lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Air Terjun Kenyir Keruh Bukan Kerana Pembalakan
Air Terjun Kenyir Keruh Bukan Kerana Pembalakan
Aktiviti pembalakan bukan menjadi punca keindahan Air Terjun Sungai Lasir di Tasik Kenyir keruh dan berkeladak.
21 Sep 22
144
Dua Sekolah dari Kemaman Terima Anugerah Sekolah Lestari
Dua Sekolah dari Kemaman Terima Anugerah Sekolah Lestari
KUALA NERUS, 21 September - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Baru Kerteh dan Sekolah Kebangsaan (SK) Mak Lagam menerima persijilan Sekolah Lestari sempena Anugerah Alam Sekitar (SLAAS). Kejayaan itu menyaksikan kedua-dua sekolah terbabit menerima wang insentif sebanyak RM2,000.  Wakil Guru SMK Kampung Baru Kerteh, Rusliza Mohd Arsad berkata, penyertaan itu secara tidak langsung memberikan kesedaran kepada pihak sekolah dan generasi baru tentang kepentingan penjagaan alam sekitar. "Antara idea yang kita ketengahkan ialah mengenai sistem tadahan air hujan, baja kompos, mewujudkan lorong Program Pencegahan Dadah (PPDa) dan juga mengadakan laman sejahtera. "Kita telah memulakannya pada tahun lepas, selepas ini akan banyak lagi aktiviti yang akan dibuat, antaranya akan melabelkan pokok-pokok tanaman dan sebagainya dalam usaha untuk melestarikan sekolah serta menjaga alam sekitar. "Sewajarnya program ini diadakan secara berterusan supaya nilai-nilai murni dapat dipupuk dalam kalangan diri pelajar agar sebati, apa yang dapat di sekolah tidak berakhir begitu sahaja sebaliknya menjadikan mereka lebih bertanggungjawab apabila berada di luar dari sekolah," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika Program Sambutan Hari Ozon Sedunia 2022 dan Majlis Penganugerahan Sekolah Lestari Peringkat negeri, di Dewan Cenderawasih, Pejabat Daerah Kuala Nerus, di sini, semalam. Perasmian program berkenaan telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dato' Dr Alias Razak. Sementara itu, Guru Besar Sk Mak Lagam, Siti Mariam Mat Zain sangat berterima kasih kepada Jabatan Alam Sekitar kerana menganjurkan program demikian dan turut menyatakan perasaan teruja kerana telah diberikan anugerah tersebut. "Ini merupakan satu penghormatan, ivovasi yang telah kami lakukan ialah mewujudkan ruang-ruang pemimpin-pemimpin Islam, karyawan Islam yang boleh diakses melalui kad khas dan lampu-lampu yang telah dicipta melalui sistem yang kita ada dan setiap murid yang berjaya menghasilkan sesuatu akan dapat bermain satu permainan iaitu membawa treler secara maya. "Program ini kita libatkan semua murid, guru dan seluruh komuniti dengan mengadakan pembelian barang-barang kitar semula seperti botol plastik, pakaian terpakai, minyak terpakai, barang e-waste yang kemduiannya kita jual balik dan gunakan untuk membantu menjayakan setiap program ini dalam masa yang sama menanamkan semangat mencintai alam sekitar. "Untuk peringkat kebangsaan nanti kami akan buat yang terbaik untuk berjaya menjadi johan pula di peringkat tertinggi itu nanti,"ujarnya. Dalam pada itu, Penolong Pengarah Unit Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Hashimi Ismail yang juga telah bertindak selaku ahli panel penilai menyatakan beberapa kriteria telah ditepati oleh dua sekolah berkenaan yang melayakkannya menerima anugerah lestari itu. "Iaitu dinilai dari sudut aktiviti kurikulum dan Kokurikulum yang melibatkan guru, murid dan semua pihak sekolah iaitu melibatkan kegiatan di dalam kelas serta di luar bilik darjah, usaha penghijauan yang dilakukan serta terdapat beberapa elemen khas yang ditampilkan,"ujarnya.    
21 Sep 22
2509
Mangsa Kebakaran Terima Bantuan Awal RM1,000
Mangsa Kebakaran Terima Bantuan Awal RM1,000
Mangsa yang terbabit dalam kebakaran rumah kedai sederet di Jalan Bandar, Kampung Cina di sini menerima bantuan kewangan berjumlah RM1,000.
20 Sep 22
384
18 Nelayan Ceroboh Perairan Terengganu Ditahan
18 Nelayan Ceroboh Perairan Terengganu Ditahan
Jabatan Perikanan Terengganu berjaya menahan 18 nelayan berpengkalan di Pahang kerana melanggar syarat lesen apabila menceroboh Pantai Merchang bagi melakukan aktiviti penangkapan hasil laut.
