lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Tuisyen Rakyat Bantu Pelajar Tingkat Kefahaman
Tuisyen Rakyat Bantu Pelajar Tingkat Kefahaman
DUNGUN, 18 Januari- Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang terpilih menyertai Tuisyen Rakyat diharap dapat meningkatkan kefahaman masing-masing sekaligus membantu mengekalkan kecemerlangan anak Terengganu dalam peperiksaan tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, tuisyen anjuran kerajaan negeri  itu diadakan secara percuma di 32 DUN  dalam Terengganu.  "Di DUN Rantau Abang seramai 283 orang pelajar terpilih, mereka merupakan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Pulut, SMK Balai Besar, SMK Pulau Serai dan SMK Kompleks Rantau Abang(KORA) sebagai pecutan akhir untuk menduduki SPM pada Februari nanti," katanya. Alias berkata demikian dalam ucapan ringkas di Dewan Sivik Seberang Pintasan yang merupakan tempat Tuisyen Rakyat untuk pelajar-pelajar SMK Pulau Serai dan SMK KORA. Nurul Iftiliana(bertudung putih) bersama rakan-rakan sekelasnya yang turut terpilih ke Tuisyen Rakyat  " Peluang untuk menyiapkan diri menjawab soalan SPM dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik seharusnya digunakan sebaiknya dengan memberi tumpuan sepenuhnya memandangkan yang memberi tunjuk ajar ini adalah guru-guru pakar dalam bidang masing-masing, "ujarnya.  Manakala untuk pelajar-pelajar SMK Balai Besar dan SMK Padang Pulut masing-masing di Dewan Masjid Balai Besar dan Dewan Serbaguna SMK Padang Pulut. Sementara itu seorang pelajar yang ditemui, Nurul Iftiliana Mohd Syukri dari SMK Pulau Serai, gembira berpeluang dipilih untuk mengikuti kelas tuisyen tersebut. "Saya gembira sebab tidak semua pelajar dapat disamping, banyak ilmu saya dapat sepanjang kelas di sini yang tidak dapat di kelas tuisyen berbayar, ini akan membantu saya dalam menjawab soalan-soalan mata pelajaran terutama subjek  yang saya lemah iaitu matematik, " jelasnya yang bercita-cita untuk menjadi seorang kaunselor. 
16 Jan 22
474
133 Undian Lot RTB Pondok Pasir Dan Payoh Di Kijal
133 Undian Lot RTB Pondok Pasir Dan Payoh Di Kijal
KEMAMAN, 13 Januari - Seramai 133 peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Pondok Pasir dan Kampung Payoh di Kijal membuat undian lot bagi menentukan tapak kediaman masing-masing. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Ustaz Hazri Jusoh berkata, RTB Pondok Pasir merupakan RTB yang dialih lokasinya setelah kawasan asalnya di Tasik Bukus telah diwartakan sebagai kawasan perlombongan oleh kerajaan negeri. Manakala RTB Payoh katanya adalah penempatan baharu bagi generasi muda. "Alhamdulillah, akhirnya proses undian RTB ini diselesaikan setelah melalui beberapa proses yang agak rumit dayri sudut teknikal dan perundangan. "Berkat kesabaran dan kerjasama, kita berjaya menunaikan hasrat rakyat untuk memiliki tapak kediaman bagi mereka meneruskan kehidupan berkeluarga dengan lebih sempurna. Peserta undian lot bergambar bersama daif sebagai kenangan. "Tahniah dan terima kasih kepada pihak Pejabat Tanah Kemaman, pegawai serta kakitangannya yang bekerja keras untuk melunaskan salah satu janji kerajaan kepada rakyat setelah