lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Pusat Sains Semarak Edu-Tourism di Terengganu
Pusat Sains Semarak Edu-Tourism di Terengganu
Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) cemerlang dalam menyemarakkan industri pelancongan sekali gus menepati penanda aras kualiti perkhidmatan kerajaan dalam bidang terbabit.
01 Feb 23
201
AKRAB Terengganu Bawa 100 Murid Beli Kelengkapan Sekolah
AKRAB Terengganu Bawa 100 Murid Beli Kelengkapan Sekolah
Program ‘Back To School’ anjuran Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu diteruskan lagi dengan 100 murid daripada keluarga kurang berkemampuan sekitar daerah ini diberi peluang membeli-belah kelengkapan sekolah di Mydin Mall, Gong Badak.
01 Feb 23
275
Thailand Sedia Kongsi Kepakaran Cantuman Anak Pokok
Thailand Sedia Kongsi Kepakaran Cantuman Anak Pokok
KUALA TERENGGANU, 2 Februari - Beberapa pengusaha tapak semaian (nurseri) di wilayah Narathiwat, Thailand sedia membantu kerajaan Terengganu dengan memberi khidmat nasihat serta berkongsi kepakaran mengenai kaedah cantuman anak pokok yang betul. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pihaknya amat berbesar hati dengan kesudian kerjasama tersebut memandangkan industri anak pokok semaian mampu memberikan pulangan ekonomi yang sangat memberangsangkan. Katanya, anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC) diberi kepercayaan untuk menguruskan tujuh projek agro makanan bernilai RM30.44 juta daripada geran dana Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) Kementerian Kewangan. Menurut beliau, kesemua tujuh projek itu kini sedang berjalan mengikut jadual yang telah dirancang dan salah satunya adalah nurseri anak-anak pokok bernilai tinggi yang diusahakan di Kemaman, Setiu dan Marang. “Industri anak-anak pokok ini terutama anak-anak pokok bernilai tinggi seperti durian Musang King sebenarnya mempunyai potensi yang sangat besar dan memberikan pulangan ekonomi yang sangat baik. “Dan bila TADC buat nurseri, tentu sekali kita perlu contohi pencapaian negara jiran seperti Thailand yang lebih kehadapan dari segi cantuman anak pokok,” ujarnya ketika bersiaran di TV Darul Iman, semalam. Mengulas lanjut katanya, dalam lawatan kerja beliau bersama pasukan TADC ke beberapa nurseri di Narathiwat minggu lalu, pengusaha nurseri disana menunjukkan reaksi positif untuk menjalin kerjasama pintar antara kedua-dua negara. “Mereka akan kongsi kepakaran untuk bantu kita bagi kita menghasilkan anak-anak pokok yang bernilai tinggi dan sektor ini sebenarnya turut membuka peluang ekonomi kepada rakyat untuk bekalkan anak pokok penanti. “Dalam masa yang sama, kita ambil pencantum-pencantum yang akan buat proses cantuman mata tunas untuk bekerja bagi membolehkan anak-anak pokok ini dijadikan tanaman buah-buahan bernilai tinggi,” jelasnya.  
