lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Kira-kira 5000 Pengunjung Meriahkan Majlis Raya DUN Batu Buruk
Kira-kira 5000 Pengunjung Meriahkan Majlis Raya DUN Batu Buruk
KUALA TERENGGANU, 11 Mei – Kira-kira 5,000 pengunjung hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk, semalam.  Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi, meskipun telah dua tahun majlis seperti itu tidak diadakan ekoran penularan wabak Covid-19, namun sambutan daripada orang ramai pada tahun ini sangat menggalakkan.  “Saya sangat teruja melihat kegembiraan wajah semua yang hadir pada hari ini dari segenap usia, baik dewasa hingga kanak-kanak. Kemeriahan sambutan Majlis Hari Raya DUN Batu Buruk “Program ini dijadualkan bermula pada pukul 10.30 pagi tetapi saya dimaklumkan orang ramai telah mula hadir seawal jam 10.00 pagi lagi. “Alhamdulillah, makanan yang kita sediakan cukup untuk semua yang hadir,” katanya. Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim dan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.  Turut diraikan dalam majlis itu ialah golongan kanak-kanak yang diberikan duit raya dan disampaikan sendiri oleh ADUN Batu Buruk serta isteri, Dr. Farhaana Husainy Hasbullah.  Antara juadah yang disediakan ialah nasi minyak, ketupat, rendang, laksa Kg. Nibong, sate, kuih muih dan banyak lagi.  
11 May 22
685
Himpunan Raya Keluarga Tebakang Meriah
Himpunan Raya Keluarga Tebakang Meriah
Oleh : Fatimah Din  MARANG, 9 Mei- Dengan kehadiran lebih 5000 orang iaitu 70 peratus daripada penduduk Kampung Tebakang telah memeriahkan Program Himpunan Raya Keluarga Tebakang. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Tebakang (JPKK), Mohd Zaki Deraman berkata, slogan "Orang Tebakang Anok Wanok Kite Belake" yang digunakan berjaya menyuntik semangat cinta dan kerjasama dalam komuniti. " Kita pun ada lagu kampung sendiri yang dinyanyikan oleh anak jati Tebakang Imam Muda Fakhrul dan liriknya dicipta oleh Pengarah Program Cikgu Hussien yang merupakan ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Marang yang mengetengahkan irama dan loghat Terengganu," jelasnya lagi.   Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis anjuran bersama pihak JPKK bersama Masjid Kampung Tebakang itu, baru-baru ini.  Menurutnya sebanyak tujuh kawah gulai dan menu raya telah disediakan untuk meraikan kehadiran orang kampung.  " Majlis turut diserikan dengan penyampaian pelbagai anugerah kepada penduduk, cabutan bertuah serta Forum Bual Bicara yang menampilkan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang  dan Selebriti TV, Ustaz Badlishah Alauddin," ujarnya lagi. 
09 May 22
629
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ‘Ustaz Man’ Meriah
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ‘Ustaz Man’ Meriah
HULU TERENGGANU, 9 MEI – Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil hari ini berlangsung dengan meriah dalam suasana Keluarga Malaysia apabila dikunjungi lebih 5,000 masyarakat sekitar Hulu Terengganu. Pengunjung memenuhi Dewan Sivik Ajil bermula pukul 9 pagi bagi bersama-sama memeriahkan sambutan Aidilfitri. Pelbagai lapisan masyarakat hadir memeriahkan majlis dengan sajian pelbagai juadah raya tradisi Terengganu seperti Nasi Dagang dan kuih-muih serta dihiburkan dengan nyanyian daripada kumpulan 'Seedrain'. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata, majlis rumah terbuka diadakan kali pertama selepas dua tahun tidak diadakan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan COVID-19 di seluruh negara. “Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini seperti biasa setiap tahun dihadiri masyarakat di daerah ini dan Alhamdulillah ramai juga orang luar daerah turut hadir. “Terima kasih kepada semua yang hadir yang mana makanan dan juadah disediakan oleh JPKK di daerah ini,” katanya di sini hari ini. Turut hadir memeriahkan majlis Yang Dipertua DUN, Datuk Yahaya Ali dan isteri serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Hilmi Harun. Dalam pada itu seorang pengunjung, Muhammad Razali, 45, berkata, dia bersama keluarga dan rakan-rakan hadir ke rumah terbuka Aidilfitri DUN Ajil seawal pukul 9 pagi. Katanya, sambutan Hari Raya kali ini amat bermakna sekali selepas 2 tahun tidak dapat meraikan akibat wabak Covid-19. “Di sini kami dapat bersama menikmati pelbagai makanan seperti lemang dan ketupat bersama masyarakat selain bertemu dengan ADUN Ajil. “Kami amat teruja sekali dan berharap sambutan hari raya seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.  
