lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Terengganu Lancar TNEXT Pacu Transformasi Ekonomi Baharu
Terengganu Lancar TNEXT Pacu Transformasi Ekonomi Baharu
Kerajaan negeri hari ini melakar sejarah baharu dengan pelancaran Terengganu New Economy Transformation (TNEXT) dalam memacu peningkatan ekonomi negeri secara mampan menjelang 2030.
13 Aug 25
64
Terengganu Lancar TNEXT Pacu Transformasi Ekonomi Baharu
Terengganu Lancar TNEXT Pacu Transformasi Ekonomi Baharu
KUALA TERENGGANU, 13 Ogos - Kerajaan negeri hari ini melakar sejarah baharu dengan pelancaran Terengganu New Economy Transformation (TNEXT) dalam memacu peningkatan ekonomi negeri secara mampan menjelang 2030. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata TNEXT merupakan satu agenda komprehensif yang menggabungkan tiga dasar strategik. Menurutnya, TNEXT menghimpunkan Dasar Pembangunan Pelaburan Perindustrian Negeri Terengganu (DPPPNT) 2023–2030, Pelan Induk Teknologi Hijau Negeri Terengganu (PITIH) 2024–2030 dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Terengganu (RTEDT) 2025–2030 sebagai pelan hala tuju bersepadu ke arah ekonomi berkualiti, inklusif dan mampan. "TNEXT ini yang menggabungkan tiga dasar itu dan kita tengok secara holistik pergerakan dasar-dasar itu nanti. kita nak membawa kepada suatu perubahan daripada (dasar) sekarang ke arah yang lebih baik. "Dengan penambahan penambahbaikan dan kewujudan dasar-dasar dan rangka kerja ini, sudah pastinya kita bergerak pada satu langkah yang kedepan. "Banyak, (sebagai contoh) kalau dalam dasar industri, kita menambahbaik prosedur operasi standard (SOP) yang ada. Supaya proses-proses tu lebih mesra pelabur dan mempercepatkan proses-proses yang ada. "Begitu juga dengan dua dasar lain lagi, rangka kerja lain tu adalah kita suitkan dengan apa yang pihak persekutuan ada, Kita rujuk dan kita melangkah ke arah yang sama," katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Pelancaran Dasar Dan Pelan Di Bawah Portfolio Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau Tahun 2025. Turut hadir Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Terengganu (SUK), Dato' Nara Setia serta Timbalan SUK (Pembangunan), Dato' Rosli Latif. Melalui DPPPNT, kerajaan negeri menyasarkan pelaburan berkualiti tinggi dalam enam kluster strategik iaitu minyak dan gas, teknologi hijau, pembuatan, logistik dan pengangkutan, bioteknologi serta teknologi bangunan.  Manakala, PITIH menetapkan sasaran Terengganu sebagai peneraju teknologi hijau serantau melalui tenaga boleh diperbaharui, mobiliti hijau, ekonomi sirkular dan industri hijau. Mengulas lebih lanjut, beliau menjelaskan RTEDT akan dilaksanakan dalam dua fasa bagi memastikan transformasi digital menyeluruh. "RTEDT ini akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa pertama daripada tahun 2025 sehingga 2027 dan fasa kedua daripada tahun 2028 sehingga 2030. "Fasa pertama akan menumpukan pada pengukuhan asas penggunaan digital manakala fasa kedua akan memacu transformasi digital secara inklusif dan menyeluruh melalui rangka tindakan ini, lima teras utama akan diberi penekanan. Nurkhuzaini menjelaskan fasa pertama memfokus kepada pengukuhan asas digital, manakala fasa kedua memacu transformasi inklusif dengan penekanan kepada pendigitalan perkhidmatan awam, pembangunan bakat dan inovasi ekonomi digital. Tambahnya, inisiatif sokongan TNEXT termasuk pemasangan tiang pintar (intelligent pole) di seluruh negeri untuk menyediakan rangkaian 5G, WiFi awam, lampu LED jimat tenaga, sensor udara, stesen pengecasan EV dan sistem keselamatan pintar, sejajar dengan pembangunan bandar pintar. "Untuk negeri Terengganu, inisiatif ini akan memperkukuhkan kedudukan negeri terengganu sebagai peneraju teknologi hijau dan meningkatkan kualiti hidup melalui penyelarasan bandar pintar dan juga menjadikan model pembangunan seimbang antara kemajuan teknologi dan kelestarian alam. "Inilah masa depan yang kita bina bersama, negeri Terengganu yang bukan sahaja pintar dari segi teknologi tetapi juga mampan dan berpaksikan rakyat," ujarnya.