01 Feb 23
196
24 Pelajar UniSZA Terima Komputer Riba
24 Pelajar UniSZA Terima Komputer Riba
KUALA NERUS, 1 Februari - Seramai 24 pelajar dari 11 fakulti di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terpilih menerima komputer riba jenama Asus melalui manfaat wakaf UniSZA dari hasil Wakaf dan Infaq Syarikat Leos Technology. Pelajar Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Tani, Nur Syamiha Aqwa Mazlan, 20, berkata, pemberian itu dapat memudahkan dia untuk membuat tugasan dan belajar secara dalam talian. Dia yang juga anak yatim piatu melahirkan rasa syukur dan terharu apabila menerima komputer riba percuma daripada  pihak UniSZA. “Sebelum ini, saya berkongsi komputer riba dari kakak saya dan tidak mampu untuk membeli kerana wang tidak mengcukupi. “Alhamdulillah, hari ini saya lega dan berterima kasih atas keprihatinan memberi komputer riba ini,” katanya yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan.  Nur Syamiha berkata demikian ketika ditemui  selepas Majlis Penyerahan Komputer Riba Pelajar Baharu Ijazah Sarjana Muda Sesi 2022/2023, di Pejabat Naib Canselor, UniSZA Penyerahan komputer riba itu disampaikan oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Fadzli Adam. Hadir sama, Pengarah Urusan Syarikat Lieos Technology Sdn. Bhd., Azli Abdul Aziz. Sementara itu, seorang lagi penerima, Muhammad Hussin Mohd Ilias, 22, berkata pemberian itu sekali gus meringankan beban emaknya yang juga ibu tunggal dan hanya bekerja sebagai pembantu kedai runcit Katanya, dia sangat memerlukan komputer riba bagi menyelesaikan tugasan pengajian dalam jurusan Diploma Teknologi Maklumat. “Sepanjang belajar saya guna komputer riba kakak saya yang sudah uzur. Jika ada tugasan yang memerlukan aplikasi yang canggih, saya akan pinjam komputer rakan atau ke makmal untuk menyiapkan tugasan.  “Alhamdulillah berkat kesabaran, akhirnya hari ini saya menerima komputer riba yang bersesuaian dengan jurusan saya daripada UniSZA, terima kasih tidak terhingga saya ucapkan,” katanya.  
01 Feb 23
325
PMINT Sasar Peroleh Pendapatan RM100 Juta Tahun Ini
PMINT Sasar Peroleh Pendapatan RM100 Juta Tahun Ini
KUALA TERENGGANU, 1 Februari – Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri (PMINT) melalui sembilan anak syarikatnya menyasarkan perolehan pendapatan sebanyak RM100 juta tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif PMINT, Wan Adnan Wan Derahman,berkata PMINT optimis dapat mencapai sasaran itu berdasarkan perolehan pendapatan kesemua anak syarikatnya sepanjang tahun lalu adalah sebanyak RM60 juta. Katanya, sebahagian besar perolehan pada tahun lepas disumbangkan oleh anak syarikatnya iaitu PB Hotel Management Sdn Bhd. Justeru itu, pada tahun 2023, pihak PMINT sedang menjalankan penyusunan semula operasi dan strategi  beberapa syarikat yang berpotensi menjana keuntungan termasuk P-Excell Management Sdn Bhd, Pertima Terengganu Sdn Bhd dan Taman Tamadun Islam (TTI) Management Sdn Bhd. "Penyusunan semula strategi dan operasi beberapa syarikat yang memang sudah mendapat keuntungan akan ditingkatkan bagi menjana pendapatan kepada kumpulan PMINT tahun ini. “Contohnya, pemilihan TTI Management Sdn Bhd sebagai hub pelancongan ke Pulau Redang menampakkan keuntungan walaupun sebelum ini bergelut untuk menghasilkan keuntungan disebabkan kos operasi yang agak tinggi. “Anak syarikat lain, Pertima walaupun telah  menjana keuntungan, tapi dengan penyusunan balik semula strategi pemasaran disamping menembusi pasaran luar negara, saya yakin syarikat ini memperolehi keuntungan yang membanggakan,” katanya kepada pemberita  selepas merasmikan majlis makan malam Kumpulan PMINT 2022 di sini, semalam. Dalam masa yang sama, PMINT melalui P-Excell Management Sdn Bhd sebagai agensi utama menerajui industri perumahan akan meninjau peluang lain dalam pembinaan bandar-bandar baru dan kekal sebagai peneraju sektor hartanah utama di negeri ini. Tambah beliau, sektor hartanah dan perumahan dijangka mampu memberi pulangan sebanyak 40 peratus kepada syarikat tahun ini. “Antara projek yang berpotensi besar adalah di Bandar Baru Kerteh membabitkan pembangunan kira-kira 500 unit rumah bertingkat dan  kita boleh kerjasama dengan kawasan industri minyak dan gas yang telah maju seperti di Teluk Kalong, Kemaman. "Sekarang ini kita lihat tidak ada satu bandar satelit  yang menyokong perkembangan residensi di Kertih dan projek ini adalah peluang untuk syarikat menerajui sektor perumahan dan pembangunan hartanah dengan berjaya di situ," katanya.
