Artikel "Komuniti" Terkini
ADUN Bukit Payong Santuni Wanita Muda
MARANG, 16 Februari- Seramai 90 orang wanita muda dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong diraikan dalam satu majlis makan malam yang penuh eksklusif di Sky Bridge Hall Terengganu Drawbridge, semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah berkata, program tersebut diadakan bagi mengumpul dan meraikan wanita muda dalam DUN berkenaan serta dapat beramah mesra dengan lebih dekat.
Para wanita muda yang diraikan turut teruja, apabila dapat menyaksikan sendiri jambatan ikonik Negeri Terengganu dibuka dan ditutup buat seketika selama dua minit.
Menurut salah seorang wanita yang diraikan, Siti Solehah Sudin berkata, walaupun beliau memang penduduk Terengganu inilah kali pertama berpeluang berada di atas bangunan Drawbridge serta yang lebih mengujakan apabila berpeluang untuk melihat sendiri Jambatan Drawbridge ini dibuka seketika.
16 Feb 22
549
PSMZA Baik Pulih 50 Motosikal Mangsa Banjir
DUNGUN, 15 Februari - 50 buah motosikal mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor berjaya dibaikpulih oleh 'team' Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA).
Jurucakap Unit Korporat dan Komunikasi PSMZA berkata, program pasca banjir membaik pulih motosikal itu disertai 20 kakitangan dan pelajar PSMZA.
"Program tersebut adalah anjuran Bahagian Governan & Kecemerlangan, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) yang melibatkan PSMZA dan beberapa Kolej Komuniti, " katanya menerusi hantaran di media sosialnya.
Menurutnya, Flat Sri Muda Shah Alam sebagai tempat membaikpulih dan program berlangsung selama dua hari ini.
"Program seperti ini secara tak langsung merupakan latihan praktikal kepada para pelajar yang terlibat khususnya jurusan mekanikal automotif.
15 Feb 22
419
Amanah Raya Berhad Agih Zakat Kepada Asnaf
KUALA TERENGGANU, 15 Februari – Seramai 24 orang golongan asnaf dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk menerima Bantuan Zakat Wakalah Amanah Raya, semalam.
Agihan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu majlis yang diadakan di Balairaya Kampung Mengabang Tengah.
Kata, Ustaz Muhammad Khalil, bantuan itu mampu memberi sedikit kepada rakyat untuk hidup dengan lebih selesa.
"Kerajaan Negeri Terengganu sentiasa menekankan soal kebajikan rakyat khususnya melibatkan golongan asnaf.
"Namun dalam menyelesaikan masalah kemiskinan yang melibatkan golongan asnaf ini, ia bukan sahaja tanggungjawab kerajaan tetapi ia merupakan tanggungjawab bersama,” kata Ustaz Muhammad Khalil dalam ucapannya.
Turut hadir dalam majlis itu Pengurus Wilayah Timur Amanah Raya, Tuan Noraizan Tuan Long, wakil Parlimen Kuala Terengganu, Tuan Ngah Tuan Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Mengabang Tengah, Wan Ismail Wan Ngah.
ADUN Batu Buruk menyampaikan ucapan
Tambah beliau lagi, badan bukan kerajaan atau syarikat-syarikat besar boleh mengeluarkan zakat untuk membantu dan dimanfaatkan oleh golongan asnaf ini.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Amanah Raya Berhad kerana memilih DUN Batu Buruk untuk kali ini,” ujar beliau lagi.
Terdahulu bantuan zakat ini telah diadakan di beberapa kawasan dalam Negeri Terengganu iaitu DUN Pengkalan Berangan dan Kuala Berang.
Penerima Bantuan Zakat Wakalah Amanah Raya
15 Feb 22
526
Cipta Kenangan Manis Di PKRC
Oleh : Sarah Aqilah
KUALA TERENGGANU, 14 Februari - Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) yang menempatkan pesakit positif COVID-19 sehingga habis tempoh kuarantin telah mencipta kenangan manis sesama mereka.
Di samping, saling memberi semangat antara satu sama lain untuk sembuh serta bersama melawan penyakit tersebut.
Seorang penjawat awam, Fazilla Mohd, 43, berkata, suasana di sini seperti asrama dan mereka diibaratkan satu keluarga yang saling membantu satu sama lain.
"Membantu mengambil makanan, beratur untuk ambil tekanan darah bersama,
semuanya boleh dikatanya buat bersama.
"Masing-masing sentiasa murah dengan senyuman, saling bertegur sapa dan saling cakna antara satu sama lain sepanjang berada di sini," katanya yang tinggal di Kampung Merbau Patah.
