Artikel "Semasa" Terkini
80,000 Rakyat Meriahkan Program Indahnya Hidup Bersyariat
Kemuncak acara Program Indahnya Hidup Bersyariat telah dihadiri kira-kira 80,000 rakyat Terengganu sekali gus mencipta fenomenanya yang tersendiri.
01 Jan 24
160
Banjir Gelombang Ketiga Pulih Sepenuhnya, Semua PPS Ditutup
Banjir gelombang ketiga di Terengganu pulih sepenuhnya apabila sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di daerah Kuala Nerus ditutup secara rasmi.
01 Jan 24
88
Kem Anak Soleh di 15 Buah Masjid Tahun Ini
Kem Anak Soleh (KASEH) 11.0 akan diadakan di 15 buah masjid di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam mulai tahun Ini.
01 Jan 24
271
Terengganu Terus Semarak Kempen Indahnya Hidup Bersyariat
Kerajaan negeri mahu terus menyemarakkan slogan 'Indahnya Hidup Besyariat' sebagai moto bagi meninggikan agenda pemerkasaan syariah.
01 Jan 24
95
Lautan Manusia Banjiri Ceramah Agama Malam Tahun Baharu Terengganu
Lautan manusia membanjiri ceramah agama bersempena Ambang Malam Tahun Baharu 'Indahnya Hidup Bersyariat' Peringkat negeri Terengganu.
01 Jan 24
149
Banjir Gelombang Ketiga Pulih Sepenuhnya, Semua PPS Ditutup
KUALA TERENGGANU, 31 Disember- Banjir gelombang ketiga di Terengganu pulih sepenuhnya apabila sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di daerah Kuala Nerus ditutup secara rasmi jam 2 petang tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT), PPS tersebut adalah Dewan Serbaguna Taman Perumahan Wakaf Tengah yang sebelum ini menempatkan enam mangsa daripada sebuah keluarga.
“Enam sekeluarga tersebut sebelum ini berlindung di PPS berkenaan ekoran kawasan rumah mereka di Kampung Mengabang Telong, Kuala Nerus mengalami hakisan pantai pada 25 November lalu,” ujar kenyataan itu.
Terdahulu katanya, dua PPS di Dungun iaitu dewan Masjid Serdang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pati, Dungun, ditutup secara rasmi jam 9 pagi ini.
" Seramai 112 mangsa daripada 33 keluarga yang berlindung di dua PPS berkenaan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing," ujarnya.
Banjir gelombang ketiga yang berlarutan sejak lapan hari lalu telah menjejaskan lebih 10,000 mangsa di semua lapan daerah di Terengganu.
Bagaimana pun JPBNT memaklumkan pihaknya sentiasa bersiap siaga menghadapi banjir gelombang yang seterusnya memandangkan musim Monsun Timur Laut masih belum berakhir.
31 Dec 23
132
Tiada Kes Curi Libatkan Mangsa Banjir
KUALA TERENGGANU, 27 Disember - Polis tidak menerima sebarang laporan kecurian mahupun kehilangan harta benda di setiap rumah penduduk yang terjejas banjir.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, sepanjang tempoh penduduk terjejas banjir berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di samping anggota pasukan keselamatan mengiatkan rondaan.
"Sekiranya ada sebarang kecurian atau kehilangan harta dan sebagainya boleh membut laporan di balai polis berdekatan," ujarnya.
Beliau berkata demikian sebagaimana dilaporkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) ketika ditemu bual menjadi tetamu secara langsung dalam siaran Berita Wilayah, di sini, semalam.
Dalam pada itu Mazli yakin tiada sebarang aduan kejadian jenayah kerana pemantauan melalui rondaan yang sering diadakan.
"Kita percaya selama kejadian banjir ini, kita tidak mendapat sebatang aduan berkaitan rumah yang kena pecah masuk dan sebagainya.
"Kerana pihak polis sentiasa membuat rondaan di kawasan-kawasan yang terkena banjir," katanya.
28 Dec 23
147
Ustaz Abdul Somad Kembali Gegarkan Bumi Terengganu Malam Esok
KUALA TERENGGANU, 28 Disember - Pendakwah terkenal, Ustaz Abdul Somad akan kembali mengegarkan bumi Terengganu melalui program 'Indahnya Hidup Bersyariat': Bicara Daie Ummah Nusantara.