20 Sep 22
98
18 Nelayan Ceroboh Perairan Terengganu Ditahan
18 Nelayan Ceroboh Perairan Terengganu Ditahan
KUALA TERENGGANU, 20 September - Jabatan Perikanan Terengganu berjaya menahan 18 nelayan berpengkalan di Pahang kerana melanggar syarat lesen apabila menceroboh Pantai Merchang bagi melakukan aktiviti penangkapan hasil laut. Pengarahnya, Ruzaidi Mamat berkata 16 daripada nelayan berkenaan merupakan warga Myanmar yang didapati tiada permit dan dua daripadanya merupakan warga tempatan. Tegasnya, kesemua nelayan yang ditahan itu akan diambil tindakan lanjut melalui siasatan mengikut undang-undang terhadap empat vesel zon C pukat tunda. "Kita telah bertindak atas aduan yang diterima daripada nelayan berkait isu pencerobohan ini  kemudiann kita mengadakan tindakan penguatkuasaan melalui cawangan konservasi dan perlindungan perikanan  hasil daripada penguatkuasaan yang telah kita kita lakukan pada jam 12 malam tadi. "Kita telah menyita sebanyak lapan tan hasil laut yang bernilai kira-kira RM40,000 dan jenis kesalahan didakwa (disiasat) mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu mengkap ikan kurang daripada 12 batu nautika. "Kedua, mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 bersalah kerana menangkap ikan kurang dari dari 12 batu nautika dari perairan negeri lain serta dibawah seksyen yang sama kerana melakukan kesalah menggunakan kru asing tanpa kebenaran ketua Pengarah Perikanan Malaysia,"ujarnya. Beliau berkata demikian, ketika ditemui pemberita di sidang medianya mengenai kejayaan menahan empat buah vesel tempatan negeri pahang itu, di Jeti Nelayan Pulau Duyong, di sini semalam. Tambah beliau, antara lain kesalahan dilakukan nelayan terbabit ialah turut melanggar akta perikanan di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Kawasan Larangan) (Rantau Abang 1991). "Kesemua mereka ini ditahan di perairan Rantau Abang kira-kira enam hingga lapan batu nautika daripada pantai dan ini merupakan kes yang ke-38 yang telah melanggar Akta Perikanan 1985 yang dikendalikan di bawah Jabatan Perikanan Malaysia Terengganu. "Ketika operasi dijalankan tidak hadapi apa-apa masalah cuma didapati satu bot pernah melakukan kesalahan yang sama sebelum ini, dimana kes ini jika berulang lagi boleh dibawa ke mahkamah untuk menentukan tindakan yang lebih berat dan tegas terhadap pemilik dan juga kru,"katanya. Tegasnya lagi, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak sama ada vesel kelas c dimiliki oleh nelayan tempatan atau asing yang menceroboh perairan Terengganu demi kepentingan 6,000 nelayan Terengganu. "Seboleh-bolehnya kita akan cuba melindungi perairan negeri ini dari dicerobohi, demi untuk dimanfaatkan oleh nelayan kita, dimana selama ini kita telah berusaha memperkayakan sumber dengan melabuhkan unjam dan tukun-tukun yang telah dilaburkan bagi menambah stok ikan di perairan negeri ini," ujarnya lagi.
19 Sep 22
645
Mangsa Kebakaran Terima Bantuan Awal RM1,000
Mangsa Kebakaran Terima Bantuan Awal RM1,000
KUALA TERENGGANU, 19 September - Mangsa yang terbabit dalam kebakaran rumah kedai sederet di Jalan Bandar, Kampung Cina di sini menerima bantuan kewangan berjumlah RM1,000. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, mangsa yang terdiri daripada 12 peniaga itu juga turut ditawarkan lokasi perniagaan sementara di Pasar Besar Kedai Payang. “Saya telah keluarkan arahan kepada pegawai kita untuk berbincang dengan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi membenarkan mangsa kebakaran tersebut berniaga buat sementara di Pasar Besar Kedai Payang. “Di samping itu, kerajaan negeri sedia mempertimbangkan bantuan wang tunai RM25,000 untuk mereka membina semula premis perniagaan atau menerima rumah baharu bernilai RM60,000 di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT),” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kesan kebakaran tersebut di Kampung Cina di sini, hari ini. Bagaimanapun katanya, beliau telah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat laporan terperinci mengenai kebakaran tersebut sebelum dihantar kepada Sektariat Tabung Darul Iman untuk sebarang keputusan penyerahan bantuan dilakukan. “Kita akan tengok apa bantuan yang sesuai memandangkan sebahagian mereka duduk di atas tanah kerajaan. “Untuk yang mendiami tanah sendiri pula tiada masalah, biasanya kerajaan akan bagi rumah PPRT, tetapi dalam kes ini disebabkan mereka peniaga dan sekiranya tidak mahu rumah kediaman, kita akan mempertimbangan untuk memberikan wang tunai,” ujarnya. Terdahulu, laporan media memaklumkan dalam kebakaran yang dipercayai berlaku jam 8.15 malam tadi, 12 rumah kedai serta kedai setingkat jenis separuh kekal membabitkan kedai kain, kedai jahit, kedai membuat kunci, kedai makan, kedai emas dan rumah penginapan musnah dijilat api. Kebakaran itu menyebabkan tujuh premis terbakar 100 peratus manakala lima lagi rosak antara 20 hingga 90 peratus.   