PKRC yang bertempat di Stadium Negeri di hadapan Hospital Sultanah Nur Zahirah menempatkan pesakit yang terdiri daripada ibu dan bayi, ibu mengandung, pelajar sekolah serta penjawat awam menjalani Tempoh kuarantin selama 10 hari.
Lokasinya yang strategik dan memudahkan pihak keluarga untuk menghantar barangan keperluan atau mengambil mereka yang tamat tempoh kuarantin.
Ini diakui oleh seorang suri rumah, Nor Suzie Mohd,35 sambil menambah, semuanya baik belaka, makanan dan fasiliti di situ juga sentiasa cukup dan lengkap.
"Saya sangat suka dapat mencipta kenangan bersama rakan baru yang
bagi mengekalkan hubungan lagi, kami saling bertukar nombor telefon dan mencipta 'group whatsapp' bersama," jelasnya sambil mengharapkan orang ramai mendoakan mereka semua sembuh.
14 Feb 22
306
Qari Marang Antara 237 Orang Penerima Tanah RTB Gong Nangka
MARANG, 14 Februari - Qari Tilawah Al-Quran Daerah Marang, Ahmad Syahir Yahya meluahkan perasaan gembira tidak terhingga apabila menerima Tanah Lot Berkelompok Tapak Kediaman di sini baru-baru ini.
Ahmad Syahir Yahya, 29, menerima Tanah Lot Kediaman Rancangan Tanah Berkelompok Kawasan Gong Nangka, Marang dengan syarat membayar premium tanah dalam masa enam bulan, juga merupakan manifesto Kerajaan Negeri Terengganu.
“Walaupun tidak dapat hadir kerana isteri hendak bersalin, saya diwakili oleh ayah ke majlis undian tanah lot tersebut , dan merasa amat bersyukur kerana terpilih untuk menerima tanah anugerah itu.
“Usaha kerajaan negeri ini sangat besar kepada rakyat negeri Terengganu yang sangat memerlukan tanah lot kediaman," katanya yang pernah merangkul johan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Marang pada tahun 2019 ketika dihubungi pemberita.
Seramai 237 orang menerima borang Jadual Satu melibatkan 199 unit tanah lot kediaman di Kampung Gong Nangka dan 38 unit di Kampung Gong Cempedak.
Peserta dan pemohon yang terlibat dalam RTB ini adalah penduduk kampung setempat dan sekitar yang tidak mempunyai kawasan tanah untuk diangkat secara berkelompok oleh peringkat kampung masing-masing.
Sementara itu, Pegawai Daerah Marang, Lijan Che Mat berkata, pemohon mestilah mula mengumpul simpanan untuk membayar premium tanah dalam tempoh enam bulan.
“Kerajaan Negeri Terengganu telah mengenakan bayar sebanyak 10 peratus sahaja menjadikan premium tanah ini adalah termurah berbanding negeri lain.
Ucapnya lagi, rakyat harus menghargai usaha kerajaan khususnya pemimpin seperti ini, yang menitik beratkan keperluan rakyat termasuk anak muda.
"Pemohon yang memohon tanah ini mestilah merupakan rakyat Terengganu, dimana syarat ini menunjukkan rakyat Terengganu harus bersyukur kerana mendapat kelebihan seperti ini," tambahnya lagi.
Turut hadir, Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman serta Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rhu Rendang, Hasan Awang.
14 Feb 22
548
Beliawanis Jabi Cungkil Seni Tangan Wanita Muda
SETIU, 14 Februari – Keterujaan wanita muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi terserlah setelah kesenian dan bakat yang terpendam berjaya dicungkilkan dengan penghasilan gubahan orkid.
Beliawanis Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Jabi, Nur Syafiqa Aman berkata generasi muda merupakan tonggak dan harapan kepada negara. Malah mereka merupakan aset yang penting dalam membangunkan negeri dan juga negara.
‘’Mereka perlu didekati dan dibelai dengan limpahan ilmu supaya menjadi orang yang berguna dan memberi manfaat.
‘’Selain itu, ia dapat mengeratkan ukhuwah di antara satu sama lain , melahirkan masyarakat yang suka berniaga dan menghasilkan produk sendiri. Malah mereka dapat menambah ilmu tentang gubahan bunga dan hasil seni tangan,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) dalam Program Bengkel Gubahan Orkid di Balairaya Kampung Kepala Gajah, Jabi, semalam.
