lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

'Empangan Pecah' : Orang Ramai Jangan Panik
'Empangan Pecah' : Orang Ramai Jangan Panik
 Orang ramai diharap agar tidak panik dengan kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengenai kemungkinan 'Empangan Kenyir pecah' pada musim Monsun Timur Laut (MTL) kali ini kerana ia hanyalah ramalan segala kebarangkalian dan tidak bermaksud akan benar-benar berlaku.
02 Oct 22
440
Banjir : Terengganu Sedia Hospital Sementara Di Semua Daerah
Banjir : Terengganu Sedia Hospital Sementara Di Semua Daerah
Kerajaan negeri mengambil insiatif dengan menyediakan hospital sementara sebagai persiapan sekiranya berlaku kemungkinan banjir besar seperti yang diramal pada hujung tahun ini.
02 Oct 22
190
Keracunan Makanan : 'Kerajaan Akan Ambil Tindakan Tegas'
Keracunan Makanan : 'Kerajaan Akan Ambil Tindakan Tegas'
KUALA TERENGGANU, 2 Oktober - Kerajaan Terengganu tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan tegas terhadap penggiat pelancongan di negeri ini sekiranya terbukti mengabaikan keselamatan dan kebajikan pengunjung di premis masing-masing. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, pihaknya memandang serius isu pelancong sakit atau mengalami keracunan makanan dan cirit birit selepas bercuti di Pulau Perhentian yang tular di media sosial. Katanya, sehubungan dengan itu beliau telah mengarahkan agensi terlibat segera menjalankan siasatan untuk mencari dan menilai punca kejadian itu. “Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menjelaskan isu sebenar yang telah berlaku dan laporan penuh akan menyusul apabila siasatan lengkap.  “Pihak kerajaan tidak teragak-agak menggunakan segala tindakan perundangan sedia ada dengan tegas jika ada premis tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan memandangkan isu-isu sebegini boleh memberi kesan kepada sektor pelancongan negeri,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini. Dalam perkembangan sama katanya, bagi mengatasi isu aduan sistem kumbahan di Pulau Perhentian pula, kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Alam Sekitar (KASA) dalam usaha untuk membina Loji Kumbahan Bersepadu bagi menangani isu-isu berkaitan pencemaran kumbahan.  “Susulan daripada aduan sebelum ini, pihak KASA dengan kerjasama Indah Water Konsortium sedang dalam tindakan menjalankan Pelupusan Enapcemar secara keseluruhan di Pulau Perhentian. “Pihak Jabatan Alam Sekitar Terengganu juga sentiasa menjalankan program pengawasan kualiti air marin secara berkala di Pulau Perhentian dan bagi keputusan pengawasan kualiti air marin pada Jun sehingga September 2022 telah menunjukkan kualiti air pada tahap yang terbaik,” katanya. Beliau berkata, kerajaan negeri sangat komited dalam menjaga keselesaan dan keselamatan pelancong yang datang bercuti di pulau-pulau peranginan di Terengganu.  “Hal-hal yang mendatangkan kesan tidak baik kepada pelancong dan pengunjung di negeri ini akan diberi perhatian dan diambil tindakan yang sewajarnya demi memastikan kelangsungan sektor pelancongan negeri Terengganu,” jelasnya.
02 Oct 22
589
16,239 Petugas Siap Sedia Hadapi Banjir
16,239 Petugas Siap Sedia Hadapi Banjir
KUALA NERUS, 1 Oktober - Seramai 16,239 orang petugas bersiap sedia membantu mangsa banjir yang dijangka melanda negara pada pertengahan Oktober sehingga Februari nanti.  Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, mereka terdiri daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kaunselor, pegawai psikologi termasuk juga sukarelawan kaunselor dan juga sukarelawan JKM yang berdaftar dibawah kementerian. Katanya, peranan utama para kaunselor khususnya adalah membantu memulihkan emosi mangsa-mangsa banjir.  "Dan sebenarnya ramai lagi di luar sana sukarelawan daripada pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM), bomba dan lain-lain termasuk NGO yang banyak memberi sokongan terutama di musim banjir. "Setakat ini, alhamdulillah kita mempunyai ramai sukarelawan yang membantu. "Di bawah Kementerian Pembangunan Wanita kita ada Lembaga Kaunselor Malaysia yang berdaftar dengan kita lebih daripada 7,000 orang," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Dasar Wanita Terengganu Sempena Sambutan Hari Sayyidatina Aishah Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, kelmarin. Katanya, skuad WAJA dibawah Jabatan Pembangunan Wanita pula mempunyai 326,500 sukalerawan berdaftar yang mana sebahagian daripada mereka sudah mendapat kursus dan latihan. "Peranannya untuk menangani isu-isu psikososial dan apa-apa isu berkaitan dengan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS)," ujarnya.
