Artikel "Semasa" Terkini
JPJ Bersama Komuniti Dapat Sambutan Masyarakat Kampung
SETIU, 30 Mei - Program Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turun padang mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit yang diadakan di Perkarangan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun, Batu Rakit, baru-baru ini.
Lebih 100 pemilik motosikal terdiri petani, buruh dan nelayan hadir untuk memperbaharui semula cukai jalan motosikal masing-masing yang tamat tempoh.
Usaha JPJ ini dilihat memberi banyak manfaat kepada penduduk tempatan selain tidak perlu turun ke bandar untuk menyambung cukai jalan juga mendapat maklumat mengenai perkhidmatan lain yang disediakan jabatan itu.
“Saya amat berpuas hati dengan program ini dan berharap ia diadakan setiap setahun bagi memudahkan kami yang tinggal di kampung untuk perbaharui cukai jalan,” kata Encik Hasbullah Abdul Salam duduk di Kampung Bukit Nenasi, Batu Rakit.
Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Dun Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail turut meluangkan masa bersama orang ramai sambil bertanya khabar.
Beliau memuji jabatan yang sedia turun ke bawah untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat di samping dapat menyalurkan maklumat jabatan.
“Kepentingan rakyat menjadi agenda utama kerajaan dan golongan yang tidak mampu diberi bantuan dengan apa cara sekali pun, contohnya hari ini JPJ dan Tabung Haji datang untuk memudahkan penduduk di sini berurusan dengan jabatan itu,” katanya.
Sementara itu, urusetia program , Adli Ngah menyifatkan program sebulan sekali diadakan di DUN Batu Rakit ini telah mencapai matlamat jabatan untuk memberi khidmat terbaik kepada masyarakat di luar bandar.
“Daripada maklum balas yang kami terima, ramai meminta perkhidmatan JPJ ini di teruskan pada masa akan datang,” katanya.
30 May 23
165
Kerajaan Terengganu Terus Bantu Peniaga Kecil
SETIU, 31 Mei - Kerajaan Terengganu memberi komitmen untuk sentiasa membantu golongan penjaja dan peniaga kecil agar terus menjadi antara penyumbang utama kepada pengukuhan dan kestabilan ekonomi negara.
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Dun Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, ramai daripada golongan itu amat memerlukan bantuan kerajaan selepas terkesan dengan penularan Covid-19 dua tahun lepas, terutama mereka yang menjadikan peniagaan sebagai punca utama pendapatan.
Katanya, antara usaha yang dilakukan kerajajaan negeri ialah mengekalkan suntikan dana sebanyak RM50,000 kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Ini adalah satu peruntukan kerajaan Terengganu berbentuk geran kepada DUN untuk diberikan kepada usahawan yang layak pada kadar RM500 hingga RM1,000 seorang,"ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam Program Dana Niaga dan Usahawan Negeri Terengganu (PUTERA) yang dibuat di Perkarangan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Kampung Bukit Cempaka hari ini.
Shafizi berkata, berdasarkan kajian, sebanyak 90 peratus usahawan menyatakan hasrat untuk memulakan semula perniagaan yang terjejas akibat Covid-19, kajian itu juga mendapati usahawan memerlukan bantuan kerajaan dalam bentuk bantuan geran serta latihan dan bimbingan.
Halimatun Mohamad@Naib, 41 atau lebih mesra panggilan “Kak Ani” yang hampir tiga tahun terlibat dalam bisnes pembuatan satay ayam dan satay daging menzahirkan penghargaan terima kasih di atas inisiatif kerajaan negeri dalam memajukan perniagaanya.
"Saya banyak terima tempahan melalui kampus, sekolah, orang kampung, kawan-kawan dan saudara mara," katanya ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di sini.
30 May 23
223
KPDN Jamin Bekalan Gula Cukup Menjelang Aidiladha
KUALA TERENGGANU, 30 Mei -Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan memberi jaminan bekalan gula terkawal dan mencukupi bagi keperluan pengguna di di seluruh negara menjelang musim perayaan Hari Raya Aidiladha pada akhir bulan depan.
Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata pihaknya telah mengeluarkan arahan kepada dua kilang terbesar negara iaitu Central Sugar Refinery Sdn Bhd (CSR) dan MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) mengeluarkan bekalan gula pasir kasar dan halus seperti biasa untuk diagihkan kepada pemborong.
"Kedua-duanya akan mengeluarkan bekalan gula mengikut kapasiti ditetapkan iaitu masing-masing 24,000 dan 18,000 matrik tan.
"Dan kita juga keluarkan arahan kawalan pengeluaran di mana kita boleh memeriksa di kilang. berapa yang dikeluarkan dan berapa banyak kita hantar untuk keperluan pemborong,” katanya selepas melakukan lawatan kerja ke sebuah syarikat pemborong gula di sini hari ini.
Sementara itu, beliau berkata, Ops Manis yang bermula pada 3 Mei sehingga 29 Mei 2023 yang lalu, telah berjaya menampakkan perkembangan yang amat positif.
Menurutnya, ini terbukti apabila negeri-negeri yang mengalami gangguan bekalan gula telah pulih hampir 100 peratus.
