lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Berlesen, 'Aktif' Baru Layak Terima Elaun
Berlesen, 'Aktif' Baru Layak Terima Elaun
Pemilik lesen khas nelayan sampan perlu aktif menangkap ikan bagi membolehkan golongan terbabit menerima Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN), ujar Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim.
31 Jan 23
98
Berlesen, 'Aktif' Baru Layak Terima Elaun
Berlesen, 'Aktif' Baru Layak Terima Elaun
KUALA NERUS, 30 Januari - Pemilik lesen khas nelayan sampan perlu aktif menangkap ikan bagi membolehkan golongan terbabit menerima Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN), ujar Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim. Beliau berkata, ramai yang menganggap bahawa dengan memiliki lesen tersebut ESHN akan terus diberikan  secara automatik. "Ramai yang marah, kata lesen dah dapat tetapi masih tidak menerima elaun, apabila ditanya sama ada turun atau tidak ke laut katanya jarang-jarang menangkap ikan, hasil laut pula tidak diisytiharkan kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). "Bila tidak isytihar hasil tangkapan maka tidak cukup syarat, kena betul-betul faham ESHN akan diberikan kepada nelayan tulen yang aktif turun ke laut paling kurang 120 hari setahun, kalau hanya turun pada hujung minggu itu dikenali sebagai nelayan rekreasi, tidak cukup syarat," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap ketika menyempurnakan perasmian Program Halatuju Sektor Pertanian Terengganu Untuk Masa Hadapan, di Dewan Perdana Al-Wathiqu Billah, di sini, semalam. Untuk rekod, pada tahun 2021, sekitar 600 orang nelayan telah mendapat kelulusan khas lesen telah diserahkan oleh kerajaan negeri Dalam pada itu katanya, Kuala Nerus merupakan antara kawasan lautnya yang diberikan tumpuan khas bagi menjayakan program melabuhkan unjam dan tukun. "Jangan sampai ada yang memonopoli sehingga menjadi hak peribadi, kerana ia merupakan milik kerajaan yang diperuntukkan kepada semua nelayan negeri ini, sebaliknya tukun dan unjam ini adalah milik bersama," katanya.  
30 Jan 23
654
Kejohanan Kuda Lasak PDRM Tarik Lebih 145 Peserta
Kejohanan Kuda Lasak PDRM Tarik Lebih 145 Peserta
Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini meriah apabila menerima penyertaan seramai lebih 145 orang peserta.
30 Jan 23
226
ACP Tuan Suffian Ungguli Kategori VIP Kejohanan Kuda Lasak PDRM
ACP Tuan Suffian Ungguli Kategori VIP Kejohanan Kuda Lasak PDRM
SETIU, 29 Januari- ACP Tuan Suffian Sulaiman, penunggang pasukan Kelab Sukan Berkuda Polis Terengganu, mengungguli pencabar lain untuk menjuarai kategori 15 KM (VIP) Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2023 apabila mencatat masa 58 minit 14 saat di kejohanan itu yang berakhir, hari ini. Manakala Dato’ Yusof Mamat yang juga dari pasukan sama menduduki tempat kedua dengan catatan masa 1 jam 13 minit 57 saat, diikuti ACP Mohd Zaid Hassan dari kelab Unit Berkuda PDRM di tangga ketiga dengan catatan masa 1 jam 13 minit 59 saat. Dengan kemenangan itu, ACP Tuan Suffian meraih hadiah wang tunai RM500, tempat kedua (RM400) dan ketiga (RM300). Bagi kategori Conquer Endurance International (CEI)1* 100KM/100KM, juara dimenangi Muhammad Fuad Hashim dari pasukan State Of Terengganu Endurance Team (STET) dengan catatan masa 5 jam 15 minit 31 saat. Tempat kedua dengan catatan masa 5 jam 27 minit 9 saat dimenangi Muhammad Aminuddin Ali dari pasukan Royal Kelantan Endurance (RKE) dan tempat ketiga juga dari pasukan yang sama, Mohamad Hafiz Mustafa dengan catatan masa 5 jam 39 minit  47 saat. Bagi kategori tersebut, juara membawa pulang RM3,000, tempat kedua (RM2,500) dan ketiga (RM1,500). Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada Majlis Penutup Kejohanan Kuda lasak Antarabangsa Piala PDRM 2023 di Terengganu International Endurance Park, disini, hari ini. Hadir sama, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mohktar serta Ketua Polis Terengganu, Dato' Rohaimi Md Isa. Penganjuran kuda lasak kali kelima oleh PDRM dan julung kali diadakan di Terengganu International Endurance Park, disini turut mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Royal Terengganu Endurance Stable dan rakan sukan PDRM Kumpulan Shapadu. Ia bertujuan merakyatkan sukan ekuestrian di kalangan warga PDRM dan masyarakat sekali gus menyemai semangat kesukanan khususnya dalam sukan berkuda. Sebanyak tiga kategori utama dipertandingkan iaitu 40KM Conquer Endurance National (CEN), 80KM CEN dan 100KM CEN/ Conquer Endurance International (CEI).  Manakala acara sampingan turut diadakan bagi menambah kemeriahan iaitu 15KM VIP Ride pada kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu.  
29 Jan 23
558
10 Anggota Polis Terengganu Ditahan Kerja
10 Anggota Polis Terengganu Ditahan Kerja
Seramai 10 anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang ditahan dalam Op Selendang, Jumaat lalu dikenakan perintah tahan kerja.
29 Jan 23
174
Madani Acuan Barat Menuju Kegagalan
Madani Acuan Barat Menuju Kegagalan
Konsep ‘Malaysia Madani’ yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini diramal menempah kegagalan sekiranya menjadikan barat sebagai rujukan pentadbiran.
