lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Remaja Bawah Umur Dicekup Berdua-duaan
Remaja Bawah Umur Dicekup Berdua-duaan
Dua remaja bawah umur ditahan pegawai penguatkuasa syariah (PPS) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dalam operasi pencegahan jenayah syariah, awal pagi ini.
03 Jan 22
181
Pemuda PAS Terengganu Lancar Skuad Cegah Maksiat
Pemuda PAS Terengganu Lancar Skuad Cegah Maksiat
Jabatan Perikanan Malaysia (Terengganu) berjaya menahan tiga buah bot tempatan yang berdaftar di Pahang bersama 15 kru dengan nilai sitaan keseluruhan hampir RM3 juta di perairan berdekatan Pulau Nyirih, Dungun.
03 Jan 22
416
Agong, MB Nasihat Rakyat Sedia Hadapi Banjir
Agong, MB Nasihat Rakyat Sedia Hadapi Banjir
KUALA LUMPUR, 29 Disember - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan rakyat, khususnya di negeri-negeri pantai timur, Johor dan Sabah, bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku episod banjir besar akibat hujan lebat yang berterusan. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato' Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan memaklumkan, titah nasihat Seri Paduka Baginda itu susulan amaran tahap waspada (kuning) iaitu hujan berterusan yang akan dialami beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah sepanjang minggu ini hingga 2 Januari 2022 yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia kelmarin. "Baginda turut menasihati rakyat, khususnya di kawasan berisiko dilanda banjir, juga peka terhadap ramalan dan amaran yang telah dikeluarkan serta sentiasa berwaspada sekiranya paras air naik secara mendadak akibat hujan lebat yang berterusan. "Ini termasuklah mematuhi semua arahan dan panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan sekiranya dikehendaki berpindah dari kediaman masing-masing demi keselamatan diri dan ahli keluarga tersayang," ujarnya dalam kenyataan tersebut. Menzahirkan keprihatinan tinggi terhadap kemaslahatan rakyat, Seri Paduka Baginda turut menyeru semua pihak mengambil iktibar daripada pengalaman bencana bencana banjir sebelum ini untuk membaiki sebarang kelemahan dan kekurangan dalam menghadapi sebarang kemungkinan khususnya segala urusan pasca banjir. "Seri Paduka Baginda menasihati agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan pihak berkuasa tempatan supaya tidak leka dan proaktif dalam memastikan kesiapsiagaan, koordinasi dan penyelarasan pengurusan bagi menghadapi gelombang kedua banjir di tahap terbaik. "Al-Sultan Abdullah juga menzahirkan harapan dan keyakinan bahawa menerusi persediaan awal dengan disusuli tindakan yang terancang, operasi-operasi menyelamat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang terperangkap, khususnya mereka yang berada di kawasan berkepadatan tinggi dan juga pedalaman, dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkesan. "Baginda turut mengajak semua rakyat untuk bersama-sama mendoakan agar gelombang kedua banjir yang akan berlaku ini tidak berpanjangan dan negara serta rakyat dilindungi daripada sebarang bentuk musibah dan bencana," ujarnya. Sementara itu, dalam perkembangan sama Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi hantaran di laman facebook rasmi beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berjaga-jaga dengan amaran hujan berterusan (waspada) peringkat kuning yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia. "Teruskan berjaga dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa," tulisnya.
