Artikel "Komuniti" Terkini
Benteng Sungai Runtuh Timbulkan Kerisauan Penduduk
Oleh: Naim Fadhilah
DUNGUN, 27 Januari - Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Buaya, Kuala Dungun bimbang apabila benteng di tebing sungai itu mendap dan runtuh, sekaligus membahayakan keselamatan penduduk.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Sungai Buaya, Mukhtar Che Man berkata, beliau telah menerima aduan daripada penduduk yang menyedari kejadian tanah runtuh terbabit.
"Setelah menerima aduan, saya terus ke tempat kejadian untuk melihat sendiri kejadian tanah runtuh itu," ujarnya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, beliau telah mengambil maklum kejadian itu dan akan terus berhubung dengan Jabatan Pengairan dan Saliran bagi tindakan lanjut.
"Saya telah memaklumkan kepada pihak berkenaan untuk ambil tindakan dengan kadar yang segera kerana kita bimbang kemungkinan runtuhan menjadi lebih buruk apabila air pasang besar," katanya ketika ditemui pemberita sewaktu meninjau lokasi kejadian.
Beliau turut meminta JPKK untuk sentiasa membuat pemantauan di kawasan tersebut dan memastikan keselamatan penduduk terjamin.Â
"Pihak JPKK akan membuat pemantauan secara berkala dan memaklumkan kepada penduduk supaya lebih berhati-hati apabila melalui jalan berdekatan kawasan itu terutamanya apabila air sungai pasang," ujarnya.
27 Jan 22
944
PPTS Teres Lebih Menjimatkan - Hazri
KEMAMAN, 27 Januari - "Projek Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) dalam bentuk teres lebih praktikal dan menjimatkan ruang," kata Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Hazri Jusoh.
Katanya, sebelum ini beliau pernah mencadangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Kemaman agar rumah terbabit dibina dalam bentuk sedemikian memandangkan permintaan terhadap rumah PPTS yang agak mendesak.
Hazri Jusoh sedang berucap.
Hazri berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Rumah PPTS kepada mangsa kebakaran rumah di Kampung Titian Berayun kelmarin.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat walaupun ianya mengambil masa yang agak lama.
"Setinggi terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan negeri menerusi Tabung Darul Iman (TDI), Pejabat Daerah Kemaman, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Kijal bahagian kemasyarakatan dan JPKK kerana berjaya menyiapkan rumah ini walaupun banyak kekangan di musim pandemik ini," ucapnya lagi.
Kuntom Mohamad (duduk) menerima kunci rumah PPTS.
Turut hadir, Ketua Penolong Pengawai Daerah, Tuan Sharifah Khairuzita Tuan Khecil, Penolong Jurutera Pejabat Daerah, Khairul Hisham Endut dan Ahli Majlis Perbandaran Kemaman, Zabidin Awang serta Pengerusi JPKK yang terlibat.
26 Jan 22
616
Keperluan Orang Muda Jadi Keutamaan Kerajaan
DUNGUN, 26 Januari - Kerajaan Terengganu sangat mengambil berat keperluan orang muda terutamanya yang sudah berkeluarga dan berhasrat untuk membina kehidupan sendiri.
Mohd Hairi Amri Mohd Zakaria, 32 menyifatkan demikian sambil berkata pemberian tanah tapak rumah adalah sangat bertepatan dengan situasi sekarang rata-rata orang muda yang berkeluarga tinggal di rumah sewa.
"Kalau dulu harga sebidang tanah hanya RM20,000 tetapi sekarang mencecah sehingga ratusan ribu, jadi langkah kerajaan menyediakan tanah kepada kami dengan hanya perlu membayar 10 peratus daripada harga nilaian semasa amat wajar sekali," ujar bapa kepada dua orang anak itu.Â
Hairi ditemui selepas Majlis Penyerahan Geran Tanah DUN Rantau Abang di Dewan Al-Husna, Markas Tarbiah Darul Ansor, Kampung Alor Mak Bah, di sini semalam.Â
Mohd HairiÂ
Â
Di dalam majlis yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun itu, seramai 206 orang peserta Rancangan Tanah Berkelompok(RTB) menerima geran hak milik tanah masing-masing.Â
Turut hadir di majlis berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik, Pegawai Khas Ahli Parlimen Dungun, Mohd Amin Hamid dan Ketua Penolong Tadbir Tanah Daerah Dungun, Syukri Ibrahim.Â
Manakala , Mohd Hasrull Farzuzi Mohd Zaili, 37, berpuas hati dengan kerajaan yang ada pada hari ini, hampir semua manifesto dilaksanakan.
