lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Bah di Terengganu Semakin Memburuk, Mangsa Meningkat
Bah di Terengganu Semakin Memburuk, Mangsa Meningkat
Situasi banjir di  Terengganu semakin buruk dengan pertambahan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).
28 Dec 23
83
Jumlah Mangsa Banjir Terengganu Mula Menurun
Jumlah Mangsa Banjir Terengganu Mula Menurun
KUALA TERENGGANU, 28 Disember- Jumlah mangsa banjir di negeri ini dilihat mula menurun kepada 6,281 berbanding 8,732 mangsa tengahari semalam. Berdasarkan data dikemas kini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu setakat 8 pagi ini, seramai 6,281 mangsa daripada 1,756 keluarga berlindung di 59 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah. “Dungun ketika ini mencatatkan paling ramai mangsa dengan 2,849 orang daripada 785 keluarga berada di 31 PPS. “Diikuti dengan seramai 1,666 mangsa daripada 497 keluarga berada di 10 PPS di Hulu Terengganu. “Sebanyak enam PPS dengan 843 mangsa daripada 231 keluarga pula berada di enam PPS di Kemaman,” katanya. Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Kuala Nerus mempunyai 401 mangsa daripada 108 keluarga di tiga PPS. Beliau berkata, seramai 210 mangsa daripada 55 keluarga berada di tiga PPS di Kuala Terengganu. “Sebanyak empat PPS yang menempatkan 125 mangsa daripada 30 keluarga di Setiu. “Marang pula masih mempunyai 121 mangsa daripada 31 keluarga berada di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang "Manakala di Besut, seramai 66 mangsa daripada 19 keluarga di PPS Dewan Terbuka Kampung Belaoh ,” katanya.
28 Dec 23
192
14 Jalan Terjejas Banjir Di Hulu Terengganu Ditutup
14 Jalan Terjejas Banjir Di Hulu Terengganu Ditutup
Sebanyak 14 jalan di daerah ini ditutup kepada kenderaan selepas tenggelam akibat banjir.
27 Dec 23
128
Banjir Hulu Terengganu: TNB Tutup Bekalan Elektrik di Dua Lokasi
Banjir Hulu Terengganu: TNB Tutup Bekalan Elektrik di Dua Lokasi
Susulan banjir buruk yang melanda Kampung Pengkalan Ajal, Ajil di sini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menutup bekalan elektrik di kawasan tersebut pada Isnin.
27 Dec 23
143
‘Saya Mahu Jaga Ibu’
‘Saya Mahu Jaga Ibu’
“Saya nak jaga ibu saya sebaik keluar dari sini,” itu tekad Adam (bukan nama sebenar), 17, salah seorang daripada 13 penghuni Asrama Akhlak (lelaki) Rusila di sini yang kini insaf atas perbuatan lalu.
27 Dec 23
55
PPS Terengganu Sedia Tampung 147,590 Mangsa Sekiranya Banjir Besar
PPS Terengganu Sedia Tampung 147,590 Mangsa Sekiranya Banjir Besar
27 Dec 23
58
JPBN Akan Selaras Operasi Pembersihan Pasca Banjir
JPBN Akan Selaras Operasi Pembersihan Pasca Banjir
KUALA TERENGGANU, 27 Disember- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu akan menyelaras operasi pembersihan pasca banjir di kawasan-kawasan terkesan negeri ini. Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja berkata, tindakan pasca banjir meliputi bantuan pembersihan kediaman dan tempat-tempat awam, aktiviti pembersihan sekolah yang digunakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) serta tindakan pemulihan perkhidmatan asas. “Apabila situasi banjir mulai surut di beberapa kawasan yang memerlukan tindakan pasca banjir, sebagaimana biasa semua agensi terlibat bersiap sedia untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan.  “Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) turut di arah untuk bersiap siaga, di peringkat urusetia kita akan mengatur semua pasukan untuk kerja-kerja pembersihan terutamanya di permis kerajaan termasuk sekolah, pejabat dan sebagainya,” ujarnya kepada pemberita selepas meninjau operasi Bilik Gerakan Bencana Negeri, hari ini. Beliau yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, proses penghantaran bantuan makanan kepada mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) ketika ini turut berjalan lancar. “Setakat ini, saya tidak menerima sebarang aduan mengenai dakwaan mangsa banjir tidak menerima bantuan makanan dan sebagainya, jadi dari segi bekalan makanan tidak ada masalah,” ujarnya. Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan, setakat pukul 12 tengahari ini, jumlah mangsa yang masih berada di PPS menurut kepada 8,732 berbanding 10,643 mangsa tengahari semalam. Manakala 98 PPS masih dibuka bagi menampung 2,503 keluarga di  semua daerah negeri ini.
27 Dec 23
168
PMINT Dan Anak Syarikat Nadi Penggerak Ekonomi Negeri
PMINT Dan Anak Syarikat Nadi Penggerak Ekonomi Negeri
PMINT dan anak-anak syarikat kumpulannya kini diberi kepercayaan tinggi sebagai salah satu nadi penggerak ekonomi negeri.
27 Dec 23
156
Penjawat Awam Perlu Jauhi Perasaan Hasad Dengki
Penjawat Awam Perlu Jauhi Perasaan Hasad Dengki
Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja menyeru penjawat awam menjauhi perasaan hasad dengki antara satu sama lain agar tidak terganggu tugas hakiki untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
27 Dec 23
71
Lelaki Goda Isteri Orang Boleh Dipenjara 3 Tahun di Terengganu
Lelaki Goda Isteri Orang Boleh Dipenjara 3 Tahun di Terengganu
27 Dec 23
70