lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Khatan Percuma Ringankan Beban Kos Ibu Bapa
Khatan Percuma Ringankan Beban Kos Ibu Bapa
KUALA NERUS, 15 Disember - Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir mengambil usaha tepat dengan Program Khatan Percuma di klinik swasta terpilih melibatkan seramai 28 orang peserta bagi meringankan beban ibu bapa. Menurut seorang bapa, Mohd Sabri Muhammad, 45, berkata, dia bersyukur kerana anjuran tersebut diadakan dengan anaknya menyertai sebagai peserta serta terharu kerana golongan keluarga kurang berkemampuan terus mendapat perhatian dan kecaknaan. "Program ini sangat membantu kami golongan berpendapatan rendah dan mampu mengurangkan beban kewangan ibu bapa kerana kos untuk seseorang berkhatan agak tinggi dan dimaklumkan berlaku kenaikan pada tahun ini," katanya ketika ditemu bual pemberita, hari ini. Seorang lagi penjaga, Noriah Faridah Said,43, yang turut menghantar anaknya untuk berkhatan dalam program hasil sebaran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK). "Kalau tak percuma, kena menabung juga lah, suami pula bekerja dan menampung kos kekeluargaan lain jadi susah sikit,” tambahnya. Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab menjelaskan, memandangkan kos yang serba meningkat pada masa kini amat membantu mereka yang kurang berkemampuan. “Pelaksanaan ini banyak memberi kemudahan kepada ibu bapa yang menghadapi masalah kewangan untuk menghantar anak mereka berkhatan di hospital atau klinik swasta dengan kos yang agak mahal,” ujarnya Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, aktiviti tersebut telah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan ekoran penularan wabak COVID-19 yang masih belum reda.
15 Dec 21
654
Dakwah Tanggungjawab Setiap Individu Muslim
Dakwah Tanggungjawab Setiap Individu Muslim
KUALA TERENGGANU, 15 Disember – Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk telah menganjurkan Program Dakwah Jalanan bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawab dakwah di Dataran Pantai Batu Buruk, baru-baru ini. Pengarah Program Dakwah Jalanan, Mohd Kazman Ishak ketika ditemui berkata, tanggungjawab meyampaikan dakwah merupakan peranan setiap individu Muslim kerana mereka semua merupakan duta yang mencerminkan kecantikan Islam. “Justeru, tugas ini tidak hanya terletak kepada golongan ustaz dan ustazah sahaja. “Kita boleh menyampaikan dakwah melalui percakapan ataupun melalui perbuatan dengan menjaga tingkah laku kita dengan baik,” katanya. Antara pemenang hadiah cabutan bertuah Tambahnya, apa sahaja perbuatan yang mendekatkan diri dan masyarakat kepada Allah SWT dikira sebagai dakwah.  “Alhamdulillah, kehadiran peserta pada hari ini dianggarkan sekitar 60 orang walaupun dalam keadaan hujan,” katanya.  Antara aktiviti yang dijalankan dalam program tersebut ialah penyampaian tazkirah, agihan risalah, penyampaian hadiah cabutan bertuah, agihan aiskrim percuma dan agihan belon percuma. Agihan aiskrim percuma kepada peserta  
14 Dec 21
550
Sukarelawan Jabatan Amal Terima Anugerah Wira Perdana
Sukarelawan Jabatan Amal Terima Anugerah Wira Perdana
