat pasir menjadi kubah' (kerana) dengan mengangkat perkara kecil menjadi besar akhirnya akan hanya menghabiskan masa semata-mata. "Maka saya menasihatkan agar ulama memberikan tumpuan kepada perkara yang jauh lebih mustahak, kritikal dan utama seperti bahaya serangan pemikiran yang (boleh) merosakkan hati diri seorang muslim," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan 'Ucapan Dasar Presiden PAS', di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-68, Kompleks PAS Kedah, di sini, semalam. Tegasnya, perpecahan yang sedang dihadapi umat Islam pada masa kini diakibatkan kerana ulama terlalu menekankan kepada perkara cabang agama dan kejahilan umat terpengaruh dengan pelbagai ideologi asing daripada Islam. "Bahkan, tindakan yang menjadikan Islam tidak berkuasa dalam negara adalah suatu kemungkaran besar yang akan diikuti dengan kemungkaran dalam segala lapangan yang lain  "(Sehinggakan) akhir-akhir ini terdapat dalam kalangan yang bernama Islam merobek kan agama Islam ini secara terbuka, sehingga merendah-rendahkan kedudukannya. "Tindakan yang dilakukan itu sebenarnya (telah) menghina Islam, penganutnya dan raja-raja yang diberikan kewajipan untuk memeliharanya. "Sebarang usaha yang cuba untuk menghakis kuasa politik Islam merupakan suatu kemungkaran besar yang wajib dicegah," tegasnya lagi.
04 Sep 22
480
Amphibia Qber II Kini Sedia Hadapi Banjir Di Hulu Terengganu
Amphibia Qber II Kini Sedia Hadapi Banjir Di Hulu Terengganu
HULU TERENGGANU, 3 September - Bot dwifungsi darat-air Amphibia Qber II kini lebih efisien dan praktikal digunakan untuk operasi membantu semasa tragedi banjir.  Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata,  ia  adalah kesinambungan kepada hasil rekacipta bot dua alam Amphibia Qber versi pertama yang telah dihasilkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu  sebelum ini terbukti berjaya digunakan semasa penugasan operasi bencana banjir di daerah ini sejak 2018. Katanya, projek inovasi terbaru yang diketuai Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd  Adli Mat Daud ini dibina dengan menggunakan bahan-bahan terpakai seperti besi dan komponen kenderaan melibatkan kos sebanyak RM20 ribu  yang mengambil masa enam bulan untuk disiapkan.  "Ia juga boleh digunakan atas darat, air dan termasuk di kawasan yang agak sukar dilalui dan sempit kerana saiznya lebih praktikal dan  kecil dari Amphibia Qber versi pertama dahulu. "Amphibia Qber II ini turut dilengkapi dengan peralatan penugasan operasi menyelamat di permukaan air serta memiliki ciri-ciri pelbagai guna, efisien, selamat dan mengikut inspirasi keperluan sebenar ketika melaksanakan pelbagai fungsi penugasan semasa banjir," ujarnya. Beliau berkata demikian di sidang media selepas Majlis Perasmian Produk Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)(Amphibia Qber II) di Pengkalan Lawit, Tasik Kenyir, di sini hari ini. Sementara itu,  Mohd Adli  berkata idea kreatif ini terhasil daripada pengalaman sebenar, pemerhatian dan pengenalpastian masalah oleh kumpulan inovasi Team Amphibia Qber. Menurutnya, pembinaan bot pelbagai guna ini adalah untuk digunakan sebagai aset pengangkutan darat dan air oleh pasukan petugas operasi bencana banjir. "Objektif utama kegunaan bot ini adalah bagi tujuan mengharungi kawasan jalanraya yang terputus-putus akibat ditenggelami banjir," ujar beliau.    
