Artikel "Komuniti" Terkini
Pemuda Amal Wakili Malaysia
MARANG, 19 Februari - Pemuda dari Jabatan Amal Malaysia (JAM) Pengkalan Berangan berjaya mewakili Malaysia dalam sukan Bola Sepak Kudung Amputee Football World Cup.
Mat Ridwan Yah,31, berkata, minatnya dalam sukan tersebut tidak pernah luntur walaupun beliau kehilangan kaki kirinya akibat kemalangan beberapa tahun yang lalu.
"Alhamdulillah, pada 25 hingga 28 Februari ini saya akan ke Kuala Lumpur untuk meneruskan sesi latihan saya bersama dengan pemain lain bagi menghadapi perlawanan yang seterusnya yang mana ia akan diadakan di Bangladesh pada 11 hingga 16 Mac ini," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya.
Selain itu, dia juga bukan sahaja aktif dalam sukan bola sepak, tetapi juga turut aktif dalam hal-hal kebajikan yang lain apabila khidmat dan bantuan diperlukan.
"Saya sukarela menyertai Jabatan Amal Malaysia ini, bukanlah kerana nama atau wang, tapi saya kira ia adalah satu tanggungjawab bersama yang kita perlu lakukan dengan sekadar kemampuan yang kita ada.
"Apabila berlakunya sesuatu bencana contohnya, walaupun tiada arahan, tetapi saya merasa amat terpanggil untuk menyertai bersama dalam misi bantuan, seperti mana bencana banjir yang berlaku di Pahang dan Selangor baru-baru ini," ujarnya.
Menurutnya lagi selain dari ke Bangaladesh, pada tahun ini juga akan berlangsung satu lagi acara utama iaitu Kejohanan Bolasepak Orang Kudung Zon Asia Timur Piala Dunia Bolasepak Kudung Oktober nanti di Turki, dan mereka akan susuli dua acara utama ini dengan acara Perlawanan Persahabatan menentang Gaza pada tahun 2023 nanti.
19 Feb 22
274
60 Juru Mandi Jenazah dan Pembantu Terima Sumbangan
DUNGUN, 17 Februari - Seramai 60 orang juru mandi jenazah dan pembantunya disini menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli.
Penolong Kanan Pesuruhjaya Dakwah dan Tarbiah Jabatan Agama Hal Ehwal Terengganu, Zulfa Abdul Samad berkata, kerajaan negeri menyediakan insentif bulanan skim perkhidmatan jurumandi jenazah kepada rakyat negeri ini yang berkelayakan.
"Di samping itu, imbuhan penambahan jenazah, kemudahan insentif bulanan dan bantuan khairat kematian turut diperkenalkan," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat ringkas dalam pertemuan dengan juru mandi jenazah dan pembantu yang diadakan di Pejabat Agama Daerah Dungun, hari ini.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Dungun, Mohd Amin Hamid mewakili Ahli Parlimen Dungun.
Menurut Zulfa setiap jurumandi dan pembantu layak menuntut insentif bulanan berdasarkan faktor keaktifan.
"Justeru kita bekerjalah dengan penuh pengorbanan, kesungguhan dan keikhlasan serta menjaga kerahsiaan atau aib jenazah supaya tidak didedahkan kepada orang ramai," katanya.
17 Feb 22
303
Pesawah Terjejas Diminta Segera Mohon Bantuan Bencana
MARANG, 17 Februari- Pesawah yang terjejas ekoran hujan lebat baru-baru ini diminta segera membuat permohonan bantuan melalui Jabatan Pertanian.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata, kejadian hujan lebat itu telah memusnahkan tanaman padi yang diusahakan sekaligus mengakibatkan kerugian kepada pesawah di beberapa kampung.
"Akibat hujan yang turun dengan lebat semenjak beberapa hari yang lepas, ia mengakibatkan tanaman padi di kawasan Kampung Bukit Kulim, Bukit Gading, Kampung Tuman, Bukit Jejulong dan kawasan sekitarnya tumbang musnah.
"Alhamdulillah, hari ini kita turun untuk berjumpa dengan mangsa dan kita mencadangkan kepada mereka untuk menyegerakan laporan dan permohonan bagi memudahkan proses bantuan.
