Artikel "Komuniti" Terkini
60 Penerima Bersyukur Terima Bantuan Bakul Makanan
HULU TERENGGANU, 26 NOVEMBER - 60 penerima bantuan bakul makanan menarik nafas lega apabila menerima sumbangan daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) dan orang perseorangan yang diselaras oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Ajil.
Rata-rata mereka melafazkan rasa syukur dan terharu atas pemberian bantuan itu.
Seorang warga emas, Harun Ahmad, 61, berkata, bantuan itu amat bermakna baginya dan beliau berterima kasih kepada pihak yang memberi sumbangan.
“Allah sahaja mampu membalas jasa semua pihak yang datang sampaikan bantuan kepada saya.
“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang menghulurkan bantuan kerana membantu rakyat yang kurang berkemampuan seperti kami” katanya ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) pagi tadi.
Perasaan sama dikongsikan Munah Ali, 77, yang berharap lebih banyak bantuan seperti itu disalurkan kepada individu memerlukan pada masa akan datang.
“Syukur Alhamdulillah dengan rezeki diberikan. Semoga pihak yang memberi bakul makanan ini dilimpahkan rezeki dan dikurnia kesihatan berterusan,” katanya yang menetap di Kampung Betong.
Bagi Zamilah Sulaiman, 49, berkata, bakul makanan ini sangat membantu dirinya dalam meringankan beban memandangkan dia seorang ibu tunggal dan hanya bekerja sebagai buruh ladang dengan pendapatan RM 700 sebulan.
“Saya ucap terima kasih serta bersyukur kepada Allah atas bantuan ini kerana Bakul Makanan ini menjadi penyelamat bagi menampung perbelanjaan dapur,” katanya.
Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bukan sekadar membantu kerajaan, tetapi lebih utamanya adalah menjadi tulang belakang kepada golongan yang memerlukan dan menyokong mereka dalam bentuk pek makanan dalam membantu rakyat kesusahan yang memanfaatkan ribuan isi rumah.
"Peranan yang dilaksanakan oleh NGO ini adalah serentak dengan tanggungjawab menyelaraskan bantuan bakul makanan kepada golongan sasar selain tambahan kepada bantuan bakul makanan yang disalurkan oleh kerajaan," ujar beliau.
26 Nov 21
1202
200 Kaum Hindu Jabor Perasing Diraikan
KEMAMAN, 22 Nov - Kira-kira 200 orang kaum beragama Hindu diraikan dalam satu majlis sambutan perayaan Deepavali yang telah berlangsung di Ladang Jabor Perasing, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, beliau merasa bersyukur kerana dapat mengadakan program sedemikian bagi meraikan kaum Hindu.
"Syukur dengan izin-NYA, saya hari ini dapat bersama-sama dengan anda semua yang baru sahaja bergembira menyambut Deepavali bersama keluarga dan sanak-saudara. Kami mengharapkan anda semua dapat menjalani kehidupan yang baik agar dapat mencapai kebahagiaan bersama.
"Seiring dengan semangat dan aspirasi Keluarga Malaysia, kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Bulan Keluarga Kebangsaan yang disambut pada November setiap tahun bakal dikenali sebagai Bulan Keluarga Malaysia,"ujarnya.
Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai berkata demikian ketika merasmikan program itu.
Katanya lagi, Bulan Keluarga Malaysia 2021 akan memfokuskan nilai pengkayaan Keluarga Malaysia iaitu K.A.S.I.H. yang merangkumi kasih sayang, akhlak atau peribadi mulia, sihat fizikal dan mental, berilmu serta harmoni sebagai nilai yang perlu ada dalam setiap ahli keluarga.
Dalam majlis itu, kerajaan negeri turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan dapur penerima yang hadir. Majlis dimeriahkan lagi dengan jamuan dan cabutan bertuah.
Turut bersama ADUN Air Putih, Razak Ibrahim, Pegawai Khas (Hal Ehwal Bukan Islam) Menteri Besar Terengganu, Dr. Balachandran Gopal Krishnan dan Pengarah Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT), Ustaz Ramlan Mahmood dan lain-lain.
22 Nov 21
452
NASIB PERANTAU TERBELA,TIDAK DIPINGGIR
21 Nov 21
361
Berpuluh Tahun Cuci Baju Guna Tangan, Keluarga Pekebun Dibantu
SETIU, 18 November - Seorang pekebun tepi rumah, Che Nik Ibrahim meluahkan perasaan terharu apabila menerima sumbangan mesin basuh daripada Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail
Katanya, berpuluh tahun sebelumnya, dia terpaksa membasuh pakaian hanya dengan menggunakan kudrat sendiri untuk keluarganya kerana tidak mampu membeli sebuah mesin mencuci.
“Saya gembira di atas pemberian ini dan sangat bersyukur, sebelum ini saya hanya membasuh baju dengan tangan sahaja di luar rumah.
"Terima kasih atas keprihatinan Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit dan Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung disini,” katanya yang juga ibu kepada seorang anak Orang Kurang Upaya (OKU).
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika diziarahi Pegawai Penyelaras DUN berkenaan untuk menyampaikan bantuan berkenaan, di kediamannya baru-baru ini.
Shafizi memaklumkan selain menyampaikan bantuan mesin basuh berkenaan, rumah penerima berkenaan juga baru sahaja dibalik pulih melibatkan ruang tamu dan bilik tidur.
"Saya berharap dengan sumbangan ini akan meringankan beban atau urusan keluarga,” ujarnya.
