Artikel "Semasa" Terkini
Kerajaan Terengganu Tanggung Sewa 'Rumah Sementara' Mangsa Banjir
KUALA TERENGGANU, 29 Disember - Semua mangsa banjir di Kampung La, Hulu Besut yang hilang tempat tinggal akan diberikan penempatan sementara atau rumah sewa yang ditanggung sepenuhnya kerajaan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, seramai 53 mangsa melibatkan 12 keluarga kurang bernasib baik bakal menerima manfaat tersebut selepas proses penelitian dibuat.
Kataya, langkah itu sedang diambil dan dilaksanakan dalam tempoh terdekat bagi meringankan beban golongan terbabit.
"Mesyuarat Exco semalam memutuskan Maidam perlu menyediakan penempatan sementara bagi 12 keluarga yang hilang tempat tinggal terbabit.
"Bayaran sewa untuk setiap rumah terlibat akan ditanggung Maidam selaku badan pelaksana kerajaan negeri," jelasnya.
Kata Hanafiah, Maidam juga akan berusaha membantu membina semula rumah baharu kepada penduduk yang kehilangan tempat tinggal.
Terdahulu, media melaporkan sehingga jam 8 pagi ini seramai 53 mangsa membabitkan 12 keluarga masih berlindung di PPS di Besut kerana tiada tempah berteduh walaupun cuaca sudah baik.
“Difahamkan mangsa yang berada di PPS itu tidak dapat pulang selepas kediaman mereka roboh akibat banjir teruk yang melanda daerah itu,” ujarnya.
29 Dec 22
613
Sewa Lori, Jengkaut Selesai Masalah Sampah Pasca Banjir
KUALA TERENGGANU, 27 Disember- Kerajaan negeri melaksanakan mobilisasi sumber perkhidmatan pelbagai pihak bagi menyelesaikan masalah longgokan sampah pasca banjir di kawasan dilanda bencana itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dato' Dr Alias Razak berkata, langkah tersebut termasuk sewaan lori oleh Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.
“Kebiasaannya selepas banjir akan berlaku situasi dimana banyak sampah-sampah pukal seperti perabot, tilam rosak dan lain-lain yang dilonggokan di tempat pembuangan sampah domestik sekali gus menambahkan lagi jumlah sampah yang terpaksa diangkut oleh kontraktor yang dilantik.
“Untuk mengatasi masalah ini, saya telah mengarahkan Pejabat DUN untuk menyewa lori dan jengkaut swasta bagi membantu mengangkut sampah dan dibuang di tapak pelupusan sampah yang sepatutnya,” ujarnya bagi mengulas isu longgokan sampah selepas banjir ketika ditemui pemberita di Duyong Marina Resort, hari ini.
Beliau memaklumkan, semua kos sewaan tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
“Pusat pelupusan sampah utama di Kampung Sungai Ikan, Kuala Nerus yang ditenggelami air baru-baru ini juga telah dibuka semula.
“Justeru, dengan kombinasi jentera pihak berkuasa tempatan (PBT), kontraktor dilantik serta sewaan oleh Pejabat DUN, masalah longgokan sampah ini akan selesai dalam masa terdekat,” ujarnya.
Dalam perkembangan sama beliau memberitahu, laluan ke pusat pelupusan sampah di Kampung Sungai Ikan yang dinaiki air ketika banjir baru-baru ini turut menyebabkan berlaku kesesakan di pusat pelupusan sampah di Tertak Batu, Marang.
“Disebabkan pusat pelupusan sampah di Sungai Ikan tidak boleh operasi ketika itu, jentera Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan kontraktor dilantik terpaksa menghantar sampah di pusat pelupusan sampah di Tertak Batu, Marang.
“Oleh kerana jarak agak jauh dan bilangan lori bertambah dari dua daerah melibatkan Marang dan Kuala Terengganu maka berlakulah kesesakan lori ditempat pelupusan sampah di Marang yang mana pemandu-pemandu terpaksa beratur panjang dan memperlahankan urusan.
“Jarak yang jauh juga menyebabkan jumlah ‘trip’ yang dapat dipenuhi untuk satu hari itu berkurangan, menyebabkan kontraktor tidak dapat mengangkut keseluruhan sampah dengan segera sebagaimana biasa,” ujarnya.
Justeru, beliau mengharapkan rakyat faham dengan situasi banjir luar jangka pada kali ini yang menyebabkan seluruh daerah terjejas.
27 Dec 22
647
PBSNT Tunggu Tindakan Faisal, Sedia Berbincang
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan, pihak persatuan akan menunggu tindakan lanjut penyerang kebangsaan, Mohd Faisal Abdul Halim sebelum mengambil sebarang tindakan secara rasmi.