13 Aug 25
595
DPPPNT Rancakkan Pelaburan Industri Terengganu
DPPPNT Rancakkan Pelaburan Industri Terengganu
KUALA TERENGGANU, 12 Ogos – Kerajaan Terengganu hari ini melakar satu lagi pencapaian penting dalam agenda pemerkasaan ekonomi negeri dengan melancarkan Dasar Pembangunan Pelaburan Perindustrian Negeri Terengganu 2023–2030 (DPPPNT) di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam. Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dalam satu kenyataan berkata, dasar itu menjadi bukti keazaman Kerajaan Negeri memperkukuh ekosistem pelaburan serta merancakkan pembangunan sektor perindustrian secara strategik, inklusif dan mampan. “DPPPNT ini digubal sebagai landasan utama bagi menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi ke Negeri Terengganu. Ia selari dengan hala tuju pembangunan negeri dan agenda nasional berkaitan seperti Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030,” jelas kenyataan itu. Dasar tersebut memberi fokus kepada kluster-kluster perindustrian strategik yang berpotensi tinggi untuk dikembangkan di Terengganu termasuk industri minyak dan gas, teknologi hijau, pembuatan, logistik/pengangkutan, bioteknologi serta teknologi bangunan. Enam teras strategik dibentuk sebagai tunggak utama pelaksanaan dasar ini, merangkumi penambahbaikan ekosistem pelaburan sedia ada, menaik taraf kawasan perindustrian, pembangunan kluster baharu, menggalakkan penerokaan industri baharu, pemutihan kawasan perindustrian yang tidak dibangunkan, peningkatan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, serta penyediaan insentif yang jelas dan telus. Kerajaan Negeri juga menegaskan komitmen untuk menarik pelaburan berkualiti dan berimpak tinggi melalui pelaksanaan bersepadu oleh semua agensi kerajaan, sektor swasta, institusi akademik dan pemain industri. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan, penyelarasan dan pemantauan akan dilakukan secara menyeluruh termasuk memperkasakan peranan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Industri Negeri Terengganu (MJPINT) yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau. Menurut PMINT, pelancaran DPPPNT menandakan kesediaan Terengganu untuk melangkah sebagai destinasi pelaburan perindustrian yang kompetitif, berdaya tahan dan mesra pelabur, sejajar aspirasi menjadikan negeri ini pemacu pertumbuhan ekonomi rantau Pantai Timur.
12 Aug 25
653
Jadikan Pertanian Agenda Nasional
Jadikan Pertanian Agenda Nasional
KUALA TERENGGANU, 11 Ogos - Ahli Parlimen Kemaman, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menjadikan sektor pertanian sebagai identiti teras Malaysia yang perlu diberikan tumpuan sepenuhnya dan diangkat sebagai agenda nasional. Katanya, perkara itu penting untuk diberikan perhatian selain menjadikan 'mega-trend' lain terkini di peringkat global seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan kemajuan teknologi sebagai fokus pembangunan jangka panjang. "Lihatlah agenda nasional yang pernah kita berikan tumpuan suatu ketika dahulu, ke mana kesan dan hasilnya masa kini?.  "Adakah ia menjadi pemacu ekonomi negara kita atau ia sekadar trend semasa yang dijadikan tumpuan sehingga kita terlepas fokus yang sepatutnya,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13), di Dewan Rakyat, semalam.   
