lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Menteri Besar Sertai Perarakan Bersama 2,340 Peserta
Menteri Besar Sertai Perarakan Bersama 2,340 Peserta
KUALA NERUS, 9 Oktober - Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengetuai perarakan dan berselawat bersama 78 kontinjen melibatkan 2,340 peserta sempena Sambutan Maulidur Rasul 1444 Hijrah peringkat Negeri Terengganu. Bertemakan 'Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran' acara perarakan telah bermula seawal jam 7.40 pagi tadi di Padang Sintetik, Kampung (Kg) Tok Jiring. Kemudian Ahmad Samsuri bersama peserta berarak sejauh 4.4 Kilometer (Km) menuju ke Stadium Tertutup Gong Badak di lokasi berlangsungnya Sambutan Maulidur Rasul. Turut serta dalam perarakan berkenaan ialah, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah serta Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat. Sepanjang perarakan terbabit rakyat negeri ini tidak melepaskan peluang berada di sepanjang jalan laluan perarakan tersebut bagi sama-sama memeriahkan sambutan. Ia sekali gus menghayati perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan Islam serta menyampaikan dakwah bagi memastikan agama suci ini tersebar kepada seluruh masyarakat di dunia ini. Peserta perarakan berkenaan telah dibahagikan kepada tujuh kategori melibatkan Kerajaan dan Badan Berkanun Kerajaan negeri, Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun Persekutuan, Pasukan Sekolah Menengan dan Intitusi Pengajian Tingggi Awam (IPTA)/Insititusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), syarikat-syarikat swasta, pasukan beruniform, badan bukan kerajaan (NGO) dan Jawatankuasa pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).    
09 Oct 22
513
Kerajaan Negeri Lancar Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi
Kerajaan Negeri Lancar Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi
KUALA TERENGGANU, 6 Oktober- Kerajaan negeri mewujudkan Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu bagi Tahun 2023 sehingga 2027 sebagai insiatif baharu bagi merealisasikan kesejahteraan psikologi dan pembangunan modal insan terhadap penjawat awam negeri ini. Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja berkata, pelan strategik tersebut diharap dapat membantu organisasi perkhidmatan awam untuk memperkasa peranan psikologi dalam pembangunan sumber manusia sejajar dengan matlamat dan aspirasi perkhidmatan awam dan negara sepertimana yang digariskan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Selain itu katanya, Pejabat SUK Terengganu melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia turut menawarkan perkhidmatan psikologi secara profesional di SUK Terengganu bagi memastikan tahap kesejahteraan dan psikologi warga kerja terjamin.  “Perkara ini dibuktikan dengan pengisian jawatan Pegawai Psikologi secara tetap bermula November 2021 yang lalu. “Malah, perluasan perkhidmatan psikologi diteruskan lagi dengan pewujudan sistem sokongan serta pencegahan kepada permasalahan psikologi bagi membantu penjawat awam melalui Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB),” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Terbuka Psikologi Peringkat Negeri Terengganu 2022 di Wisma Darul Iman, hari ini. Sempena perasmian tersebut turut diadakan Majlis Pentauliahan AKRAB kepada 30 ahli yang telah memenuhi semua kriteria digariskan Jabatan Perkhidmatan Awam. Menurut beliau, sumbangan dan aktiviti yang dilakukan oleh AKRAB sejak penubuhannya pada tahun 2015 di SUK Terengganu banyak membantu memperkasa perkhidmatan psikologi kepada perkhidmatan awam dan komuniti.  Sementara itu, bercakap mengenai Sambutan Hari Terbuka Psikologi pada tahun ini yang mengangkat Comeback sebagai tema katanya, ianya sejajar dengan situasi semasa di mana kita sekarang perlu kembali menjalani kehidupan sepertimana kehidupan sebelum dunia dikejutkan dengan serangan COVID-19.  “Tema ini dipilih bagi menyampaikan input berkaitan psikologi ketahanan diri apabila berhadapan dengan isu-isu kontemporari seperti endemik COVID-19 dan penyesuaian kehidupan dengan norma baharu,” ujarnya.  
06 Oct 22
403
Karnival Jom Heboh Terengganu Ketengah Program Keagamaan
Karnival Jom Heboh Terengganu Ketengah Program Keagamaan
Kerajaan negeri memberi jaminan Karnival Jom Heboh yang bakal berlangsung di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus pada 7 dan 8 Oktober ini mengetengahkan program berbentuk keagamaan.