29 Dec 21
530
Mangsa Banjir Pahang Terharu Bantuan Rakyat Terengganu
Mangsa Banjir Pahang Terharu Bantuan Rakyat Terengganu
TEMERLOH, 28 Disember – Orang ramai di daerah ini terharu dengan keprihatinan dan bantuan sukarelawan dari Terengganu yang membersihkan premis serta kediaman terjejas banjir. Pembantu Klinik Kesihatan Temerloh yang juga mangsa bah, Mohd Faizal Alian, 29, berkata usaha sukarelawan daripada agensi kerajaan Hulu Terengganu membersih sampah dan longkang di luar klinik tersebut menyentuh hati mereka. “Banyak jasa dan bantuan tenaga dikerahkan oleh pasukan ini, segala sisa-sisa daripada banjir baru-baru ini telah dikumpulkan mereka dalam satu tempat. “Dinding dan pagar turut dibersihkan daripada lumpur menggunakan ‘water jet’, kalau ikutkan seluruh lantai perkarangan klinik ini dipenuhi kesan banjir, alhamdullilah hari ini sudah berkurang hasil usaha mereka. “Saya mewakili klinik kesihatan di sini berterima kasih kepada wakil yang datang daripada negeri Terengganu, Kerajaan negeri, Jabatan Kerja Raya Hulu Terengganu dan mana Badan Bukan Kerajaan (NGO) terlibat,” katanya yang juga anak perantau berasal dari Telemong. Beliau berkata demikian selepas Operasi Bantuan Banjir Terengganu ke Pahang di Klinik Kesihatan Temerloh, hari ini. Terdahulu, Faizal menceritakan detik cemas apabila tempat kerjanya itu dinaiki air pada 20 Disember akibat limpahan Sungai Semantan yang terletak berhampiran klinik. “Ini menyebabkan kami terpaksa memindahkan operasi kesihatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh sepanjang lima hari. “Kebanyakan peralatan penting telah dipindahkan oleh staf-staf kami melihat kepada keadaan air yang meningkat dengan kadar yang laju,” katanya lagi. Untuk rekod, seramai 650 sukarelawan terdiri daripada Urus Setia Belia, Sukan dan NGO Terengganu (UBSNT) melalui T-Volt (Terengganu Volunteer) serta agensi kerajaan lain akan mengadakan operasi bantuan pasca banjir selama tiga hari bermula hari ini melibatkan kawasan Temerloh dan Mentakab.  
28 Dec 21
3003
Khidmat Malaysia Kuala Terengganu Bersihkan 180 Rumah Mangsa Banjir
Khidmat Malaysia Kuala Terengganu Bersihkan 180 Rumah Mangsa Banjir
KUALA TERENGGANU, 27 Disember – Khidmat Malaysia Kuala Terengganu (KMKT) telah membantu membersihkan 180 buah rumah mangsa banjir di Kuantan, Pahang pada 23 Disember lalu. Misi bantuan tersebut telah dijalankan selama tiga hari dan disertai seramai 286 orang sukarelawan dari seluruh Kuala Terengganu. Pelancaran Konvoi Misi Bantuan Banjir ke Pahang oleh ADUN Wakaf Mempelam Menurut Pengarah Operasi Misi Bantuan Banjir Pahang, Ahmad Asyraf An-Nawawi, antara kawasan yang telah dibersihkan ialah Kampung (Kg) Chendering, Bukit Rangin dan Perumahan Awam Kos Rendah Sungai Pandan. “Selain membersihkan rumah mangsa, pihak kami juga telah mengadakan program dapur rakyat untuk mengagihkan makanan buat mangsa,” katanya kepada pemberita. Tambahnya lagi, sumbangan berupa wang ringgit, pakaian dan barangan keperluan asas juga telah diagihkan kepada mangsa banjir. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Hj. Ahmad Amzad Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan ADUN Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah selaku Pengarah KMKT juga turut bersama dalam misi bantuan banjir ini. ADUN Batu Buruk turut sama menyertai gotong-royong membersihkan rumah mangsa  
27 Dec 21
218
Sabasun Sumbang Barang Keperluan Buat Mangsa Banjir Pahang
Sabasun Sumbang Barang Keperluan Buat Mangsa Banjir Pahang
KUALA TERENGGANU, 25 Disember – Melihat kesusahan dihadapi penduduk terkesan bencana banjir, Syarikat Sabasun Hyperuncit Sdn Bhd menyalurkan bantuan barangan harian kepada mangsa terjejas di Kuantan, Pahang. Pengurus besarnya, Che Salmi Che Ibrahim berkata, menerusi cabang tanggungjawab sosial korporat (CSR), pihaknya bersama pejabat Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah menghantar sumbangan berbentuk dua lori ke daerah tersebut. “Antara bentuk sumbangan dihantar seperti makanan dan minuman harian yang telah disusun dan dibungkus, air mineral, lampin pakai buang, susu tepung dan lain-lain lagi. “Terima kasih kepada pejabat Ahli Parlimen yang memberi peluang untuk turut sertai usaha ini. “Setinggi-tinggi juga apresiasi kepada pelanggan Sabasun yang tidak putus-putus memberi bantuan dan kecaknaan kepada nasib ditimpa kepada saudara kita tidak kira dalam atau luar negara,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, pihaknya menerusi badan Khidmat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) menerima ketibaan barangan tersebut di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pancing, pada 23 Disember. “Markaz ini bagi atur gerak kerja pembersihan rumah mangsa-mangsa banjir khususnya di Paya Besar termasuk program agihan 2000 pek makanan menerusi Dapur Rakyat, termasuk sumbangan pada hari ini,” jelasnya.