Seramai 40 orang wanita muda Unit Daerah Mengundi (UDM) menyertai bengkel tersebut gabungan dari Kampung Kepala Gajah dan Kampung Renek. Ia dianjurkan bersama Pusat Khidmat ADUN Jabi dengan kerjasama Ameerah Jabi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata fitrah manusia menyukai keindahan dan kecantikan. Gabungan daripada pelbagai kejadian jelas menggambarkan nilai kebesaran Allah SWT.
‘’ Antara nikmat sebagai manusia apabila melihat keindahan alam dapat mengenangkan siapakah diri kita dan mengingatkan kepada sang pencipta.
‘’ Berinteraksilah dengan alam untuk sama-sama mendapat manfaat. Termasuk jugalah keindahan alam seperti bunga-bungaan tumbuh-tumbuhan. Ini kerana telah digambarkan dalam al-quran bahawa syurga ini banyak pokok-pokok sebab ia suatu yang indah.
‘’ Malah digambarkan juga sungai-sungai yang mengalir. Jadi gabungan sungai, pokok, bunga ini benda yang menyenangkan manusia sehingga digambarkan di syurga. Tiada pula Allah sebut bangunan pencakar langit.
‘’ Mata lebah kemana pergi dia akan cari bunga. Kalau mata lalat ia akan mencari sampah , bangkai dan benda busuk. Jesteru, belajarlah daripada mata lebah yang sentiasa mencari benda yang indah dan akhirnya menghasilkan madu-madu yang berkhasiat untuk dimakan oleh manusia.’’ katanya
Tambahnya, setiap perkara di atas muka bumi ini suatu perkara untuk kita berfikir.
‘’ Orang mukmin apabila dia lihat ciptaan alam dia akan berkata Ya Tuhan, tidak kamu jadikan ini dengan sia-sia dan selamatkanlah kami daripada azab api neraka. Ini cara orang islam berfikir,
‘’Tahniah Beliawanis dan Ameerah Jabi di atas kejayaan Program Bengkel Gubahan Orkid pada hari ini dan harap diteruskan ke UDM lain yang menjadi suatu program untuk mendekati masyarakat , bertemu mata, beramah mesra,’’ jelasnya lagi.
14 Feb 22
299
650 Orang Terima Sumbangan Nelayan Di Rantau Abang
DUNGUN, 14 Februari - Sebanyak RM52,000 telah diperuntukkan bagi Sumbangan Nelayan untuk membantu 650 orang penerima di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, golongan yang terlibat itu ialah nelayan, petani, buruh, penoreh dan penternak.
"Semasa penyerahan Sumbangan Nelayan dua minggu lepas di Dewan Al-Husna, Markas Tarbiah Darul Ansor, seramai 370 orang hanya nelayan yang menerima bantuan mereka.
" Jumaat lepas di tempat yang sama, seramai 280 orang yang terdiri dari buruh, petani, penoreh dan penternak pula menerimanya, mereka menerima seekor ayam, sekampit beras dan sedikit hadiah wang," katanya.
Alias memberitahu demikian berucap di majlis Sumbangan Buruh, Petani, Penoreh dan Penternak di Dewan Al-Husna, Markas Tarbiah Darul Ansor Alor Mak Bah di sini.
Sementara itu, pngarah program berkenaan, Ahmad Fauzi Ali berkata, program seumpama itu akan sentiasa diadakan sebagai tanda keprihatinan dalam menjaga kebajikan penduduk DUN itu.
"Walaupun sumbangan tidak seberapa, tetapi melihat kegembiràan ràkyat DUN Rantau Abang adalah segala-segalanya bagi pihak Kebajikan DUN, Insya-Allah akan terus dberi perhatian dengan sebaiknya," katanya.
13 Feb 22
518
400 Peserta Terlibat Gotong Royong Bersepadu Bersih Pantai Setiu
SETIU, 14 Februari - Gotong royong secara bersepadu bagi membersihkan kawasan pantai di daerah ini telah diadakan dengan jumlah penyertaan seramai 400 orang yang melibatkan 10 jabatan dan agensi kerajaan juga pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Kolej Bestari (UCB).
Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Ahmad Rizal Mamat berkata, tujuan program berkenaan adalah memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat supaya memelihara keindahan pantai yang ada di negeri ini.
"Pantai sentiasa menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negeri sebab itu menjaga kebersihan bukan hanya tanggungjawab pihak tertentu sahaja tetapi ia merupakan tugas semua orang jadi.
Ahmad Rizal Mamat.
Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di tapak gotong royong bersepadu Kampung Kuala Baru, Kampung Mangkok pada Jumaat.
Katanya, kawasan tersebut merupakan tapak pelancongan, oelh itu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengambil langkah bagi memastikan kawasan ini sentiasa bersih akan mengambil perjalanan untuk diletakkan tong sampah di hujung kawasan perkelahan ini.