01 Feb 23
618
Projek Hakisan Pantai RM73.5 Juta Beri Perlindungan Jangka Panjang
Projek Hakisan Pantai RM73.5 Juta Beri Perlindungan Jangka Panjang
Projek Pengawalan Hakisan Pantai yang bernilai RM73.5 Juta di Pantai Tok Jembal di sini memberi perlindungan jangka panjang.
31 Jan 23
171
Rakyat Tersinggung Dengan 'Cakap Kosong' Menteri
Rakyat Tersinggung Dengan 'Cakap Kosong' Menteri
Sebahagian besar rakyat terguris dan tersinggung dengan 'cakap kosong' atau kata-kata sembrono salah seorang Menteri Kerajaan Persekutuan berkaitan harga barang.
31 Jan 23
184
JPKKP : Terengganu Kekalkan JPKK
JPKKP : Terengganu Kekalkan JPKK
Kerajaan Terengganu tetap akan mengekalkan jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) biarpun kerajaan Persekutuan menubuhkan JPKK Persekutuan (JPKKP) di negeri terbabit.
31 Jan 23
597
Mahkamah Tetapkan 12 Februari Bagi Keputusan Bantahan Awal
Mahkamah Tetapkan 12 Februari Bagi Keputusan Bantahan Awal
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menetapkan 12 Februari bagi tarikh keputusan terhadap bantahan awal yang dikemukan PAS sebagai responden dalam berdepan petisyen UMNO bagi parlimen Marang.
31 Jan 23
55
AKRAB Terengganu Bawa 100 Murid Beli Kelengkapan Sekolah
AKRAB Terengganu Bawa 100 Murid Beli Kelengkapan Sekolah
KUALA TERENGGANU, 31 Januari- Program ‘Back To School’ anjuran Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu diteruskan lagi dengan 100 murid daripada keluarga kurang berkemampuan sekitar daerah ini diberi peluang membeli-belah kelengkapan sekolah di Mydin Mall, Gong Badak. Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja berkata, program tersebut merupakan salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) AKRAB SUK Terengganu dan turut mendapat kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu, PUSPANITA Negeri Terengganu serta Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.  “Setiap murid yang berusia antara tujuh hingga 12 tahun daripada 25 buah sekolah terpilih diberikan wang tunai RM300 bagi membeli kelengkapan sekolah di pasaraya Mydin dengan dibantu ibu bapa angkat yang terdiri daripada ahli AKRAB SUK Terengganu, PUSPANITA dan juga pihak Maidam. “Tujuannya adalah untuk meringankan beban keluarga anak-anak ini disamping meraikan silaturrahim di antara pelajar dan ibu bapa angkat dalam suasana santai,” ujarnya ketika berucap merasmikan program tersebut, di Dewan teater, Wisma Darul Iman, hari ini. Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Anuar Awang; Yang Dipertua Majlis Daerah Marang merangkap Pengerusi AKRAB SUK Terengganu, Zuwislan Awang serta Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam), Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan. Hadir sama, Pengerusi PUSPANITA Negeri Terengganu, To’ Puan Nor Zaini Abd Latiff. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Maidam yang telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM30,000 bagi menjayakan program tersebut. “Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak Maidam yang sentiasa membantu kita menjayakan program tahunan ini. Katanya, menerusi program tersebut juga membuka peluang kepada para peserta untuk mendekatkan diri dengan komuniti luar dan dalam masa yang sama melatih diri untuk sentiasa membantu golongan yang kurang bernasib baik. “Program ‘Back To School’ yang bertemakan “Kami Ada” ini juga diharapkan memberikan semangat dan keceriaan kepada anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi dengan memakai pakaian seragam dan kelengkapan alat tulis baharu,” ujarnya.  
31 Jan 23
576