25 Dec 21
1101
Jihad Dadah 2.0 Bukti Komitmen PDRM Terengganu Hapus Dadah
Jihad Dadah 2.0 Bukti Komitmen PDRM Terengganu Hapus Dadah
SETIU, 20 Disember - Pelancaran Jihad Dadah 2.0 membuktikan komitmen Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontijen Terengganu dalam mencegah dan membanteras aktiviti jenayah berkaitan dadah. Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir dalam ucapannya berkata, penglibatan semua pihak adalah penting dalam usaha mencegah aktiviti yang tidak sihat terutama aktiviti yang cenderung kepada najis dadah. “Ibu bapa harus memainkan peranan yang terbaik dalam memantau aktiviti anak-anak, sekatan awal perlu dilakukan supaya tidak terjebak dengan aktiviti dadah seperti rokok elektronik atau ‘vape’, air ketum dan aktiviti yang tidak bermoral lain.  “Dan infakkanlah (hartamu)  di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik, Al-baqarah : 195, "ujarnya.  Beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian Majlis Pelancaran Program Jihad Dadah 2.0 Peringkat Daerah Setiu di Dewan Komuniti Kampung Telaga Papan disini semalam. Terdahulu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP Mohd Marzukhi Bin Mohd Mokhtar  mewakili Ketua Polis Terengganu turut berucap.  Hadir sama, Pegawai Daerah Setiu, Rosli Latif, Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Afandi Hussin, ADUN Langkap, Sabri Mohd Noor, ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh, Pegawai Penyelaras DUN Permaisuri, Zul Bhari A Rahman dan ketua-ketua jabatan.
20 Dec 21
502
PROJEK PERUMAHAN RAKYAT BAHARU AKAN DIBINA DI KEMAMAN
PROJEK PERUMAHAN RAKYAT BAHARU AKAN DIBINA DI KEMAMAN
19 Dec 21
515
JPS Pasang Siren Hantar Amaran Banjir Kepada Penduduk
JPS Pasang Siren Hantar Amaran Banjir Kepada Penduduk
19 Dec 21
307
Jualan Keluarga Malaysia Tawar Potongan Harga Sehingga 20 Peratus
Jualan Keluarga Malaysia Tawar Potongan Harga Sehingga 20 Peratus
KUALA TERENGGANU, 18 Disember - Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di setiap daerah yang menawarkan potongan harga sehingga 20 peratus berjaya membantu masyarakat Terengganu yang terbeban dengan peningkatan harga barang. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, usaha kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dapat meringankan beban kos rakyat terutamanya dalam pembelian barangan harian. “Penduduk di Kuala Terengganu tidak terkecuali dengan masalah harga barangan, tentulah program ini dapat beli harga borong sehingga 20 peratus bagi ayam, ikan, telur, sayur-sayuran, minyak masak, gula, tepung, beras dan barangan yang telah diproses. “Harga jauh lebih murah berbanding pasar biasa, misalnya ayam turun kepada RM8 daripada RM9.30. “Diharapkan agar inisiatif sebegini dapat dipanjangkan lagi dalam masa sehari atau dua lagi kerana pembeli dapat mengurangkan bebanan perbelanjaan isi rumah,” katanya. Beliau berkata demikian selepas meninjau serta menyantuni para pengunjung sempena PJKM di perkarangan hadapan Muzium Negeri, Bukit Losong Terengganu, pagi semalam. Turut hadir, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNEHP) Negeri Terengganu, Saharuddin Mohd Kia. Tambahnya, antara agensi kerajaan dan rakan strategik dalam kalangan pemain industri yang terlibat pada hari ini ialah KPDNHEP Negeri Terengganu, FAMA, LKIM, NEKMAT, TADC, TKPM Setiu, PENENTU, Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Pasaraya Xiri Sdn Bhd, Pasar Raya Besar Mydin dan HDA Poultry Sdn Bhd. Terdahulu, Program ini juga dirancang untuk dilaksanakan dua kali sebulan bagi tempoh tiga bulan bermula 4 Disember 2021 merangkumi 222 kawasan parlimen. Tarikh-tarikh PJKM di Daerah-daerah dalam Terengganu  
19 Dec 21
1805