Artikel "Semasa" Terkini
PRU15: Wan Hassan Selesai Tunai Tanggungjawab Mengundi
Foto Oleh: Muhammad Afiq Fahmi Ahmad Faris
DUNGUN, 19 November- Calon Perikatan Nasional (PN-PAS) bagi Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli selesai menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail di sini pada jam 9 pagi tadi.
Terdahulu, beliau tiba di pusat mengundi kira-kira 8.15 pagi sebelum beratur bersama-sama pengundi lain untuk membuang undi.
Wan Hassan mengharapkan agar pengundi membuat pilihan yang bijak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini dalam menentukan masa depan negara.
"Saya telah selesaikan tanggungjawab sebentar tadi, dan saya cadangkan pembuangan undi dibuat awal oleh mereka yang layak mengundi bagi memudahkan urusan pengiraan walaupun tempoh masa yang dibenarkan sehingga 6 petang.Â
"Alhamdulillah, ketika hadir ke sekolah tadi saya lihat kehadiran pengundi agak memberangsangkan, mungkin dengan keadaan cuaca yang baik menyebabkan ramai pengundi keluar awal, " ujarnya ketika ditemui di perkarangan luar pusat mengundi, hari ini.
Wan Hassan yang juga penyandang kerusi Parlimen Dungun berentap di Parlimen itu bersama empat lagi pesaingnya, iaitu calon dari Barisan Nasional ( BN), Nurhisham Johari, Pakatan Harapan (PH), Mohasdjone @ Mohd Johari Mohamad, Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Noraisah Hasan dan Bebas, Ghazali Ismail.
Pada PRU14, Wan Hassan menang dengan majoriti 13,119 undi menewaskan BN dan PH.
19 Nov 22
242
PRU15: Sempat Mengundi Sebelum Berangkat Tunaikan Umrah
HULU TERENGGANU, 19 November - Walaupun hanya tinggal beberapa jam sebelum terbang untuk menunaikan umrah, seorang pengundi tetap menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) kali ini.
A.Rani Mamat, 57, dari Kampung Felcra Bukit Kapah berkata dia bergegas melunaskan tugasnya sebagai pengundi sebelum bergerak ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan menyertai jemaah lain untuk berangkat ke Tanah Suci selepas Asar.
"Penting untuk saya memilih pemimpin yang layak bagi memimpin negara, jadi tidak ada masalah untuk datang membuang undi sebelum ke lapangan terbang.
"Saya bergerak dari rumah seawal 6.30 pagi dan menjadi orang kedua selepas calon Perikatan Nasional(PN) P038, Datuk Rosol Wahid mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Diman pada 8.05 pagi tadi," ujarnya.
Dia yang ditemani anak lelakinya berkata, perancangan untuk menunaikan umrah sudah lama dibuat sebelum Perintah Kawalan Pergerakan pada 2020.
"Dah lama tertangguh dan kini hasrat saya akhirnya tertunai tapi tetap akan menunaikan tanggungjawab mengundi kerana ia sangat penting untuk masa depan kita semua," katanya.
19 Nov 22
548
PRU15: Orang Asli Sungai Berua Tunai Tanggungjawab
HULU TERENGGANU, 19 November - Meskipun tinggal di pedalaman, lebih 250 masyarakat orang asli di Perkampungan Orang Asli Sungai Berua tidak menjadikan itu sebagai halangan untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) hari ini.
Tok Batin, Rosli Desuh, 47, berkata, sejak jam 8.30 pagi masyarakat org asli dari suku kaum Semaq Beri, memenuhi perkarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Tapah, untuk membuang undi.
"Kali ini ada penambahan pengundi lebih 100 orang apabila pengundi muda layak menunaikan tanggungjawab mereka.
"Saya arahkan semua yang layak mengundi keluar ke pusat pengundian lebih awal bagi mengelak berlaku keciciran sekiranya mereka tidak keluar dalam satu kelompok," katanya.
Menurutnya, tanggungjawab sebagai pengundi harus dilaksanakan bagi memilih wakil rakyat yang boleh menjaga kebajikan mereka.
