lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Sabasun Tambah Cawangan Baharu di Dungun
Sabasun Tambah Cawangan Baharu di Dungun
Pasar raya milik anak Terengganu, Sabasun akan membuka cawangan baharunya yang ke-enam di Tapak Pasar Malam Dungun.
20 Feb 24
239
Sabasun 'Buang' 100 Peratus Produk Berkait Israel
Sabasun 'Buang' 100 Peratus Produk Berkait Israel
Sabasun bertegas untuk memboikot sepenuhnya segala produk dan barangan berkait negara haram Israel bermula Mac ini.
20 Feb 24
145
Beras Madani : Kerajaan 'Kluk Klek', Rakyat Jadi Mangsa
Beras Madani : Kerajaan 'Kluk Klek', Rakyat Jadi Mangsa
 Kenyataan yang saling bercanggah dalam isu utama negara terutama melibatkan sumber makanan ruji negara seperti beras tidak boleh diterima sama sekali.
20 Feb 24
151
Sabasun Tambah Cawangan Baharu di Dungun
Sabasun Tambah Cawangan Baharu di Dungun
DUNGUN, 18 Februari - Pasar raya milik anak Terengganu, Sabasun akan membuka cawangan baharunya yang ke-enam di Tapak Pasar Malam Dungun. Pengurus besarnya, Che Salmi Che Ibrahim berkata, beliau memilih untuk membuka di daerah terbabit kerana menerima permintaan yang tinggi daripada penduduk Dungun. "Juga merupakan hasrat kita sejak tujuh tahun yang lalu, jadi alhamdulillah baru sekarang kita mendapat tempat yang sesuai dan saya ingin memberikan penghargaan yang besar kepada Majlis Perbandaran Daerah Dungun. "Tempat untuk Sabasun bertapak di Dungun di atas tanah seluas 15,000 kaki persegi ini sangat strategik. "Insya-Allah kita jangka akan beroperasi pada pertengahan September ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Majlis Solat Hajat dan Pecah Tanah Sabasun yang disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah hari ini. Mengulas lebih lanjut Che Salmi berkata, berkonsepkan 'Hyper Runcit Mini Market' seramai 120 orang warga tempatan akan diambil untuk bekerja. "Harapan kami di pihak Sabasun juga agar rakyat Terengganu terus mendokong dan menyokong aspirasi perjuangan membela rakyat yang berada di negara peta luka umat Islam terutamanya Palestin," katanya. Dalam pada itu, Wan Sukairi berharap agar pembinaan Sabasun itu akan berjaya disiapkan mengikut jadual agar rakyat di daerah ini dapat menikmati produk serta barangan yang berkualiti pada harga berpatutan. "Pihak kerajaan negeri sangat mengalu-alukan pembukaan cawangan baharu ini kerana selama ini Sabasun telah memberi peluang kepada rakyat Terengganu untuk bekerja. "100 peratus tenaga kerjanya merupakan anak jati negeri Terengganu. "Kerana itu pihak kerajaan negeri membantu memudahkan Sabasun untuk mendapat tempat ini, kerana secara automatiknya juga membantu rakyat Terengganu yang sekarang telah mencecah ribuan orang yang telah berkhidmat atau bekerja dengan pihak Sabasun. "Dalam masa yang sama semua pekerja yang merupakan anak jati negeri Terengganu ini sangat dijaga kebajikan mereka oleh pihak Sabasun," ujarnya.  
18 Feb 24
3396
30 Tahun Sabasun Bertapak, 300 Usahawan IKS Terengganu Terima Manfaat
30 Tahun Sabasun Bertapak, 300 Usahawan IKS Terengganu Terima Manfaat
DUNGUN, 19 Februari - Kerajaan negeri sangat menghargai peranan yang dimainkan Sabasun selama ini kerana selama menjalankan aktiviti perniagaan sejak 30 tahun yang lalu telah memberi manfaat kepada lebih 300 usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) dari negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, selama tempoh berkenaan dilihat aktiviti perniagaan dijalankan oleh pihak Sabasun bukan hanya menguntungkan syarikatnya sahaja tetapi telah membantu ramai rakyat negeri ini. "Sabasun telah memberikan sumbangan yang besar kepada rakyat dengan memberi peluang kepada mereka yang terlibat dalam industri IKS ini. "Sehingga ramai orang kampung yang boleh menghantar barangan mereka ke pasaraya ini, bukan sedikit jumlah mereka yang terlibat tetapi ramai melalui dan menjadi platform untuk bergantung yang memberii impak ekonomi kepada rakyat negeri ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Solat Hajat dan pecah Tanah Sabasun Dungun, di sini, hari ini. Dalam pada itu Pengurus Besar Sabasun, Che Salmi Che Ibrahim berkata sehingga kini melalui 300 usahawan IKS lebih 2000 produk telah dihasilkan dengan memberikan pulangan pendapatan yang lumayan iaitu RM2.5 juta sebulan. "Sehingga kini menjadi satu-satunya pasar raya yang tidak mengenakan sebarang caj tambahan, asalkan kualiti bertepatan dan memenuhi citarasa untuk usahawan Terengganu berdikari dan terus maju," katanya. Ujarnya lagi, pihaknya sangat mengalu-alukan jika ada mana-mana pihak yang ingin meneroka peluang menghasilkan produk baru ataupun sedia ada untuk dipasarkan di pasar rayanya itu. "Dengan syarat perlu mendaftar di Sabasun Wakaf Tembesu dan setiap barangan itu akan melalui pemeriksaan untuk dipastikan berkualiti sebelum diedarkan di seluruh cawagan," ujarnya.