"Janji - janji manifesto untuk orang muda sudah dilaksanakan dan dengan pemberian tanah ini, saya bersyukurlah dapat tanah tapak rumah, macam orang memerlukan seperti saya," katanya yang bekerja sebagai tukang cat.
Sementara itu, Alias di dalam ucapannya mengingatkan tanah yang diberi hak milik itu adalah amanah dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
26 Jan 22
159
Sukan Elak Aktiviti Negatif
Oleh : Muhammad Afiq Fahmi Ahmad Faris
DUNGUN, 26 Januari – Penglibatan anggota masyarakat dalam bidang sukan dapat mengelakkan seseorang itu terjerumus kepada aktiviti yang tidak sihat.Â
Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, malah aktiviti sukan seperti bola sepak contohnya dapat mencungkil bakat terpendam.
"Kita harap dengan aktiviti sukan ini dapat melahirkan atlet yang berbakat untuk mewakili kampung, daerah, negeri mahupun di peringkat negara khususnya," ujarnya.Â
Wan Hassan berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Liga Bola Sepak Daerah Dungun Piala YB Ahli Parlimen Dungun 2022 yang diadakan di Padang Arena Merdeka, disini, baru-baru ini.
Turut hadir pada majlis perasmian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Sura, Wan Hapandi Wan Nik, ADUN Rantau Abang, Alias Harun, ADUN Bukit Besi, Roslee Daud, Pegawai Daerah Dungun merangkap Yang DiPertua (YDP) Persatuan Bolasepak Daerah Dungun, Anuar Awang, YDP Majlis Perbandaran Dungun, Huzairil Nizam dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Senator Razali Idris.Â
Menurutnya, sebanyak 32 pasukan menyertai kejohanan itu yang melibatkan penyertaan dari seluruh Dungun yang akan berlangsung selama tiga bulan.
"Mungkin akan ada antara mereka ini yang akan mengharumkan nama Daerah Dungun suatu hari nanti, insya-Allah," katanya.Â
26 Jan 22
386
Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Buruk Bertukar Lokasi
KUALA TERENGGANU, 25 Januari - Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk telah berpindah ke lokasi baru bermula semalam.
Lokasi tersebut bertempat di Kampung Padang Luar, Kuala Ibai bersebelahan restoran CR Signature Western & Thai Food dan Surau Kampung Padang Luar.Â
Menurut ADUN Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi antara faktor lokasi pejabat tersebut berpindah ialah bagi memudahkan orang ramai untuk berurusan.
"Lokasi yang baharu ini lebih mudah untuk orang ramai nampak kerana ia terletak di tepi jalan utama (Jalan Sultan Mahmud).
"Di samping itu juga, keadaan pejabat lama kurang sesuai kerana masyarakat yang datang ke pejabat untuk berurusan perlu menaiki tangga ke tingkat atas dan pintu masuk juga berada di sebelah belakang.Â
Lokasi pejabat lama
"Justeru, ia menyukarkan bagi mereka yang berumur atau kurang upaya untuk datang berurusan di situ," jelas Ustaz Muhammad Khalil ketika ditemui pemberita.
Menurut beliau lagi, pejabat tersebut telah mula beroperasi pada, namun persediaan sepenuhnya dijangka siap pada minggu hadapan.
Pintu masuk ke pejabat lama melalui bahagian belakang kurang sesuai untuk orang ramai berurusan.Â
Â
25 Jan 22
3548
1,346 Terima Pencen Rakyat Di Dungun
DUNGUN, 24 Januari - Seramai 1,346 orang warga emas di Dungun terpilih menerima pencen rakyat yang melibatkan empat Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ketua Penyelia i-MiTS Parlimen Dungun, Jamaluddin Jusoh berkata,daripada jumlah tersebut seramai 547 orang penerima Dari DUN Paka, Rantau Abang (209), Bukit Besi (425) serta Sura (165).