Seorang penduduk masyarakat orang asli yang ditemui, Era Alias, 21, berkata, dia teruja untuk membuang undi buat kali pertama.
"Sebelum ini hanya teman keluarga datang mengundi tetapi hari saya menjadi pemilih untuk menentukan pemimpin yang layak untuk tadbir negara.
"Sejak jam 7.30 pagi kami berkumpul di Kampung Sungai Berua, sebelum bertolak ke pusat pengundian secara beramai-ramai dengan menggunakan kenderaan sendiri," katanya.
Â
19 Nov 22
568
PRU15: Rosol Kekalkan Tradisi Jadi Pengundi Pertama
HULU TERENGGANU, 19 November - Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Hulu Terengganu(P038), Datuk Rosol Wahid menjadi individu pertama membuang undi di Pusat Pengundian Di Sekolah Kebangsaan Bukit Diman, di sini hari ini.
Rosol yang ditemani isteri, Toh Puan Halipah Ahmad, 59, tiba di perkarangan sekolah pada jam 7.50 pagi.
Beliau selesai membuang undi sekitar pukul 8.04 pagi, sementara isterinya sekitar pukul 8.06 pagi, pada Pilihan Raya Umum ke-15(PRU15) yang berlangsung hari ini.
Rosol yang ditemui pemberita selepas selesai membuang undi berkata, beliau berpuas hati kerana berjaya mengekalkan tradisi sebagai pengundi terawal sejak arwah bapanya masih hidup.
"Saya bersyukur sejak lima penggal yang lalu, sekolah ini menyaksikan saya sebagai orang pertama yang datang menunaikan tanggungjawab membuang undi bersama arwah bapa.
"Kini saya tetap meneruskan apa yang ditinggalkan oleh arwah bersama isteri," katanya ketika ditemui pemberita di SK Bukit Diman, pagi tadi.
Beliau yang juga penyandang kerusi parlimen itu sempat beramah mesra dengan pengundi sebelum memasuki pusat mengundi.
Sementara itu, Rosol berkata 12 adik beradiknya juga membuang undi di pusat pengundian yang sama dan enam anaknya di Sekolah Kebangsaan Telaga.
Semua pusat mengundi mula dibuka pukul 8 pagi dan waktu penutupan pula berbeza mengikut lokasi, namun semua ditutup sepenuhnya pada pukul 6.00 petang.
19 Nov 22
356
Wan Hassan Pembela Nasib Nelayan Dungun
DUNGUN, 17 November - Penyandang kerusi Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli disifatkan sebagai pembela nasib nelayan yang berpuluh tahun terpaksa berhadapan risiko kematian.Â
Ahli Lembaga Persatuan Nelayan Dungun,Â
Bahiyuddin Awang @ Harun berkata, atas kerja keras calon P039 itu, kerajaan pusat menerusi Kementerian Air dan Alam Sekitar (KASA) bersetuju membina Benteng Pemecah Ombak di Kuala Dungun yang diibaratkan sebagai 'ada cahaya di hujung terowong yang gelap'.Â
"Setiap tahun pasti ada kematian akibat daripada bot terbalik disebabkan muara sungai yang cetek.Â
"Selain terpaksa mendarat di jeti Kemaman dengan kos yang bertambah, bila adanya benteng ini, masalah yang menghantui nelayan sejak tahun 70-an, akan selesai," ujarnya.Â
Beliau yang ditemui pemberita sewaktu lawatan Wan Hassan yang juga Yang Dipertua PAS Dungun ke Kuala Dungun, di sini, baru-baru ini.Â
Menurutnya, selama ini isu ini hanya menjadi mainan janji-janji politik untuk menang pilihan raya.Â
Bahiyuddin berkata sesuatu kepada Ustaz Wan HassanÂ
"Menang nanti kita buat benteng, kesudahannya benteng tak nampak, lulus lulus doh tetapi benteng tak dok, tetapi alhamdulillah bila ustaz jadi Ahli Parlimen dan Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan Malaysia, yang PAS salah satu parti kompennya, hasrat nelayan jadi nyata," katanya.Â
Sementara itu, Wan Hassan menjelaskan, setelah pertukaran kerajaan Perikatan Nasional maka usaha telah diambil dengan maklumat bahawa projek ini pada asasnya ada dalam senarai tetapi tidak diberi peruntukan.Â