01 Oct 22
593
Banjir : Terengganu Sedia Hospital Sementara Di Semua Daerah
Banjir : Terengganu Sedia Hospital Sementara Di Semua Daerah
KUALA NERUS, 1 Oktober - Kerajaan negeri mengambil insiatif dengan menyediakan hospital sementara sebagai persiapan sekiranya berlaku kemungkinan banjir besar seperti yang diramal pada hujung tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, selain mewujudkan hospital sementara di semua lapan daerah di negeri ini, kerajaan negeri juga telah membuat persiapan rapi dari segi bekalan makanan.  Katanya, hospital sementara itu bagi memudahkan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) yang mengalami masalah kesihatan mendapatkan rawatan awal daripada pasukan perubatan sebelum dibawa ke hospital besar.   "Selain bilik pengasingan untuk pesakit COVID-19, saya telah memaklumkan kepada semua Pegawai Daerah untuk mengenal pasti kawasan yang sesuai dipilih sebagai lokasi hospital sementara itu untuk membolehkan pasukan perubatan memberi rawatan awal. "Sebelum ini, kita pernah lakukannya di daerah Kemaman dan sangat berkesan mengurangkan kesesakan di hospital besar. "Pasukan perubatan boleh memberi rawatan awal kepada mangsa-mangsa banjir yang tidak kritikal sementara pesakit dihantar ke hospital besar untuk memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik sepanjang bencana berlaku," katanya.   Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Hari Sayyidatina Aishah 2022 dan pelancaran Dasar Wanita Terengganu di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, hari ini. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff. Menurut Hanafiah, bekalan makanan dan barangan keperluan yang bakal diagihkan kepada mangsa banjir akan ditempatkan di pengkalan hadapan di seluruh negeri pada awal Oktober ini.
01 Oct 22
1094
'Empangan Pecah' : Orang Ramai Jangan Panik
'Empangan Pecah' : Orang Ramai Jangan Panik
KUALA NERUS, 1 Oktober - Orang ramai diharap agar tidak panik dengan kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengenai kemungkinan 'Empangan Kenyir pecah' pada musim Monsun Timur Laut (MTL) kali ini kerana ia hanyalah ramalan segala kebarangkalian dan tidak bermaksud akan benar-benar berlaku. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata, ia adalah pemberitahuan persediaan dan pelan pihak berkuasa berhubung segala kemungkinan. Katanya, pelan tindakan itu sudah tersedia selepas NADMA menjangkakan hujan berlaku terlalu lebat dan limpahan air keluar dalam jumlah yang banyak. "Orang ramai jangan panik, Tenaga Nasional Berhad (TNB) pun telah menyatakan bahawa Empangan Kenyir itu masih selamat dan terkawal. Tidak akan berlaku apa-apa, insya-Allah. "Jadi, janganlah kita terlalu panik dengan ramalan itu, kita semua mendoakan dan buat sembahyang hajat agar ia tidak berlaku," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Dasar Wanita Terengganu Sempena Sambutan Hari Sayyidatina Aishah yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff di Stadium Tertutup Gong Badak, kelmarin. Baru-baru ini, Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pelaksanaan Operasi) NADMA, Meor Ismail Meor Akim berkata walaupun teknologi mengatakan bahawa empangan tidak akan pecah, namun persiapan menghadapi sebarang kemungkinan tetap perlu dilakukan. Beliau mengambil contoh kejadian empangan pecah yang berlaku di China dan Afrika sebelum ini dan berharap semua agensi termasuk anggota komuniti peka dan bersedia terhadap risiko bencana empangan tersebut. Bagaimanapun kenyataan NADMA itu telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk Terengganu terutama di laman sosial kerana bimbang impak banjir yang teruk sekiranya empangan buatan terbesar manusia di Asia Tenggara tersebut pecah
30 Sep 22
31600
Kerajaan Siasat Dakwaan Perlombongan Lenyapkan Artifak
Kerajaan Siasat Dakwaan Perlombongan Lenyapkan Artifak