18 Feb 24
532
Sabasun 'Buang' 100 Peratus Produk Berkait Israel
Sabasun 'Buang' 100 Peratus Produk Berkait Israel
DUNGUN, 18 Februari - Sabasun bertegas untuk memboikot sepenuhnya segala produk dan barangan berkait negara haram Israel bermula Mac ini. Pengurus besarnya, Che Salmi Che Ibrahim berkata, ia termasuk produk daripada jenama Nestle yang tidak akan dijual lagi. Ujarnya, Sabasun telah memulakan kempen boikot barangan Israel sejak 2002 secara berperingkat bermula dengan menghentikan penjualan minuman coca- cola dan Pepsi sebelum memboikot barangan lain yang memberikan keuntungan kepada zionis Israel "Bermula 1 Mac ini akan boikot 100 peratus termasuk barangan Nestle yang sebenarnya berpengkalan di Switzerland namun malangnya mereka melabur dengan begitu banyak kepada Israel. "Kita pernah menghantar surat kepada ibu pejabat Nestle di Switzerland bermula tahun 2006 hingga 2009 agar mengeluarkan pelaburan mereka agar tidak lagi terlibat secara langsung dengan negara haram terbabit tetapi pada tahun 2016 mereka menambah saham mereka menjadi 100 peratus," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Solat Hajat dan Pecah Tanah Sabasun Dungun, di Tapak Pasar Malam, di sini, hari ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah. Mengulas lebih lanjut, Che Salmi menegaskan pihaknya tidak akan memenuhi lagi permintaan pelanggannya yang masih lagi bergantung harap kepada beberapa produk daripada jenama Nestle. "Kita tidak pernah melihat pada peradaban moden ini sebarang bentuk kezaliman yang begitu kejam sebagaimana dilakukan Israel terhadap lebih 30 ribu nyawa orang awam termasuk 12,000 kanak-kanak. "Mereka tanpa segan silu melakukan kedurjanaan ini, tidak pernah kenal undang-undang antarabangsa, hak kemanusiaan dan undang-undang perang walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan lebih 200 amaran namun tidak diendahkan," ujarnya. Dalam pada itu katanya, pihak Sabasun mengharapkan agar rakyat terus menderma melalui tabung Palestin yang dikhaskan di Sabasun dan terus mendoakan Palestin di samping bertekad akan memboikot sepenuhnya segala barangan berkait Israel. "Teruskan bercakap mengenai isu yang berlaku di Gaza ini agar tidak mati sebegitu sahaja, jangan ulangi sebagaimana yang pernah berlaku suatu waktu dahulu hampir tidak ada yang mengambil peduli mengenai apa yang terjadi di Palestin. "Dengan berlakunya taufan Al-Aqsa ia kembali membangkitkan masyarakat dunia, teruskan berdialog, berpidato agar Palestin akan sentiasa ada dalam hati kita, insya-Allah," ujarnya.
18 Feb 24
4160
TFC Terima Penajaan Rimba Razia RM500,000
TFC Terima Penajaan Rimba Razia RM500,000
Pasukan Bola Sepak, Terengganu FC (TFC) menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM500,000 daripada Rimba Razia Petting Zoo.
18 Feb 24
172
110 Kanak-kanak Batu Rakit Berkhatan Beramai-ramai
110 Kanak-kanak Batu Rakit Berkhatan Beramai-ramai
KUALA NERUS, 17 Februari - Seramai 110 orang peserta terdiri daripada kanak-kanak berumur lima hingga 13 tahun menyertai program Khatan Perdana Peringat DUN Batu Rakit 2024. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, program yang menjadi tradisi saban tahun itu mendapat sokongan menggalakkan daripada ibu bapa. Katanya, program tersebut mendapat sambutan sangat luar biasa dengan penyertaan yang cukup ramai dan meriah. "Baru buka penyertaan sudah ramai mula mengisi penyertaan sampai penyertaan lebih pada yang kita jangkakan. “Bahkan kita belum pun menyebar luas maklumat kepada umum mengenai program ini, tetapi penyertaan sudah pun penuh. “Memang tempoh waktu yang sesuai dengan cuti sekolah hujung tahun program sebegini diadakan,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika selepas merasmikan pada Program Khatan Perdana di Masjid Mengabang Telipot disini hari ini. Tambah beliau, khatan beramai-ramai merupakan acara tahunan pihaknya bagi meringankan beban keluarga kurang berkemampuan. Ujar beliau, kerjasama semua pihak bagi menjayakan program itu sangat dihargai. “Tahniah pihak penganjur Majlis Tindakan DUN Batu Rakit dengan kerjasama dari penyediaan tempat, Masjid Mengabang Telipot dan Bomba Kuala Nerus yang menjayakan program ini dengan baik," katanya.
