lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Sambutan Aidilfitri KWDI Meriah
Sambutan Aidilfitri KWDI Meriah
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kelab Wisma Darul Iman (KWDI) berlangsung penuh meriah di Dewan Besar, Wisma Darul Iman.
11 May 23
106
Lebih Lima Ribu Meriahkan Rumah Terbuka PKM Kijal
Lebih Lima Ribu Meriahkan Rumah Terbuka PKM Kijal
KEMAMAN, 11 Mei - Lebih 5,000 pengunjung hadir di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal di sini semalam. Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Hazri Jusoh menzahirkan ucapan terima kasih kepada para pengunjung dan petugas yang telah menjayakan majlis tersebut. Katanya, majlis itu menerima kunjungi daripada masyarakat setempat, wakil setiap Pejabat DUN dan Parlimen, Ketua-ketua Jabatan, semua agensi kerajaan pusat dan negeri yang sudi sama-sama memeriahkan majlis ini. "Tak lupa juga kepada semua agensi swasta, anak syarikat kerajaan negeri, Perguruan Silat, Penghulu Mukim, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan seluruh jawatankuasa panatia program dan para petugas, pada majlis tersebut," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kijal bertempat di Perkarangan Kompleks Paya Lasir, Bandar Baru Kijal semalam. Diantara sebahagian tetamu yang hadir.  Tambah Hazri Jusoh, beliau mengharapkan agar majlis ini dapat merapatkan lagi ukhwah islamiyah sesama insan dengan tidak mengira fahaman politik. "Politik-politik juga tapi silaturrahim sebagai umat Nabi Muhammad SAW perlu diteruskan bagi membentuk sebuah negara, negeri dan masyarakat yang harmoni," katanya. Beliau juga menyatakan bahawa pilihanraya negeri (PRN) akan diadakan dalam masa terdekat dan mengharapkan ianya akan berlaku dengan aman. "Tidak lama lagi PRN akan diadakan bagi memilih kerajaan untuk penggal baru dan kita mengharapkan agar setiap penyokong parti perlu berlapang dada supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini," ujarnya.
11 May 23
243
Sambutan Aidilfitri KWDI Meriah
Sambutan Aidilfitri KWDI Meriah
KUALA TERENGGANU, 10 Mei- Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kelab Wisma Darul Iman (KWDI) berlangsung penuh meriah di Dewan Besar, Wisma Darul Iman di sini, hari ini. Majlis diserikan dengan kehadiran warga kerja Wisma Darul Iman itu turut dihadiri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri To' Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman. Turut sama memeriahkan majlis barisan kepimpinan kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan serta para jemputan. Pada majlis itu, Ahmad Samsuri menyampaikan sumbangan raya kepada pelajar asnaf dan anak-anak yatim dari lima buah sekolah sekitar Kuala Terengganu. Malah, beliau turut meluangkan masa mengunjungi gerai-gerai yang menghidangkan pelbagai juadah raya yang dikendalikan oleh kelab yang bernaung dibawah KWDI. Pelbagai sajian dihidangkan antaranya aneka nasi, minuman, cendol, laksa, ketupat, lemang, rendang, mee jawa, kuih muih serta buah-buahan tempatan,   
10 May 23
391
Terengganu Perkasa Kaum Lelaki
Terengganu Perkasa Kaum Lelaki
Pendekatan lelaki qawwam sebagai usaha memperkasa peranan golongan lelaki selaku pemimpin, pelindung serta pembela keluarga dan masyarakat.
10 May 23
149
Garap Peluang, Adu Masalah Di Karnival TMBS
Garap Peluang, Adu Masalah Di Karnival TMBS
Penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk disaran mngambil peluang mengadu permasalahan kawasan mereka di Karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera (TMBS)  di perkarangan Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung).
