lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Primula Fishing Challenge 2.0 Tawar RM20 Ribu Untuk Kaki Pancing
Primula Fishing Challenge 2.0 Tawar RM20 Ribu Untuk Kaki Pancing
KUALA TERENGGANU, 6 Jun - Primula Fishing Challenge 2.0 (PFC 2.0 ) kembali beraksi dengan lebih gah buat kaki pancing dalam berentap merebut gelaran juara bagi membawa pulang wang tunai bernilai RM20,000.  Pengurus Besar Primula Beach Hotel, Suaibah Harun berkata pihaknya mensasarkan penyertaan seramai 500 peserta dari pelbagai kelab memancing di dalam dan di luar negeri Terengganu membolehkan para kaki pancing mempamerkan bakat dan kebolehan mereka. “Cabaran memancing itu turut menawarkan hadiah wang tunai RM4,000 kepada naib juara, ketiga (RM2,000), keempat (RM1,000), ke 5 hingga 10 (RM300) dan ke 11 hingga 80 (RM200 setiap seorang).  “Primula Beach Hotel turut menyediakan 51 hadiah cabutan bertuah antaranya sebuah motosikal, TV android, barangan elektrik dan baucer penginapan tajaan hotel-hotel sekitar Negeri Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan. Menurutnya, penganjuran PFC 2.0 adalah selaras dengan inisiatif Environment, Social and Environment (ESG) yang dipraktikkan Primula di mana bertujuan menpergiatkan aktiviti Green Tourism Negeri Terengganu, menggalakkan aktiviti riadah memancing serta merapatkan silaturahim dalam kalangan kakitangan serta komuniti setempat. Katanya lagi, selain daripada memberikan ruang kepada para kaki pancing untuk menonjolkan bakat masing-masing, ia juga sebahagian daripada inisiatif Primula untuk menonjolkan lagi kawasan pantai sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di Terengganu. Tambah Suaibah, beliau tidak menolak kemungkinan untuk meneruskan pertandingan seumpama itu pada tahun hadapan. Juara cabaran memancing PFC 2.0 dimenangi oleh Razali dengan kejayaan menaikkan ikan buntal seberat 4.8 kilogram dan turut membawa pulang wang tunai lumayan bernilai RM20,000. 
06 Jun 23
268
Warga Emas 'Gagah' Demi Kecintaan Terhadap Wau
Warga Emas 'Gagah' Demi Kecintaan Terhadap Wau
MARANG, 6 Jun – Mencipta wau yang bukan sahaja mampu menegak dan menongkah angin tetapi juga dengan hiasan yang indah serta berseni menuntut kemahiran yang tinggi. Tidak ramai yang berminat dan mampu menguasai warisan ini, justeru mereka yang meneruskan usaha sebegini lazimnya warga tua yang melakukannya kerana minat dan bagi menambah rezeki. Namun bagi warga emas berusia 70 tahun, dia tidak menjadikan usianya sebagai penghalang untuk menyertai  Program FIESTA Wau NEGAK Beautiful Terengganu 2023 bertempat di Kampung Surau Haji Yaakob, di sini hari ini. Abdullah Mohd dari Kampung Rusila  berkata minat mendalam terhadap wau sejak dari zaman kanak-kanak memberi semangat kepadanya menyertai pertandingan itu. “Wau telah sebati dalam hidup saya sejak dari usia kanak-kanak, selagi masih sihat dan mata masih ‘cerah’… saya akan terus buat wau dan terbangkannya kerana ia bukan hanya memberi kepuasan peribadi sebaliknya saya anggapnya sebagai satu tanggungjawab yang harus terus dipertahankan. “Arwah bapa pernah memarahi kerana terlalu taksub dengan wau tapi akhirnya memberikan kebebasan untuk saya meneruskan hobi ini,”katanya ketika ditemui selepas program tersebut. Majlis perasmian Program FIESTA Wau NEGAK Beautiful Terengganu 2023 disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah yang juga merupakan Ahli dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong. Tambah datuk kepada 15 cucu ini, selain sayangkan seni warisan bangsa, permainan tradisional ini turut menjadi sumber rezeki keluarga sejak dirinya berusia belasan tahun lagi iaitu sekitar tahun 60-an lagi. Sementara itu, Mohd Nor berkata semua pihak khususnya anak muda perlu mempunyai keinginan dalam diri untuk memartabatkan khazanah warisan bangsa ini. “Nasihat saya, ini adalah peninggalan nenek moyang kita yang harus dipertahankan. Paling tidak pun, jadikannya hobi untuk kita luangkan pada masa lapang supaya warisan ini sentiasa berkekalan.  “Pertandingan ini juga ternyata berjaya memupuk semangat kerjasama di kalangan masyarakat setempat yang berbilang kaum,” katanya
