lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

RTB Pondok Pasir, Kijal - 104 Peserta Serah Dokumentasi
RTB Pondok Pasir, Kijal - 104 Peserta Serah Dokumentasi
KEMAMAN, 12 Februari - Seramai 104 peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Pondok Pasir, Kijal menyerah Borang Jadual 1 untuk diproses oleh Pejabat Tanah Kemaman. Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pondok Pasir, Yak Yah dan Bukit Takal, Suhaimi Salleh berkata semua yang tersenarai itu telah melalui proses temuduga. Suhaimi Salleh. Katanya, permohonan yang diterima terdiri daripada penduduk setempat dan dari kampung - kampung yang berhampiran dengan Pondok Pasir. "RTB ini merupakan tanah kediaman fasa yang ketiga setelah fasa sebelum ini telah diluluskan dan akan diadakan majlis penyerahan geran dalam masa yang terdekat ini. "Alhamdulillah, walaupun proses agihan ini memakan masa yang agak lama tapi dengan kecekapan yang ada pada kakitangan Pejabat Tanah ianya berjaya diselesaikan," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Jadual 1 RTB Pondok Pasir di Kompleks Paya Lasir, Bandar Baru Kijal, baru-baru ini. Sesi temuduga. Menurut Suhaimi, ini menunjukkan kesungguhan JPKK dan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal dalam menyahut seruan Kerajaan Negeri iaitu 'Satu Keluarga, Satu Kediaman'. Turut hadir sebagai panel temuduga adalah Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Ustaz Hazri Jusoh, Ketua Biro Tanah Kijal, Zabidin Awang dan Pengerusi JPKK Pondok Pasir, Zawawi Mohamed.
12 Feb 22
615
Penternak Ikan Sangkar 'Berputih Mata'
Penternak Ikan Sangkar 'Berputih Mata'
SETIU, 11 Februari - Tiada ungkapan yang dapat digambarkan kepada lima penternak ikan sangkar yang kerugian puluhan ribu akibat kematian hasil ternakan. Hasil ternakan berkenaan yang sepatutnya mula dipasarkan pada isnin didapati mati awal pagi semalam dan berlarutan sehingga hari ini. Nazalani Nawi, 50 salah seorang daripada lima penternak ikan siakap putih berkenaan berkata, beliau reda dengan keadaan yang berlaku dan sudah menjadi lumrah bagi seorang penternak ikan sangkar yang sentiasa berhadapan dengan risiko kematian. "Saya menganggarkan kematian ikan milik saya ni lebih satu tan dan saiz ikan ini menjadi rebutan di pasaran luar. "Ikan ni sudah melebihi satu kilogram setiap seekor dan permintaan daripada tauke-tauke memang banyak." Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di sangkar ikan miliknya di Kampung Gong Batu. Beliau yang lebih 20 tahun terlibat dengan penternakan ikan sangkar di sini bersama lebih 50 orang penternak yang lain dengan ternakan pelbagai spesis. Menurutnya lagi, faktor utama kematian ikan ternakannya adalah berpunca daripada kekurangan oksigen dalam air yang tidak mampu untuk ikan siakap putih ini bertahan bagi satu tempoh masa. Dalam pada itu Pengerusi JPKK  Gong Batu, Aziz Muhammad berkata pihaknya telah ambil maklum mengenai apa yang berlaku tersebut.  "Dimana perkara ini akan dirujuk kepada Jabatan Perikanan dan akan diadukan segera kepada pihak berkaitan termasuk akan cuba memohon bantuan dengan Ahli Palimen Setiu. "Supaya nasib penternak ini akan terbela dan dengan inisiatif yang akan ditentukan nanti akan dapat meringankan beban yang mereka hadapi," ujarnya. 
11 Feb 22
1976
28 Mangsa Banjir Perantau Dibantu ADUN Buluh Gading
28 Mangsa Banjir Perantau Dibantu ADUN Buluh Gading
KUALA NERUS, 9 Februari - Seramai 28 orang anak perantau daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading telah menerima sumbangan wang tunai setelah terjejas teruk akibat banjir di Negeri Pahang dan Selangor, baru-baru ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim berkata, pihaknya telah menyalurkan bantuan kewangan bernilai RM500 bagi setiap keluarga yang terkesan akibat bencana pada akhir tahun lepas itu. Sumbangan kepada mangsa banjir yang diadakan di Shah Alam, Selangor "Banjir yang melanda tanpa jangkaan yang melibatkan lebih 70 ribu mangsa di dua negeri tersebut telah merosakkan banyak harta benda terutamanya barangan keperluan rumah. “Pada mulanya, kita ke Pahang dan Selangor untuk menyerahkan sumbangan ini. “Namun begitu apabila ramai perantau pulang bercuti di kampung masing-masing ketika cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, kita buat satu lagi majlis di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Buluh Gading," katanya ketika ditemu bual pemberita selepas selesai agihan sumbangan baru-baru ini. Katanya, ketiga-tiga majlis berasingan telah dianjurkan bagi menyempurnakan agihan itu. Sumbangan kepada mangsa banjir yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Buluh Gading Jelasnya lagi, beliau berharap agar sumbangan berupa kewangan itu dapat meringankan serba sedikit kos penyediaan kelengkapan rumah kesan daripada musibah banjir tahun lepas.