"Di peringkat Kerajaan Negeri telahpun mengumumkan bahawa Tabung Bencana Pertanian telahpun diaktifkan, jadi kami berharap ia dapat dilaksanakan dan sekurang-kurangnya meringankan sedikit beban mereka yang menjadi mangsa," ujarnya kepada pemberita.
Sementara itu, salah seorang mangsa, Fadzli Jaafar 44, berkata, separuh daripada pesawah di kawasan terbabit terjejas dengan bencana ini.
"Pesawah disekitar ini kira-kira 50 orang, dan lebih kurang 30 orang daripadanya terjejas akibat daripada insiden ini. Setelah mendapat arahan daripada YB, inshaAllah saya sendiri akan memaklumkan kepada para pesawah untuk segera mengambil tindakan seperti ambil gambar, buat laporan polis serta maklumkan kepada Jabatan Pertanian," ujarnya.
17 Feb 22
153
Gadis Kampung Buat Duit Dengan 'Bigo Live'
MARANG, 17 Februari - Bergiat aktif sebagai pempengaruh aplikasi 'Bigo live' sejak 2021, gadis dari Kampung Jerung Surau, Syafiqah Rashid, 25, mampu meraih pendapatan hampir RM6,000 sebulan.
Katanya, dia sangat meminati bidang berkaitan media sosial dan memasang tekad untuk terus memanfaatkan kelebihan platform itu.
"Saya akui untuk sampai ke tahap sekarang bukanlah sesuatu yang mudah, namun ia bukanlah menjadi satu halangan apabila ada usaha daripada kita.
"Sebelum ini saya merasakan cukup sukar untuk meraih pendapatan bulanan sedemikian, namun setelah belajar daripada beberapa 'influencer' saya mampu melangkah ke depan.
"Dulu, sukar untuk saya jadi seperti sekarang, kena kerja dari pagi sampai malam, penat lagi, nak dapat RM2,000 pun susah, dengan pendapatan sekarang, sekurang-kurang saya mempu membantu keluarga," jelasnya ketika ditemui UPDI semalam.
Syafiqah Rashid yang sedang dalam pengambaran untuk dimuat naik ke You Tube.
Menurut lulusan Diploma Pengurusan Zakat Wakaf, Kolej profesional Baitulmal itu, 'gaji' tersebut diperolehi selepas dia berjaya mengumpulkan 26 ribu pengikut.
Katanya, setiap kali bersiaran langsung di aplikasi berkenaan, dia menjadikan topik atau tips masakan kampung dan penjagaan kecantikan serta tutorial penggunaan alat solek sebagai bahan menjana wang.
"Daripada 26 ribu pengikut itu, ramai yang meminati topik berkenaan dan memberi galakan setiap kali saya bersiaran," jelasnya.
Ditanya mengenai 'Bigo live' yang mempunyai persepsi negatif dalam kalangan masyarakat kerana kandungan melampaui batas, Syafiqah berkata dia mahu merubah persepsi itu.
"Sama juga juga tik tok sebelum ini, banyak kandungan negatif kerana kurang individu yang mengetengahkan 'content' positif.
"Bagi saya, selagi kita menggunakan sesuatu platform itu untuk memberi manfaat kepada orang ramai, ia tiada masalah,
"Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pun pernah mengeluarkan kenyataan tiada masalah untuk menggunakan aplikasi itu selagi bukan bertujuan untuk melakukan kemaksiatan dan perkara yang diharamkan," tambahnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Syafiqah turut menjelaskan dia sedang memperluaskan 'content' media sosialnya ke You Tube.
"Saya juga boleh menambah pendapatan dengan menjual biskut buatan tangan secara atas talian di dalam aplikasi shopee dan juga instagram," jelasnya.
17 Feb 22
5648
Pengusaha Kedai Gunting Syukur Terima Sumbangan
KUALA TERENGGANU, 17 Februari – Pengusaha kedai gunting Yen Hairstyle, Mohd Azreen Chik, 30, bersyukur apabila menerima sumbangan kerusi gunting rambut daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Menurut Mohd Azreen, bantuan itu sedikit sebanyak membantunya melancarkan operasi kedai.