29 Jan 23
216
Hayati Peristiwa Agung Israk Mikraj Dalam Kehidupan
Hayati Peristiwa Agung Israk Mikraj Dalam Kehidupan
Bulan Rejab membawa umat Islam untuk menyelami peristiwa agung Israk dan Mikraj dalam kehidupan.
29 Jan 23
212
Bulan Rejab Dihiasi Program Keagamaan Di Terengganu
Bulan Rejab Dihiasi Program Keagamaan Di Terengganu
Bulan Rejab dihiasi dengan program serta aktiviti keagamaan di Terengganu.
29 Jan 23
245
Bangunan Perniagaan Islamik Mercu Tanda Baharu Dungun
Bangunan Perniagaan Islamik Mercu Tanda Baharu Dungun
DUNGUN, 28 Januari - Daerah ini akan menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong menjelang tahun 2025 apabila bangunan perniagaan bercirikan senibina Islam kontemporari moden serta unik akan menjadi mercu tanda terbaharu di Dungun. Projek berkenaan akan mula dibangunkan bulan depan di Pusat Bandar Dungun berhampiran Pantai Peranginan Teluk Lipat secara usahasama antara Majlis Perbandaran Dungun (MPD) dan Syarikat Artha Global Sdn Bhd menelan dengan kos lebih RM20 juta. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata bangunan yang direka oleh arkitek terkenal negara, Ar Hud Abu Bakar yang sebelum ini telah menyumbang kepakaran dalam membina 'Menara Merdeka 118' diyakini mampu memberi impak besar terhadap bandar Dungun serta menjadi nilai tambah bagi memajukan pembangunan di kawasan sekitar dengan lebih terancang dan teratur. "Melalui penerapan seni bina Islam Kontemporari, serta moden dan unik dengan adanya Jabatan Penghubung yang akan dibina ditingkat atas (tingkat empat) di antara kedua-dua bangunan menghadap pemandangan laut sudah tentu selayaknya menjadi mercu tanda baharu di bandar ini. "Saya berharap projek yang direncanakan ini akan memberi impak yang besar terhadap Bandar Dungun, saya yakin momentum ini mampu diteruskan menerusi jalinan kerjasama MPD dengan pihak Artha Global Sdn Bhd dalam menyakinkan pelabur baharu dan juga pelabur sedia ada untuk memilih Dungun sebagai destinasi pelaburan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Pembangunan Perniagaan Secara Usahasama Antara MPD dengan Syarikat Artha Global SDN BHD di atas Lot PT 22647 & PT 18106, di sini, hari ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dato' Dr Alias Razak. Mengulas lanjut katanya, kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan penglibatan mana-mana pihak swasta untuk turut sama membantu kerajaan melaksanakan projek-projek pembangunan, termasuklah di tanah milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagaimana hari ini dalam usaha merancakkan pembangunan di Terengganu. "Saya yakin dengan kapasiti pembangunan sebanyak 72 unit ruang niaga ini, ia mampu memberi peluang kepada rakyat tempatan untuk memiliki hartanah tersebut memandangkan penjualannya adalah secara per unit (hakmilik strata) dan seterusnya mampu melibatkan para peniaga dengan berbagai aktiviti peningkatan ekonomi kepada mereka, warga Dungun, serta Majlis Daerah sendiri,"katanya. Untuk rekod selain mempunyai Jambatan Pautan yang menhadap pemandangan Laut China Selatan, ia juga akan dilengkapi skrin seni bina bermotif Islam, pinggiran hijau serta 'Angular Carpark' berhadapan dengan kedai yang selesa. Juga akan menjanjikan pengalaman mewah memberi belah di lot komersil di tepi pantai serta menikmati pemandangan yang indah kerana kompleks bangunan berkenaan akan dilengkapi dengan beranda instragrammable atau mesra foto pada jambatan penghubung yang menghadap ke laut.
28 Jan 23
3300
Beri Komitmen 100 Peratus Banteras Rasuah
Beri Komitmen 100 Peratus Banteras Rasuah
KUALA TERENGGANU, 28 Januari - Kerajaan negeri akan sentiasa memberi komitmen 100 peratus terhadap sebarang usaha daripada mana-mana pihak bagi memerangi rasuah sekali gus bagi memastikan Terengganu bebas rasuah. Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata menerusi usaha berkenaan menzahirkan pendirian Kerajaan Terengganu yang sekali tidak akan berkompromi dengan gejala berkenaan. "Rasuah dihina, maruah dibina. Sebagai Menteri Besar, saya akan memberi komitmen dan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membanteras jenayah rasuah dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu," ujarnya. Beliau berkata demikian menerusi Facebook rasminya, selepas menerima kunjungan SPRM di Kediaman Seri Iman, di sini, semalam. Beliau merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah SPRM, Tuan KPKJ Hazrul Shazreen Abd Yazid bersama rombongan di atas kunjungan tersebut bagi memperkukuhkan kerjasama dalam usaha memastikan amalan rasuah dapat dicegah dengan efektif. Sebelum ini Dr Ahmad Samsuri menjadi Menteri Besar pertama yang menerima kunjungan Rasuah Busters pada tahun lalu. Menurut pemimpin nombor satu itu Rasuah Busters membawa misi penting bagi membanteras rasuah sehingga ke akar umbi. Menerusi kunjungan berkenaan, Rasuah Busters dan Kerajaan negeri telah memeterai kerjasama dimana kesepakatan itu dicapai menerusi pertemuan julung-julung Kali yang diadakan pada Ogos 2022.
28 Jan 23
240