"Oleh kerana itu, bila kita dapat maklumat maka usaha - usaha untuk dibawa kepada Menteri Alam Sekitar dan Air dengan mengemukakan surat permohonan dan rayuan daripada Ahli Parlimen.Â
"Kemudian mendapat maklum balas memerlukan dokumen - dokumen sokongan tentang keperluan mendesak pemuliharaan muara sungai ini berasaskan rekod - rekod kerosakan bot, kerosakan yang melibatkan angka ratusan ribu, bukan sahaja harta benda bahkan nyawa," jelasnya.Â
Tambahnya lagi, setelah laporan itu dihantar, selepas itu ia diproses oleh kerajaan dan akhirnya menjadi kenyataan dalam tempoh 17 bulan 15 hari dan dijangka siap pada 2027.Â
"Insya Allah kita berdoa agar ianya tiadaÂ
Ini memberi impak positif kepada mata pencarian, pelancongan dan peningkatan tangkapan sehingga satu masa ada limpahan ikan dan ini menjadi harga ikan lebih murah rakyat di Dungun.Â
"Terima kasih kepada Menteri KASA, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang telah mengambil tindakan dalam tempoh yang tidak sampai tiga tahun telah menyelesaikan masalah berpuluh tahun yang diharapkan oleh nelayan dan rakyat setempat," ujarnya lagi.Â
18 Nov 22
251
Dakwaan Empat Cawangan BERSATU Bubar Hanya Provokasi BN
HULU TERENGGANU, 18 November - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Hulu Terengganu menafikan laporan media yang mendakwa empat cawangan BERSATU di daerah itu dibubarkan.Â
Setiausahanya, Mohd Zawawi Ismail berkata semua empat cawangan BERSATU berkenaan masih wujud dan mempunyai ramai keahlian aktif.
"Laporan yang mendakwa empat cawangan BERSATU iaitu di Kampung (Kg)Bukit Apit, Felda Mengkawang, Pengkalan Ajal dan Kg Payang Kayu dibubarkan adalah sama sekali tidak benar dan tidak berasas.
"Dakwaan itu hanyalah gimik politik murahan individu terdesak yang berniat jahat untuk menjatuhkan moral serta kesepaduan jawatankuasa dan ahli BERSATU Bahagian Hulu Terengganu menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15, esok ," ujarnya.
Menurut Zawawi, individu yang mendakwa cawangan BERSATU dibubarkan dan ditutup adalah ahli jawatankuasa yang bermasalah dan tidak memahami perlembagaan parti serta undang-undang pertubuhan.
"Mereka tiada hak dan kuasa untuk membubarkan atau menutup mana-mana cawangan atau bahagian parti.Â
"Pengunduran beberapa ahli jawatankuasa cawangan yang bermasalah itu tidak memberi kesan atau menjejaskan parti," katanya.
Jelas Zawawi lagi, Zamani Mamat yang merupakan bekas Setiausaha BERSATU Bahagian Hulu Terengganu telah lama meninggalkan parti selepas tewas kepada Datuk Rosol dalam pemilihan jawatan Ketua Bahagian.
"Alias Abdullah pula adalah bekas Pengerusi Penyelaras BERSATU DUN Ajil yang tidak aktif selepas dilantik sebagai pengurus syarikat perniagaan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rozi Mamat," ujar beliau.
Dalam masa yang sama, seluruh kepimpinan BERSATU Bahagian tersebut termasuk 15 cawangan turut memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Rosol sebagai Ketua Bahagian yang juga calon Perikatan Nasional-PAS bagi kerusi Parlimen Hulu Terengganu untuk PRU-15.
Justeru itu, pihak yang berkenaan diingatkan supaya tidak membuat kenyataan tidak berasas mengenai BERSATU Hulu Terengganu semata-mata untuk memenuhi agenda politik pihak tertentu.
18 Nov 22
162
Manifesto Perikatan Nasional Angkat Martabat Pendidikan
KUALA TERENGGANU, 18Â November - Perikatan Nasional (PN) dilihat sangat serius untuk menjulang dan mengangkat martabat dunia pendidikan melalui manifesto yang dikemukakan.
