lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

'Fokus Selamatkan Rakyat'- MB Terengganu
'Fokus Selamatkan Rakyat'- MB Terengganu
KEMAMAN, 13 September - Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menggesa ahli politik berhenti daripada terus menyusahkan rakyat demi agenda dan kepentingan peribadi. Beliau sebaliknya mahu ahli politik fokus menyelamatkan rakyat agar mereka berupaya untuk keluar daripada kemelut masalah yang dihadapi selama ini. Katanya, PAS dalam Muktamar Tahunan Kali Ke-68 baru-baru ini telah mengangkat tema 'Malaysia Sejahtera' membawa mesej yang jelas untuk menyelamatkan negara. "(Juga) menjadi salah satu tanda bahawa PAS bersama dengan rakan muafakat yang lain bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 pada bila-bila masa kita tidak kata mampu untuk mencapainya seorang diri tetapi bersama dengan muafakat politik. "Saya rasa sudah-sudahlah kita berpolitik yang menyusahkan rakyat yang menyebabkan mereka menjadi mangsa, kesejahteraan yang ingin dibina itu bukan pada parti tetapi kepada seluruh rakyat," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika hadir menyempurnakan Perasmian Pecah Tanah Pembangunan Rumah Mampu Milik dan Bercampur Kawasan Teluk Kalong, di sini hari ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dato' Dr Alias Razak dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat. Dalam pada itu, mengenai dakwaan terdapat ugutan sehingga Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob sukar untuk menentukan tarikh PRU, menurut Ahmad Samsuri itu hanya kenyataan mereka yang berada di luar jemaah menteri. "Kita faham bahawa dalam kerajaan Persekutuan yang ada sekarang ini adalah keputusannya (melalui) jemaah menteri yang dibawa oleh Perdana Menteri untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong. "Yang penting jemaah menteri mesti buat keputusan yang dibawa oleh Perdana Menteri untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong," ujarnya.  
13 Sep 22
438
367 Nelayan Terengganu Terima Bantuan
367 Nelayan Terengganu Terima Bantuan
KEMAMAN, 13 September - Kerajaan negeri melalui Jabatan Perikanan Negeri Terengganu menyalurkan bantuan kepada 367 orang nelayan di seluruh daerah di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata sejumlah RM300,000 diperuntukkan bagi perolehan bantuan kepada nelayan. Katanya, seramai 62 orang nelayan pesisir pantai dari daerah Kemaman menerima bantuan berupa peralatan nelayan. “Bantuan peralatan tersebut adalah seperti pukat tangsi, alat mengesan ikan dan kawat bubu yang bersaiz 1.5 inci. “Bagi bantuan alat mengesan ikan, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu akan mengadakan kursus khas untuk para nelayan bagi menggunakan peralatan tersebut,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Melabuh Tukun Tiruan Konservasi dan Penyerahan Bantuan Peralatan kepada Nelayan Pantai bertempat di Pantai Kuala Penunjuk, Kijal di sini hari ini. Turut hadir, Pegarah Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat. Tambah Dr Azman, kerajaan negeri juga telah berusaha membantu para nelayan untuk mendapatkan lesen nelayan. “Terengganu merupakan satu-satunya negeri  menubuhkan satu jawatankuasa khas yang bertindak bagi menyelesaikan masalah isu lesen nelayan. “Penting bagi para nelayan untuk mendapatkan lesen nelayan untuk mendapatkan elaun sara hidup nelayan, minyak subsidi dan sebagainya,” katanya.  