Justeru itu katanya, KPDN telah melanjutkan tempoh Ops Manis bagi memastikan bekalan gula sentiasa mencukupi menjelang Aidiladha.
“Ops Manis yang sepatutnya tamat pada 29 Mei dilanjutkan kepada 30 Jun bagi memastikan gula mencukupi menjelang tempoh perayaan itu,” ujarnya.
Tambah beliau lagi, operasi yang dilaksana di Kelantan dan Terengganu sebelum ini telah diperluas ke seluruh negara berikutan terdapat aduan kes di beberapa negeri lain.
Dalam masa yang sama, Fuziah juga menyeru supaya pengguna agar tidak membuat pembelian panik kerana tindakan berkenaan boleh menjejaskan rantaian bekalan gula di pasaran.
30 May 23
315
TDM Berhad Miliki Dua Loji Biogas
TDM Berhad (TDM) melalui anak syarikatnya, TDM Plantation Sdn. Bhd. kini memiliki dua loji Janakuasa Biogas yang telah berjaya dihidupkan dan beroperasi sepenuhnya.
30 May 23
103
Cubaan Lelaki Larikan Diri Daripada Operasi Khalwat Gagal
Cubaan seorang lelaki melarikan diri bagi mengelak ditangkap Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) terbantut apabila dia menyerah diri selang beberapa minit selepas itu.
30 May 23
122
GPFP Jalin Kerjasama Bangunkan Perladangan Hutan
KUALA TERENGGANU, 29 Mei – GP Forest Plantation Sdn Bhd (GPFP) telah memeterai perjanjian bersama dengan BFC Research and Development Sdn Bhd (BFC) untuk pembangunan projek perladangan hutan di Terengganu.
Pengarahnya, Datuk A Rahman Yahya berkata GPFP merupakan anak syarikat di bawah Golden Pharos Bhd (GPB) yang mengusahakan projek perladangan hutan seluas 2,869 hektar bertempat di Hutan Simpan Jerangau, Dungun, Terengganu.
Katanya, perjanjian itersebut merupakan susulan daripada lawatan wakil BFC ke ladang hutan milik GPFP tahun lepas yang memberi maklumbalas bahawa pengurusan ladang hutan GPFP memerlukan penambahbaikan yang bersesuaian.
“Oleh kerana itu, BFC telah menawarkan kepada GPFP perkhidmatan teknikal sokongan secara kontrak bagi menyemak prosedur standard operasi bagi penanaman perladangan hutan.
“Jika perlu, BFC akan turut membuat prosedur standard operasi baharu kepada GPFP untuk memastikan bahawa projek perladangan hutan ini dilakukan dengan mematuhi polisi dan syarat-syarat penanaman hutan,” katanya dalam satu kenyataan.
A Rahman turut berkata perjanjian yang termeterai ini diharapkan dapat membantu kerajaan negeri mewujudkan perladangan hutan yang berdaya maju di Terengganu.
Tambahnya lagi, terbaharu GPFP telah mengadakan lawatan kunjung hormat ke syarikat BFC dan seterusnya menandatangani perjanjian ini bagi membolehkan segala kerja-kerja semakan dapat dilakukan dengan segera.
29 May 23
204
YPM Sasar Kumpul Dana RM10 Juta Tahun Depan
KUALA TERENGGANU,29 Mei- Yayasan Pendidikan Maidam mensasarkan kutipan dana sebanyak RM10 juta dapat dikumpul tahun depan menerusi pelancaran dana sumbangan pendidikan Yayasan Pendidikan Maidam (YPM).
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pendidikan Maidam, Dato’ Wan Ismail Wan Yusoh berkata, dana sumbangan pendidikan YPM yang diperkenalkan tahun ini merupakan program tambahan yang menawarkan ruang kepada masyarakat untuk sama-sama menghulur tangan dalam pembangunan pendidikan di Terengganu.
Katanya, dana tersebut akan diagihkan untuk bantuan berterusan bagi menjayakan program Skim Anak Angkat, Prihatin@School, Prihatin@University, Boleh YPM Tolong serta Infra dan Fasiliti Pondok.
“Setakat ini, jumlah terkumpul bagi dana sumbangan pendidikan YPM sebanyak RM1,009,189 dan antara penyumbang utama adalah Bank Islam Malaysia Berhad, Manfaat Wakaf Pendidikan Almarhum Baginda Sultan Omar, Program Kolobrasi Akses Fikrah Islami Permodalan Nasional Berhad-MAIDAM dan GNI Pharma Sdn Bhd..
“Harapan kami agar lebih ramai lagi yang sudi menyumbang sama ada agensi negeri atau swasta agar lebih ramai yang boleh di bantu dan tiada yang tercicir dalam pelajaran.” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Majlis Pelancaran Dana Sumbangan YPM yang disempurnakan oleh Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin di Primula Beach Hotel, hari ini.
Menurut beliau, fungsi YPM tidak bertindih dengan yayasan-yayasan yang sedia ada di Terengganu kerana fokus YPM untuk melengkapkan dan mengisi ruang-ruang penambahbaikan dalam pendidikan ke arah pendidikan berkualiti.