"Keempat - empat DUN sudah mengadakan majlis penyerahannya iaitu Paka pada 13 Januari, Sura pula 16 Januari manakala Rantau Abang pada 19 Januari dan Bukit Besi mengadakannya 20 Januari," jelasnya ketika dihubungi pemberita,hari ini.Â
Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Dana Pencen Rakyat Negeri Terengganu 2021 baru - baru ini, menzahirkan ucapan tahniah kepada kerajaan Negeri Terengganu yang telah berjaya melaksanakan satu lagi manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Tahniah juga kepada yang terpilih anggaplah ini adalah rezeki dari Allah S.W.T, masih ada lagi yang layak tetapi nama mereka tercicir, insyaAllah akan diambil tindakan segera," katanya.Â
Turut hadir di majlis yang diadakan di Dewan Al-Husna, Markas Tarbiah Darul Ansor, Kampung Alor Mak Bah di sini ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan, Inivasi & Korporat, Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu(YPKT) Nazri Yusof.
24 Jan 22
339
PERANTAU Platform Anak Rantau Perolehi Maklumat Kerajaan
HULU LANGAT, 24 Januari - Anak rantau dari negeri Terengganu digesa agar lebih aktif menyertai segala program dan aktiviti yang dilakukan oleh Sekretariat Kepimpinan Anak-Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU).
Setiausaha badan bukan kerajaan (NGO) tersebut, Awasi Mohamad berkata, melalui penyertaan program yang dianjurkan oleh persatuan tersebut, segala maklumat berkenaan insentif bantuan daripada kerajaan kepada rakyat dari negeri ini yang berada di perantauan akan diperolehi.
"Kita sentiasa menganjurkan perjumpaan dengan mengadakan pelbagai program sosial, sukan dan melaluinya perkembangan semasa mengenai kerajaan negeri disampaikan.
"Apabila bertemu kita akan dapat maklumat untuk disimpan jika berlaku apa-apa permasalahan, dalam masa yang sama memelihara kebajikan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyantuni rakyat Terengganu di Selangor yang terkesan banjir baru-baru ini, di sini, semalam
Beliau mewakili anak-anak rantau telah dikunjungi oleh rombongan kerajaan negeri yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat turun padang bagi menyantuni mereka yang terkesan banjir secara mobil.
Dalam pada itu, Awasi berkata dengan menyertai persatuan PERANTAU juga memberi peluang anak negeri mengemukakan cadangan dan permasalahan untuk disalurkan kepada kerajaan negeri.
"Saya juga mahu mencadangkan agar Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di setiap kampung menyalurkan maklumat mengenai anak-anak Terengganu yang berada di perantauan dengan menghantar senarai nama kepada Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (PKMD) masing-masing.
"Tujuannya, agar segala maklumat terbaru mengenai rakyat Terengganu yang berada di luar ini dapat kita perolehi.
"Sehingga kini, seramai 2,000 lebih yang aktif menyertai persatuan ini di negeri Selangor dan kita mengharapkan di masa akan datang akan lebih ramai menyertainya agar segala insentif ditawarkan kerajaan akan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya," katanya.
23 Jan 22
666
1,518 Warga Emas Air Putih Terima Pencen Rakyat
KEMAMAN, 20 Januari- Seramai 1,518 orang warga emas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih menerima pencen rakyat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Air Putih, Ab Razak Ibrahim berkata, bertepatan dengan hasrat kerajaaan negeri untuk menjadikan Terengganu sebagai negeri yang berkebajikan, pelbagai inisiatif telah dijalankan bagi memastikan golongan yang memerlukan tidak terpinggir.
"Baru-baru ini telah berlangsungnya Majlis Agihan Sumbangan Pencen Rakyat kepada golongan warga emas yang berada di sekitar Dun Air Putih. Program yang bertempat di Dewan Orang Ramai, Kampung Pasir Gajah dan Dewan Semai Bakti, Cheneh ini menyaksikan seramai 1518 orang penerima sumbangan.
"Sumbangan ini telah dikhususkan kepada rakyat Terengganu berusia 60 tahun ke atas yang telah bersara dan bukan penerima bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan negeri dan persekutuan," ujarnya ketika berucap merasmikan majlis tersebut.