06 Oct 22
376
Tak Perlu Risau Bercuti Di Pulau Perhentian
Tak Perlu Risau Bercuti Di Pulau Perhentian
KUALA TERENGGANU, 6 Oktober- Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman menasihatkan orang ramai agar tidak perlu bimbang untuk bercuti di Pulau Perhatian susulan tular isu pelancong yang dilaporkan jatuh sakit selepas pulang dari bercuti di pulau itu. Katanya, hasil siasatan mengenai kes tersebut dijangka akan diketahui dalam tempoh kira-kira sebulan lagi. “Sehingga hari ini tiada masalah besar untuk mereka (pelancong) yang ke Pulau Perhentian, Insya-Allah dari segi kemudahan infrastruktur kerajaan negeri akan selesaikan secara berperingkat,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkembangan isu tersebut pada Sidang Media Karnival Jom Heboh Edisi Terengganu di Wisma Darul Iman, semalam. Menurut beliau, Jabatan Alam Sekitar dan agensi terlibat lain masih lagi menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. “Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengusaha hotel, resort dan chalet di Pulau Perhentian serta Pulau Redang jika mereka didapati membuang kumbahan secara bebas. “Kerajaan negeri memandang serius perkara ini kerana ia boleh memberi kesan kepada industri pelancongan pada masa akan datang,” jelasnya.  
06 Oct 22
292
Pengujian Paip Selesai, Jalan Kembali Sempurna
Pengujian Paip Selesai, Jalan Kembali Sempurna
Kerja turapan kekal telah dimulakan di jalan raya di Kepong semalam setelah proses pengujian paip bawah tanah yang dipasang bagi meningkatkan perbekalan air di Marang selesai dilakukan.
05 Oct 22
83
Karnival Jom Heboh Terengganu Ketengah Program Keagamaan
Karnival Jom Heboh Terengganu Ketengah Program Keagamaan
KUALA TERENGGANU, 5 Oktober- Kerajaan negeri memberi jaminan Karnival Jom Heboh yang bakal berlangsung di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus pada 7 dan 8 Oktober ini mengetengahkan program berbentuk keagamaan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, program anjuran Media Prima Berhad dengan sokongan Kerajaan Terengganu itu bertujuan mempopularkan negeri ini sebagai negeri pelancongan dan pada masa yang sama menawarkan hiburan Islamik yang patuh syariah. Justeru katanya, orang ramai tidak perlu bimbang penganjuran Jom Heboh Edisi Terengganu ini kerana ia akan dilaksanakan mengikut garis panduan hiburan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. “Sejak semalam, pelbagai aduan diterima kerajaan negeri di media sosial kerana karnival itu diadakan sehari sebelum sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri. “Di sini, saya tegaskan antara pengisiannya adalah jualan produk dan perkhidmatan usahawan tempatan serta menawarkan hiburan berkonsepkan Islamik dan ilmu melalui penganjuran forum. “Sebagai contoh, pada malam 7 Oktober diadakan Malam Akustika yang bertajuk ‘Syariat Berdaulat, Negeri Berkat dan pada 8 Oktober pula, Malam Akustika Jalan Cinta Rasul,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media sempena penganjuran program tersebut, di Wisma Darul Iman, hari ini. Katanya, pada malam-malam akustika tersebut, pengunjung akan disajikan dengan program perkongsian agama dan diselang selikan dengan lagu-lagu ketuhanan oleh penyanyi- penyanyi terkenal tahah air. “Semua pemilihan artis dan lagu telah diteliti dan diluluskan kerajaan negeri kerana menampilkan lirik yang berunsur ketuhanan,” ujarnya. Katanya, beliau mengharapkan agar program ini dapat diadakan dalam keadaan terkawal, dan segala persiapan sedang berjalan dengan baik. “Kita akan adakan pemantauan untuk memastikan karnival ini berjalan lancar termasuk menempatkan penguatkuasa syariah serta petugas sukarela demi menjaga nama baik Negeri Terengganu. “Pesanan saya juga buat pengunjung yang hadir untuk sentiasa menjaga adab dan tingkah laku supaya tidak menimbulkan sebarang isu yang negatif,” ujarnya. Ariffin berkata, kerajaan negeri bersikap terbuka dengan sebarang penganjuran berskala besar yang boleh memberi manfaat kepada rakyat negeri ini tetapi dalam masa yang sama tetap mahu menjaga sensitiviti umat Islam agar hiburan tersebut patuh syariah.  