KUALA NERUS, 10 Disember – Atas jasa kesukarelawanan, Bekas Pengarah Jabatan Amal Negeri Terengganu, Sauji Abd Rasid diumumkan sebagai penerima Anugerah Wira Perdana sempena Sambutan Hari Sukarelawan Peringkat Negeri Terengganu 2021. Beliau telah bergiat aktif dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Persatuan Amilin Amal Terengganu dan sebagai sukarelawan Yayasan Amal serta telah menabur bakti di dalam misi kemanusiaan dalam dan luar negara. “Boleh dikatakan saya hidup mati dengan Jabatan Amal, walaupun tidak mampu menolong dari segi kewangan, namun kami infaqkan tubuh dan tenaga bagi membantu masyarakat. “Alhamdulillah, bila dapat anugerah ini saya bersyukur, sebelum ini kerja kebajikan saya tidak meminta sebarang balasan dan biar Allah menilai, tapi terus doakan kami agar terus istiqamah berbakti kepada komuniti,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Sambutan Hari Sukarelawan Peringkat Negeri Terengganu di Pusat Konvensyen Raia Hotel, malam semalam. Sementara itu, penerima Anugerah Wirawati Perdana, Azizah Mahmood yang menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai anugerah daripada Allah agar terus meningkatkan semangat sukarelawan dalam meringankan beban mereka yang memerlukan. “Perasaan saya amat terkejut dan rasa memang tidak layak terima, tapi mungkin ini adalah hasil melibatkan diri dalam misi kemanusiaan di Indonesia, Bangladesh, Brunei dan lain-lain lagi. “Sejak daripada bangku sekolah lagi saya telah terlibat dengan pelbagai persatuan, jiwa memang tidak boleh lari dan akan dibawa sampai tua, mudah-mudahan saya terus menabur bakti kepada masyarakat,” katanya yang mewakili NGO Kelab Aktivis Media Inspirasi (KAMI). Kedua-dua penerima berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 serta plak penghargaan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat. Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sambutan tersebut diadakan bersempena Hari Sukarelawan Sedunia bagi meraikan sukarelawan dan NGO dalam pelbagai segmen daripada alam sekitar sehingga kebajikan. “Hasrat kita untuk meningkatkan lagi semangat mereka dalam membuat kerja kebaikan. “Perancangan tahun depan agar acara tahunan ini dapat diadakan dengan lebih banyak kategori,” jelasnya. Untuk rekod, antara kategori lain dipertandingkan seperti Anugerah Bakti Perdana serta Pertandingan Video Sukarelawan pelbagai segmen. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT), Mohd Izwandy Ismail dan Pengarah Urus setia Belia Sukan dan NGO Terengganu (UBSNT), Mohd Nasir Abd Razak.  
10 Dec 21
880
Pelebaran Jambatan Kampung Gong Baru Hampir Selesai
Pelebaran Jambatan Kampung Gong Baru Hampir Selesai
KUALA TERENGGANU, 8 Disember – Penantian lebih 10 tahun penduduk Kampun Gong Baru untuk menaiktaraf jambatan yang sempit hampir menemui sinar penghujungnya. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi memaklumkan perkembangan terkini jambatan tersebut telah 90% disiapkan dan berbaki 10 peratus lagi untuk disempurnakan.  “Alhamdulillah, isu yang sepatutnya telah lama di selesaikan ini telah berjaya diselesaikan dalam tempoh pemerintahan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). “Ini merupakan satu rahmat dan kita bersyukur kepada Allah SWT atas usaha ini demi keselamatan, kesejahteraan dan keselesaan penduduk Kampung Gong Baru,” kata Muhammad Khalil ketika mengadakan tinjauan di lokasi tersebut.  