03 Sep 22
1168
Awas 'Scammer Homestay' Kini Kembali
Awas 'Scammer Homestay' Kini Kembali
HULU TERENGGANU, 3 September - Orang ramai dinasihati agar berhati-hati dengan 'scammer homestay' susulan satu lagi kejadian  penipuan sewa inap desa di negeri ini. Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, mangsa telah menempah satu homestay di Kuala Terengganu secara dalam talian rugi RM2,900 inap desa yang ditawarkan itu wujud namun pemiliknya orang lain. Menurut beliau, sehingga kini pihaknya masih belum menerima laporan rasmi daripada mangsa dan polis hanya dihubungi dalam kejadian berkenaan. Justeru itu katanya, sekiranya ingin membuat tempahan secara atas talian, orang ramai perlu berhati-hati dan tengok ulasan-ulasan sebelumnya oleh pengguna-pengguna dan penyewa terdahulu bagi mengelak kejadian sama berulang. "Jika tidak pasti jangan mengambil risiko kerana mereka(pemilik inap desa) akan minta deposit sahaja tetapi 'scammer' biasanya akan minta bayaran penuh walaupun belum mengambil kunci," ujarnya.  Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Produk Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Ibu Pejabat Daerah Hulu Terengganu di Pengkalan Lawit Tasik Kenyir, di sini hari ini. Menurut Rohaimi, mangsa  menyewa inap desa berkenaan untuk rakannya setelah melayari laman tempahan secara atas talian dan membuat bayaran penuh. "Suspek menggunakan helah dengan mengiklankan inap desa milik orang lain dan meletakkan nombor telefonnya bagi memerangkap mangsa," ujarnya.              
03 Sep 22
833
Elak Kunjungi Pusat Rekreasi Berisiko Kepala Air
Elak Kunjungi Pusat Rekreasi Berisiko Kepala Air
HULU TERENGGANU, 3 September - Polis menasihatkan orang ramai supaya mengelak mengunjungi tempat rekreasi di negeri ini yang boleh mendatangkan risiko berlakunya kepala air serta banjir kilat berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini. Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, risiko berlaku kepala air di kawasan terbabit sangat tinggi walaupun cuaca baik kerana fenomena itu berlaku akibat hujan di hulu sungai dan puncak bukit. Katanya, kejadian yang berlaku di Sungai Latar Hulu Kasar, Setiu semalam boleh berlaku di sungai lain atas faktor cuaca yang yang tidak diramal buat masa sekarang. "Oleh itu kita berharap masyarakat lebih peka dengan keadaan cuaca sekarang. "Pengunjung juga perlu menilai tahap risiko sebelum membuat keputusan untuk ke kawasan-kawasan sungai bagi tujuan rekreasi," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Produk Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Ibu Pejabat Daerah Hulu Terengganu di Pengkalan Lawit Tasik Kenyir, di sini hari ini. Dalam masa yang sama, pihaknya akan meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membuat hebahan tentang bahaya kejadian kepala air atau meletakkan papan tanda amaran di kawasan yang berisiko. Katanya, ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku yang boleh mengundang bahaya kepada pengunjung termasuk lemas dan sebagainya. Dalam kejadian jam 5 petang semalam, seramai 32 pengunjung yang berkelah di Lata Ulu Kasar, Setiu berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian kepala air petang tadi. Kejadian tersebut turut menyebabkan dua kereta, iaitu kereta Perodua Aruz dan Proton Savvy hanyut dibawa arus deras.
03 Sep 22
442
Ibu Bapa Perlu Segerakan Daftar Kelahiran Anak
Ibu Bapa Perlu Segerakan Daftar Kelahiran Anak
KUALA TERENGGANU, 1 September  - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu merekodkan 232 permohonan kes daftar lewat sijil kelahiran (DLSK) sejak awal Januari  2022  hingga Julai lepas, kata Pengarahnya, Mohamad Nasir Kareem. Beliau berkata rata-rata kes DLSK melibatkan kurang kesedaran ibu bapa sebaik kelahiran mereka apabila membiarkan anak-anak tanpa sebarang dokumen. Katanya, antara alasan yang sering diberikan pemohon ketika mengemukakan permohonan di JPN adalah masalah pengangkutan dan kewangan. “Ada juga segelintir yang memberi alasan masalah keluarga namun masalah sebenarnya akan lebih meruncing apabila kanak-kanak kian membesar dan hendak masuk persekolahan. Ketika itu akan ada masalah sebab tak ada dokumen kelahiran, "Pernah berlaku satu kes pada tahun 2010 apabila seorang individu mendaftar kelahiran pada usia 60-an menyebabkan pelbagai kesulitan berlaku. Bagaimanapun, pihak kami tetap memproses permohonan itu hingga berjaya," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini semalam. Menurut Mohamad Nasir, program MEKAR merupakan salah satu  kempen bagi meningkatkan kesedaran orang ramai untuk segera melakukan pendaftaran kelahiran.  “Kita menggalakkan penduduk melakukan pendaftaran kelahiran awal iaitu dalam tempoh 60 hari selepas dilahirkan bagi memudahkan mereka mendapat sijil kelahiran. “Sekiranya pendaftaran dilakukan selepas tempoh itu, ia akan dikategorikan sebagai daftar lewat dan prosesnya perlu dilakukan dengan cara berbeza serta sedikit sukar kerana perlu diperhalusi terlebih dahulu selain dikenakan bayaran RM50,”ujarnya lagi. Tambahnya,  tanpa dokumen pengenalan seseorang sukar untuk melakukan pelbagai aktiviti berkaitan terutama bagi kanak-kanak yang bakal ke alam persekolahan. "Mereka berdepan kesukaran ketika melakukan urusan bank, lesen, atau mendapatkan pekerjaan juga akan melalui jalan sukar. "Sekiranya berlaku kematian, mereka yang tidak ada pengenalan diri juga berdepan dengan masalan proses pengebumian kerana pihak kami tidak boleh mengeluarkan sijil kematian berikutan tiada sijil kelahiran,”jelas beliau.