KEMAMAN, 1 Oktober - Kerajaan negeri mengambil serius dakwaan aktiviti perlombongan bjih besi di Bukit Besi secara tidak terkawal hingga merosakkan artifak bersejarah terowong kereta api di kawasan terbabit. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan berkenaan. "Jadi atas sebab inilah maka agensi di bawah kerajaan negeri sama ada organisasi yang ada ini bertanggungjawan untuk memastikan ia tidak berlaku serangan aktiviti perlombongan di luar daripada kawalan atau makluman kerajaan negeri. "Buat masa ini tidak ada aduan yang khusus cuma kita melakukan pemantauan dari semasa ke semasa walaupun yang ada sekarang ini hanya rungutan-rungutan, kita akan siasat dan tidak timbul kita memandang remeh perkara sedemikian,"ujarnya. Beliau berkata demikian, selepas merasmikan Loji Rawatan Air Bukid Sah, di sini, baru-baru ini. Dalam pada itu, Ahmad Samsuri turut menzahirkan perasaan bimbang seandainya perkara tersebut akan mendatangkan pencemaran terutamanya kepada sumber air yang menjadi keperluan masyarakat. Semalam, media telah melaporkan kebimbangan Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun mengenai perkara berkenaan yang dikhuatiri akan mengakibatkan warisan sejarah yang ada di kawasan itu yang selama ini menjadi tumpuan pelancong berkunjung di kawasan berkenaan akan lenyap jika dibiarkan tanpa pematauan ketat pihak bertanggungjawab. Untuk rekod, sejak ia mula dibina sejak 1930, kira-kira lima terowong telah lenyap setelah aktiviti perlombongan bijih besi mula dibuka kembali pada 2010.
29 Sep 22
687
Projek Bekalan Air KTU RM1.3 Bilion Disiapkan Secara Berperingkat
Projek Bekalan Air KTU RM1.3 Bilion Disiapkan Secara Berperingkat
KEMAMAN, 29 September - Projek bekalan air Kuala Terengganu Utara (KTU) dengan nilai RM1.3 bilion  akan disiapkan secara berperingkat bagi memastikan rakyat di negeri ini menerima bekalan air yang terawat, berkualiti serta tidak menghadapi gangguan air. Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (SATU), TS. Abdul Karim Endut berkata, sebahagian projek itu telah siap manakala ada lagi berada di fasa akhir pembinaan. "Antaranya ialah Loji Rawatan Air (LRA) Pakej 20 Juta Liter Sehari (JLH) di Pulau Bahagia telah mula dimanfaatkan semenjak Mac 2021, LRA Pakej 44 JLH di Losong telah mula dimanfaatkan secara berperingkat bermula akhir April 2022. "(Manakala) LRA Bukit Berapit berkapasiti 120 JLH sedang diperingkat akhir pengujian untuk beroperasi sepenuhnya penghujung tahun 2022 ini," ujarnya ketika berucap pada Majlis Perasmian LRA Bukit Sah, Air Puteh, di sini hari ini. Perasmian berkenaan telah disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Tengku Seri Bijaya Raja, Pegawai Kewangan Terengganu, Dato' Rozali Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh dan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Terengganu INC, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun. Abdul Karim berkata, SATU sebagai syarikat milik penuh kerajaan negeri menzahirkan komitmen sepenuhnya untuk menyediakan bekalan air terawat secara konsisten dan terus dipertingkatkan dari tahun ke tahun. "Usaha menaiktaraf keupayaan pembekalan air ini adalah sebagai langkah proaktif menghadapi cabaran perkhidmatan bekalan air semasa dan di masa akan datang, antara cabaran utama dihadapai ialah sistem aset bekalan air yang melepasi keupayaan reka bentuk, kos rawatan air yang terus meningkat, ancaman perubahan iklim dunia yang menjadikan (penyediaan) bekalan air terawat lebih mencabar. "Kehendak pengguna semakin meningkat dari tahun ke tahun, justeru SATU telah mula mengorak langka dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan, serta penyediaan menghadapi cabaran akan datang. "Seperti membangunkan sistem pengurusan aset yang lebih baik, penggunaan teknologi terkini dan transformasi digital sebagai contoh penggunaan aplikasi MySATU yang menyediakan perkhidmatan di hujung jari untuk pengguna serta perancangan modal insan yang bersepadu untuk meningkatkan kompetensi kakitangan syarikat," ujarnya lagi.  