ADUN Batu Buruk meninjau kerja-kerja pelebaran jambatan di lokasi tersebut Sementara itu, Pengerusi Jabatan Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Gong Baru, Abdul Razak Abdul Rashid menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan atas penyelesaian isu ini.  “Isu ini telah lama diadukan oleh penduduk setempat, lebih 10 tahun penduduk berdepan dengan keadaan jambatan yang sempit ini. “Keadaan ini menyukarkan dan mengancam keselamatan Kampung Gong Nangka dan Kampung Gong Baru dan pernah suatu ketika jentera bomba terlewat tiba ke lokasi rumah terbakar kerana tidak dapat melalui jambatan tersebut. “Saya mengucapkan terima kasih kepada ADUN Batu Buruk dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu atas kecaknaan dan keperihatinan akan isu ini,” kata Abdul Razak. Keadaan jambatan Kg. Gong Baru sebelum ini  
07 Dec 21
894
'Ini Bantuan Tahunan Pertama Saya Terima'
'Ini Bantuan Tahunan Pertama Saya Terima'
MARANG, 7 Disember – Senyuman jelas terukir pada wajah penerima Pencen Rakyat Warga Emas di Rhu Rendang setelah manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) itu direalisasikan hari ini. Seorang warga emas dari Kampung Sungai Kerak, Liong Ming Soon, 83, meluahkan rasa gembira atas sikap prihatin kerajaan kerana ia adalah bentuk bantuan tahunan pertama diberi kepadanya. “Pencen pertama diberi kerajaan ini saya akan simpan untuk keperluan seperti membeli ubat dan keperluan harian. “Terima kasih kepada kerajaan negeri, bagi kami orang miskin, wang ini tanda mereka jaga rakyat, hati pun suka,” katanya yang juga bekas penjual surat khabar kepada pemberita. Sentimen sama turut disuarakan seorang datuk kepada 12 orang cucu, Ali Jambul, 71 yang menggambarkan keperluan bantuan tersebut terutamanya kepada golongan sepertinya yang tiada pencen. “Dulu saya kerja sebagai tukang motor bot, dengan sumbangan RM300 ini saya amat berterima kasih kepada kerajaan negeri, sebelum ini belum pernah ada lagi,” jelasnya yang berasal dari Kampung Pantai Seberang Marang. “Cukup suka, ini boleh menjadi sumber dapatan kewangan baru untuk keluarga kita,” luah Owi Seyu Huwa yang mewakili suaminya Lan See Sing dalam mengambil bantuan dana tersebut. Katanya yang juga isteri kepada penjual ikan, manfaat tersebut akan digunakan sebaik mungkin dalam membayar kos ubatan serta keperluan harian buatnya dan suaminya yang sedang menghidap strok. Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelaksanaan pada tahun ini hanya melibatkan suku kedua, bermula Jun sehingga Disember atau sebanyak RM300 kepada 19,230 orang penerima dengan 404 orang di Rhu Rendang. “Alhamdulillah, dengan pelaksanaan manifesto ini menjadikan 18 daripada 20 janji manifesto telah ditunaikan.  “Insya-Allah, dua lagi akan dilaksanakan dan dimasukkan dalam Belanjawan 2022 sekali gus menjadikan kesemua 20 janji manifesto akan direalisasikan,” ucapnya semasa Majlis Penyampaian Pencen Rakyat DUN Rhu Rendang di Dewan Majlis Daerah Marang (MDM), Kampung Paya, pagi tadi. Terdahulu, seramai 19,230 warga emas berumur 60 tahun ke atas di negeri ini akan mula menerima bantuan Pencen Rakyat sebanyak RM300 seorang.