13 Sep 22
462
Jambatan Baru Kuala Por Beroperasi, Beri Impak Ekonomi
Jambatan Baru Kuala Por Beroperasi, Beri Impak Ekonomi
HULU TERENGGANU, 13 September - Penduduk Kampung (Kg) Kuala Por ke Pasir Nering dan Kg Dusun kini menarik nafas lega apabila jambatan baru yang menghubungkan antara kampung tersebut kini telah siap dan beroperasi sepenuhnya. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata projek berkenaan berjaya disiapkan lebih awal dengan penjimatan kos walaupun berhadapan dengan pandemik Covid-19. "Berkat kesabaran penduduk atas ujian yang diterima tahun lalu, jambatan baru telah dibina dan ia lebih baik dari yang jalan asal malah mampu menjadi pemangkin ekonomi penduduk setempat. "Jambatan tersebut menelan belanja RM5.3 juta dibina sejauh 40 meter dan selebar 11 meter siap dua bulan lebih awal dari tarikh jangkaan asal dengan komitmen Jabatan Kerja Raya (JKR). "Ketinggiannya dari aras sungai ialah tujuh meter ketika air pasang dan mampu mengatasi banjir besar," ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI). Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan dan Perasmian Jambatan Kuala Por-Pasir Nering, di sini hari ini. Salah seorang penduduk, Siti Hajar Kassim, 36, menyuarakan rasa terujanya kerana setelah berbulan-bulan merasai kesusahan untuk berulang alik ke Bandar Kuala Berang akhirnya berakhir. "Saya mempunyai warung makanan dan untuk mendapatkan bekalan mentah, saya terpaksa menggunakan laluan yang jauh untuk ke pekan berbanding hanya 10 minit sahaja jika menggunakan laluan yang terputus ini. "Terima kasih kepada semua pihak yang menyelesaikan masalah yang membebankan orang kampung selama ini,"katanya. Terdahulu, akibat banjir besar yang melanda Hulu Terengganu pada awal tahun 2022, jalan tersebut runtuh  berpunca daripada 'culvert' yang roboh menyebabkan laluan dari Kuala Por ke Pasir Nering dan Kampung Dusun terjejas teruk sehingga tidak dapat dilalui oleh semua kenderaan.
13 Sep 22
804
Rancangan Tempatan 2035 Rancakkan Pembangunan Setiu
Rancangan Tempatan 2035 Rancakkan Pembangunan Setiu
Pelaksanaan Rancangan Tempatan Daerah Setiu 2035 (Penggantian) yang mengambil kira pandangan penduduk setempat bakal merancakkan pembangunan di daerah tersebut.
13 Sep 22
215
KPDNHEP Serbu Tiga Premis Jual Barang Tiruan RM68,040
KPDNHEP Serbu Tiga Premis Jual Barang Tiruan RM68,040
KUALA TERENGGANU, 13 September- Tiga premis berasingan iaitu sebuah premis di daerah ini dan dua lagi di Kuala Berang diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Terengganu selepas disyaki menjual barangan tiruan dalam operasi kira-kira 2 petang, semalam.  Hasil serbuan, sejumlah 3,461 unit barangan terdiri daripada beg tangan dan pelbagai jenis pakaian berjenama yang disyaki dipakaikan cap dagangan secara salah bernilai RM68,040 dirampas.  Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Saharuddin Mohd Kia berkata, sebuan dijalankan pihaknya yang terdiri daripada tiga orang Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Negeri Terengganu dan tiga orang Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Cawangan Hulu Terengganu serta turut disertai oleh wakil pemilik cap dagang berdaftar.  "Kita telah menahan dua orang warga tempatan berusia dalam linkungan 30-an di tempat kejadian (stor) bagi membantu siasatan.  "Operasi yang dijalankan adalah susulan laporan daripada pemilik cap dagang berdaftar yang mengesyaki barangan berkenaan yang aktif diniagakan melalui media sosial adalah tiruan yang kemudiannya berjaya membongkar aktiviti peniaga yang tidak beretika sehingga mengabaikan kepentingan pengguna, " ujarnya. Beliau berkata demikian pada sidang media berkaitan rampasan barangan berjenama tiruan itu di Stor Eksibit KPDNHEP Terengganu, Kawasan Perindustrian Chendering, hari ini. Katanya, kes akan disiasat mengikut seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan bagi maksud perdagangan barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah. "Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. "Bagi pertubuhan perbadanan pula boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barangan," katanya. Mengulas lanjut katanya, KPDNHEP menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati dan bijak memilih barangan berjenama di pasaran supaya tidak terpedaya dengan taktik sesetengah peniaga yang tidak beretika yang cuba mengambil keuntungan dengan cara mudah.  "Pihak KPDNHEP juga mengalu-alukan kerjasama daripada para pengguna untuk menyalurkan sebarang maklumat salah laku atau aduan melalui saluran yang disediakan bagi memastikan para peniaga sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan, " ujarnya .