diberi mandat untuk memerintah Terengganu pada pilihanraya umum lalu," ujarnya ketika berucap di majlis undian lot di Kompleks Paya Lasir, Bandar Baru Kijal, baru-baru ini. Hazri Jusoh (kanan) meraikan peserta. Sementara itu, Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kemaman, Wan Saifullizam Wan Jusoh yang turut berucap di majlis tersebut menerangkan proses selanjutnya selepas undian lot kepada peserta. "Kepada peserta yang bermasalah dari segi kewangan untuk membuat pembayaran premium tanah ini didalam tempoh ditetapkan, bolehlah merujuk kepada pihak kami untuk dipermudahkan. "Tempoh tiga bulan pertama yang berikan kepada peserta boleh lagi dilanjutkan ke tiga bulan seterusnya dengan memaklumkan kepada kami sebelum tamat tarikh tersebut. "Tetapi sebaik-baiknya carilah daripada mana-mana sumber kewangan untuk menjelaskan bayaran 10 peratus ini di dalam tempoh yang diberikan bagi memudahkan pihak kami untuk ke proses selanjutnya iaitu geran," ujarnya lagi. Peserta meninjau lokasi tanah yang bakal dimiliki. Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid dan turut dihadiri oleh Penolong Kanan Pentadbir Tanah, Mohamad Hafiz Che Awang beserta kakitangan, Ketua Biro Tanah Kijal, Zabidin Awang dan kakitangan Imits Kijal.
13 Jan 22
1063
Mimpi Ngeri Pak Zaid Berakhir
Mimpi Ngeri Pak Zaid Berakhir
KUALA NERUS, 12 Januari - “Tiada kata mampu menggambarkan perasaan saya ketika ini melainkan rasa lega dan bersyukur kerana masalah hakisan yang menghantui kami telah selesai,” kata seorang penduduk Kampung Tanjung Bunut, Jantan Ismail, 59, setelah isu itu diselesaikan oleh kerajaan negeri. Dia yang lebih mesra disapa sebagai Pak Zaid berkata, sebelum ini ketika musim tengkujuh tidur mereka tidak lena apabila memikirkan risiko hakisan tebing Sungai Nerus yang telah membelenggunya sejak 10 tahun dan semakin menghampiri kawasan kediaman. Keadaan tebing sungai yang runtuh kerana hakisan. "Kini saya boleh menarik nafas lega kerana tebing berdekatan rumah telah diperkuatkan semula menggunakan 'armour rock' bagi menahan kesan alam," katanya ketika ditemubual pemberita, baru-baru ini. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim memaklumkan proses mengukuhkan curam tersebut mengambil masa selama tiga hari untuk disiapkan oleh Pejabat Daerah Kuala Terengganu. Ustaz Ridzuan Hashim mencadangkan laluan masuk lori untuk ditambak batu kepada Pok Zaid. “Alhamdulillah, proses penambahbaikan segera telah berjalan lancar serta tiada insiden yang tidak diingini berlaku, ia disebabkan oleh faktor kawasan yang mudah di akses menyebabkan ia dapat disiapkan dengan cepat. “Saya berharap agar Pak Zaid akan dapat menjalani kehidupan yang normal selepas ini,” ulas beliau ketika meninjau kawasan tambakan di belakang rumah Pak Zaid di Kampung Tanjung Bunut.
12 Jan 22
1112
1,026 Anggota ATM Digerakkan Bantu Mangsa Banjir Terengganu
1,026 Anggota ATM Digerakkan Bantu Mangsa Banjir Terengganu
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Terengganu sedia menggerakkan 1,026 anggota ke seluruh negeri Terengganu melalui Operasi Murni (Op Murni) sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi kemungkinan banjir.