01 Sep 22
212
34 Bayi Merdeka Lahir Di Terengganu
34 Bayi Merdeka Lahir Di Terengganu
Seramai 34 kelahiran bayi merdeka dicatatkan di Terengganu membabitkan 17 lelaki dan 17 perempuan.
01 Sep 22
157
Terengganu Bantu Cari Kerja Untuk Bekas Penagih
Terengganu Bantu Cari Kerja Untuk Bekas Penagih
BESUT, 1 September - Kerajaan negeri melaksanakan satu langkah proaktif dalam membantu bekas penagih untuk mendapatkan pekerjaan bagi menyara kelurga selepas golongan terbabit sentiasa dipinggirkan sebaik keluar dari pusat pemulihan dadah. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja, Mohd Nor Khuzaini A. Rahman berkata, pihaknya bekerjasama dengan sebuah syarikat pembuatan di Johor untuk memberi peluang kepada bekas penagih memulakan kehidupan lebih baik. "Pada 30 Ogos kerjasama ini telah terjalin dengan rasmi, dengan dihadiri oleh Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri, kita telah panggil semua bekas pelatih pusat serenti, kita akan tawarkan mereka untuk bekerja di Mybrush Group Of Companies di Johor. "Lebih 120 orang bekas-bekas pelatih ini datang apabila mereka mengetahui mengenai tawaran ini.  "Saya rasa apabila golongan ini dibantu ini merupakan suatu usaha baik kerajaan negeri untuk terus membantu semua golongan, bukan hanya penganggur, tetapi golongan 'rentan' ini juga yang selama ini tidak diambil kisah oleh masyarakat kita cuba bantu dan berikan mereka peluang untuk dapatkan kerja," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menyantuni lima pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahmud sempena kejayaan mereka dalam pertandingan 'The 7th International Invention Innovation Competition In Canada (iCan 2022), di sini baru-baru ini. Mengulas lanjut, katanya syarikat itu beroperasi dengan mengeksport komponen yang digunapakai pada vakum kepada lebih 100 buah negara dan akan mula membuka kilang baru tidak berapa lama lagi. "Sebelum ini kami telah menghantar seramai 20 orang bekas pelatih dari Setiu dan selepas ini akan dikembangkan lagi  melalui AADK di setiap daerah. "Jadi kita mulakan di Besut ini walaupun secara tidak rasminya kita telah mulakan di Setiu dan selepas ini kita akan kembangkan lagi ke seluruh daerah untuk membantu seramai mungkin golongan ini," ujarnya lagi.
01 Sep 22
448
PMINT Juara Keseluruhan, Pejabat SUK Pertahan Johan Perbarisan
PMINT Juara Keseluruhan, Pejabat SUK Pertahan Johan Perbarisan
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dinobatkan sebagai juara keseluruhan Perarakan dan Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-65. 
01 Sep 22
263
Perpaduan Senjata Kemakmuran
Perpaduan Senjata Kemakmuran
Perpaduan menjadi kekuatan utama dalam mencapai kemakmuran serta kesejahteraan negara sebagai negara berbilang kaum.
01 Sep 22
66
30,000 Pengunjung Banjiri Sambutan Hari Kebangsaan
30,000 Pengunjung Banjiri Sambutan Hari Kebangsaan
Kira-kira 30,000 pengunjung membanjiri jalan sepanjang laluan Majlis Perarakan dan Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman, sejak awal pagi tadi setelah dua tahun acara itu tidak diadakan.
01 Sep 22
178