10 May 23
254
El-Nino, Aktiviti Pertanian Padi di Terengganu Tidak Terjejas
El-Nino, Aktiviti Pertanian Padi di Terengganu Tidak Terjejas
KUALA TERENGGANU, 10 Mei - Aktiviti pertanian di Terengganu terutama padi tidak mengalami masalah bekalan air walaupun ketika ini mengalami musim kemarau. Ahli Jawatankuasa  Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, ia  berikutan usaha kerajaan negeri  secara intensif menaik taraf sistem pengairan dan saliran padi.  “Buat masa ini, tiada sebarang masalah dihadapi, malah kita tidak mempunyai sebarang laporan mengenai pesawah terjejas kerana musim kemarau sebab kita mempunyai sumber bekalan air yang mencukupi. “Kerajaan negeri telah membelanjakan RM2.5 juta bagi projek pembangunan padi pada tahun 2021 dan RM700,000 tahun 2022 dalam usaha memastikan infrastruktur sawah padi terutamanya sistem pengairan dilengkapi sebaiknya  bagi memastikan bekalan air  mencukupi walaupun berdepan keadaan kemarau yang panjang,” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Iman di sini hari ini. Menurut Azman, jumlah keluasan kawasan penanaman padi di Negeri Terengganu ialah 12,542 hektar dimana 5,323 hektar adalah kawasan dalam jelapang, sementara 7,221 hektar bagi kawasan luar jelapang.  Tambahnya lagi, kebanyakan sumber bekalan air bagi sawah padi berpunca dari takungan empangan yang berpunca dari aliran sungai  dan bukan aliran semulajadi yang mudah terkesan dengan perubahan iklim terutamanya kemarau. MetMalaysia baru-baru ini menjangka fenomena El Nino akan melanda negara pada bulan ini hingga Julai dengan kebarangkalian 62 peratus.
10 May 23
261
Bantuan Banjir Diagih Sepenuhnya Selepas Terima DKKP
Bantuan Banjir Diagih Sepenuhnya Selepas Terima DKKP
KUALA TERENGGANU, 10 Mei - Kerajaan negeri masih menunggu baki Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau royalti petroleum bagi menyelesaikan agihan bantuan banjir kepada mangsa yang belum menerima bantuan tersebut. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kelewatan penerimaan DKKP itu antara punca kerajaan negeri masih belum lagi dapat menyelesaikan bayaran bantuan banjir sepenuhnya terutama di daerah Besut yang paling terjejas.  "Selepas kerajaan negeri menerima wang itu daripada kerajaan pusat, barulah bantuan banjir yang belum diselesai akan diagihkan secara serentak pada tarikh yang ditetapkan "Terdapat dua jenis kategori bantuan yang dijanjikan untuk mangsa banjir iaitu satu daripada kerajaan pusat yang disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) manakala satu lagi bantuan kerajaan negeri," ujarnya ketika ditemui pemberita di majlis sambutan hari raya Aidilfitri Kelab Wisma Darul Iman di Dewan Besar Wisma Darul Iman di sini hari ini. Pada Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa DKKP akan dibayar seperti biasa ke Terengganu iaitu pada bulan Mac dan September. Namun, sehingga kini Ahmad Samsuri berkata, Terengganu masih belum bayaran penuh DKKP bagi bulan Mac sebagaimana dijanjikan. Tambah beliau, selain masih menunggu wang daripada kerajaan pusat, masalah kelewatan agihan juga disebabkan masih ada lagi pertindihan tuntutan bantuan banjir. "Kita dapati masih ada lagi pertindihan tuntutan suami isteri...rumah yang sama tapi buat tuntutan berasingan di PPS berbeza menyebabkan kita terpaksa buat semakan yang sangat teliti," jelasnya. Katanya, bantuan banjir hanya akan dapat diselesaikan untuk semua mangsa selepas kerajaan negeri menerima duit DKKP dan selepas proses pemutihan yang kini sedang berjalan selesai sepenuhnya.     