Antaranya ialah, menaikkan elaun guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) sebanyak 50 peratus ke RM1,500 sebulan dan memperkenalkan Skim Khas penyerapan ke jawatan tetap secara berperingkat bagi mengatasi masalah utama guru-guru terbabit.
Selain itu lagi, memberi dana khas bagi sekolah tahfiz dan agama rakyat untuk menyertai sistem kemahiran T-Vet dan bantuan pengajian awal sebanyak RM1,000 kepada semua pelajar baharu mendaftar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Maliaman Kassim berkata, ia bukan retorik kerana dibuktikan melalui apa yang dilakukan oleh PAS di Terengganu yang kini menjadi komponen utama dalam PN selain BERSATU.
"Sangat mementingkan pendidikan yang merupakan pelaburan jangka panjang dan sudah tentu ia bukan menjadi bebanan kepada PN untuk melaksanakan janji-janji manifesto itu yang sudah tentu akan meringankan beban rakyat.
"Juga ia sangat membantu golongan miskin tegar untuk memastikan mereka dapat menghantar anak mereka ke sekolah dengan baik dimana turut berjanji akan menyediakan perkhidmatan bas sekolah dan pusat penjagaan percuma,"ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui UPDI UPDI selepas menghadiri Half Al-Takrim, Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2021, Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu, di Duyong Convention Centre, Duyong Marina & Resort Terengganu, di sini, semalam.
Justeru kerana itu katanya, rakyat wajar memberi sokongan kepada PN untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 ini kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuktikan memerintah negara.
"Tidak semua perkara dipolitikkan, pada kali ini telah ditawarkan calon-calon yang bersih, tidak terbabit dengan gejala rasuah, salah guna kuasa dan sebarang penyelewengan dan telah terbukti mampu mentadbir di tiga buah negeri, Terengganu, Kelantan dan Kedah.
"Dari sudut pendidikan Terengganu telah membuktikan bahawa sangat serius untuk melahirkan peneraju kepimpinan di masa akan datang mengikut acuan Islam dengan mewujdukan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) yang kita berhasrat untuk mewujdukkannya di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Serta Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) yang dihasratkan untuk diwujudkan di setiap daerah, kita berharap agar hasrat ini menjadi realiti dengan dikekalkan kerajaan ini untuk terus mentadbir bagi merealisasikan harat rakyat ke arah dunia pendidikan yang lebih baik bagi memenuhi keperluan generasi masa hadapan," ujarnya lagi.
Â
17 Nov 22
687
Ahmad Said Berbohong, 'Mati Akal'
KUALA TERENGGANU, 16 November - Calon BN Parlimen Kemaman, Dato' Seri Ahmad Said dikatakan berbohong dan 'mati akal' apabila mendakwa kerajaan Terengganu merasuah pengundi.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, fitnah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu sengaja dibuat selepas beliau melihat partinya kian hilang sokongan daripada rakyat.
"Ahmad Said kata agihan i-OKU, Pencen Rakyat RM600 serta i-Belia dalam tempoh berkempen adalah untuk merasuah pengundi.
"Dakwa beliau lagi, peruntukan itu tiada dalam bajet kerajaan negeri dan tidak pernah dibawa ketika pembentangan bajet kerajaan negeri.
"Ini jelas satu penipu bagi menjejaskan imej PAS di mata rakyat, padahal peruntukan itu sudah dibentangkan dan ada dilaporkan dalam portal berita, boleh rujuk dan buat carian secara atas talian," katanya ketika dihubungi media hari ini.
Keratan berita bertarikh 15 November 2021, bantuan dibentangkan dalam bajet.
Menurut Hanafiah lagi, agihan pada bulan November ini sudah lama dirancang dan dihebahkan kepada semua.
"Tidak timbul isu kami sengaja membuat agihan pada waktu ini semata-mata ingin meraih undi, kami sudah rancang lama, permohonan bantuan seperti pencen rakyat ada yang dibuka awal tahun ini, boleh rujuk semula kenyataan-kenyataan yang ada.