17 Feb 24
89
200 Rakyat Terengganu Berpeluang Kerja Dengan Sony
200 Rakyat Terengganu Berpeluang Kerja Dengan Sony
KUALA NERUS, 16 Februari - Sony EMCS Malaysia Sdn. Bhd. menawarkan peluang pekerjaan kepada lebih 200 anak muda negeri ini yang berusia tidak lebih 35 tahun untuk bekerja dengan syarikat terkemuka dunia dari Jepun. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman berkata, temuduga untuk rakyat negeri ini bekerja di syarikat berkenaan bermula semalam sehingga 19 Februari ini membabtikan tiga daerah, Kuala Nerus, Besut dan Setiu. Katanya, syarikat tersebut bersetuju membuka peluang pekerjaan bagi rakyat negeri ini setelah kunjungan hormat oleh pihak Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (THRDC). "Saya meharapkan supaya ramai lagi datang di Pusat Cari Kerja di Jalan Lapangan Terbang ini di mana hari ini (semalam) dan esok (hari ini) diadakan temuduga secara 'outreach' di sini sebelum ke Besut dan Setiu. "Syarikat Sony ini menyediakan pelbagai inisiatif yang menarik dengan menyediakan penginapan yang kondusif, menyediakan bas untuk menghantar kesemua yang berjaya ditemuduga ini selain akan menyediakan bas untuk pulang dan pergi menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti. "Tawaran gaji yang diberikan juga cukup menarik dengan menyediakan elaun asas yang sangat tinggi sesuai dengan keadaan semasa, melalui taklimat yang diberikan tadi saya melihat peluang untuk melakukan pekerjaan lebih masa ada jika dicampur gaji asas berserta elaun yang lain boleh mencecah RM3,000," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) semasa menghadiri Walkabout Outreach Kerjaya di THRDC ( Pusat Cari kerja Lapangan Terbang Sultan Mahmud), di sini, semalam. Turut Hadir Pegawai Eksekutif (CEO) THRDC, Aminuddin Omar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Sr Zaharuddin Zahid. Mengulas lebih lanjut Ariffin berkata walaupun pada permulaan syarikat tersebut hanya menawarkan perkhidmatan sebagai Operator Pengeluaran namun peluang untuk naik pangkat dan diserap ke bahagian yang lebih baik bagi menempatkan diri di Sony EMCS itu ada. "Jika untuk menjadi operator pengeluaran ini hanya melalui sijil PMR, namun dengan memiliki SPM, Diploma dan Ijazah jika didapati bekerja dengan baik semasa menjadi operator di masa akan datang akan ditawarkan ke jawatan yang lain. "Ini  merupakan peluang yang sangat baik untuk bekerja dengan syarikat bertaraf antarabangasa yang berpengalaman dalam mengeluarkan barangan elektronik berasal dari Jepun," katanya. Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri melalui THRDC akan terus merintis kerjasama dengan mana-mana majikan dalam negara ini bagi memastikan lebih ramai rakyat negeri ini mendapatkan pekerjaan. "Program secara 'outreach'  ini kita akan terus lakukan bertemu seramai mungkin bertemu dengan mana-mana majikan yang ingin mencari pekerja," ujarnya.    
16 Feb 24
7184
Terengganu Hijab Day Bukan Sekadar Program
Terengganu Hijab Day Bukan Sekadar Program
SETIU, 16 Februari - Penganjuran Terengganu Hijab Day (THD) bukan sekadar program berhijab atau bertudung tetapi mendidik masyarakat ke arah kebaikan. Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, semua pihak sama ada ibu bapa, masyarakat dan kerajaan memainkan peranan penting dalam memastikan agenda itu berjaya dijalankan. "Tahniah kepada pihak penganjur NISA' Setiu atas program yang dijalankan pada hari ini dengan bersama turun padang menggerakkan kempen Terengganu Hijab Day pada hari ini. "Dalam masa yang sama, kita semua sedang menjalankan kerja-kerja dakwah kepada masyarakat sebagaimana yang disuruh dalam Islam Amar Maaruf Nahi Mungkar," katanya ketika berucap pada majlis ringkas THD peringkat kawasan Setiu di Pasar Tani Pantai Rhu 10. Hadir sama Pegawai Agama Daerah Setiu, Mohd Shaharuddin Zainal. Dalam pada itu, turut diadakan soal jawab kuiz, edaran risalah dan agihan belon khas sempena THD 2024. Kemuncak sambutan THD akan diadakan pada 22 Februari nanti bertempat di Ar-Riyadah Residence, Majlis Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus yang akan dirasmikan oleh Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah negeri.
16 Feb 24
385