12 Aug 25
58
Terengganu Sasar Imbangi Sumber Perikanan Melalui Akuakultur Berkualiti
Terengganu Sasar Imbangi Sumber Perikanan Melalui Akuakultur Berkualiti
BESUT, 12 Ogos – Terengganu menyasarkan untuk menyeimbangkan sumber hasil perikanan negeri dengan 50 peratus daripada sektor akuakultur dan 50 peratus daripada hasil tangkapan laut serta perikanan darat dalam tempoh terdekat. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dato Dr. Azman Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber tangkapan yang dijangka semakin berkurangan pada masa hadapan. “Pada masa ini, nisbah pengeluaran adalah sekitar 40 peratus akuakultur dan 60 peratus tangkapan. Setiap tahun, kita menghasilkan lebih 5,000 metrik tan hasil akuakultur dan tahun ini kita menyasarkan lebih 6,000 metrik tan. “Fokus sektor air payau termasuk ternakan siakap, kerapu hibrid, udang harimau dan udang putih, manakala sektor air tawar melibatkan ikan baung, patin, tilapia, keli, udang galah dan pelbagai spesies lain,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas merasmikan Seminar Amalan Akuakultur Baik (myGAP) Ke Arah Keterjaminan Makanan Dan Penyerahan Insentif Perikanan di Dewan Auditorium UniSZA, Kampung Tembila, hari ini. Menurut Azman, kerajaan negeri memberi penekanan bukan sahaja kepada kuantiti, malah kualiti hasil ternakan melalui pensijilan MyGAP yang memerlukan pematuhan lebih 100 senarai semak audit termasuk aspek biosekuriti. “Penternak yang memiliki pensijilan MyGAP berpeluang menembusi pasaran eksport dan pasar raya ternama. Ia memberi nilai tambah kepada produk negeri. “Kita juga memastikan rantaian pengeluaran lengkap dari pusat pembenihan, pengeluaran, pemasaran hingga ke peringkat pensijilan. Jika sebelum ini hanya berhenti di tahap pemasaran, kini kita bergerak ke tahap pensijilan,” ujarnya. Tambah Azman, sehingga kini terdapat 45 pensijilan MyGAP akuakultur di Terengganu, dengan 25 daripadanya di daerah Besut yang menjadi tumpuan bersama Setiu dan beberapa daerah lain. Mengulas cabaran status tanah penternak, beliau berkata kerajaan negeri telah mewartakan beberapa lokasi sebagai Zon Industri Akuakultur (ZIA) yang diurus secara berpusat di bawah Jawatankuasa Pembangunan Tanah Kekal Pengeluaran Makanan (TPKM). “Dengan adanya ZIA, pengurusan lebih sistematik, cepat dan mengurangkan kerenah birokrasi. Kita mahu industri akuakultur ini berkembang dengan teknologi terkini serta KPI kualiti yang tinggi,” katanya. Selain perikanan, jelas beliau, Terengganu turut mencatat pencapaian dalam sektor pertanian dengan 500 hektar sawah padi memperoleh pensijilan MyGAP, sekali gus menjadikan negeri ini antara yang tertinggi di Malaysia.
12 Aug 25
81
Reformasi Segera Sistem Kerjasama Negeri–Persekutuan
Reformasi Segera Sistem Kerjasama Negeri–Persekutuan
  KUALA TERENGGANU, 12 Ogos – Kerajaan Terengganu menegaskan perlunya reformasi terhadap sistem kerjasama antara negeri dan Persekutuan dengan mengamalkan konsep federalisme koperatif serta pembahagian hasil negara yang lebih adil. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, amalan seperti di negara-negara maju wajar dijadikan contoh agar pembangunan negeri tidak diikat oleh sentimen politik apabila kerajaan negeri dan Persekutuan berbeza ideologi. “Dalam konteks ini, hasil petroleum adalah hak negeri yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, bukannya keistimewaan. “Ia perlu dipulangkan sepenuhnya, dibayar tepat pada masanya dan disalurkan tanpa birokrasi yang melambatkan manfaat kepada rakyat, seperti yang berlaku sekarang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Mengulas Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang dibahaskan Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Parlimen semalam, beliau mempersoalkan kedudukan Terengganu yang hanya dilibatkan dalam enam daripada 122 strategi keseluruhan. “Angka ini menimbulkan persoalan besar tentang sejauh mana kesungguhan Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan Pantai Timur secara serius. Lebih membimbangkan, sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Terengganu hanya ditetapkan 4.8 peratus, jauh lebih rendah berbanding sasaran dalam RMK-12 dan unjuran kerajaan negeri sendiri iaitu 6.6 peratus menjelang 2030,” ujarnya. Beliau turut mempertikaikan sasaran pertumbuhan sektor pertanian, perikanan dan akuakultur negeri yang hanya ditetapkan 1.1 peratus, sedangkan ia telah mencatat 7.4 peratus pada 2023. “Ia langsung tidak mencerminkan kekuatan sebenar negeri yang terbukti berupaya mencapai prestasi tinggi dalam perikanan, akuakultur, tanaman dan penternakan. Negeri ini memerlukan projek dan peruntukan berimpak tinggi untuk melonjakkan ekonomi serta memberi kesan positif kepada seluruh Pantai Timur,” tegasnya. Menurut beliau, projek strategik seperti Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dan pelaksanaan Economic Accelerator Project (EAP) di sepanjang jajaran ECRL Terengganu juga perlu dimulakan segera kerana mampu menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri.  