09 Feb 22
515
Kerajaan Negeri Suntik Semangat Pelajar SPM
Kerajaan Negeri Suntik Semangat Pelajar SPM
KUALA TERENGGANU, 6 Februari – Persediaan akhir pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dihangatkan lagi dengan inisiatif program motivasi pelajar anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk.  Menurut ADUN Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi program motivasi berkenaan merupakan rentetan daripada program Tuisyen Rakyat DUN Batu Buruk yang telah diadakan pada 3 Februari yang lalu. Antara peserta program motivasi   “Program yang kita adakan ini merupakan usaha untuk membantu anak-anak pelajar kita agar berjaya dalam peperiksaan SPM yang akan akan dihadapi nanti. “Apa yang penting ialah kita berusaha, niatkan ikhlas kerana Allah SWT dan berdoa supaya dipermudahkan untuk memahami dan menjawab soalan nanti,” pesannya dalam ucapan majlis penutup program motivasi tersebut. Program tersebut telah diadakan di Dewan Dato’ Wan Abdul Muttalib, Kuala Ibai dan disampaikan oleh pakar motivasi, Mohamad Mizan Mohd Nor.  Ustaz Mohamad Mizan menyampaikan motivasi kepada pelajar Dalam pada itu, Program Tuisyen Rakyat bagi subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik diadakan baru-baru ini telah diadakan disertai seramai 90 orang pelajar.   
05 Feb 22
411
160 Pelajar Terima Manfaat Tuisyen Rakyat DUN Tepoh
160 Pelajar Terima Manfaat Tuisyen Rakyat DUN Tepoh
KUALA NERUS, 2 Februari - Seramai 160 orang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari kawasan Tepoh telah terpilih untuk menyertai Tuisyen Rakyat sebagai usaha kearah memperkasakan ilmu para pelajar menghadapi peperiksaan awam tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, penempatan kelas tuisyen di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) merupakan satu tuah buat pelajar dengan persekitaran Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang mampu menyuntik semangat mereka untuk menjejakkan kaki ke menara gading. "Calon peperiksaan SPM yang terpilih menyertai Tuisyen Rakyat diharapkan dapat menggunakan peluang ini sebaiknya untuk meningkatkan penguasaan mata pelajaran seterusnya meraih keputusan peperiksaan SPM yang cemerlang bagi peringkat Negeri Terengganu.  "Inisiatif ini yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tepoh dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs Tepoh) merupakan salah satu usaha pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi membantu para pelajar menguasai mata pelajaran. "Disamping itu, ia memastikan semua pelajar dapat meraih keputusan peperiksaan yang lebih membanggakan" kata Hishamuddin ketika ditemui media.  Terdahulu, selain tuisyen biasa, dua kelas elit turut dibuka bagi pelajar yang mengambil subjek Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia. Perjalanan tuisyen rakyat ini mendapat sokongan sepenuhnya pihak SMKA Dato' Haji Abbas, SMK Kompleks Gong Badak, SMK Bukit Guntong dan Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman (MTT). Manakala itu, program motivasi dan majlis penutup akan diadakan pada 5 Februari 2022 di Dewan Ehsan Felda Wilayah Timur.
02 Feb 22
299
Bazar Abdul Rahman Bin Auf Tingkat Pendapatan Peniaga Kecil
Bazar Abdul Rahman Bin Auf Tingkat Pendapatan Peniaga Kecil
DUNGUN, 1 Februari- Kewujudan Bazar Abdul Rahman Bin Auf diharap dapat meningkatkan pendapatan peniaga kecil di Pasar Besar Dungun. Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, dengan adanya bazar yang bernilai RM 608,263 itu akan merancakkan lagi ekonomi di daerah Dungun.  "Saya juga mengharapkan semua pihak yang ingin membuka ruang - ruang perniagaan dan kiosk - kiosk di Dungun ini, melibatkan kepentingan yang diurus oleh Majlis Perbandaran Dungun (MPD), di mana kehendak perniagaan itu dipenuhi," katanya. Wan Hassan berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Bazar Abdul Rahman Bin Auf di perkarangan Pasar Besar Dungun di sini. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik, ADUN Rantau Abang, Alias Harun dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim. Sementara itu Huzairil berkata, bazar yang menempatkan 20 unit kedai itu telah memulakan operasi awal Januari lalu. "Bazar ini didirikan hasil daripada kutipan MPD yang datangnya daripada komitmen, sumbangan dan apa jua bayaran yang merupakan hasil pendapatan daripada warga Dungun. "Jadi kita mengharapkan dengan kemudahan yang disediakan oleh MPD dan kerajaan negeri ini akan merancakkan ekonomi selepas pasca pandemik COVID-19 sekali gus mengembalikan pendapatan seluruh peniaga Dungun, " katanya. Rahimah Abdul Rahim  Sementara itu, seorang peniaga Rahimah Abdul Rahim, 49, berkata, dia yang sebelum ini menyewa di tingkat atas Pasar Besar Dungun sangat gembira terpilih untuk berniaga dibazar berkenaan. "Harap-harap dengan berniaga di bazar baru ini akan dapat meningkatkan hasil jualan dan pendapatan," katanya yang telah 20 tahun berniaga di tingkat atas Pasar Besar Dungun.