13 Feb 22
423
200 Asnaf Seberang Takir Terima Manfaat
KUALA NERUS, 14 Februari - Seramai 200 orang golongan asnaf menerima manfaat barangan keperluan asas bagi meringankan beban harian melihat kepada situasi ketidaktentuan harga barang, baru-baru ini.
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab berkata, bantuan berupa harian dan wang saku tersebut telah diagihkan dalam satu majlis selepas kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Selebriti, Ustaz Hanafiah Malek.
"Ramai daripada kita terkesan terutamanya golongan B40, kita berharap kerajaan di peringkat persekutuan terus berusaha menstabilkan harga barang.
"Bantuan malam ini bukan sahaja daripada kerajaan negeri tetapi juga orang persendirian malah syarikat-syarikat juga memainkan peranan. Jadi, kita mengalu-alukan lagi mana-mana pihak untuk sama-sama membantu," tambah Mohd Fadhil lagi.
Sementara itu, seorang penerima, Jamaluddin Muhammad, 50, berkata, beliau bersyukur dengan pemberian bantuan ini sedang kita berhadapan dengan krisis ekonomi akibat COVID-19.
“Sambil-sambil itu kitu dapat mendengar kuliah yang disampaikan sebelum majlis penyerahan,” ujarnya.
Seorang lagi, Muhammad Afendi, 42, menceritakan situasinya dengan pendapatan yang tidak menentu, dia amat berterima kasih kepada pihak pemimpin kawasan atas usaha tepat pada waktunya itu.
"Bantuan sebelum ini saya dapat juga, hari ini dapat juga, syukur sungguh," tambahnya.
13 Feb 22
202
Tetap Ceria Walau Padang Bola Menjadi Ala-ala Sawah
SETIU, 14 Februari – Keceriaan tetap dicapai oleh peserta yang menyertai Karnival Sukan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) walaupun keadaan Padang Bola Kampung Guntong Dalam, Permaisuri bertukar menjadi ala-ala sawah disebabkan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata program kesukanan dan kemasyarakatan yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat ini juga boleh dijadikan satu medan kesatuan sesama manusia.
‘’ Walaupun keadaan padang bola bertukar menjadi ala-ala sawah padi namun semangat kesukanan tidak luntur. Biar bermandi lumpur demi kepuasan bersukan dan berukhuwwah.
‘’ Tahniah dan syabas kepada pihak Unit Daerah Mengundi (UDM) Guntong Dalam, Permaisuri atas kejayaan penganjuran program sukan dengan pelbagai acara yang melibatkan pelbagai lapisan umur dan jantina pada petang ini.
‘’Suatu program yang kita harapkan menjadi medan untuk berjumpa mata, merapatkan silaturahim, boleh bertanya khabar dalam masa yang sama kita bersukan untuk menyihatkan badan. Hadiah itu berada di nombor tiga, empatlah.
‘’ Kita jumpa dalam satu program kemasyarakatan setelah sekian lama program-program berbentuk himpunan sebegini tidak dapat dilangsungkan ekoran pandemik Covid-19 yang kita sama-sama lalui,"ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Karnival Sukan Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK), di sini, baru-baru ini.
Mengulas lanjut isu peningkatan kes yang berlaku sekarang ini, beliau turut mengingatkan agar bersama-sama mengambil langkah berjaga-jaga walaupun pihak kerajaan tiada sebarang perancangan untuk mengadakan sekatan baru.
‘’ Jadi kita anggap suasana kita ini sudah menuju ke arah andemik walaupun nampak kes semakin meningkat tapi kita pakat sama-sama jaga insya-Allah. Mudah-mudahan program-program seperti ini akan dapat dianjurkan lagi pada masa-masa yang akan datang. Terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan program ini,"katanya.
Menurut Pengerusi JPKK Guntong Dalam Zull Yunus, Karnival Sukan JPKK 2022 ini melibatkan gabungan dari tiga buah kampung iaitu Kampung Guntong Dalam, Kampung Che Mohid dan Kampung Padang Jejawi.
‘’ Antara acara yang dipertandingkan ialah bola sepak 9 sebelah dewasa, bola sepak 12 sebelah kanak-kanak, boling padang, anyaman daun kelapa, memanah dan berebut coklat kanak-kanak.
‘’ selain pertandingan, cabutan bertuah, pameran memproses minyak gelam, kelab memanah, Kelab Motor SDK turut diadakan serta jamuan gulai kawah.
Katanya, program tersebut turut ditaja oleh Syarikat Zull Go Enterprise.
13 Feb 22
952