13 Sep 22
302
Rancangan Tempatan 2035 Rancakkan Pembangunan Setiu
Rancangan Tempatan 2035 Rancakkan Pembangunan Setiu
SETIU, 12 September - Pelaksanaan Rancangan Tempatan Daerah Setiu 2035 (Penggantian) yang mengambil kira pandangan penduduk setempat bakal merancakkan pembangunan di daerah tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dato' Dr Alias Razak berkata pihaknya menyambut baik inisiatif Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia (PlanMalaysia) dalam melaksanakan rancangan itu berpandukan potensi daerah itu sebagai pengeluar sumber makanan utama negeri. Katanya, bagi membolehkan rancangan pembangunan di Setiu lebih mampan menjelang 2035, draf itu kini dipamerkan dari 11 September sehingga 11 Oktober ini bagi mendapat pandangan penduduk setempat. “Tujuan utama Program Publisiti dan Penyertaan Awam diadakan adalah untuk memberi pemahaman dan peluang kepada semua pihak terutamanya penduduk daerah Setiu bagi menyemak, meneliti dan memberi maklumbalas ke atas kandungan laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Setiu 2035 (penggantian) yang telah disediakan sebelum ianya diwartakan. “Susulan daripada pengisytiharan Setiu sebagai Gedung Pengeluaran Makanan Utama Negeri Terengganu, Kajian Draf Rancangan Tempatan Daerah Setiu 2035 (penggantian) turut memberi keutamaan terhadap perkara ini. “Respon orang awam sebenarnya agak positif contohnya seperti yang kita buat di Besut sebelum ini, dan diharapkan di Setiu juga ramai yang akan kehadapan untuk kemukakan cadangan membina,” ujarnya. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Setiu 2035 (Penggantian) di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu, hari ini. Kata Dr Alias, draf tersebut telah menyenaraikan 108 projek dan program yang berpotensi untuk dibangunkan dalam tiga fasa perancangan, dimana12 darinya merupakan projek berimpak tinggi. “Bagi memastikan semua projek yang dirancang dapat dilaksanakan dan memenuhi kehendak rakyat, ianya memerlukan kolaborasi antara agensi negeri, persekutuan dan PBT mahupun orang awam. “Rakyat kini lebih terbuka, peranan kita (kerajaan) adalah untuk memberi penjelasan kepada mereka, dan mereka (rakyat) akan terima sekiranya alasan tersebut munasabah, dan di pihak rakyat juga kita mengharapkan adanya tolak ansur kerana apa yang kita buat adalah untuk kepentingan awam,” ujarnya.  
12 Sep 22
600
'Belum Tiba Masanya Julang Piala'- Penyokong TFC
'Belum Tiba Masanya Julang Piala'- Penyokong TFC
KUALA TERENGGANU, 12 September - "Jangan sedih, belum tiba masanya untuk Terengganu Football Club (TFC) menjulang piala, mara sehingga ke perlawanan akhir Piala FA telah menunjukkan suatu kejayaan yang membanggakan," ujar penyokong TFC, Asrul Azani. Menurut Asrul, 48, untuk melangkah sejauh itu bukan mudah. Katanya, pasukan kesayangan ramai itu memliki kualiti tersendiri walaupun belum mampu menyaingi JDT. "Sebelum ini kita dah berjaya tewaskan Negeri Sembilan, di separuh akhir kita telah pun menewaskan Selangor, kita berhadapan dengan pasukan lebih berpengalaman. "Kekalahan ini kita terima dan kami sebagai penyokong akan terus memberikan sokongan padu dan mengharapkan agar prestasi akan terus dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa, kita akan buktikan untuk muncul sebagai tiga pasukan yang terbaik untuk layak ke piala AFC pada masa akan datang," ujarnya. Dia berkata demikian ketika ditemui ketika menyaksikan tayangan skrin berkenaan melalui skrin besar, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, kelmarin. Katanya, adalah menjadi hasrat dirinya untuk menyaksikan perlawan berkenaan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) namun gagal mendapatkan tiket menyebabkan dia sekeluarga memilih untuk menyaksikan perlawanan itu menerusi skrin besar. "Kalau kita tengok malam ini begitu ramai, kemeriahannya dapat dirasai, memang memberikan suatu suasana seperti berada di tempat perlawanan sebenar, kalah atau menang sudah menjadi adat perlawanan," ujarnya. Sementara itu seorang remaja, Zuhairi Zuhair. 15, berkata dia hadir ke program tayangan skrin besar itu bersama ayahnya. "Saya tidak dapat ke SNBJ, ahli keluarga yang lain pergi dan telah mengajak saya untuk ke sana namun tidak berpeluang kerana perlu menghadiri ke program yang diadakan di sekolah. "Saya bersemangat malam ini sepertimana penyokong yang lain untuk menyaksikan Terengganu dapat membawa pulang piala ini namun apakan daya, rezeki masih belum berpihak, semoga pasukan TFC akan terus membuat segala yang terbaik pada masa akan datang," ujarnya yang datang dari Kampung Paloh. Dalam pada itu, Azman Jusoh, 44, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana menyiarkan perlawanan itu menerusi tayangan perdana itu. "Malah turut menyediakan hadiah cabutan bertuah, sebagai penyong TFC memang sedih kerana tidak dapat ke SNBJ namun dengan diadakan inisiatif ini saya beserta keluarga dan seluruh penyokong yang lain tetap merasai suasananya, walaupun kalah pada perlawaan ini kami akan tetap menjadi ekor sang penyu sampai bila-bila,"ujarnya.  