31 Jan 22
761
4040 Limau Mandarin Diagihkan Sempena Tahun Baharu Cina
4040 Limau Mandarin Diagihkan Sempena Tahun Baharu Cina
KUALA TERENGGANU, 3 Februari – Bersempena Tahun Baharu Cina 2022, Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk telah mengagihkan sebanyak 4040 biji buah Limau Mandarin.  Agihan buah Limau Mandarin itu telah disempurnakan oleh ADUN Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi kepada masyarakat kaum Tionghoa dalam DUN tersebut. “Agihan buah limau yang kita adakan hari ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di samping memperkukuhkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat khususnya di DUN Batu Buruk ini. “Justeru, saya mengucapkan selamat bercuti buat semua dan selamat Tahun Baharu Cina 2022,” kata Ustaz Muhammad Khalil ketika ditemui pemberita.  
31 Jan 22
256
Rumah RM180 Ribu Dijual Hanya RM54 Ribu
Rumah RM180 Ribu Dijual Hanya RM54 Ribu
Percaya atau tidak, sebuah rumah dengan kos RM180 ribu akan dijual pada harga RM54 ribu sahaja.
31 Jan 22
116
JPKK Komited Laksana Tugas
JPKK Komited Laksana Tugas
DUNGUN, 30 Januari- Jawatankuasa  Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) DUN Bukit Besi terus komited menjadi penggerak hasrat kerajaan dalam menyampaikan maklumat mengikut saluran yang ditetapkan. Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, JPKK adalah orang tengah yang membantu memudahkan segala urusan di setiap kampung. "Setiap tahun kita adakan perhimpunan bertujuan memantapkan peranan mereka dan memperkuatkan lagi sebuah organisasi JPKK  itu sendiri. "Ianya melibatkan pengerusi dan ahli JPKK di DUN Bukit Besi ini," ujarnya ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Himpunan Jawatankuasa  Pembangunan Keselamatan Kampung 2022 Peringkat Dun Bukit Besi yang dihadiri seramai 250 peserta di Dewan Orang Ramai (BALORA), Al Muktafi Billah Shah di sini kelmarin.  Turut hadir,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim, Pengarah i-MiTS Kamaruzaman Abdullah.  
30 Jan 22
383
Pelajar UniSZA Kutip Satu Tan Sampah Di Pantai
Pelajar UniSZA Kutip Satu Tan Sampah Di Pantai
KUALA NERUS, 28 Januari - Seramai 37 orang pelajar antarabangsa dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengambil inisiatif mengutip satu tan sampah di pantai di Seberang Takir hari ini. Pengarah Pusat Antarabangsa UniSZA, Anuar McAfee berkata, mahasiswa dari pelbagai negara seperti Syria, Bangladesh, Pakistan, Nigeria dan Indonesia telah menyertai usaha yang julung kali diadakan, mengutip sisa buangan termasuk botol plastik dan jala ikan lama. “Dengan adanya aktiviti sebegini, ia dapat meningkatkan kesedaran tentang mencintai alam sekitar serta memupuk satu budaya dalam mengekalkan kebersihan pantai dan kelestarian laut. “Plastik yang tidak dibuang secara betul akan menjejaskan kehidupan marin terutamanya penyu. “Di samping itu, program ini berperanan dalam mewujudkan hubungan baik bersama komuniti setempat dan memberi peluang kepada pelajar-pelajar berkenaan untuk berkenalan dan mengenali masyarakat setempat,” katanya. Beliau berkata demikian selepas program pembersihan pantai yang diadakan dari 7.30 sehingga 10 pagi dengan kolaborasi Koperasi Homestay Teluk Ketapang yang diterajui oleh Md Azmi A Aziz. Turut hadir, Penghulu Mukim Seberang Takir, Khairi Ghazali. Untuk rekod, UniSZA mempunyai 1,170 orang pelajar antarabangsa dari 40 buah negara yang mengambil Ijazah Sarjana Muda, Master dan Doktor Falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang.  Inisiatif ini menunjukkan keprihatinan terhadap alam sekitar dan kepekaan kepada isu semasa seiring dengan moto universiti iaitu 'Ilmu demi faedah insan'.
28 Jan 22
798