Artikel "Semasa" Terkini
LEGASI Perkukuh Hubungan Antara Masyarakat
Program Lepak Santai Cergas (LEGASI) merupakan inisiatif serta usaha mengeratkan hubungan antara rakyat dengan kerajaan negeri serta menjadi medium merapatkan hubungan antara masyarakat terutamanya golongan belia dan beliawanis.
05 Feb 23
140
Slogan Tiada Politik Dalam Sukan Perlu Diperluas
Kerajaan Terengganu berharap agar slogan 'tiada politik dalam sukan' diperluas serta diselaraskan kepada semua terutamanya membabitkan Kementerian Pendidikan supaya polisi itu terpakai di premis-premis kerajaan persekutuan termasuk sekolah.
05 Feb 23
713
Kartunis Legenda Dari Dungun Meninggal Dunia
KUALA TERENGGANU, 5 Februari - Kartunis legenda berasal dari Dungun yang cukup terkenal di tanah air ini, Abdul Fatah Ngah, 70, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 1.45 pagi hari ini.
Fatah Ngah yang cukup sinonim dengan karyanya A.Mahmud dan Lagak A. Mamud menerusi Majalah Gila-Gila merupakan nama besar dalam arena kartun negara dan merupakan antara generasi awal mempelopori dunia berkenaan yang sebelum ini terlantar sakit akibat saraf sejak sekian lama.
Perkembangan itu telah dikongsikan adiknya, Manan Ngah yang juga merupakan komposer terkenal tanah air menerusi hantaran di laman facebooknya kira-kira jalam 10 pagi tadi.
Menurut Manan, jenazah abangnya telah dikebumikan di tanah perkuburan Syed Yahya, di Dungun kira-kira jam 11 pagi tadi.
"Semoga beroleh pengakhiran yang baik-baik buat abang kandungku Fatah Ngah @ lagak A.Mamud (70 tahun). Beliau (Allahyarham) telah pulang ke rahmatullah awal pagi tadi sekitar 01.45 pagi
"Kepada yang mengenali maafkanlah segala kesalahan beliau (Allahyarham) terhadap anda sekiranya ada," tulisnya.
Fatah Ngah ketika hayatnya, pernah memenangi Anugerah kartunis Malaysia 2015.
Terdahulu, pada Oktober 2011, pameran dan jualan amal untuk kartunis negara itu telah diadakan di Lana Wau, Kompleks Kraftangan, Kuala Lumput bertujuan mengumpul dana bagi membantu kos rawatan dan perubatannya yang mengidap penyakit berkenaan sejak lebih 40 tahun lalu.
05 Feb 23
4464
PAS Sedia Bekerjasama Dengan SPRM Bila-bila Masa
Pemimpin PAS sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes dakwaan ada pengundi menerima wang untuk mengundi parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
05 Feb 23
96
Hanafiah Nafi i-Bantuan Rasuah PRU
Skim-skim bantuan yang disalurkan kerajaan Terengganu telah dijadualkan lebih awal dan bukan bertujuan menjadi 'gula-gula' ketika Pilihan Raya Umum (PRU).
05 Feb 23
168
LEGASI Perkukuh Hubungan Antara Masyarakat
HULU TERENGGANU, 4 Februari - Program Lepak Santai Cergas (LEGASI) merupakan inisiatif serta usaha mengeratkan hubungan antara rakyat dengan kerajaan negeri serta menjadi medium merapatkan hubungan antara masyarakat terutamanya golongan belia dan beliawanis.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program yang diadakan di Taman Rekreasi Kuala Berang itu merupakan kali ketiga dianjurkan oleh Urusetia Belia, Sukan dan NGO Terengganu (UBSNT).
Ujarnya, sebelum ini program berkenaan telah diadakan di Bukit Maras, serta di Lata Changkah.
"Kita berhasrat mengadakan program ini di semua daerah dalam Terengganu, tujuan utamanya adalah untuk merapatkan hubungan diantara masyarakat khusnya golongan anak muda melalui agensi UBSNT melalui program-program yang diadakan secara santai, beriadah serta adanya pengisian yang bermanfaat.
"Hari ini kita telah mengundang pendakwah selebriti, Ustazah Asma Harun dan juga menampilkan 'influencer' terkenal, Sukri Sulaiman bersama 'Medang', alhamdulillah mereka telah berkongsi pengalaman dan juga pengetahuan mereka bagaimana mendekati masyarakat," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman, di program berkenaan, di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Wan Sukairi berkata pihaknya berhasrat untuk meneruskan program berkenaan setelah melihat sambutan yang cukup baik daripada anggota masyarat setiap kali ia diadakan.
Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS sangat menitikberatkan kebajikan membabitkan seluruh masyarakat.
"Dalam tempoh hendak masuk lima tahun, dapat dilihat perkembangan yang dilakukan oleh kerajaan dari hari ke hari, di mana pelbagai program terutamnya membabitkan kebajikan, majlis ilmu, pembangunan modal insan dan sebagainya sangat subur di negeri ini.
"Kerana itu kerajaan yang ada pada hari ini perlu dikekalkan, bukan sahaja program yang bermanfaat untuk rakyat terus diadakan, tetapi akan dapat dilakukan penambahbaikan," ujarnya lagi.
04 Feb 23
356
TFC Perkenal Jersi, Pemain 17 Februari
HULU TERENGGANU, 4 Februari - Majlis pelancaran jersi dan barisan pemain Terengganu Football Club (TFC) 2023 akan diadakan pada 17 Februari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah semalam.