09 Jan 22
185
500 Belia dan Beliawanis Diraikan Di Program 'Youth Brilliant Community (YBC)'
500 Belia dan Beliawanis Diraikan Di Program 'Youth Brilliant Community (YBC)'
KEMAMAN, 9 Januari - Hampir 500 orang belia dan beliawanis di Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai diraikan dalam program "Youth Brilliant Community (YBC)", kelmarin. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat berkata mereka yang berumur sekitar 18 hingga 25 tahun merupakan  orang-orang yang sangat hebat dan merupakan golongan muda yang bakal menentukan hala tuju sesebuah negara. Katanya, mereka juga adalah pelapis kepada pemimpin yang akan membawa kepada satu perubahan yang lebih baik dan berwawasan. "Buat mereka yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), belajarlah dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Bawalah pulang kejayaan, kamu akan menjadi pemimpin pada masa hadapan. "Saya sangat mengharapkan kalian yang hadir pada malam ini akan menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat dengan mengikut teras Islam berpandukan Al-quran dan hadis," katanya ketika berucap dalam majlis itu yang berlangsung di Dewan Dato' Seri Amar Diraja. Hanafiah yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri turut menasihatkan mereka agar tidak melupakan jasa-jasa ibu bapa apabila sudah mencapai kejayaan nanti. "Jadikanlah ibu bapa dan keluarga sebagai sandaran dalam kehidupan kita," ujarnya.    
09 Jan 22
336
1,026 Anggota ATM Digerakkan Bantu Mangsa Banjir Terengganu
1,026 Anggota ATM Digerakkan Bantu Mangsa Banjir Terengganu
KUALA NERUS, 6 Januari – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Terengganu sedia menggerakkan 1,026 anggota ke seluruh negeri Terengganu melalui Operasi Murni (Op Murni) sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi kemungkinan banjir. Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, antara skop lain op tersebut ialah membantu melaksanakan kerja pembersihan pasca banjir terutama di kawasan tumpuan seperti kediaman, rumah ibadat, sekolah dan klinik kesihatan. “Ini termasuk kerja-kerja baikpulih jambatan yang terjejas, membantu Kementerian Kesihatan Malaysia melakukan ujian pengesanan COVID-19 terutama terhadap mangsa-mangsa banjir serta bersiap siaga bagi mendepani sebarang kemungkinan gelombang banjir seterusnya. “Biarpun situasi banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya, komitmen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri serta setiap agensi berkepentingan tidak berganjak,” katanya. Beliau berkata demikian semasa sidang media khas Op Murni ATM di Terengganu di Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Seri Pantai, Seberang Takir hari ini. Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat. Menurut Hishamuddin, sebarang keperluan tambahan lain akan ditambah mengikut keperluan dan permintaan kerajaan negeri. “ATM akan bantu apa jua yang terdaya demi keselamatan dan kebajikan rakyat Terengganu,” jelasnya.
06 Jan 22
752
Mangsa Banjir Temerloh, Chenor Terima Sumbangan Pasca Banjir RM50,000
Mangsa Banjir Temerloh, Chenor Terima Sumbangan Pasca Banjir RM50,000
TEMERLOH, 6 Januari - Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) memperuntukkan sumbangan bernilai RM50,000 kepada penduduk di sekitar daerah Temerloh yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini. Menurut Pengerusi PAAB, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali merangkap Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, sumbangan pasca banjir itu melibatkan 250 keluarga daripada daerah Temerloh dan Chenor yang diharap dapat meringankan beban mereka  selepas ditimpa musibah banjir. “Mangsa banjir di Temerloh dan Chenor ketika ini sangat memerlukan bantuan dan sokongan dari segi kewangan dan motivasi bagi meneruskan kehidupan mereka. “Jadi, sumbangan ini merupakan sebahagian daripada pelbagai bantuan pasca banjir yang sedang giat digerakkan melibatkan jabatan-jabatan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat-syarikat swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu bagi membantu semua mangsa banjir yang berhadapan masalah kewangan untuk meneruskan kehidupan masing-masing," kata beliau dalam majlis Penyerahan Sumbangan Pasca Banjir PAAB. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib yang juga Ahli Parlimen Maran, Ahli Dewan Undangan Negeri Chenor, Mujibur Rahman Ishak serta Ketua Pegawai Eksekutif PAAB, Abdul Hadi Ali di Temerloh, Isnin lepas. Penerima sumbangan, Puan Salmawati Salahudin, dia sangat terharu apabila Khairuddin bermurah hati datang kembali ke Chenor untuk membantu meringankan beban penduduk setempat. Terdahulu, Khairuddin menerusi Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Nerus telah mengadakan beberapa misi kemanusiaan dengan menghantar bantuan dari segi kewangan dan barang dapur untuk 300 buah keluarga di Chenor dengan peruntukan sebanyak RM100,000. “Rata-rata mangsa banjir meluahkan rasa gembira atas penganjuran program sebegini yang banyak membantu mereka dalam mencukupkan kekurangan selepas banjir dan kita harap program sebegini dapat diteruskan dari masa ke semasa,” katanya.    