“Sebelum ini saya hanya menggunakan kerusi rumah saya untuk gunting rambut pelanggan.
Kerusi yang digunakan sebelum ini
“Alhamdulillah, saya rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Yang Berhormat kerana sudi hantar sendiri kerusi ini ke premis saya,” kata Mohd Azreen ketika ditemui pemberita di premis perkhidmatannya di Kampung Tok Adis, semalam.
Menurut beliau lagi, perkhidmatan menggunting rambut telah dimulakan sejak tahun 2009 namun hanya mengambil upah daripada rakan-rakan.
“Saya mulakan perniagaan Yen Hairstyle ini pada tahun 2019 dan alhamdulillah menerima sambutan yang baik daripada penduduk setempat,” tambahnya lagi.
Kerusi baharu diserahkan oleh ADUN Batu Buruk
17 Feb 22
333
Liputan Rangkaian Telekomunikasi Negeri Terengganu Dipertingkatkan
Oleh: Anis Nurhanan
KUALA TERENGGANU, 17 FEBRUARI - Liputan rangkaian telekomunikasi Negeri Terengganu bakal dipertingkatkan apabila Projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 telah dimulakan pelaksanaannya melalui mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur Telekomunikasi Negeri Terengganu (JITNT).
Pengarah Negeri MCMC Terengganu, Zahari Ismail berkata bahawa empat syarikat telah dilantik oleh Kerajaan dibawah pelaksanaan projek JENDELA Fasa 1.
Katanya, pelaksanaan projek ini terbahagi kepada dua peringkat yang mana peringkat pertama iaitu pembinaan infrastruktur menara dan aksesori akan dilaksanakan oleh Theta Telecoms dan FGV Prodata Systems; dan Peringkat kedua iaitu penyediaan sistem elektronik dan rangkaian perkhidmatan yang akan disediakan oleh Celcom dan Digi.
“Theta Telecoms dan FGV Prodata Systems masing-masing merupakan syarikat milik penuh Tabung Haji dan FGV Holdings.Syarikat-syarikat tersebut mahir dan mempunyai kepakaran dalam industri pembinaan menara telekomunikasi.
“Sebanyak 65 menara komunikasi baharu dan satu struktur komunikasi ‘repeater’ dijangka siap dibina pada penghujung Julai 2023 di bawah pelaksanaan projek JENDELA Fasa 1 ini,” jelasnya.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri Terengganu, Ariffin Deraman, dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr Mamad Puteh.
JITNT merupakan jawatankuasa yang digerakkan oleh Kerajaan Negeri melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Negeri Terengganu.
Ia berperanan dalam memantau dan memudahcara urusan kelulusan tanah bagi pelaksanaan projek telekomunikasi yang telah dirancang agar dapat dilaksanakan dan siap mengikut garis masa yang telah dipersetujui.
Sementara itu, Dr Mamad Puteh berkata bahawa pelaksanaan projek JENDELA dilihat boleh membantu memenuhi keperluan orang ramai dan mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat Terengganu terutama dalam situasi pandemik yang membuktikan internet adalah antara keperluan yang sangat penting dalam kehidupan masa kini.
“Harapan saya adalah untuk memastikan penyediaan liputan jalur lebar talian tetap dan mudah alih yang dapat memberi perkhidmatan komunikasi yang berkualiti di seluruh negeri Terengganu terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman,” ujarnya.
Beliau juga menyarankan agar semua pengguna dapat mengakses portal JENDELA MAP (https://jendela.my) bagi membuat semakan liputan dan memberi maklum balas bagi kawasan-kawasan yang perlu ditambah baik bagi memastikan perkhidmatan komunikasi yang berkualiti dapat disediakan dan bermanfaat kepada masyarakat setempat.
16 Feb 22
307
Guru Dan Pelajar Tionghua Di Rai
DUNGUN, 16 Februari- Seramai 120 orang murid dan 24 guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Chone disini diraikan dalam Majlis Ramah Mesra sempena Tahun Baharu Cina 2022.
Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, tahun lalu sambutan tahun baru Cina tidak begitu dirasai kerana situasi COVID-19 ketika itu sangat membimbangkan.
"Ternyata rata-rata masyarakat Cina menggunakan kesempatan pada tahun ini untuk memeriahkan suasana perayaan kali ini," ujarnya ketika dihubungi.
Majlis yang disambut dengan penuh meriah itu diserikan lagi dengan tarian singa dan persembahan lain dengan kehadiran kira-kira 150 orang mengikut standard operasi prosedur (SOP) yang ditetapkan.
Dalam perkembangan lain, beliau berharap persekolahan dan pembelajaran tahun ini berada dalam keadaan yang baik.
16 Feb 22
199
Bina Keluarga Wakaf Tapai
MARANG, 16 Februari - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong menyeru kepada masyarakat Tionghua khususnya supaya dapat membina sebuah keluarga Wakaf Tapai yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Katanya, andai Keluarga Malaysia cukup besar dan sukar dibina dikalangan masyarakat setempat, maka keluarga kecil Wakaf Tapai mesti dapat direalisasikan.
"Keluarga kita ini adalah keluarga Malaysia, tetapi sekiranya kita merasakan ia terlalu besar untuk kita, jadi mari sama-sama kita membina sebuah keluarga kecil, iaitu keluarga Wakaf Tapai.
"Keluarga yang dimaksudkan ini adalah keluarga yang menghimpun seluruh komuniti setempat yang terdiri daripada perlbagai bangsa, agama mahupun pegangan politik, iaitu Melayu, Cina, India dan juga lain-lain bangsa," ujarnya ketika berucap di Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina di Wakaf Tapai,baru-baru ini.
Dalam tumpuan sama, beliau juga turut menyeru masyarakat setempat supaya sama-sama membina satu kekuatan serta perpaduan dalam berkehidupan masyarakat majmuk.
"Hal ini disarankan supaya kita dapat hidup dalam keadaan yang harmoni, perpaduan dan sejahtera," ujarnya.
Selain itu, Sulaiman juga turut memohon kepercayaan daripada orang ramai khususnya warga Tionghua supaya harapan untuk membina perpaduan itu dapat dijayakan.
16 Feb 22
345
Wang Pencen Rakyat Tanda Keprihatinan Kerajaan
MARANG, 16 Ferbruari - Kerajaan Negeri dibawah pimpinan PAS memperkenalkan Wang Pencen Rakyat Terengganu setelah mengambil alih pentadbiran yang lalu sebagai tanda keprihatinan kepada warga emas.
Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu (Hal Ehwal Bukan Islam), Dr. G. Balachandran berkata, Pencen Rakyat Terengganu adalah perkara baru dan tidak pernah dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu.
"Satu-satunya perkara yang tidak pernah dibuat oleh kerajaan sebelum ini adalah pemberian pencen kepada warga emas ini.
"Ianya akan berterusan sekiranya rakyat memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 yang akan datang," katanya ketika berucap di Majlis Perayaan Sambutan Tahun Baru Cina di Wakaf Tapai, baru-baru ini.
16 Feb 22
398
Batik Bukan Untuk Orang Tua
Oleh : Fatimah Din
KUALA TERENGGANU, 16 Februari- Batik mempunyai corak yang terang dan menenangkan begitu sesuai untuk digayakan semua golongan bukan hanya khusus kepada orang tua sahaja.
Pengarah Program 'Terengganu Hijab Day' Nadwa Insyirah Hussain berkata, Negeri Terengganu memang terkenal dengan produk batik, menjadi satu kerugian jika tidak di promosi sebaiknya.
"Batiklah yang membezakan 'Terengganu Hijab Day' pada tahun ini, kita membantu menaikkan industri batik Terengganu, secara tidak langsung boleh bekerjasama dengan pengusaha batik dalam memperkenalkan produk keluaran mereka," katanya ketika dihubungi pemberita.
Sambil mengakui batik viral menjadi saingan kepada batik Terengganu, katanya adalah penting untuk rakyat membantu perkenalkan batik keluaran negeri sendiri.
16 Feb 22
299