27 Dec 22
831
Manfaatkan Cuti Dengan Sertai Misi Banjir
Sukarelawan T-Volt bawah kelolaan Urus Setia Belia Sukan dan NGO negeri (UBSNT) memanfaatkan hari cuti bekerja dengan menyertai misi bantuan pasca banjir.
27 Dec 22
98
200 Sukarelawan T-Volt Diatur ke Misi Pasca Banjir
Pasukan sukarelawan Terengganu Volunteer (T-Volt) seramai 200 orang mula digerakkan ke kawasan terjejas banjir bagi operasi gotong-royong pasca banjir .
27 Dec 22
109
Permai Hotel Bantu Mangsa Banjir
KUALA TERENGGANU, 26 Disember- Seramai 20 sukarelawan terdiri dari warga kerja Permai Hotel Kuala Terengganu turun padang menyampaikan bantuan kepada komuniti yang terjejas banjir melalui program tanggungjawab sosial korporatnya bertempat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah kebangsaan (SK) Kampung Gemuroh dan SK Bukit Guntong serta penduduk sekitar.
Pengurus Besarnya, Noralizan Abd Rahman berkata, inisiatif tersebut bukan hanya menjadi satu tanggungjawab sosial korporat hotel untuk meringankan beban mangsa banjir, tetapi ia juga merupakan konsep yang diterapkan oleh Permai Hotel sejak azali iaitu mencari keberkatan dengan menjadikan kerja bakti, kebajikan dan sedekah sebagai nilai teras dalam setiap urusniaga yang dijalankan.
“Saya percaya bahawa usaha dalam mencari keberkatan di dalam perniagaan bermula dengan bersedekah.
“Program ini dilakukan setiap tahun bagi menerapkan sifat empati dan menzahirkan semangat kemanusian dalam kalangan warga kerja Permai Hotel untuk membantu insan-insan yang ditimpa musibah tanpa mengira kaum, jantina dan status," ujarnya dalam satu kenyataan.
Noralizan berkata, lebih dari 400 pek makanan yang dimasak dan disediakan secara gotong royong oleh warga kerja hotel diedarkan terus kepada komuniti yang terjejas menerusi misi tersebut.
“Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi Permai Hotel, Ustaz Hishamuddin Abd Karim yang juga turut meluangkan masa bagi menyantuni mangsa-mangsa yang ditempatkan di PPS.
“Diharapkan bantuan ini dapat meringankan beban mangsa banjir dan sebagai tanda solidariti bersama mangsa banjir yang diuji kehilangan tempat tinggal dan harta benda,” ujarnya.
Difahamkan, hujan lebat berterusan sejak awal Isnin minggu lalu telah mengakibatkan penduduk di beberapa kawasan DUN Tepoh cemas apabila kediaman mereka mula ditenggelami air sehingga tiga meter.
26 Dec 22
346
Segerakan Projek Atasi Banjir
KEMAMAN, 24 Disember - Kerajaan Persekutuan digesa menyegerakan projek yang telah diluluskan untuk mengatasi masalah banjir di Pantai Timur khususnya di Terengganu.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, projek tersebut mampu menyelesaikan masalah banjir yang kerap menimpa rakyat.
Katanya, ia juga berupaya menjimatkan kos perbelanjaan tambahan yang perlu ditanggung oleh kerajaan Malaysia bagi membantu mangsa banjir setiap kali bencana itu melanda.
"Antara projek yang perlu diberi keutamaan antaranya kalau di Kemaman ini seperti Sungai Tiruan, pembinaan pembentung di Telung Kalong yang peruntukkanya telah diluluskan cuma pelaksanaannya memakan masa begitu lama, jadi saya rasa kena percepatkan perkara ini.
"Kalau kita tidak buat perkara-perkara begini banjir besar akan berterusan serta sukar diuruskan, kalau kita dapat menyelesaikan tebatan banjir, 'culvert', dan sebagainya ia akan dapat mengatasi masalah banjir yang dihadapi oleh rakyat di negeri ini," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman, selepas menghadiri Taklimat Pengurusan Bencana di Pejabat Daerah Kemaman, di sini semalam.
Tambah beliau setiap agensi di bawah kerajaan persekutuan di negeri ini yang terlibat dengan projek penyelesaian banjir seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu kembali berbincang dengan kementerian masing-masing bagi mempercepatkan pelaksanaan projek.
"Pada ketika ini ada yang berstatus di peringkat pelaksanaan, telah diluluskan bajet serta masih ada dalam proses.
"Kerajaan negeri berpandangan perlu disegerakan jangan ditunggu, Kerajaan Persekutuan perlu menggunakan dana-dana khas dan seumpamanya bagi memastikan perkara inj dapat diselesaikan segera untuk kepentingan rakyat," ujarnya lagi.
