Artikel "Semasa" Terkini
Mazli Mazlan Dilantik Ketua Polis Terengganu Baharu
Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, DCP Datuk Mazli Mazlan, dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Terengganu baharu bagi menggantikan DCP Dato' Rohaimi Md Isa.
07 May 23
373
Tiada Lagi Isu Sampah Ketika Perayaan
KUALA TERENGGANU, 4 Mei - Hasrat untuk memastikan masalah sampah yang sering kali menjadi isu ketika waktu perayaan akhirnya dapat diatasi setelah tiada aduan ditularkan di media sosial sebagaimana tahun sebelum ini.
Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dato' Dr Alias Razak berkata kejayaan itu hasil daripada kesungguhan para wira yang tidak didendang iaitu petugas-petugas kebersihan yang telah bertungkus lumus menjayakan Pelan Tindakan ditetapkan.
Justeru katanya, buat julung-julung kalinya seramai 196 para petugas termasuk tenaga sokongan menerima inisiatif sebagai bonus tambahan berjumlah RM58,800.
"Masing-masing menerima RM300 atas pengorbanan yang dilakukan bagi memastikan Bandar Raya Kuala Terengganu berada dalam keadaan bersih sepanjang perayaan.
"Jadi, majlis hari raya yang diadakan pada malam ini sebagai tanda kebersamaan, jumlah yang diberikan dengan mengharapkan mereka akan bermotivasi dan terus cemerlang.
"Kerana telah mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) jadi kita hargailah mereka dahsyat mereka berkerja, sehingga berjaga malam selama dua hingga tiga malam dan pada hari raya tertidur atas jalan.
"Ketika orang lain bertakbir raya, mereka pula meraikannya dan melaungkan takbir di tepi tong sampah," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, di Majlis Apresiasi dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kepada Petugas Kebersihan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di Camelia Ballroom, Paya Bunga Hotel, di sini, semalam.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Kerajaan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Ahmad Shah Muhamed Dan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif.
Mengulas lanjut katanya, bagi menjayakan tindakan kerja pembersihan itu seluruh tenaga MBKT yang ada dikerahkan bagi membentuk satu pasukan khas yang mantap.
"Selain itu kita juga menyediakan 'tong roro' serta memastikan lori-lori yang digunakan dapat beroperasi dengan baik selama operasi dijalankan jika berlaku kerosakan akan dibaiki segera.
"Bagi pihak saya sangat bersyukur dan saya telah memaklumkan perkara ini kepada Menteri Besar (Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) dalam 'Mesyuarat EXCO' bahawa tahun ini kita sehingga tidak menerima lagi sebarang aduan," ujarnya lagi.
Â
04 May 23
603
Pemaju Janji Siapkan Segera Perumahan Gong Cempedak
KUALA TERENGGANU, 4 Mei - Pemaju Perumahan Gong Cempedak berjanji untuk memulakan kembali projek Perumahan Gong Cempedak fasa 3 yang sudah terbengkalai lama.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dato' Dr Alias Razak berkata, pihaknya sebelum ini telah banyak kali berunding dengan pihak pemaju swasta bagi memastikan nasib pembeli terbela walaupun ia bukan projek kerajaan negeri.
"Kita telah melakukan rundingan di Kuala Lumpur dia bersetuju selepas raya hendak memulakan kembali projek ini, sebelum ini masalahnya ialah kekurangan kewangan, duit tidak cukup untuk memulakan kembali.
"Memang dari segi kewangan dia tenat, bank dah tak nak bagi pinjaman lagi jadi dia cari 'partner' untuk meneruskan projek ini," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, di Majlis Apresiasi dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kepada Petugas Kebersihan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di Camelia Ballroom, Paya Bunga Hotel, di sini, semalam.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar negeri, Ahmad Shah Muhamed dan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif.
Tambah Dato' Dr Alias, pihaknya akan sentiasa memantau perkembangan projek tersebut.
"Jadi buat masa ini bagi pihak Kerajaan negeri kita boleh berunding bagi memastikan dia (pemaju) akan memulakan balik projek, saya yakin nampak kesungguhan dia itu ada termasuk mencari partner untuk 'support' dari sudut pelaburan.
"Namun, kita akan sentiasa pantau agar projek ini siap," ujarnya lagi.
Untuk rekod, projek swasta itu terbengkalai lebih 10 tahun kerana masalah kewangan yang dihadapi pemaju.
Pihak pembeli memohon campur tangan kerajaan negeri bagi memastikan nasib mereka terbela.
Sebelum ini, Dr Alias berkata pihaknya sudah mencari kontraktor penyelamat dalam usaha membantu menyiapkan projek itu.
04 May 23
762
KPDN Lancar Ops Manis Tangani Isu Kekurangan Gula
KUALA NERUS, 3 Mei - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini melancarkan Ops Manis bagi menangani isu kekurangan gula di Negeri Terengganu dan Kelantan.
Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Dato' Azman Adam berkata, operasi khas khusus di dua negeri itu dilaksanakan dalam tempoh seminggu dahulu dan akan melihat apa tindakan selanjutnya.
"Ops Manis ini adalah salah satu operasi yang kita mulakan pada hari ini untuk menguruskan isu-isu berkaitan dengan bekalan gula.
"Objektif utama Ops Manis adalah untuk memulihkan bekalan dan memastikan semua tempat ada gula tidak kira di bandar mahupun luar bandar.
"Selain memastikan tidak berlaku aktiviti menyorok gula oleh penjual tidak bertanggungjawab dan mengelak pembelian panik oleh pengguna, " ujarnya kepada pemberita semasa memantau bekalan gula di sebuah gudang pemborong di Gong Badak, hari ini.Â
Menurut beliau, pasukan penguatkuasa KPDN di kedua-dua negeri terbabit juga akan buat pemantauan secara terperinci bagi memastikan bekalan gula sampai kepada pengguna seperti yang dijadualkan.Â
"Semalam kami telah mengadakan mesyuarat tergembar dengan kedua-dua syarikat pengeluar utama gula iaitu MSN dan CSR dan mereka memberikan komitmen untuk memastikan pengguna tidak menghadapi masalah besar berkait dengan bekalan gula.Â
"Justeru, pemborong yang dapat bekalan gula diharap dapat edar dengan segera dan beri penekanan kepada pelanggan biasa. Peruncit pula jangan sorok bekalan dan jual dengan harga tinggi. Kalau ada yang buat kita akan ambil tindakan tegas, " ujarnya.Â
Menurut Azman, di Kelantan pihaknya menerima 11 aduan membabitkan kesalahan menyorok, enggan menjual dan meletakkan harga mahal.
"Di Terengganu, setakat ini kita tidak menerima sebarang aduan rasmi berhubung kekurangan gula dan keadaannya masih terkawal, " jelasnya.
Â
03 May 23
445
Rekod Tanpa Kalah di Laman Sendiri ‘Lebur’
Terengganu Football Club (TFC) terpaksa menerima kekalahan pertama di laman sendiri menentang Sri Pahang FC 1-2 malam ini dalam Perlawanan Liga Super ke-10 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
30 Apr 23
91
Projek Jangka Panjang Air Marang Siap 85 Peratus
Projek naik taraf bekalan air Marang untuk penyelesaian jangka masa panjang yang bernilai hampir RM60 juta kini siap 85 peratus.Â
30 Apr 23
104
Padah Buat Aksi 'Wheelie', Dua Remaja Ditahan
HULU TERENGGANU, 27 April - Tindakan dua remaja lelaki berusia 14 dan 15 tahun yang melakukan aksi 'wheelie' membawa padah apabila ditahan dalam operasi OP Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar daerah ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Hasmerra Hassan berkata, polis berjaya mengesan sebuah motosikal  ditunggang bersama seorang pembonceng melakukan aksi mengangkat tayar hadapan (wheelie) pada jarak kira-kira 50 meter.
"Suspek berjaya ditahan di bahu jalan hadapan Empangan Jenagor, Kuala Berang kira-kira jam 6.15 petang dan dibawa ke  Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut.
"Suspek juga telah dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu untuk lakukan ujian air kencing dan hasil saringan terhadap suspek adalah negatif," katanya dalam satu kenyataan disini hari ini.
Katanya, dua remaja terbabit disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana melakukan aksi mengangkat tayar hadapan, yang mana aksi itu amat merbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
Tambah Hasmerra lagi,Â
sebanyak tujuh saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan terhadap penunggang motosikal dan sebuah motosikal turut disita.
"Antara kesalahan yang berjaya dikesan antaranya melibatkan lesen kenderaan motor (LKM) yang telah tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, menunggang motosikal bawah 16 tahun, aksesori tidak sempurna dan tidak memakai topi keledar,"ujar beliau.
27 Apr 23
244
Sultan Mizan Solat Aidilfitri Bersama Lebih 3,000 Jemaah
 Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang bersama lebih 3,000 jemaah.
27 Apr 23
53
Pengamal Media Dirai Dalam Majlis Berbuka
 Seluruh pengamal media Terengganu hari ini diraikan dalam satu majlis berbuka puasa anjuran kerajaan negeri. Â
20 Apr 23
60
Aliran Trafik Di Plaza Tol Kuala Terengganu Terkawal
Aliran trafik di susur keluar Plaza Tol Kuala Terengganu di Kampung Gemuruh di sini bergerak perlahan namun terkawal sekitar 11 pagi ini susulan pertambahan kenderaan yang memasuki Negeri Terengganu sempena cuti Aidilfitri.
20 Apr 23
158