Katanya tindakan yang diambilnya dalam menggembirakan rakyat di DUN tersebut setelah menerima aduan daripada Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) Kampung Maras Hilir yang menyatakan ada seorang pekebun yang juga merupakan suri rumah memerlukan bantuan mesin basuh.
"Dengan syarat-syarat yang dipenuhi, kami menyerahkan sebuah mesin basuh dengan segera untuk kegunaan hariannya sekeluarga,” katanya.
18 Nov 21
72
LEBIH 19 RIBU WARGA EMAS TERIMA RM300 AKHIR BULAN INI
17 Nov 21
50
KERAJAAN TELITI PELAKSANAAN VAKSIN TERHADAP KANAK KANAK
16 Nov 21
35
250 MAT MOTOR JELAJAH KE KENYIR, MADRASAH
16 Nov 21
168
Lebih 19 Ribu Warga Emas Terima RM300 Akhir Bulan Ini
KUALA TERENGGANU, 15 November – Kerajaan Negeri bakal merealisasikan satu lagi manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan menyalurkan Pemberian Pencen Rakyat Warga Emas kepada 19,230 orang penerima pada 21 November ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, pelaksanaan manifesto itu pada tahun ini hanya melibatkan suku kedua, bermula Jun sehingga Disember atau sebanyak RM300.
“Pada tahun 2022, kerajaan meluluskan RM13 juta bagi menampung lebih ramai penerima dengan jumlah sebanyak RM600 seorang.
“Lebih 19 ribu penerima adalah hasil daripada 20,560 ribu permohonan diperoleh pada 31 Disember tahun lepas.
“Antara syaratnya adalah warga emas berusia 60 tahun yang bukan penerima pencen dan bantuan daripada agensi kerajaan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Terengganu (Maidam), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan lain-lain,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa ditemu bual Urus setia Penerangan Darul Iman, di Wisma Darul Iman, hari ini.
Dalam pada itu, kerajaan negeri turut mengumumkan Pusat Integrasi Sosial Warga Emas (PISWE) serta pusat jagaan harian warga emas muslimah, Baitul Ummi peruntukan sebanyak RM500 ribu, bagi membela nasib warga sasar tersebut.
15 Nov 21
1639
250 'Mat Motor' Jelajah Ke Kenyir, Madrasah
HULU TERENGGANU, 13 November – Kerajaan negeri meraikan seramai 250 penunggang motosikal sempena program Jelajah Ilmuan 'Ride To Kenyir' bagi meningkatkan semangat warga belia serta melawat pusat-pusat ilmu, di sini.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, acara tersebut melibatkan jarak lebih 100 kilometer dengan penyertaan dari seluruh daerah dalam negeri.
“Kita turut menjelajah ke pusat ilmu pendidikan agama di daerah ini seperti Madrasah Darul Ansar, Madrasah Darul Zahra dan Maahad Tahfiz Asy-Syatibi.
“Pihak saya mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada setiap pusat ilmu dikunjungi sebagai suntingan pembangunan buat madrasah di sini.
“Antara pengisian juga adalah lawatan ke Pulau Herba di Tasik kenyir, saya melihat banyak potensi boleh dibangunkan daripada herba-herba tempatan dari segi aspek kajian saintifik terutamanya buat MOSTI,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa program Jelajah Ilmuan ‘Ride to Kenyir’ di Madrasah Darul Ansar, Kampung Basung, petang tadi.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengarah Urus setia Belia Sukan dan NGO Terengganu (UBSNT), Mohd Nasir Abd Razak dan Pengarah Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT), Ramlan Mahmood.
Tambah Amzad, beliau turut mengingatkan warga muda termasuk masyarakat bahawa negeri tidak akan kekal selamat dari segi penularan COVID-19 jika Prosedur Operasi Standard (SOP) tidak terus dipatuhi.
“Kita baru sahaja berpindah kepada Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) Oktober lalu, oleh itu kita perlu kekal mengambil langkah menjaga keselamatan diri dan keluarga," katanya.
13 Nov 21
885
Tiga PPS Seberang Takir Tanda Kesiapsiagaan Hadapi Banjir
KUALA NERUS, 9 November – Tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS) telah disediakan di Seberang Takir bagi menempatkan mangsa banjir menghadapi musim tengkujuh yang dijangka bermula pada hujung bulan ini.
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab ketika membuat tinjauan berkata, persiapan rapi telah dibuat pelbagai pihak dan agensi di ketiga-tiga PPS sebagai persediaan menanti segala kemungkinan.
“Pada tahun ini, logistik sedikit berbeza kerana semua PPS akan menyediakan bilik khas bagi mangsa bergejala atau positif COVID-19.
“Mereka yang terkesan akan dikuarantinkan ke bilik rawatan khas ini atau ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).
“Saya berpuas hati dengan persediaan yang dibuat, terima kasih pihak sekolah yang memberi kerjasama yang baik dalam menghadapi sebarang potensi pada masa hadapan,” ujarnya lagi
Buat guru yang mengendali salah sebuah PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Seberang Takir, Mohd Zuki Muda, persediaannya melibatkan dua buah kelas setakat ini dengan setiap kelas mampu memuatkan sehingga enam buah khemah.
“Kita mengharapkan apabila berlaku nanti, pihak terlibat seperti RELA, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan warga guru yang bertugas akan segera bertindak segera berdasarkan peranan masing-masing.
"Jangkaan kami adalah kesan banjir tahun ini akan menjadi sama dengan tahun lalu, Insya-Allah dengan kapasiti sedia ada in kita mampu tangani walaupun masih berdepan dengan pandemik," jelasnya.
Antara dua lagi lokasi PPS tersebut adalah di SK Seberang Takir dan SK Tok Jembal.
09 Nov 21
301