“Yayasan Pendidikan Maidam merupakan anak syarikat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu yang beroperasi secara aktif bermula 1 Mac 2021 dimana agihan zakat bagi sektor pendidikan telah dimanahkan kapada YPM sebagai strategi fokus untuk memperkasakan pendidikan di Terengganu.
“Bagi tahun ini, sebanyak RM68.1 juta telah diperuntukkan di bawah agihan zakat dalam sektor pendidikan melalui YPM meliputi 13 program.
“Antaranya Bantuan Awal Pengajian, Bantuan IPT, Skim Ulama’, Bantuan Pengajian Islam, dan Bantuan Pengurusan Pondok. Fungsi kedua Yayasan Pendidikan MAIDAM adalah menguruskan Dana Tanggungjawab Sosial bagi tujuan pembangunan pendidikan,” ujarnya.
29 May 23
278
Raja Muda Berkenan Sempurnakan Majlis Pelancaran Dana Sumbangan YPM
KUALA TERENGGANU, 29 Mei - Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan pelancaran dana sumbangan pendidikan Yayasan Pendidikan Maidam (YPM) di Primula Beach Hotel, hari ini.
Baginda diiringi Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Rozali Salleh; Yang Dipertua Maidam, Dato' Shaikh Harun Shaikh Ismail.
Turut mengiringi baginda, Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Mohamad Sabri Haron; Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pendidikan Maidam, Dato’ Wan Ismail Wan Yusoh serta Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Dr Ahmad Azrin Adnan.
Pada majlis itu, baginda bertitah dan seterusnya berkenan menyempurnakan perasmian.
Tengku Muhammad Ismail turut berkenan menyampaikan dana sumbangan pendidikan YPM kepada para penerima.
Program dana sumbangan pendidikan YPM merupakan ruang untuk masyarakat bersama-sama menghulur tangan dalam pembangunan pendidikan khususnya di negeri ini bagi memastikan semua mempunyai peluang untuk mendapat pendidikan sempurna dan tiada yang tercicir dalam pelajaran.
29 May 23
224
Cadangan Teknokrat Mampu Seimbangkan Pentadbiran
KEMAMAN, 29 Mei - Masyarakat dan parti-parti politik perlu lebih terbuka terhadap penglibatan pemimpin dari latar belakang teknokrat dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri bagi memanfaatkan kepakaran serta pengalaman mereka demi kebaikan rakyat.
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Yahaya Ali berkata justeru itu cadangan keanggotaan Dewan Negara menjadi 140 iaitu 88 lantikan YDPA dan 52 mewakili negeri-negeri selari dengan penambahan anggota Dewan Rakyat.
“Cadangan ini dapat meningkatkan ruang penglibatan teknokrat untuk pelantikan ke jawatan Menteri atau Timbalan Menteri.
“Selain itu, satu pindaan Perlembagaan Negeri-negeri dicadangkan bagi mewujudkan dan menambah jumlah ADUN secara lantikan pada kadar sekitar 15 peratus dari bilangan ADUN yang dipilih dan membenarkan ADUN secara lantikan diberi kepercayaan menjadi anggota pentadbiran kerajaan negeri,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika membacakan teks ucapan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sempena Majlis Perasmian Resolusi Konvensyen Pendemokrasian Cendekiawan dan Umarak Terengganu di DITC Kemaman Terengganu.
Katanya lagi, satu ‘blue print’ sistem Pendidikan Rakyat Terengganu (PRT) yang berteraskan sistem pendidikan Islam dan berintegrasi secara komprihensif dengan sistem pendidikan arus perdana bermula daripada peringkat pra-sekolah sehingga ke peringkat universiti perlu diwujudkan.
“Selain itu, matapelajaran sistem kekeluargaan Islam hendaklah diwujudkan di setiap peringkat pengajian dan dijadikan matapelajar wajib lulus.
“Ini termasuk mengadakan sekolah satu sesi selama 8 jam bagi semua sekolah di Terengganu untuk memudahkan integrasi bidang duniawi, ukhrawi dan beriadah di samping membantu ibubapa yang bekerja menguruskan anak-anak mereka,” ujar beliau.
Tambahnya, bagi meningkatkan ekonomi, satu rangkaian kerjasama aktiviti ekonomi rakyat yang menuruti syariat sebagai satu jihad ekonomi rakyat di samping meneruskan promosi ‘buy muslim first’ (BMF).
“Kita perlu mewujudkan satu eko-sistem ekonomi berkonsepkan hub halal yang bekerjasama dan saling menyokong di antara satu sama lain, bagi mempertingkatkan daya saing produk di pasaran global.
“Termasuk membentuk makanisma wakaf ekonomi rakyat bagi menyediakan akses kepada latihan dan kemahiran, modal awal dan pebinaan infrastruktur business di dalam sektor perniagaan dan perusahaan,” ujarnya.
29 May 23
181
'War' Inisiatif SPRM Didik Generasi Bebas Rasuah
Program Perkasa Wira Anti Rasuah (WAR) merupakan usaha berterusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melahrikan generasi bebas rasuah.
28 May 23
232