07 Dec 21
3113
TDM Ganding Bahu Bantu Golongan Memerlukan
TDM Ganding Bahu Bantu Golongan Memerlukan
DUNGUN, 7 Disember - Semua pihak termasuk badan-badan korporat seperti TDM Berhad digalak untuk terus berganding bahu membantu golongan yang memerlukan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, tanggungjawab menjaga masyarakat dan kebajikan mereka tidak seharusnya dipikul oleh sesebuah organisasi sahaja, ia memerlukan komitmen dan usahasama semua lapisan masyarakat, sektor swasta, ahli akademik, masyarakat mahupun individu.  “Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka yang terjejas akibat wabak pandemik dan menjadi pemangkin kepada penglibatan orang ramai.  “Waktu kini adalah tempoh yang mencabar untuk semua orang, tetapi kita perlahan-lahan semakin pulih daripada kesan pandemik dan memacu perubahan ke arah memulihkan ekonomi tempatan," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian Program TDM Prihatin Mesra Komuniti di Dewan Balora, Bandar Al-Muktafi Billah Shah, semalam. Turut hadir, Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin serta Ketua Pegawai Eksekutif TDMP, Hamdan Ibrahim. Pada majlis itu, TDM turut memberikan sumbangan wang tunai serta barangan keperluan kepada 60 keluarga terpilih. Sementara itu, Najman dalam ucapannya berkata, program yang bertemakan 'Mesra Komuniti' tersebut merupakan salah satu program CSR TDM untuk mendekati dan menjalin hubungan rapat bersama masyarakat.  "Program ini menjadi sebuah platform bagi syarikat untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang terkesan dan serta terjejas akibat pandemik COVID-19. "Pihak kami berbesar hati dapat meneruskan penganjuran program 'TDM Prihatin', dimana kali ini di Kompleks Bukit Besi," ujarnya. Jelas beliau, program tersebut walaupun tujuan utamanya untuk mendekati masyarakat, ia turut menyaksikan kakitangan Kumpulan TDM bekerjasama untuk membawa perubahan dan senyuman kepada komuniti yang hadir.  "Kira-kira 55 kakitangan daripada ibu pejabat TDM dan ladang TDMP hadir beramah mesra dan menyertai acara yang diadakan. "Saya secara peribadi ingin merakamkan penghargaan kepada pasukan syarikat kerana berusaha  keras untuk memberi impak positif kepada komuniti.  Saya berbangga melihat ramai warga kerja TDM yang meluangkan masa untuk berada di sini. Walaupun tujuan utama perlaksanaan program adalah untuk membantu kumpulan sasaran, saya dapat melihat ia secara tidak langsung memupuk dan menggalakkan nilai perpaduan, kerjasama, dan tolak ansur dalam kalangan kakitangan syarikat bersama masyarakat," tambahnya lagi. Katanya, warga kerja TDM bersama peserta yang hadir berpeluang untuk bersuai kenal serta mengeratkan hubungan kebersamaan melalui pelbagai aktiviti yang telah disusun atur seperti “Smart Solat”, taklimat zakat oleh Pegawai Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Kemaman, dan sukaneka. "Setiap aktiviti dijalankan mengikut ketetapan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengekang penularan wabak COVID-19," ujarnya. Katanya, program 'TDM Prihatin' syarikat, kali ini bersama komuniti daripada Kompleks Bukit Besi, khususnya berhampiran Ladang Gajah Mati, Ladang Majlis Agama Islam, Ladang Pinang Emas dan Ladang Jerangau.
07 Dec 21
528
Tiga Sekawan Johan Explorace Terengganuku Comel 2021
Tiga Sekawan Johan Explorace Terengganuku Comel 2021
KUALA TERENGGANU, 5 Disember - Tiga sekawan muncul juara dalam acara Explorace Terengganuku Comel 2021, baru-baru ini. Muhamad Muda, 52, bersama dua rakannya iaitu Bahri Chik, 54, dan Mohd Ikhwan Yusof, 36, menyertai acara berkenaan kerana minat mereka terhadap aktiviti seperti itu. Kata mereka, ia sangat menarik kerana peserta didedahkan dengan keindahan yang terdapat di Terengganu, serta soalan-soalan disediakan pihak penganjur amat mencabar. "Alhamdulillah rezeki pada kami, kita pun tidak menjangkakan meraih tempat pertama, ingatkan hanya akan tersenarai di antara 10 yang terbaik semata-mata, bersyukur kepada Allah. "Setiap kali menyertai acara kami ada buat 'homework', 'study' dari segi bentuk soalan-soalan yang lepas, dari pengalaman yang lalu kami jadikan satu panduan untuk buat yang terbaik dimana selama 10 tahun setiap kali diadakan kami akan menyertainya.  "Bagi kami peserta lain juga 'profesional hunter' cuma rezeki lebih menyebelahi kami. Kalau hendak dikutkan pening kepala juga hendak menjawab soalan, tambahan pula dalam keadaan musim sekarang beri halangan dari sudut untuk fokus pada pemanduan dalam masa yang sama hendak menjawab setiap soalan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman, pada kejohanan Explorace Terengganu Comel 2021, selepas diumumkan juara pada Majlis Perasmian Penutup, di Muzium Negeri Terengganu, semalam. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengarah Urus Setia Belia Sukan & NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT), Mohd Nasir Abdul Razzab. Program berkenaan dianjurkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama UBSNT dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu. Penyertaan terhad kepada 100 buah kenderaan atas dasar 'Siapa Cepat Dia Dapat' itu bermula Drawbridge kemudian meneruskan perjalanan ke Muzium Bukit Besi dan Muzium Negeri Terengganu menjadi lokasi penamat program berkenaan pada sebelah petang. Dengan menawarkan hadiah di tempat pertama wang tunai sebanyak RM3,000, naib juara RM 2,000, tempat ketiga RM1,500, keempat RM800, manakala tempat kelima sehingga ke lapan RM200. Dalam pada itu Wan Sukairi berkata, melihat kepada penyertaan yang memberangsangkan itu pihak negeri bersetuju untuk mengadakannya lagi pada masa akan datang dengan penyertaan lebih ramai serta menawarkan hadiah lebih menarik memandangkan ia mendapat sambutan sangat menggalakkan. "Ini juga merupakan suatu inisiatif untuk memperkenalkan Terengganu kepada para peserta terutama mereka yang luar dari negeri ini mengenai keindahan dan keunikan yang terdapat di negeri ini, dari sudut makanan, budaya, tradiri, kesenian dan sebagainya," katanya mengulas mengenai program yang diadakan itu. Manakala, Mohd Nasir pula menyifatkan program tersebut agak kompetitif namun ia memberi impak yang sangat baik. "Sekali gus program seumpama ini membolehkan setiap rakyat melakukan aktiviti bersama keluarga, sanak saudara, juga bersama rakan-rakan. "Melalui program ini menghasilkan satu aura dan semangat baru untuk melakukan rutin harian termasuk di bidang pekerjaan dengan lebih bersemangat," ujarnya.    
05 Dec 21
1057
'Terima Kasih Dr Khairuddin' - Petugas Pusat Kuarantin
'Terima Kasih Dr Khairuddin' - Petugas Pusat Kuarantin
KUALA NERUS, 2 Disember – Meskipun menghala fasa endemik, pertarungan ‘frontliners’ masih berterusan pada masa kini, justeru, Ahli Parlimen Kuala Nerus sekali lagi mengambil cakna menerusi sumbangan kepada 55 orang petugas kesihatan di Pusat Kuarantin COVID-19 (PKRC) Gong Badak. Wakil Pusat Khidmat kawasannya, Raja Arizal Raja Arif berkata, biarpun negara menuju fasa endemik, petugas-petugas kesihatan masih terus giat melakukan tanggungjawab sebagai satu amanah untuk dilaksanakan untuk kebaikan rakyat. “PKRC di Gong Badak masih aktif menjaga 200 pesakit yang dirawat dan memerlukan pengawasan sebaiknya dalam usaha mengawal penularan virus. “Sumbangan wang tunai, lampin pakai buang kanak-kanak serta beberapa keperluan lain adalah sebagai tanda kebersamaan kita untuk saling membantu antara satu sama lain. “Dato’ Dr Khairuddin sentiasa menghargai pengorbanan petugas-petugas barisan hadapan bahkan cakna untuk terus membantu jika diperlukan,”  katanya selepas menyampaikan bantuan di PKRC Gong Badak, baru-baru ini. Turut serta dalam penyampaian sumbangan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tanjung Angsa, Mohd Rabbani dan Pegawai Khas (Hal Ehwal DUN Seberang Takir) Azmi Mokhtar. Mewakili Ahli Parlimen Kuala Nerus, beliau mengharapkan ia dapat menjadi penyunting semangat buat petugas-petugas agar terus berbakti kepada masyarakat, negeri dan negara.