05 Oct 22
1009
Pengujian Paip Selesai, Jalan Kembali Sempurna
Pengujian Paip Selesai, Jalan Kembali Sempurna
MARANG, 4 Oktober - Kerja turapan kekal telah dimulakan di jalan raya di Kepong semalam setelah proses pengujian paip bawah tanah yang dipasang bagi meningkatkan perbekalan air di Marang selesai dilakukan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ariffin Deraman berkata, sebelum ini pengguna jalan raya sering mengadu jalan yang terbabit dengan kerja pemasangan paip itu tidak rata. Katanya, apa yang dialami oleh pengguna jalan raya terutamanya penduduk sekitar hanya bersifat sementara bagi memperolehi manfaat lebih besar untuk jangka masa panjang. "Sebagaimana prosedur biasa, selepas proses naik taraf atau paip dipasang, kontraktor akan melakukan proses pengujian sistem air, dalam masa yang sama jalan tidak diturap kekal kerana boleh memberi kesan kepada proses pengujian, ia memakan masa. "Dalam tempoh inilah ia menimbulkan rungutan mengenai jalan, alhamdulillah apabila siap pengujian, turapan sebenar dan kekal dilakukan, selepas ini insya-Allah tidak akan berlaku lagi masalah dan jalan raya ini akan kembali seperti biasa dan kita juga akan dapat bekalan air yang lebih baik," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui di tapak projek berkenaan, di sini semalam. Turut hadir Pengarah Projek Konsortium KAJV Sdn Bhd, Ir Abdul Samad Sulaiman. Dalam pada itu Ariffin berkata, tidak timbul isu jalan raya itu diturap dengan segera kerana semakin hampir dengan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. "Kalau kerana perkara tersebut sudah tentu kami akan mengarahkan kontraktor untuk melakukan penurapan secara kekal di semua lokasi terlibat, walaupun projek ini belum masak dan tanpa menjalani pengujian hanya semata-semata hendak puaskan hati semua pihak setelah menerima banyak rungutan, namun ia dilakukan mengikut prosedur sebab itu mengambil sedikit masa," ujarnya. Dalam pada itu, Ir Abdul Samad berkata, kerja penurapan yang bermula pada malam ini akan disiapkan dalam masa dua hari membabitkan jalan sepanjang 1.3 kilometer (KM). "Untuk hari ini kita siapkan separuh dahulu 500 hingga 600 meter, malam esok bergantung keadan cuaca dan kita akan sambung untuk menyiapkan sejumlah lagi bakinya, kerana kerja yang melibatkan bahagian jalan ini hanya boleh dilakukan pada jam 10 malam ke atas. "Apabila berlaku hujan lebat tidak dinafikan akan terganggu, tadi (semalam) pun berlaku hujan lebat tetapi alhamdulillah hanya sementara sahaja dan kita dapat meneruskan kerja ini," ujarnya. Beliau turut memberikan komitmen, kerja-kerja menaiktaraf perbekalan air marang itu akan dapat disiapkan tepat sebagaimana yang dijadualkan pada Disember. "Kemudian projek pemasangan paip dari Sungai Rengas ke tangki Miel di mana airnya diambil dari Loji Kepong 2 dan dari Tangki air MIEL ke Gondang akan diserahkan segera kepada kerajaan negeri," tegasnya.        
04 Oct 22
828
16,239 Petugas Siap Sedia Hadapi Banjir
16,239 Petugas Siap Sedia Hadapi Banjir
Seramai 16,239 orang petugas bersiap sedia membantu mangsa banjir yang dijangka melanda negara pada pertengahan Oktober sehingga Februari nanti. 
02 Oct 22
256
Projek Bekalan Air KTU RM1.3 Bilion Disiapkan Secara Berperingkat
Projek Bekalan Air KTU RM1.3 Bilion Disiapkan Secara Berperingkat
Projek bekalan air Kuala Terengganu Utara (KTU) dengan nilai RM1.3 bilion  akan disiapkan secara berperingkat bagi memastikan rakyat di negeri ini menerima bekalan air yang terawat, berkualiti serta tidak menghadapi gangguan air.
02 Oct 22
195
Kerajaan Siasat Dakwaan Perlombongan Lenyapkan Artifak
Kerajaan Siasat Dakwaan Perlombongan Lenyapkan Artifak
Kerajaan negeri mengambil serius dakwaan aktiviti perlombongan bjih besi di Bukit Besi secara tidak terkawal hingga merosakkan artifak bersejarah terowong kereta api di kawasan terbabit.
02 Oct 22
104