06 Jan 22
411
YPK Serius Bentuk Usahawan Ibu Tunggal
YPK Serius Bentuk Usahawan Ibu Tunggal
KUALA TERENGGANU, 6 Januari - Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) serius mahu melahirkan usahawan daripada kalangan ibu tunggal. Timbalan Pengarah YPKT, Kamarulzaman Awang berkata bahawa aspek disiplin sangat dititikberatkan sepanjang peserta armalah (ibu tunggal) menyertai kursus usahawan di bawah kendalian YPKT. "Kami menyediakan sejumlah pinjaman kepada ibu tunggal yang mahu menjalankan perniagaan tetapi dengan syarat, mereka perlu melalui kursus-kursus yang telah kami tetapkan. "Kami akan letakkan peserta-peserta secara berkumpulan, tiga orang satu kumpulan dan dari sini kita akan menilai disiplin mereka, dari segi ketepatan masa, kerjasama. Kemudian kita akan nilai bagaimana prestasi mereka." ujarnya. Kamarulzaman berkata demikian ketika menyampaikan taklimat kepada rombongan Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu (KHAIRUNNISA') dan Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) di Kompleks Ibu Tunggal YPKT, kelmarin. Rombongan Kunjungan Hormat daripada KHAIRUNNISA', USWa dan Pejabat ADUN Wanita. Kunjung hormat itu diketuai oleh Timbalan Pengerusi KHAIRUNNISA', Zuraida Md Noor yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu. Turut bersama-sama dalam majlis tersebut ialah Pengarah YPKT, Wan Mohd Zaki Wan Abdullah, Setiausaha Kehormat KHAIRUNNISA' Terengganu, Tuan Roslina Tuan Sulaiman dan Pengarah Urus Setia Wanita Terengganu (USWa), Wan Nur Sakinah Din. Zuraida menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak YPKT yang menerima kunjungan hormat daripada mereka serta berharap agar ada kerjasama yang dapat dibentuk antara pihak yang terlibat dalam program itu. Zuraida ketika menyampaikan ucapan. "Saya sangat tertarik dengan produk-produk YPKT seperti Taska Permata Keluarga, Klinik Kaunseling, Skim Permata Sejahtera, Baitul Urus dan lain-lain, yang saya lihat selari dengan objektif YPKT. "KHAIRUNNISA' dan USWa juga mesti dimanfaatkan untuk menjadi ejen penerangan, berfungsi untuk menyebarkan maklumat dan hebahan mengenai program-program YPKT agar lebih ramai Rakyat Terengganu dapat merasai manfaatnya," tambahnya lagi.    