19 Sep 22
2085
147 Pasangan Kahwin Percuma
147 Pasangan Kahwin Percuma
KEMAMAN, 18 September - Kerajaan negeri meneruskan tradisi perkahwinan beramai-ramai secara percuma membabitkan 147 pasangan di Walimatul Urus Perdana 2022 yang berjalan serentak seluruh negeri, semalam setelah dua tahun ditangguhkan ekoran pandemik Covid-19. Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, program yang dianjurkan itu merupakan suatu inisiatif kerajan negeri dalam meringankan bebanan pasangan dan keluarga serta mempermudahkan urusan-urusan berkaitan. Katanya, secara tidak langsung ia menzahirkan kecaknaan dan keprihatinan kerajaan negeri dalam aspek pembangunan insan bertepatan dengan konsep Pembangunan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 yang bertujuan memperkukuhkan pembangunan modal insan selaras dengan hasrat Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera (TMBS). "Sebagai menghargai dan meraikan pasangan pengantin baru ini kerajaan telah membiayai segala kos jamuan khas pengantin dan keluarga, set persalinan pengantin, set pengantin dan pelamin, insentif kepada ibu dan bapa tunggal yang turut menyertai perkahwinan perdana ini, khidmat jurunikah dan sebagainya. "Manfaat lain untuk pasangan pengantin baharu ini ialah Pakej Bulan Madu dan pengisian program dan ilmu melalui Kursus Kemahiran Keibubapaan (parenting skills) dan Program Pasca Perkahwinan anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Walimatul Urus Perdana 2022, di Padang Astaka Chukai, di sini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat dan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja. Dalam pada itu Ahmad Samsuri mengharapkan agar 147 pasangan pengantin berkenaan termasuk 28 yang diraikan di daerah ini dapat menyelusuri alam rumah tangga dengan baik. "Saya ingin mengambil kesempatan pada hari ini untuk menyampaikan pesanan kepada pengantin baharu sekalian. Antaranya sama-sama berlumba lakukan yang terbaik untuk pasangan dan kelurga, semailah dengan benih-benih kecintaan, kasih sayang dibajai dengan kesantunan akhlak dan budi, disulami berkat kesabaran dan ketabahan. "Komunikasi dan perbincangan adalah asas kebahagiaan, perselisihan dan perbezaan pandangan dalam suami isteri itu biasa, oleh kerana itu perbincangan dan komunikasi amat penting serta perlu dihidupkan dalam keluarga. "Sentiasalah bekalkan diri dengan ilmu apabila bergelar suami atau isteri, lengkapkan diri dengan ilmu Fardu Ain, ilmu rumah tangga, kemahiran menguruskan kewangan dan meningkatkan ilmu keibubapaan," ujarnya. Di samping itu, Hanafiah Mat berkata kerajaan negeri turut menawarkan faedah skim pinjaman modal perniagaan di bawah Skim Pinjaman Jaya DIri (PJD) dengan kadar pinjaman sehingga RM20,000 kepada pasangan yang berminat dan layak. Serta insentif sebanyak RM1,000 kepada ibu atau bapa tunggal yang menyertai Walimatul Urus perdana itu.    
18 Sep 22
664
Pejabat Agama Daerah Marang Tawar Kursus Mandi Jenazah
Pejabat Agama Daerah Marang Tawar Kursus Mandi Jenazah
MARANG, 18 September - Pejabat Agama Daerah Marang melalui Bahagian Unit Dakwah kini menawarkan khidmat jurumandi jenazah kepada mereka yang berminat melalui kursus yang dianjurkan. Ketua Unit Dakwah, Ahmad Mohsein Zakaria berkata kursus  tersebut merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Daerah Marang untuk membantu masyarakat kampung melalui kefahaman mengenai fardhu kifayah ini.   “Pengurusan jenazah ini mudah dilakukan, tetapi dianggap sukar apabila tidak mempelajarinya. “Peserta yang menyertai kursus ini akan ditawarkan sebagai jurumandi jenazah serta diberikan bimbingan khas oleh pihak jabatan untuk dinilai samada layak atau sebaliknya,” jelasnya.  Beliau berkata demikian selepas Program Kursus Pengurusan Jenazah Siri Kedua bertempat di Dewan Serbaguna Jabatan Kerja Raya (JKR) Marang semalam. Tambah Mohsein, seramai 65 orang peserta terlibat untuk program kali ini dan akan diberikan sijil penyertaan serta tawaran untuk jurumandi jenazah. Katanya, pada siri pertama telah diadakan kursus pengurusan jenazah khas untuk kaum wanita sahaja dan untuk kali ini diadakan pula untuk kaum lelaki. "Kesemua peserta yang terlibat menunjukkan maklum balas positif serta penceramah jemputan adalah daripada mereka yang pakar dalam bidang pengurusan jenazah. "Saya berharap sesetengah masyarakat pada hari ini mengambil cakna terhadap ilmu fardhu kifayah dan sentiasa saling mengingati antara satu sama lain,” katanya. Sementara itu, beliau juga berkata pihaknya akan meneruskan program seperti ini untuk kepentingan masyarakat kampung apabila berlakunya kematian.  
