Artikel "Semasa" Terkini
Pasar Payang Baharu Akan Dibuka Tahun Hadapan
KUALA TERENGGANU, 27Â November - Pasar Besar Kedai Payang yang menjadi lokasi utama tumpuan pelancong ke negeri ini yang dibangunkan semula pada tahun 2018 kini sudah berada pada tahap kemajuan 90 peratus dan akan dibuka kepada umum tahun hadapan.
Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif berkata, projek yang dibangunkan untuk memberikan keselesaan kepada peniaga dan pengunjung kini sudah berada di peringkat akhir dengan 10 peratus kemajuan lagi.
"Melibatkan kerja-kerha 'finishing' termasuk penyediaan landskap yang cantik, kemasan longkang, cat, pencahayaan dan lain-lain lagi.
"Selepas mengalami beberapa kali tempoh lanjutan, insya-Allah orang ramai akan menikmati suasana membeli belah di Pasar Payang berwajah baharu ini pada Mei depan," ujarnya sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian, semalam.
Antara tarikan lain yang akan terdapat di Payang Payang itu nanti, Rosli berkata akan terdapat sebuah menara jam yang dibangunkan semula di pintu masuk bagi mengamit nostalgia jam besar sekitar 50 tahun dahulu sebelum ia dirobohkan,
Katanya, kerajaan negeri berharap pasar tumpuan utama masyarakat itu akan memberikan lebih manfaat kepada peniaga dan pengunjung sekali gus dapat memacu perkembangan sektor pelancongan serta ekonomi setempat.
"Proses transformasi ini akan menjadikan Pasar Payang lebih cantik dan beri keselesaan buat semua pihak, semoga Pasar Payang akan terus menjadi destanasi ikonik yang menjadi tempat wajib singgah apabila pelancong datang ke negeri ini,"ujarnya lagi.
Â
26 Nov 22
1108
Agong Seru Rakyat Terus Bertenang
KUALA LUMPUR, 23 November - Yang di- Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri' Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru seluruh rakyat dan semua pihak untuk terus beristiqamah dan bertenang sehingga proses untuk membentuk kerajaan baharu selesai.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato' Seri Ahmad Fadil Shamsudin menerusi kenyataan media Istana Negara pada hari ini, menyatakan Seri Paduka Baginda mengajak seluruh rakyat untuk bersama mendoakan kesejahteraan negara yang tercinta ini.
"Rakyat telah pun membuat keputusan untuk memilih wakil mereka, maka terserah kepada wakil rakyat untuk mencari penyelesaian bagi mengurai kemelut yang membelenggu rakyat jelata,"ujar kenyataan itu.
Menerusi kenyataan itu, susulan daripada sesi menghadap oleh ketua-ketua gabungan, Seri paduka Baginda telah menitah perkenan untuk Istana Negara menganjurkan satu perbincangan khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada esok.
"Perbincangan khas Raja-Raja Melayu ini adalah bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu bagi Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat,"ujar kenyataan media Istana Negara itu.
23 Nov 22
277
Polis Laksana Sekatan Jalan Raya Seluruh Negara
KUALA LUMPUR,  23 November - Bermula semalam sehingga satu masa ditetapkan, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan melancarkan Sekatan Jalan Raya (SJR) di lokasi-lokasi strategik membabitkan setiap daerah di seluruh negara secara penugasan 24 jam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata langkah itu adalah sebahagian kesiapsiagaan pihak polis untuk mencegah jenayah melalui peningkatan tahap 'omnipresence' bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.
"Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan SJR akan dijalankan pada waktu puncak (siang hari).
"Orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui SJR, terutamanya di luar waktu puncak,"ujarnya melalui suatu kenyataan rasminya, hari ini.
Dalam pada itu, Tan Sri Acryl Sani berkata masyarakat tidak perlu bimbang untuk menjalankan aktiviti harian.
"Kerana PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan adalah terkawal,"katanya lagi.
23 Nov 22
579
Manifesto Perikatan Nasional Angkat Martabat Pendidikan
 Perikatan Nasional (PN) dilihat sangat serius untuk menjulang dan mengangkat martabat dunia pendidikan melalui manifesto yang dikemukakan.
22 Nov 22
208
Pengurus Terengganu FC Mohon Maaf
KUALA TERENGGANU, 22 November - Pengurus Terengganu FC, Mohd Fadhil Wahab memohon maaf kepada pasukan dan penyokong Selangor FC atas sikap segelintir penyokong yang mencetuskan insiden idak diingini pada malam tadi.
Mewakili pihak pengurusan, Fadhil melahirkan perasaan kecewa dengan aksi membaling dan melemparkan batu ke arah bas pasukan Selangor FC.
Kata beliau, pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan sewajarnya.
"Seharusnya kejadian seumpana iti tidak wajar berlaku lagi dalam kancah bola sepak tempatan. Walau apapun.
"Kejadian malam tadi merupakan tindakan yang hanya dilakukan oleh segelintir penyokong yang tidak meletakkan semangat kesukanan dalam hati masing-masing dan bukan di kalangan penyokong setia pasukan Terengganu," ujarnya menerusi suatu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, rata-rata yang hadir mempamerkan semangat kesukanan tinggi dan dapat menerima kekalahan dalam aksi perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia
"Penyokong Terengganu sememangnya amat terkenal dengan disiplin yang baik ketika perlawanan di luar mahupun ditempat sendiri, namun kerana segelintir mereka ini menyebabkan semuanya terpalit," ujarnya lagi
22 Nov 22
1104
Lebih 19 Ribu Pelajar IPT Berdaftar SSM Di Seluruh Negara
Seramai 19,758 pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi sepenuh masa mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956Â sejak Januari 2021 hingga 31 Oktober lepas.