Beliau turut menyatakan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana tercapainya sebuah lagi manifesto PAS di dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) yang lalu iaitu untuk memberikan sumbangan kepada mereka yang telah bersara atau lebih dikenali sebagai Pencen Rakyat.
“Diharapkan dengan terlaksananya Pencen Rakyat ini, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh penerima memandangkan ramai yang terkesan berikutan pandemik COVID-19.
"Terima kasih juga saya ucapkan kepada para penerima yang begitu sabar menanti memandangkan serahan ini sepatutnya dilakukan pada tahun lepas. Namun majlis serahan ini terpaksa ditangguhkan atas pelbagai kekangan yang melanda.
“Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) DUN Air Putih, Pejabat Daerah Kemaman dan staf i-MiTS DUN Air Putih yang telah bertungkus-lumus membantu dari awal proses pencarian nama para penerima sumbangan ini sehingga majlis ini berjaya dijalankan dengan lancar," ujarnya.
Â
20 Jan 22
736
Ingat Pesanan Ibu Bapa- Hazri
KEMAMAN, 18 Januari - "Solat jangan tinggal dan jangan meninggikan suara dengan kedua ibu bapa," pesan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Hazri Jusoh ketika mengunjungi pelajar yang mengikuti Tuisyen Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kuang, baru-baru ini.
Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Kijal memperuntukkan sejumlah wang kepada sekolah terlibat bagi mengadakan pecutan terakhir kepada pelajarnya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.
Sebahagian pelajar yang mengikuti program Tuisyen Rakyat
Seramai 291 calon SPM mengikuti program yang dianjurkan oleh PKM DUN Kijal dengan kerjasama sekolah terlibat diantaranya SMK Seri Bandi dan SMK Kijal.
Sementara itu, Pembantu Penyelia Hal Ehwal Belia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MiTS) Kijal, Mohamad Roslan Ab Rahman berkata, selepas ini akan ada lagi program bersama pelajar iaitu Lambaian Menara Gading (LAMEGA) dan Motivasi Pelajar Bersama Ibubapa dalam masa terdekat ini.
"Kami di PKM DUN Kijal amat komited dalam menyantuni belia dan pelajar disekitar Kijal dan harapan saya agar mereka berjaya samada didunia maupun diakhirat," katanya ketika ditemui pemberita dipejabatnya, kelmarin.
Â
18 Jan 22
392
'Boleh Tampung Perbelanjaan Kami' - Penerima Pencen Rakyat
KUALA NERUS, 17 Januari – Rata-rata warga emas yang menerima bantuan kewangan pencen rakyat Terengganu melahirkan rasa syukur dan terharu atas usaha keprihatinan di bawah kepemimpinan kerajaan negeri.
Salah seorang penerima berasal dari Kampung Pulau Ketam, Mohammad Abdullah, 73, menyifatkan pemberian itu dapat menampung kos perbelanjaan bulanannya.
‘’Meskipun pada dahulunya kerja saya hanya memandu lori di sebuah syarikat swasta namun inisiatif ini sangat dihargai dan membantu golongan warga emas seperti saya,’’ katanya ketika ditemu bual selepas majlis penyerahan bantuan pencen rakyat Negeri Terengganu Peringkat DUN Bukit Tunggal, baru-baru ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata bantuan RM600 setahun ini adalah untuk warga emas yang tidak menerima sebarang bantuan dari pihak kerajaan.
‘’Mewakili Kerajaan Terengganu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada ibu-ibu ayah-ayah yang terpilih menerima sedikit sumbangan sebagai tanda penghargaan dari pihak kerajaan ini.
‘’Sumbangan ini tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan sumbangan warga emas yang telah lama bekerja sebelum ini dalam apa jua lapangan sama ada buruh, nelayan, petani dan sebagainya bagi memajukan sektor ekonomi negeri," jelasnya.
Jelas beliau, bantuan itu juga termasuk kejayaan 18 daripada 20 manifesto dari 2018 sehingga 2021 tempoh pentadbiran kerajaan negeri dalam melaksanakan janji sebagaimana yang termaktub dalam manifesto Pilihanraya Umum lepas.
“Jika ada rakyat dalam Dun ini yang layak tetapi terlepas pandang atau tercicir nama mereka, sila hubungi wakil kampung setempat untuk tindakan selanjutnya,’’ tambahnya.
17 Jan 22
649