29 Sep 22
936
Dasar Wanita Terengganu Dilancar Esok
Dasar Wanita Terengganu Dilancar Esok
KUALA TERENGGANU, 28 September - Dasar Wanita Terengganu yang mengandungi pelan bagi memelihara dan memartabatkan  kaum hawa akan dilancarkan esok sempena sambutan Hari Sayyidatina Aishah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md.Noor berkata, dasar tersebut akan dibuku dan diedarkan kepada seluruh masyarakat bermula Khamis di program berkenaan. "Jadi saya berharap agar orang ramai dapat menghadirkan diri bagi mengetahui apa peranan, objektif dan bagaimana gerak kerja yang perlu dilakukan untuk sama-sama menjadikan negeri Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika dijemput bagi memaklumkan mengenai program tersebut di Selamat Pagi Terengganu, TV Darul Iman, di sini, semalam. Katanya, Hari Saidatina Aisyah itu juga akan dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusof yang merasmikan hari berkenaan sekali gus menyempurnakan perasmian pelaksanaan Dasar Wanita Terengganu. "Antara objektifnya pelaksanaan dasar ini juga adalah untuk menjadikanya saluran yang tetap dan berkala bagi membincangkan isu-isu wanita di mana matlamat kerajaan juga untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada wanita. "Kita memiliki ikon-ikon wanita dalam pelbagai bidang oleh kerana itu pada sambutan kali ini juga kita akan memilih beberapa tokoh yang akan diberikan anugerah, iaitu ikon remaja, ikon orang kelainan upaya cemerlang, tokoh anugerah bakti yang dipilih dari kalangan wanita terbaik," ujarnya. Katanya lagi, antara pengisian yang dinanti-nanti pada Sambutan Hari Saidatina Aisyah pada kali ini adalah penampilan istimewa selebriti dan juga pendakwah dari Indonesia, Oki Setiana Dewi yang akan bersama dengan rakyat Terengganu menerusi slot khas pada sebelah petang.    
28 Sep 22
515
177 Pelajar SMA Tamat Hafazan 30 Juzuk
177 Pelajar SMA Tamat Hafazan 30 Juzuk
KUALA TERENGGANU, 28 September- Seramai 177 pelajar dari seluruh sekolah menengah agama (SMA) di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) yang berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran diraikan dalam Majlis Haflu Takrim Huffaz Al-Quran Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu, hari ini. Pengarah JPINT, Lothman Awang berkata, majlis itu diadakan bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap segala usaha gigih pelajar menghafaz bermula tahun 2018 sehingga 2021. “Hafazan al-quran adalah salah satu mata pelajaran tahfiz yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan di sekolah-sekolah kelolaan JPINT. “Program ini bukan sahaja tertumpu di maahad tahfiz al-quran malah turut dilaksanakan di sepuluh sekolah menengah agama Negeri Terengganu,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Haflu Takrim Huffaz Al-Quran Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu di Dewan Perdana, Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus semalam. Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh  Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Dato’ Satiful Bahri Mamat. Katanya, majlis meraikan para hufaz itu diharap menjadi pendorong kepada pelajar lain yang belum khatam supaya lebih bersungguh-sungguh dalam menghafal al-Quran. “Majlis ini juga merupakan salah satu usaha kerajaan negeri memartabatkan hufaz al-Quran sekali gus menjunjung aspirasi maju, berkat dan sejahtera,” ujarnya. Dalam pada itu, beliau turut memohon Unit Akademik JPINT untuk mengkaji sijil tahfiz agar anak-anak pelajar mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.  
28 Sep 22
986