21 Nov 22
184
PRU15: Rosol Kekal Bergaya Di Parlimen Hulu Terengganu
HULU TERENGGANU, 19 November - Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Hulu Terengganu (P038), Datuk Rosol Wahid berjaya mengekalkan kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada hari ini.
Beliau yang juga penyandang kerusi itu menewaskan pencabar terdekatnya dari Barisan Nasional (BN), Dato Rozi Mamat, calon Pejuang Tanah Air (Pejuang), Khadri Abdullah dan Cikgu Alias Ismail dari Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti besar 15,734 undi.Â
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu memperoleh undi sebanyak 42,910 meninggalkan saingan terdekatnya Dato Rozi Mamat (BN) yang memperolehi 27,176 undi.
Calon PH, Alias Ismail pula memperoleh 1,740 undi manakala Mohd Khadri Abdullah yang bertanding mewakili Parti Pejuang mendapat 182 undi.
Kemenangan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Terengganu, Adnan Abdullah di pusat penjumlahan undi, Dewan Besar Majlis Daerah Hulu Terengganu pada jam 11.10
 malam.
Rosol yang dilahirkan pada 10 Julai 1964, pernah menyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil dalam Parlimen Hulu Terengganu pada tahun 1999 hingga 2013.
Pada PRU14, Rosol yang bertanding atas tiket BN memperoleh sebanyak 30,925 undi menewaskan calon Pas, Muhyidin Abdul Rashid (28,057 undi) dan calon PKR, Datuk Razali Idris (3.374 undi).
Bagaimanapun, Rosol memutuskan keluar daripada UMNO dan menyertai Bersatu pada Disember 2018 dan bertanding atas tiket PN bagi PRU15.
19 Nov 22
556
Tidak Rasmi - Rosol Mendahului Di Hulu Terengganu
HULU TERENGGANU, 19 November - Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Rosol Wahid mendahului dengan 33,808 undi setakat pukul 10 malam tadi.
Kedudukan tersebut diikuti, calon Barisan Nasional(BN), Dato Rozi Mamat(22,132), calon PEJUANG, Khadri Abdullah (142) dan calon Pakatan Harapan (PH), Cikgu Alias Ismail (1,384).
Beliau yang juga penyandang kerusi itu mendahului calon-calon lain dengan majoriti 11,676 undi.
Jumlah pengundi yang berdaftar di kawasan tersebut ialah 87,917.
19 Nov 22
290
Peti Undi Pulau Redang Tiba Jam 6 Petang
SETIU, 19 November - Tiga beg kuning peti Undi Pulau Redang telah tiba di Padang Astaka Majlis Daerah Setiu pada jam 6.00 petang.
Ketiga-tiga peti Undi itu Dari Pusat Pengundian Pulau Redang telah dibawa oleh tiga ketua tempat mengundi bersama tiga polis pengiring dengan helikopter sewa khas yang bertolak pada jam 5.00 petang dari Lapangan Terbamg Pulau Redang.
Jumlah keseluruhan pengundi berdaftar di Pulau Redang adalah seramai 1,316.
Kesemua pengundi telah melaksanakan tugas berkenaan pada jam 8 pagi dan berakhir tiga petang melalui tiga saluran di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang.
Ini merupakan peti Undi yang pertama telah tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu, Sungai Tarom.
Â
19 Nov 22
477
PRU15: Lima Beradik Teruja Mengundi Bersama
DUNGUN, 19 November- Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hari ini memberikan pengalaman bermakna buat lima beradik dari Kampung Nibong di sini apabila mereka berpeluang mengundi bersama.
Aliff Amirul Hafiz Ab Halim, 18, berkata, lebih mengembirakan apabila dia dan adik- beradiknya dapat membuang undi melalui saluran sama di Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail disebabkan jarak umur mereka yang tidak jauh berbeza.
Penuntut German-Malaysian Institute (GMI) di Bangi itu berkata, dia bersama kakaknya Amira Hedriana, 28, Amanina Hazwani, 26, Amalia Hadirah, 22, dan Athirah Hannani, 20 tiba di pusat undi berkenaan bagi mengundi Parlimen Dungun kira-kira jam 9 pagi.
"Teruja, gementar pun ada kerana ini kali pertama saya mengundi demi melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
"Saya harap undi saya ini akan menjadikan Malaysia ke arah yang lebih baik dan calon yang menang nanti dapat mengubah negara ke arah yang lebih maju, " ujarnya ketika ditemui di perkarangan luar pusat mengundi tersebut, hari ini.
Keterujaan sama turut dikongsi kakaknya, Amalia Hadirah yang rela hati keluar mengundi.
"Saya mengundi bukan atas desakan keluarga atau sesiapa. Saya sendiri yang hendak mengundi, saya rela hati kerana saya mahu suara saya didengari.
"Harapan untuk calon yang menang nanti agar dapat memimpin negara ke arah yang lebih baik dan tidak ada lagi isu- isu negatif seperi rasuah dan seumpamanya, " ujar Amalia Hadirah yang merupakan bekas pelajar Intec Education College, Shah Alam.
19 Nov 22
348