Program berkenaan dijangka akan mengulangi semula kejayaan program Himpunan Daie Ummah Nusantara Sejahtera yang turut menampilkan tokoh agamawan dari negera seberang itu dengan mencatatkan kehadiran lebih 50,000 pada waktu itu.
"Dijemput semua warga negeri Terengganu untuk hadir ke program tersebut sempena ambang tahun baru 2024 pada 29 Disember (esok), jam 9 malam di Dataran Shahbandar Kuala Terengganu.
"Semoga malam yang bermakna ini akan terlaksana dan menjadi sejarah bagi menyatakan rasa cinta dan' 'support' kepada majlis ini dan (menunjukkan) solidariti kepada saudara (Islam) kita yang ada di Palestin, pakat maghi ramai-ramai," ujar Ustaz Abdul Somad.
Beliau berkata demikian melalui video ringkasnya yang dimuat naik, di platform media sosila, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, program berkenaan akan turut diserikan dengan 'Santai Maghrib Bersama Murabbi Ummah, Ustaz Azhar Idrus'.
Selain itu pelbagai acara yang akan diadakan bagi memeriahkan program tersebut bermula dari pagi sehingga ke malam.
Antaranya ialah, Deklamasi Sajak Sempena Solidariti Palestine yang akan disampaikan oleh Ustaz Abu Bakar Home Dakwah, Karnival Makanan Halal, Solat Hajat Solidariti Palestine dan Pertahankan Syariat.
Pada sebelah petang akan turut menampilkan Ikon Anak Muda Terengganu yang akan menampilkan pelumba cilik yang mencipta nama di peringkat antarabangsa, Qabil Irfan Azlan dan Pemain Pasukan Terengganu FC (TFC), Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili serta penampilan isterime, Ustaz Hanafiah Abdul.
Selain itu, akan turut diselittkan dengan acara yang sering dinanti-nantikan oleh anak muda di negeri ini iaitu Konvoi Daie bersama Ikon permotoran dimana Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) menjadi lokasi peserta berhimpun dan menunaikan solat Asar secara berjemaah.
Di samping itu, t-shirt percuma yang terhad 300 helai akan diberikan kepada peserta konvoi serta pelbagai cabutan bertuah yang menarik menanti.
28 Dec 23
1042
'Sedih Sangat, Banyak Harta Benda Musnah'
HULU TERENGGANU, 28 Disember - "Tak tau nak cakap apa perasaan kami sekeluarga setiap kali banjir besar...harta benda banyak yang musnah, sedih sangat," luah seorang mangsa banjir dari Kampung Batu 23, Kuala Berang, di sini.
Rozianah Jusoh, 52, berkata sejak menetap di situ, dia sentiasa berhadapan dengan banjir saban tahun dan tiga kali dilanda banjir besar yang hampir menenggelamkan rumahnya.
"Pada akhir Disember 2021, rumah saya hanya nampak bumbung tapi pada awal Februari 2022, hampir semua rumah kawasan kami tenggelam ketika itu.
"Semua harta benda rosak tak dapat diselamatkan termasuk sarang kelulut yang bernilai lebih RM15 ribu...sampai hari ini masih segar peristiwa tersebut," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di PPS OKB, Kampung Batu 23, hari ini.
Tambahnya, pada banjir gelombang ketiga kali ini, keadaan hampir sama dengan apa yang berlaku pada Disember 2021, hanya bumbung sahaja kelihatan.
"Memang ada bina para besi tapi memandangkan air naik tinggi jadi tak tau apa keadaan dalam rumah sekarang sebab sehingga hari ini masih tidak ada peluang untuk balik memjenguk rumah lagi,"ujarnya.
Sementara itu, Natrah Mat, 47, yang juga mengalami nasib sama turut berkongsi cerita bagaimana dinding rumah dan lantai tercabut akibat arus deras.
"Semalam sempat jenguk rumah, memang terasa sedih bila tengok keadaan rumah apabila ada dinding dan lantai tercabut sama seperti yang berlaku pada banjir besar awal Februari 2022.
"Redha dan pasrah jika terpaksa buang semua barang yang rosak akibat banjir tapi dalam hati sebenarnya saya penat mental dan fizikal apabila ditimpa bencana ini," katanya.
28 Dec 23
214
14 Stesen Aras Air Di Terengganu Lepasi Baras Bahaya
Sebanyak 14 Stesen di 11 sungai Terengganu masih melepasi paras bahaya setakat 8 pagi ini susulan hujan berterusan sejak Jumaat lepas.
28 Dec 23
61