12 Aug 25
53
R&D dan Inovasi Perlu Digembleng Secara Strategik
R&D dan Inovasi Perlu Digembleng Secara Strategik
KUALA TERENGGANU, 12 Ogos - Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) perlu dilihat bukan sahaja menekankan pembangunan aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D), bahkan turut meletakkan secara selari aspek pengkomersialan dan inovasi (C&I), menjadikannya R&D dan C&I.   Ahli Parlimen Kemaman, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dalam hal tersebut tidak wajar ‘re-invent the wheel’, tetapi lebih sesuai memilih ‘teknologi strategik’ yang ingin dibangunkan sebagai keperluan niche negara dan diangkat sebagai Agenda Nasional.  Justeru, Menteri Besar Terengganu itu mencadangkan lima proses keutamaan, agar pertambahan peruntukan bagi aspek R&D dan C&I ini menghasilkan impak maksimum kepada rakyat dan negara. “Antaranya, menetapkan sasaran kenaikan perbelanjaan R&D secara berperingkat, dan mewujudkan mekanisma pemantauan yang efektif.  “Membangunkan modal insan berkualiti tinggi, melalui pelaksanaan program kajian lanjutan (PhD atau post-doctorate), bertemakan R&D berimpak tinggi dengan sokongan biasiswa yang kompetitif dan peluang kerjaya di dalam industri,” ujarnya. Beliau berkata demikian dalam ucapan perbahasan RMK-13 di Dewan Rakyat, semalam. Selain itu katanya, cadangan lain termasuk memperkukuh ekosistem kolaborasi sektor awam-swasta-akademik, melalui galakan program mobiliti antara universiti, institusi penyelidikan dan industri, bagi mempercepat proses pemindahan teknologi serta kemudahan prototaip. “Juga mengarahkan pendekatan yang berfokus, kepada sektor yang menjadi kelebihan kepada negara dan keperluan setempat seperti industri pertanian pintar, tenaga boleh diperbaharui dan bioteknologi halal.  “Di samping memantau dan menilai secara berterusan dasar yang berpandukan R&D, dan aliran peruntukan secara data-driven, untuk menghasilkan impak yang maksimum,” jelasnya. Katanya, segala cadangan dan komentar tersebut diharap dapat dijadikan sebagai teladan dan penambahbaikan di dalam RMK-13, demi kesejahteraan negara dan rakyat secara keseluruhannya.      
12 Aug 25
62
Proses Pewartaan Pulau Bidong Sebagai Taman Negeri Terus Diperkemas
Proses Pewartaan Pulau Bidong Sebagai Taman Negeri Terus Diperkemas
KUALA TERENGGANU, 12 Ogos - Proses pewartaan Pulau Bidong sebagai sebahagian daripada Taman Negeri sedang diperkemaskan dengan penekanan terhadap pemeliharaan ekosistem dan warisan alam. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato' Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, antara syarat utama pewartaan ialah larangan pembinaan struktur kekal di pulau berkenaan. "Salah satu syarat utama bagi pewartaan ini adalah larangan pembinaan struktur kekal, bagi memastikan ekosistem dan warisan alamnya kekal terpelihara. "Langkah ini mempunyai implikasi tertentu kepada pihak kerajaan serta pihak-pihak yang telah menjalankan pembangunan di kawasan tersebut. "Oleh itu, kerajaan perlu melihat perkara ini dari sudut pandang yang seimbang antara kepentingan pemuliharaan alam sekitar dengan keperluan pembangunan sosioekonomi setempat. Beliau berkata demikian dalam sebuah kenyataan yang telah dikeluarkan melalui akaun Facebooknya, berikutan satu tinjauan yang telah dijalankan di pulau itu beberapa hari yang lalu. Mengulas lebih lanjut, Wan Sukairi menjelaskan bahawa pendekatan sebegitu amat kritikal dalam pewartaan pulau bersejarah tersebut agar tidak menjejaskan mana-mana pihak. "Pendekatan ini penting bagi memastikan pewartaan Pulau Bidong dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan hak, kepentingan dan kesejahteraan semua pihak yang terlibat," ujarnya. Terdahulu, kerajaan negeri secara rasmi membuat keputusan bersejarah untuk mewartakan Pulau Bidong sebagai Taman Negeri. Pewartaan kawasan seluas 231.3 hektar daratan dan perairan 1 batu nautika dari garis air surut pulau itu akan diuruskan oleh Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu. Perkara tersebut telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Razali Idris pada 7 November, tahun lepas.