"Bagi i-belia pun sama, sudah dibentangkan dalam sidang bajet 2022, permohonan dibuka bulan September sehingga Oktober, kemudian agihan dibuat pada bulan ini.
"Kami tidak tahu bila Parlimen akan dibubarkan dan kami juga mendesak supaya Parlimen dibubarkan tahun depan tetapi Perdana Menteri daripada parti beliau yang bubarkan, kami kerajaan negeri terus jalankan amanah seperti biasa," tambah beliau.
Pagi tadi, Ahmad Said menggesa siasatan segera dilakukan terhadap kerajaan PAS Terengganu yang didakwa mengagihkan wang kepada rakyat dalam tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
16 Nov 22
4386
Lebih 19 Ribu Pelajar IPT Berdaftar SSM Di Seluruh Negara
HULU TERENGGANU, 16 November - Seramai 19,758 pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi sepenuh masa mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956Â sejak Januari 2021 hingga 31 Oktober lepas.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata jumlah itu merupakan sebahagian dari 43,123 perniagaan yang berjaya didaftarkan secara percuma melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) diseluruh negara.
Katanya, jumlah tersebut turut merangkumi 23,365 usahawan B40.Â
"Langkah SSM melaksanakan SPPP ini dapat mengurangkan jumlah perniagaan tidak berdaftar terutama di kalangan usahawan muda dan baru khususnya selepas negara terkesan dengan pandemik COVID-19.
"Disebabkan terlalu ramai
mahasiwa yang keluar daripada IPT, maka persaingan agak sengit untuk mengisi tempat dan kekosongan pekerjaan yang ada, maka mahasiwa perlu melengkapkan dengan kemahiran yang ditawarkan oleh kerajaan atau mana-mana institusi
supaya ia dapat menjamin kerjaya yang lebih cerah sekali gus menggelakkan penggangguran," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Usahawan Muda 2022 (PUM22) Peringkat Negeri Terengganu & Kelantan di Dewan Akademi Binaan Jenagor, di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna) KPDNHEP, Datin Roszanina Wahab.
Lebih 1,400 penyertaan yang terdiri daripada pelajar-pelajar institusi-institusi termasuk para peserta dari negeri Kelantan mengikuti program pada hari ini secara atas talian.Â
Menurut Rosol, mereka yang hadir didedahkan dengan kaedah mendaftarkan perniagaan, faedah-faedah memiliki entiti perniagaan yang sah, membangunkan strategi,Â
kesedaran dan perlindungan hak-hak pengguna agar peserta lebih peka dan prihatin tentang isu-isu kepenggunaan yang wujud di negara ini.Â
Sementara itu, sehingga kini terdapat 72,737 perniagaan, 5,934 syarikat dan 443 Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) aktif telah berdaftar dengan SSM sehingga 31 Oktober 2022 di Terengganu.
Â
Â
16 Nov 22
168
Orang Muda Sokong Wan Hassan
DUNGUN, 16 November - Rata-rata golongan muda yang ditemui memberi sokongan penuh dan berharap calon PAS di Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli memenangi kerusi berkenaan.
Firdaus Amri Mohd Yasin, 25 berkata dia akan memilih Wan Hassan kerana sikapnya yang mudah didekati.Â
"Ustaz seorang yang mesra rakyat dan saya kenal ustaz berbanding calon-calon yang lain, orang muda macam saya masih memerlukan ustaz untuk menjadi Ahli Parlimen Dungun dalam menyediakan kemudahan-kemudahan sukan seperti padang bola yang mana di Bemban, kita hanya ada futsal, main di Darul Ansor, "katanya.Â
Firdaus Amri Mohd YasinÂ
Manakala bagi Muhammad Azizi Hamizan Aziz, 26 berkata Mantan Ahli Parlimen Dungun itu sangat mengambil berat kebajikan rakyat Dungun.Â
"Banyak membantu rakyat, sentiasa memberikan pertolongan di saat memerlukan dan harapan saya Ustaz menang lagi dalam pilihan raya ni supaya banyak lagi bantuan dan insentif untuk belia," ujarnya yang tinggal di Seberang Pintasan.Â
Â
15 Nov 22
282