12 Sep 22
257
Orang Pekak Ajar OKU Baca Al Quran
Orang Pekak Ajar OKU Baca Al Quran
Persatuan Pendidikan dan Pembangunan Islam Orang Pekak Terengganu (PIOPT) membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU)  di negeri ini mempelajari dan memahami al-Quran.
12 Sep 22
334
Lebih 60 Ribu Mohon Program Peranti Siswa Fasa Kedua
Lebih 60 Ribu Mohon Program Peranti Siswa Fasa Kedua
Seramai 65,898 ribu pelajar institut pengajian tinggi (IPT)telah memohon Pakej Peranti Siswa Keluarga Malaysia khusus bagi  daripada golongan B40 bagi fasa kedua dalam masa sebulan sejak ia mula dibuka pada 1 Ogos lepas.
12 Sep 22
265
Terengganu Peruntuk RM2.5 Juta Bagi Hadapi Banjir
Terengganu Peruntuk RM2.5 Juta Bagi Hadapi Banjir
KUALA TERENGGANU, 12 September – Terengganu memperuntukan RM2.5 juta bagi menghadapi musim tengkujuh yang dijangka tiba tidak lama lagi. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM1.5 juta disalurkan kerajaan Persekutuan manakala RM1 juta lagi daripada kerajaan negeri bagi pembelian bahan mentah dan makanan serta keperluan lain seperti tikar, toto, selimut, tuala, kain batik dan kain pelekat. “Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menempatkan bekalan bencana ini di sebuah Depoh Simpanan Keperluan Bencana (DSKB) yang berkapasiti besar di Marang, 17 mini depoh dan 149 pangkalan hadapan yang terdapat di seluruh negeri. “Bekalan keperluan mangsa bencana ini akan mula diagihkan mulai awal Oktober hingga pertengahan Oktober ke mini depoh dan pengkalan hadapan termasuk di kawasan yang berisiko terputus hubungan seperti Pulau Redang dan Pulau Perhentian,” katanya ketika dihubungi. Tambah beliau, JKM juga telah menyediakan sebanyak 580 pusat pemindahan sementara (PPS) yang boleh menampung seramai 147,600 mangsa banjir. Sementara itu, Hanafiah berkata, sebanyak 187 stesen hidrologi pemantauan banjir akan beroperasi di seluruh Terengganu pada musim tengkujuh kali ini yang berfungsi sebagai amaran awal apabila paras sungai mencecah tahap bahaya. Katanya, sebanyak 87 stesen hidrologi beroperasi sebelum ini manakala tambahan 34 stesen daripada Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) Fasa Satu sudah beroperasi sejak Ogos tahun lalu. “Selain itu, sebanyak 66 lagi stesen baharu daripada PRAB Fasa Dua yang sedang dalam pembinaan pula dijangka siap pada November ini,” ujar beliau lagi. Pada masa sama, tujuh unit kamera web yang dipasang di beberapa sungai utama di enam daerah menjadi penanda aras amaran awal banjir. “Dua daripadanya dipasang di sungai daerah Kemaman dan masing-masing satu di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Dungun. “Ini dapat membantu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat pemantauan 24 jam secara ‘real time’ dari jauh tanpa perlu ke lokasi sungai-sungai tersebut,” katanya Beliau yang juga Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu berkata, sebanyak 21 siren turut dipasang di kawasan berisiko dengan jumlah paling banyak adalah Setiu diikuti Hulu Terengganu, Kemaman, Besut, Dungun, Marang dan Kuala Nerus. “Siren ini akan memberi amaran awal kepada penduduk untuk segera berpindah ke PPS berhampiran dan kita harap orang ramai dapat mengambil langkah awal bagi mengelak mereka terperangkap dalam banjir," katanya.
12 Sep 22
659