02 Dec 21
523
Sukarelawan DUN Telemong Siap Siaga Hadapi Banjir
Sukarelawan DUN Telemong Siap Siaga Hadapi Banjir
HULU TERENGGANU, 25 November - Sukarelawan daripada Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong dalam keadaan bersiap siaga menghadapi kemungkinan bencana banjir di daerah itu. Pegawai Penyelaras DUN Telemong, Mohd Safari Abu berkata, dengan kerjasama pelbagai pihak diantaranya Khidmat Malaysia, Jabatan Amal, Pemuda PAS, Ameerah dan badan bukan kerajaan (NGO) sekitar DUN Telemong, para sukarelawan bersedia untuk digerakkan ke lokasi terjejas banjir bagi membantu mangsa jika berlakunya bencana tersebut. "Sukarelawan banjir peringkat DUN Telemong kini dalam mod bersiap siaga dan bersedia untuk digerakkan ke lokasi terbabit serta menyampaikan bantuan yang perlu kepada mangsa terlibat. “Persediaan ini penting bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya bencana seperti banjir di kawasan kita. “Sebagai sebuah angensi kerajaan, kita mendapat kerjasama baik daripada beberapa NGO dan pelbagai pihak yang sanggup berkorban tenaga menghulurkan bantuan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Khidmat Malaysia dan Sukarelawan Banjir Peringkat DUN Telemong, baru-baru ini. Tambahnya lagi, menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, Terengganu diantara negeri yang diramal bakal menghadapi ancaman banjir besar. "Di DUN kita terdapat beberapa kawasan yang kebiasaan dilanda banjir terutamanya di Mukim Hulu Telemong dan sebahagian kampung di Mukim Tersat. "Kita di Peringkat Pusat Khidmat Masyarakat DUN sentiasa berwaspada dengan sebarang kemungkinan," ujarnya.   Dalam majlis tersebut, Mohd Safari turut merasmikan bot dan kelengkapan untuk kegunaan dalam operasi banjir.
28 Nov 21
533
Bantuan Persekolahan Terima Reaksi Positif Ibu Bapa
Bantuan Persekolahan Terima Reaksi Positif Ibu Bapa
KUALA TERENGGANU, 27 November – Hasil tinjauan sebahagian penerima Bantuan Persekolahan Tahun 2021 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk rata-rata menunjukkan respon yang amat positif terutamanya daripada golongan ibu bapa. Kebanyakkan menyifatkan sumbangan tersebut mampu meringankan beban dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka. “Saya ada empat orang anak yang masih bersekolah dan dana ini membolehkan saya untuk membeli pakaian dan alatan persekolahan anak-anak, tanpa perlu risau kos seperti sebelum ini” kata Roslan Ali, 42, ketika ditemu bual pemberita.   Sementara itu, ibu kepada dua orang anak, Liza Ali, 39, merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan atas sumbangan permulaan persekolahan tersebut yang juga diberikan setiap tahun. “Alhamdulillah, setiap tahun kami sekeluarga menerima dana ini, wang tunai sebanyak RM100 akan dimanfaatkan untuk perkakasan sekolah pada sesi baharu ini. “Justeru, saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada pihak kerajaan atas bantuan yang diberikan ini,” kata Liza. Seramai 2212 orang penerima telah menerima Bantuan Persekolahan Tahun 2021 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk semalam dalam satu majlis yang dirasmikan oleh ADUN Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.  Jumlah penerima tersebut merupakan yang tertinggi dalam Parlimen Kuala Terengganu.
27 Nov 21
557