18 Sep 22
559
Bertemu di Hospital Akhirnya Ke Jinjang Pelamin
Bertemu di Hospital Akhirnya Ke Jinjang Pelamin
KEMAMAN, 17 September - Muhammad Husaini Jamaluddin akhirnya menamatkan gelarannya sebagai bapa tunggal apabila bertemu pilihan hati di hospital yang juga merupakan seorang ibu tunggal, Norehan Daud. Kata Husaini perkenalannya dengan Norehan bermula ketika isterinya itu kerap ke hospital bagi menjalani rawatan Kanser Limfoma. Jelasnya, ternyata jodoh milik mereka selepas tiga bulan berkenalan mereka bersetuju menyertai majlis perkahwinan beramai-ramai yang dianjurkan kerajaan Terengganu. "Perasaan saya sangat teruja dan seronok tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila turut menyertai walimatul urus perdana ini yang dianjurkan oleh kerajaan negeri, kebaikannya ialah salah satunya dapat menjimatkan kos. "Malah sebagai bapa tunggal dan ibu tunggal kami masing-masing menerima insentif sebanyak RM1,000, terima kasih banyak-banyak kepada kerajaan negeri serta Yayasan Pembangunan Keluarga dan Jabatan Hal Ehwal Agama Daerah Kemaman di atas usaha-usaha yang dijalankan ini, sewajarnya diteruskan pada masa akan datang supaya rakyat negeri ini terus mendapat manfaat daripada usaha yang dijayakan oleh kerajaan Terengganu ini," ujarnya. Dia berkata demikian setelah diraikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang telah merasmikan Majlis Walimatul Urus Perdana 2022 bersama dengan 28 pasangan yang lain, di Padang Astaka Chukai, di sini hari ini. Majlis berkenaan turut diadakan secara serentak membabitkan 147 pasangan di seluruh negeri termasuk Daerah Kemaman. Majlis akad nikah di daerah ini telah diadakan pada sebelah pagi di Masjid Sultan Ahmad Shah, dan majlis resepsi di Padang Astaka. Dalam majlis berkenaan, pasangan yang turut mencuri tumpuan ialah Siti Khadijah Ali dari daerah ini yang telah memilih menamatkan zaman bujangnya dengan pasangan dari Yaman Ebrahim Ali Ahmed Qaid Al-Nadhari. Siti Khadijah berkata, perkenalan mereka berdua ketika masing-masing menyertai kelas mengaji tadarus al-Quran secara atas talian pada Ramadan yang lalu. "Kami sebenarnya merupakan pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di mana saya telah menamatkan pengajian di peringkat ijazah dan sekarang ini menjadi salah seroang guru agama, manakala pasangan saya ini masih meneruskan pengajian di peringkat sarjana. "Ebrahim Ali tidak kekok malah fasih berbahasa Melayu kerana telah belajar di negara ini selama lima tahun,"ujarnya. Mengenai walimatul urus perdana itu, Ebrahim berkata dirinya sangat teruja dengan inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan negeri itu. "Terima kasih kepada kerajaan negeri, Menteri Besar dan sebenarnya memang berhajat hendak kahwin pada Septemberi ini setelah dicadangkan oleh pasangan saya mengenai perkahwinan perdana ini, kami sama-sama bersetuju untuk turut menyertai kerana ia sangat membantu pasangan seperti kami bagi mendirikan rumah tangga,"ujarnya.  
17 Sep 22
3274
Kerajaan Terengganu Lunas Elaun Imam, Bilal Dinafikan Hak
Kerajaan Terengganu Lunas Elaun Imam, Bilal Dinafikan Hak
 Kebajikan imam dan bilal mukim di negeri ini yang dinafikan hak semasa pemerintahan kerajaan terdahulu terbela apabila kerajaan negeri meluluskan sejumlah peruntukan bermula tahun 2019.
15 Sep 22
421