24 Dec 22
382
Ahmad Samsuri Tak Kecil Hati Dilabel Haprak
KEMAMAN, 23 Disember - Menteri Besar Terengganu tidak berkecil hati dan tergugat dengan serangan bertali arus tentera siber parti musuh yang melabel dirinya haprak, tidak berguna serta lemah dalam pentadbiran.
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau langsung tidak kisah dengan apa jua yang didakwa kelompok berkenaan kerana rakyat menilai sebaliknya.
"Dari satu segi saya teruja juga dengan dakwaan seumpama ini yang datang daripada 'cybertrooper' sebab kita boleh buat analisa dan mengetahui punca sebenar timbulnya perkara seperti ini
"Tetapi kalau saya boleh sebut ialah, kalau beginilah keadaan seorang Menteri Besar yang lemah sangat, beruntunglah Perikatan Nasional dan juga PAS mempunyai MB yang haprak tetapi (diberi kekuatan) boleh mentadbir negeri sehingga menempa sokongan rakyat," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), selepas menghadiri Taklimat Pengurusan Bencana di Pejabat Daerah Kemaman, hari ini.
Justeru katanya, rakyat sewajarnya melihat dan terus memberi kepercayaan serta keyakinan kepada Perikatan Nasional untuk terus membawa kebajikan kepada rakyat di negeri ini.
"Lebih-lebih lagi kalau Terengganu ini mempunyai Menteri Besar atau Perdana Menteri yang tidak haprak daripada Perikatan Nasional sudah tentulah akan lebih baik.
"Haprak pun begini baik, kalau tidak haprak itu saya rasa akan tersangat baik, jadi saya rasa tidak ada sebab kenapa rakyat tidak boleh membuat keputusan untuk terus memilih dan meletakkan keyakinan serta kepercayaan kepada PN dan juga PAS untuk terus mentadbir kerajaan negeri serta negara," ujarnya lagi.
23 Dec 22
781
Gantian Dokumen Percuma Kepada Mangsa Banjir - JPJ
KUALA TERENGGANU, 23 Disember -Mangsa bencana banjir di Terengganu tidak perlu khuatir kerana layak mendapatkan semula perkhidmatan penggantian dan pembaharuan dokumen yang musnah secara percuma.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, penggantian secara percuma itu membabitkan lesen memandu Malaysia (LMM), lesen kenderaan motor (LKM) dan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC).
Menurutnya, pembaharuan dan penggantian secara percuma itu membabitkan dokumen yang rosak, hilang ataupun musnah akibat banjir yang luar biasa melanda di negeri ini.
“Pemilik dokumen perlulah hadir sendiri dengan membawa dokumen yang rosak untuk mendapatkan salinan gantian di mana-mana kaunter JPJ di negeri ini.
"Bagi dokumen yang hilang ataupun musnah akibat banjir, pemilik perlu mengemukakan salinan laporan polis atau salinan borang pendaftaran mangsa bencana yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ataupun pejabat daerah," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Gong Badak, Kuala Nerus, petang ini.
Tambah Zulkarnain lagi
pihaknya juga akan berkolaboratif dengan pihak JKM bagi memudahkan lagi urusan mangsa banjir jika mereka tidak mengemukakan salinan dokumen yang diperlukan.
"Tiada tempoh tertentu diberikan kepada mangsa banjir untuk berbuat demikian, namun saya nasihatkan mereka perlu mohon seberapa segera sebaik sahaja keluar daripada Pusat Pemindahan Sementara (PPS)," katanya.
23 Dec 22
247
Tentera Darat Hantar Jentera Berat Bantu Mangsa Banjir
KUALA TERENGGANU, 22 Disember - Tentera Darat bermula semalam telah menghantar empat trak tujuh tan ke negeri ini sebagai bantuan tambahan atur gerak bagi membantu mangsa banjir.
Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, trak berkenaan digunakan bagi operasi penghantaran bekalan makanan dan membantu pemindahan mangsa banjir di kawasan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.
Katanya, pihaknya serta Tentera Darat secara amnya akan sentiasa memantau situasi banjir yang melanda ketika ini dan bekerjasama dengan semua agensi.
"Atur gerak semasa Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat di Terengganu membabitkan kekuatan seramai 21 pegawai dan 388 anggota, selain 14 trak pelbagai, enam bot tempur dan enjin serta pelbagai peralatan tambahan perairan dan alat perhubungan komunikasi," ujarnya dalam satu kenyataan. semalam.
Mengulan lanjut katanya, Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat selaku formasi bertanggungjawab di seluruh semenanjung sudah bersiap sedia dari awal demi menjaga keamanan dan keselamatan negara serta membantu dalam apa-apa situasi apabila diperlukan.
22 Dec 22
167