06 Jan 22
1051
322 Nelayan Seberang Takir Terima Bantuan Tengkujuh
322 Nelayan Seberang Takir Terima Bantuan Tengkujuh
KUALA NERUS, 4 Januari – Lebih 300 orang nelayan di sekitar Seberang Takir yang rezekinya terjejas teruk akibat musim tengkujuh dapat menarik nafas lega selepas menerima bantuan kewangan dan barangan dapur daripada Kerajaan Negeri. Pegawai Penyelarasnya, Mohd Fadhil Wahab berkata, bantuan ini memperlihatkan keprihatinan pentadbiran Terengganu terhadap golongan pelaut terkesan pendapatannya kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan. “Seperti kebiasaan, di pantai timur akan mengalami tengkujuh pada bulan November sehingga Mac. “Pada waktu ini, mereka tidak dapat keluar menangkap ikan dan tiada sumber pendapatan lain dan sampingan. “Situasi sebegitu mengakibatkan situasi kewangan mereka sempit untuk menyara hidup,” katanya selepas ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman, baru-baru ini. Menemubual salah seorang penerima, Norbaizura Zainal Abidin, 41, menyuarakan apresiasinya kepada Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Nerus dan Seberang Takir atas sumbangan tersebut. “Sekurang-kurangnya dapat menampung sedikit sebanyak perbelanjaan barangan harian semasa musim hujan ini. “Jadi, dengan adanya bantuan RM100 dan barangan dapur, kami bagi pihak Persatuan Nelayan Seberang Takir mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian pimpinan setempat memberi bantuan ini,” katanya Sementara itu, Azanizan Abdullah turut menyuara sentiment sama melahirkan rasa terharu atas bantuan khusus tersebut. “Terima kasih kepada pusat khidmat dan kerajaan negeri kerana mewujudkan bantuan ini khususnya nelayan di sini. “Bantuan berupa wang tunai dan barang keperluan ini cukup bermakna buat kami yang tidak dapat ke laut menangkap ikan dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” ujarnya.
04 Jan 22
452
NISA’ Santuni Mangsa Banjir Pahang
NISA’ Santuni Mangsa Banjir Pahang
Foto oleh: 3N NISA' Terengganu KUALA TERENGGANU, 4 Januari - Pertubuhan Kasih Nur Insani Terengganu (NISA’ Terengganu) turut sama-sama menyantuni rakyat sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Mentakab yang ditimpa ujian banjir, baru-baru ini. Pengarahnya, Tengku Fatimah Tengku Hashim berkata ahli NISA’ dengan 20 anggota dari daerah Kuala Terengganu, Marang, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kemaman, Setiu dan Besut telah dihantar untuk sama-sama menyertai Misi Bantuan Pasca-Banjir Pahang dianjurkan kerajaan negeri baru-baru ini. Sukarelawan NISA' membantu mangsa banjir. “Tujuan kami turun misi banjir untuk misi pembersihan dan agihan barang. Kami bahagikan kepada kumpulan misi bersih dan kumpulan misi agih. “Pengagihan Kit Keceriaan Kanak-Kanak sumbangan daripada Ikon Syabab Resorces. Paling utama agihan kami berupa bentuk pakaian dalam wanita yang sangat dinanti-nantikan oleh para wanita di sana. “Paling seronok masa pengagihan kit keceriaan dan pakaian dalam wanita. Kami santuni anak kecik dan nampak wajah ceria apabila dapat file yang berisi alat tulis dan buku, terus mereka buka dan tulis. Untuk pakaian dalam wanita, kami bawakan beberapa bungkus untuk mereka sendiri pilih mana yang sesuai. Nampak riak gembira sebab ia merupakan bantuan yang jarang-jarang ada,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, baru-baru ini. Fatimah juga turut menzahirkan harapan agar seluruh anak muda wanita tidak merasa serik untuk memberikan sumbangan berupa tenaga, masa dan wang bagi membantu mereka yang berada di dalam kesusahan. Sebahagian sukarelawan NISA'. “Hari ini hari mereka, mungkin esok lusa hari kita. Teruskan melakukan kebajikan untuk dana pahala akhirat kelak. “Sesiapa yang berminat melakukan aktiviti sukarelawan, boleh sahaja sertai NGO Nisa' di peringkat negeri dan daerah masing-masing,” sambungnya lagi.
04 Jan 22
246