"Program itu akan dibuat selama satu hari bermula dari pagi sehingga ke petang dengan pelbagai pengisian yang menarik.
"Pada kali ini akan diadakan di lokasi yang berlainan dari sebelum ini bagi memastikan rakyat Terengganu dapat hadir beramai-ramai, ia dilangsungkan di Dataran Jambatan Angkat Terengganu.
"Di majlis itu nanti akan diperkenalkan barisam pemain termasuk penaja dan juga jersi baru, jadi saya menyeru kepada semua rakyat untuk hadir beramai-ramai pada 17 Februasi nanti," ujarnya.
Beliau berkata demikian, ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di Program Lepak Santai Cergas (LEGASI) Belia Darul Iman 3.0, di Taman Rekreasi Kuala Berang, di sini.
Dalam pada itu, penyokong TFC, Muhammad Haizat Kama, 32, sudah tidak sabar untuk hadir ke majlis itu.
Dia yakin dan percaya program sepanjang hari itu akan diselitkan dengan program keagaaman sebagaimana yang diadakan sebelum ini.
"Sudah tentu rakyat Terengganu, terutamanya penyokong setia akan berhimpun pada program yang akan diadakan itu, saya akui sudah tidak sabar untuk hadir," katanya.
04 Feb 23
364
Slogan Tiada Politik Dalam Sukan Perlu Diperluas
HULU TERENGGANU, 3 Februari - Kerajaan Terengganu berharap agar slogan 'tiada politik dalam sukan' diperluas serta diselaraskan kepada semua terutamanya membabitkan Kementerian Pendidikan supaya polisi itu terpakai di premis-premis kerajaan persekutuan termasuk sekolah.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia bagi mengelakkan insiden program yang dijadualkan dirasmikan olehnya telah dibatalkan hanya kerana terdapat perbezaan politik antara kerajaan negeri dan persekutuan.
Namun katanya, beliau telah diberi penjelasan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bahawa itu merupakan polisi lama yang ada dalam kementerian terbabit.
"Saya tidak menyalahkan Menteri Belia dan Sukan, mahupun kementerian berkenaan atas kegagalan program di sebuah di Padang Midin bagi merasmikan Akademi Hoki Terengganu, jadi saya telah memaklumkan perkara ini kepada menteri agar dapat berbincang dalam kabinet supaya hasrat 'tiada politik dalam sukan' dikongsi bersama kementerian-kementerian yang lain.
"Kita telah sedia maklum bahawa Kementerian Pendidikan dan juga sekolah ini merupakan pemegang taruh yang paling utama untuk mencungkil bakat-bakat baru, kalau kita tidak boleh masuk ke sekolah kerana birokrasi yang diamalkan itu akan timbul masalah untuk membangunkan sukan, bukan sahaja untuk kepentingan negeri, tetapi untuk manfaat negara.
"Sebagaimana dua hari lepas di acara penganugerahan sukan negara, menyaksikan Dato' Muhamad Azizulhasni Awang telah merangkul anugerah olahragawan jadi sebagaimana kita tahu banyak atlet berjasa dan berbakat dari Terengganu ini telah mengharumkan nama negara," ujarnya.
Beliau berkata demikian, ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di Program Lepak Santai Cergas (LEGASI) Belia Darul Iman 3.0, di Taman Rekreasi Kuala Berang, di sini, hari ini.
Ujarnya lagi, ketika menghadiri mesyuarat pelarasan antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Exco sukan di setiap negeri, Menteri KBS telah menegaskan komitmen kerajaan adalah untuk menguruskan sukan di negara ini secara profesional serta tidak melibatkan politik kepartian.
"Jadi kita harap komitmen untuk membangunkan sukan dalam negara dapat didukung bersama diantara Persekutuan dan Kerajaan negeri untuk berkoborasi demi kebaikan bersama untuk terus melahirkan atlet yang bertaraf dunia," ujarnya lagi.
03 Feb 23
456
PAS Sedia Bekerjasama Dengan SPRM Bila-bila Masa
KUALA TERENGGANU, 2 Februari- Pemimpin PAS sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes dakwaan ada pengundi menerima wang untuk mengundi parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memberi jaminan, mana-mana pemimpin PAS yang dipanggil SPRM akan memberikan kerjasama sepenuhnya.
Bagaimanapun katanya, setakat ini belum ada pemimpin PAS negeri ini yang dipanggil oleh SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan dakwaan tersebut.
“Saya tidak pasti (tentang siasatan pengundi didakwa menerima wang tunai) dan siapa yang sudah dipanggil (SPRM) dan sebagainya.
“Tapi saya rasa SPRM akan menjalankan siasatan dengan telus, setakat ini belum ada kepimpinan yang dipanggil dan kita bersedia bekerjasama dengan SPRM dan mana-mana pihak untuk menjalankan siasatan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Konvensyen Pendidikan Islam Negeri Terengganu di Taman Tamadun Islam (TTI), hari ini.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan SPRM mengenal pasti kira-kira 90 individu yang didakwa menerima tunai untuk mengundi PAS di Terengganu pada PRU15, baru-baru ini.
Portal berita itu yang memetik sumber SPRM berkata, ia sebahagian daripada siasatan berterusan terhadap video tular yang menunjukkan orang ramai menerima bayaran daripada PAS untuk mengundi.
02 Feb 23
394
Sasar 150,000 Lawat Pusat Sains Terengganu 2023
Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) meletakkan sasaran seramai 150,000 pengunjung pada tahun ini.
01 Feb 23
225