10 May 23
2565
Penternak Disaran Usahakan Padang Ragut Tok Him
Penternak Disaran Usahakan Padang Ragut Tok Him
KUALA NERUS, 9 Mei -Kerajaan Negeri Terengganu menyeru pengusaha atau penternak untuk mengusahakan ladang haiwan ternakan di 29.24 hektar padang ragut yang masih belum diusahakan sebelum ini. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Dun Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata selain dijadikan ladang pengeluaran ruminan, padang ragut itu juga boleh ditanam dengan rumput napier sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap palet makanan haiwan. "Usaha itu juga berupaya meningkatkan saiz pengeluaran haiwan ternakan dan bekalan daging bagi menampung keperluan rakyat sekali gus mengekalkan harga bekalan makanan itu "Juga membolehkan masalah haiwan seperti lembu dan kambing yang berkeliaran di kawasan jalan raya utama dan kawasan kebun serta pekan dapat diatasi dengan meletakkan haiwan tersebut di kawasan padang ragut ini ini akan memastikan para pemilik haiwan ternakan berkenaan dapat mengawal pergerakan haiwan mereka. "Telah ampai masanya ladang ini dibangunkan sebagai kawasan perternakan haiwan berikutan kawasan padang ragut ini terletak di kampung-kampung memiliki keluasan yang sesuai untuk aktiviti demikian,"katanya. Beliau menjelaskan demikian pada Program CSR Ternakan Padang Ragut Rakyat bersama Ketua-ketua Kampung selaku Pemegang Amanah Padang Ragut Tok Him di sini semalam. Turut hadir merasmikan, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Negeri Terengganu, Yang Berhormat Helmi Harun dan turut serta Pengarah Veterinar Negeri Terengganu, Dr Anun Man. Selain menjadi tempat ternakan haiwan, kawasan ini juga boleh menjadi tarikan pelancong sekiranya diusahakan dengan perancangan yang betul. Mengambil contoh kawasan pelancongan dan penternakan lembu salah satu daerah di Sabah beliau mencadangkan kepada para usahawan belia di daerah ini agar turut mengambil peluang mengusahakan kawasan padang ragut sebagai ‘cattle feedlot’ kerana dapat menjana pendapatan ekonomi berikutan permintaan sentiasa ada. Katanya, setakat ini sebahagian padang ragut yang sedang dibangunkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veteriner antaranya memagar dan menanam rumput untuk makanan ternakan. "Namun masih belum mencukupi untuk menampung keperluan haiwan ternakan dan kita mengharapkan kerjasama dari belia dan penduduk kampung untuk memperkasakan lagi pembangunan kawasan ini," jelasnya. Beliau juga mengalu-alukan pelabur dari luar untuk membangunkan kawasan padang ragut di sekitar daerah ini dengan mematuhi syarat dan terma yang dikeluarkan oleh pemegang amanah.  
09 May 23
438
MBKT Rangka Strategi 'Pulihkan' Stesen Bas Kuala Terengganu
MBKT Rangka Strategi 'Pulihkan' Stesen Bas Kuala Terengganu
KUALA TERENGGANU, 7 Mei - Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) telah merangka beberapa strategi bagi memulihkan semula Hentian Bas Kuala Terengganu yang kini tidak semeriah dahulu. Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif berkata, pihaknya sedar peredaran zaman memberi kesan terutama apabila orang ramai semakin kurang menggunakan pengangkutan bas. Katanya, keadaan itu sedikit sebanyak menyulitkan para peniaga di hentian terbabit berikutan kekurangan pembeli. "Dahulu ramai orang gunakan bas, sehingga mendapat permintaan tinggi, jadi apabila ramai yang tidak menggunakanya jadi tidak ada lagi 'demand'. "Mengenai peniaga kita ada bincang di peringkat ahli majlis untuk bawa mereka ke Pasar Payang baharu, tetapi kapasiti yang ada tidak cukup untuk menempatkan keseluruhan peniaga jadi kita terpaksa 're-treat' balik serta cari strategi lain bagaimana untuk meningkatkan perniagaan mereka," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, di Majlis Apresiasi dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kepada Petugas Kebersihan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di Camelia Ballroom, Paya Bunga Hotel, di sini, semalam. Turut hadir Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dato' Dr Alias Razak serta timbalannya Ahmad Shah Muhamed. Kata Rosli, beberapa masalah yang dibangkitkan di hentian berkenaan telah turut diberi perhatian seperti atap bocor, kerajaan negeri telah mengeluarkan peruntukan segera bagi membaikinya. Mengenai tandas pula katanya, ia akan dianiktaraf, sebelum ini dikatakan kotor kerana syarikat yang dilantik menguruskan tandas tidak mengambil kira keadaan apabila musim perayaan. "Sepatutnya mereka lebih sensitif perlu ambil kira keadaan yang berubah ketika musim perayaan," katanya. Dalam pada itu beliau menegaskan saman yang dikenakan pada kenderaan yang diletakkan di haluan yang salah adalah tindakan tepat tanpa kira waktu siang atau malam. "Ini bagi memastikan keadaan di hentian berkenaan terkawal dan selamat. "Diletakkan di tempat yang salah menyusahkan orang lain, apabila ditularkan adakah kita hendak menjaga nama satu orang sahaja sedangkan kita bekerja untuk pastikan bandar bersih dan selamat. "Jam satu, dua pagi kita telah ada petugas kerana matlamat kita bukan untuk berniaga dengan mengenakan saman sebaliknya hendak memastikan kesejahteraan bandar terjaga," ujarnya.  
07 May 23
1538
KPDN Lancar Ops Manis Tangani Isu Kekurangan Gula
KPDN Lancar Ops Manis Tangani Isu Kekurangan Gula
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)  melancarkan Ops Manis bagi menangani isu kekurangan gula di Negeri Terengganu dan Kelantan.
07 May 23
308