06 Jun 23
170
KMI Healthcare, PKENPs Tandatangan MoU Untuk Pembangunan Kesihatan di Perlis
KMI Healthcare, PKENPs Tandatangan MoU Untuk Pembangunan Kesihatan di Perlis
KUALA LUMPUR, 4 Jun – Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare) bahagian penjagaan kesihatan di bawah TDM Berhad dan Pembangunan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi pembangunan perkhidmatan kesihatan di Perlis. Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata usahasama dengan pihak PKENP ini bakal menjadi tanda aras kepada kerjasama yang berterusan antara dua negeri. "Dengan kepakaran dan kualiti perkhidmatan daripada pihak KMI Healthcare dan TDM Berhad ianya bukan sahaja dapat memenuhi permintaan dan menambah pilihan perkhidmatan perubatan dalam negeri. "Ia juga berupaya menjadikan satu mercu tanda baharu di Utara tanahair," ujarnya di Majlis menandatangani perjanjian itu di Mandarin Oriental Kuala Lumpur, semalam. MoU berkenaan turut disaksikan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, dan Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli. MoU tersebut adalah bagi meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan hospital swasta atau fasiliti kesihatan di Perlis yang akan ditentukan perinciannya selepas penyelidikan yang lebih rapi dilakukan oleh kedua-dua pihak. Sementara itu, Tuan Mohd Shukri berkata, hospital yang mesra ibadah ini mampu menarik ramai rakyat Perlis untuk mendapatkan rawatan di sini.  "Selain daripada memberi manfaat dari sudut kesihatan, saya juga mengharapkan peluang pekerjaan dapat disediakan khususnya buat warga Perlis.  "MoU yang termeterai pagi ini dapat menatijahkan hubungan yang erat di antara kedua negeri ini dan seterusnya paling penting menjadi antara pilihan utama rakyat Perlis dan penduduk sekitarnya dalam menerima penjagaan kesihatan," ujarnya lagi. Manakala Ketua Pengarah Eksekutif KMI Healthcare, Dr. Rayney Azmi Ali berkata, Perlis menjadi pilihan atas dasar permintaan masyarakat setempat dan juga saranan kerajaan negeri. "Di tambah lagi ianya adalah sebahagian dari pelan pembangunan strategik lima Tahun KMI Healthcare untuk memperkembangkan perniagaan kesihatan kami supaya lebih berdaya saing. “Dalam masa yang sama, KMI juga ingin mengimbangkan kedudukan hospital di jaluran Pantai Timur Malaysia, khususnya bandar-bandar utama seperti di Kuala Terengganu, Kuantan dan InsyaAllah di Kemaman dan juga Kelantan," katanya.
04 Jun 23
397
Gelombang Rakyat Pilih PN Berterusan
Gelombang Rakyat Pilih PN Berterusan
Gelombang rakyat memilih Perikatan Nasional (PN) tidak dapat dihentikan serta dihalang kerana pengundi akan terus memberi kepercayaan kepada gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.
04 Jun 23
196
Yayasan Terengganu Jalin Kolaborasi Dengan UMP
Yayasan Terengganu Jalin Kolaborasi Dengan UMP
Yayasan Terengganu (YT) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) semalam memeterai memorandum persefahaman (MOU) dan perjanjian bersama (MoA) bagi menjalin kolaborasi dalam bidang akademik dan pengantarabangsaan. 