12 Aug 25
110
Program Hulu Besut Bersih Dilancar Serentak
Program Hulu Besut Bersih Dilancar Serentak
Hulu Besut, 12 Ogos – Majlis Pelancaran Program Hulu Besut Bersih telah berlangsung dengan jayanya dan dilancarkan serentak di 36 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) membabitkan seluruh DUN Hulu Besut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin berkata, majlis ini bukan sekadar himpunan biasa, tetapi menjadi titik tolak kepada satu gerakan yang membawa harapan baharu untuk Hulu Besut. "Program ini adalah permulaan, dan ia tidak akan terhenti di sini. Selepas ini, akan diadakan pelbagai aktiviti susulan seperti gotong-royong kampung, kempen kesedaran, pertandingan keceriaan, dan lain-lain usaha bagi menjadikan kebersihan sebagai budaya hidup masyarakat Hulu Besut," katanya. Tambah beliau, program ini tidak seharusnya menjadi kempen bermusim yang dilupakan selepas sebulan, sebaliknya perlu dijadikan cara hidup sepanjang masa. "Apabila kita bercakap tentang kebersihan, jangan sempitkan pemahaman hanya kepada 'bebas sampah'. Kebersihan yang dimaksudkan adalah menyeluruh merangkumi kebersihan fizikal, rohani, jiwa, tutur kata, pemikiran, dan hati. Jika semua aspek ini kita pelihara, Hulu Besut bukan sahaja bersih di mata manusia, malah mulia di sisi Allah SWT," ujarnya. Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu, YB Dato’ Haji Wan Sukairi Wan Abdullah di Dataran Kampung Keruak, pada kemarin. Husaimi turut merakamkan penghargaan kepada Majlis Daerah Besut sebagai rakan utama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Besut dalam menjayakan program ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua jabatan, agensi, pertubuhan, NGO, sukarelawan, dan seluruh JPKK DUN Hulu Besut yang telah memberi komitmen dalam menjayakan inisiatif ini.  
12 Aug 25
110
Dr. Sam Cadang Pusat Kecemerlangan REE, Tegur Hak Negeri Diabai
Dr. Sam Cadang Pusat Kecemerlangan REE, Tegur Hak Negeri Diabai
KUALA TERENGGANU, 12 Ogos – Ahli Parlimen Kemaman, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mencadangkan kerajaan Persekutuan menubuhkan Pusat Kecemerlangan Nasional REE bagi merancakkan pembangunan industri unsur nadir bumi bukan radioaktif (NREE) di Malaysia. Menteri Besar Terengganu itu berkata, pusat berkenaan perlu memberi fokus kepada pembangunan pemprosesan berteknologi tinggi, metalurgi unsur nadir bumi serta kaedah pemulihan tanpa sisa, selari dengan keperluan industri masa depan. “Walaupun saya menyokong penuh pembangunan industri NREE ini, namun hasil penelitian terhadap perinciannya di dalam RMK-13, penekanan terhadap hak negeri kurang diberikan perhatian. Sedangkan REE ini berada di bawah bidang kuasa negeri seperti termaktub dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. “Apa yang membimbangkan kami di peringkat negeri, setakat rekod yang ada, pihak negeri tidak pernah dilibatkan dalam sebarang urusan berkaitan tuntutan perolehan pihak Amerika Syarikat terhadap NREE di Malaysia, seperti yang dilaporkan media asing sebagai salah satu syarat rundingan tarif dengan Kerajaan Amerika Syarikat,” katanya ketika berucap membahaskan RMK-13 di Dewan Rakyat, hari ini. Ahmad Samsuri berkata, perancangan pembangunan industri REE kini meliputi keseluruhan rantaian nilai termasuk perlombongan, penulenan dan pengasingan, pembangunan industri hiliran dan pertengahan, penyediaan produk untuk tujuan eksport serta penjagaan alam sekitar. Katanya, langkah itu amat dialu-alukan kerana industri REE berpotensi menjana pulangan besar kepada negeri dan negara, sekali gus memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.
12 Aug 25
114