04 Jun 23
104
TIS Seru Kebersamaan Realisasi Resolusi Persidangan
TIS Seru Kebersamaan Realisasi Resolusi Persidangan
Kerajaan Terengganu meletakkan setinggi pengharapan agar resolusi yang disepakati dalam Persidangan Antarabangsa Negeri Terengganu 2023 (TIS2023) dapat difahami dan diterjemahkan dalam realiti semasa.
04 Jun 23
104
Peruntukan RM5.05 Juta Naik Taraf Kampung Budaya Terengganu
Peruntukan RM5.05 Juta Naik Taraf Kampung Budaya Terengganu
 Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kewangan (MOF) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5.05 Juta untuk projek prasarana di Kampung Budaya Terenganu (KBT).
04 Jun 23
272
Remaja Ditemui Lemas Dalam Sungai
Remaja Ditemui Lemas Dalam Sungai
HULU TERENGGANU, 4 Jun - Remaja lelaki yang dikhuatiri lemas ketika  mandi-manda di Sungai Terengganu berhampiran Kampung Dusun di sini telah ditemui mati lemas pada Ahad. Mayat Muhammad Adam Shazwan Mokhtar, 15, dari Kampung Dusun di sini ditemui kira-kira jam 1.05 petang dalam keadaan terapung di kawasan Sungai di Kampung Temir kira-kira tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hasmerra Hassan, berkata mayat mangsa ditemui oleh orang kampung sebelum perkara itu dimaklumkan kepada pasukan keselamatan yang sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa. "Mayat mangsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. "Polis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Pertahanan Awam, Rela dan agensi-agensi lain  termasuk penduduk kampung yang turut serta membantu dalam operasi mencari mangsa sejak petang Jumaat," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan rumah mayat Hospital Hulu Terengganu di sini hari ini. Menurutnya lagi, susulan penemuan mayat mangsa, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan tepat jam 3 petang. Pada Jumaat lalu, seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas setelah dibawa arus deras ketika mandi-manda di Sungai Terengganu dekat Kampung Dusun. Dalam kejadian tersebut, mangsa, Muhammad Adam Shazwan Mokhtar, 15, dipercayai dihanyutkan arus deras ketika sedang berenang menyeberangi sungai tersebut bersama seorang rakan.
04 Jun 23
606
SAR Cari Remaja Dikhuatiri Lemas Masuk Hari Ketiga
SAR Cari Remaja Dikhuatiri Lemas Masuk Hari Ketiga
HULU TERENGGANU, 4 Jun - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki melayu yang dikhuatiri lemas memasuki hari ketiga diteruskan pada hari ini. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hasmerra Hassan, berkata operasi SAR berkenaan digerakkan dengan kekuatan 77 anggota dan pegawai polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan orang awam bagi mengesan remaja terbabit. Katanya, operasi yang memasuki hari ketiga hari ini menumpukan kawasan berlubuk berkedalaman lebih lima meter dan dipercayai lokasi mangsa berada. "Selain menggunakan khidmat dua ekor anjing pengesan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, kami juga menggunakan tiga jentera berat untuk menarik timbunan buluh hanyut  di kawasan berkenaan" katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian. Menurut Hasmerra, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa tersangkut pada tunggul kayu dan rimbunan buluh berdasarkan penggunaan kaedah anjing pengesan sejak semalam. Sementara itu, dalam kejadian sekitar jam 4.00 petang Jumaat lalu, seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Sungai Terengganu berhampiran Kampung Dusun. Dalam kejadian tersebut, mangsa, Muhammad Adam Shazwan Mokhtar, 15, dipercayai dihanyutkan arus deras ketika sedang berenang menyeberangi sungai tersebut bersama seorang rakan.
04 Jun 23
191
Terengganu Alukan Kedatangan Ulama, Cendekiawan ke Darul Iman
Terengganu Alukan Kedatangan Ulama, Cendekiawan ke Darul Iman
Kerajaan negeri mengalukan kedatangan alim ulama, ilmuwan dan cendekiawan ke bumi Terengganu bersempena program Terengganu International Summit (TIS) 2023. 
04 Jun 23
229