09 May 22
829
Pertambahan Kenderaan Secara Mendadak Punca Petrol Habis
Pertambahan Kenderaan Secara Mendadak Punca Petrol Habis
KUALA TERENGGANU, 8 Mei - Kekurangan petrol di negeri ini melibatkan beberapa stesen minyak sehingga dilaporkan berpuluh kenderaan tersadai di salah sebuah stesen minyak di Setiu adalah disebabkan peningkatan jumlah kenderaan pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, masalah kekurangan bekalan bahan bakar itu melibatkan sebahagian stesen yang terletak di laluan mempunyai trafik tinggi dan berlaku kesesakan luar biasa. "Berdasarkan maklum balas pengusaha stesen minyak terlibat, ia hanya melibatkan penggunaan RON 95, kerana berlaku permintaan yang tinggi ia menyebabkan bekalan petrol meraka pada kapasiti penuh telah habis dengan pantas tanpa sempat lori tangki tiba untuk melakukan pengisian semula. "Kebanyakkan yang terjejas berada di laluan utama dari Besut ke Kuala Terengganu kerana menjadi tumpuan utama kepada pengguna jalan raya," katanya dalam suatu kenyataan, kelmarin. Beliau berkata, walau bagaimanapun pihaknya telah memberi jaminan keadaan itu akan pulih sepenuhnya secara berperingkat.    
08 May 22
251
Cipta Kelainan Ubah Persepsi Anak Muda Terhadap Ramadan
Cipta Kelainan Ubah Persepsi Anak Muda Terhadap Ramadan
KUALA TERENGGANU, 29 April - Program Nurani Belia : Indahnya Ramadan (Karnival Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Terengganu 2022) bertujuan mengubah persepsi belia negeri ini terhadap bulan Ramadan dan difahami ertinya agar rukun Islam ketiga itu dilakukan dengan penuh kesungguhan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata kerana itu program yang asalnya dicadangkan dianjurkan di masjid diubah untuk disambut di tempat yang menjadi tumpuan orang ramai khususnya anak muda iaitu di Dataran Awam Batu Burok. "Hendak menyatakan kepada mereka bahawa bulan ini bukan sekadar untuk 'duduk saja' dan tidur tanpa berbuat apa sehingga waktu puasa berakhir begitu sahaja, sebaliknya bulan ini boleh diisi dan dilakukan dengan pelbagai aktiviti sama ada dalam bentuk keagaaman dengan mendirikan solat Tarawih, mendekatkan diri dengan al-Quran dan juga melakukan kerja-kerja kebajikan. "Perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin peluang dan kesempatan pada bulan ini untuk melakukan kerja yang mendatangkan manfaat kepada masyarakat,  juga untuk melakukan aktiviti riadah dan bersukan, agar sentiasa sihat dan kekal aktif bukannya dibiarkan ia berlalu begitu sahaja,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada program tersebut, di sini, pada semalam. Turut hadir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Mohd Izwandy Ismail dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Ariffin Abdullah. Mengulas lanjut , Wan Sukairi berkata program yang julung-julung kali diadakan di kawasan terbuka dengan penglibatan 700 peserta itu pada asalnya dicadangkan agar dianjurkan di masjid sebagaimana kelaziman kerana antara pengisian programnya adalah khatam al-Quran. "KIta memilih untuk mengadakannya di tempat yang menjadi tumpuan belia dan beliawanis negeri ini dengan memilih tempat terbuka seperti ini, tempat mereka biasa berada, kita berusaha mendatangkan pengisian agama di sini, serta berbuka puasa bersama-sama. "KIta murnikan tempat ini dengan laungan bacaan al-Quran yang disampaikan oleh qari jemputan khas iaitu Ustaz Abdul Hadi yang merupakan bekas johan pertandingan al-Quran peringkat negeri, dan mewakili Terengganu ke peringkat kebangsaan terdahulu telah ada pertandingan azan, pidato dan hafazan serta operasi mengagihkan Program Dapur Rakyat kepada penduduk sekitar melalui Sukarelawan Terengganu (T-VOLT). "Kemudian diadakan pengisian tambahan dengan persembahan hiburan 'busking' oleh Sahabat Akustika dan mengadakkan program sembang santai bersama Pencetus Ummah (PU) Rahmat selain itu diadakan hadiah cabutan bertuah semua ini kita adakan khusus untuk belia dan beliawanis bermula jam 2 petang dan berakhir dengan majlis berbuka puasa.  "KIta akan meneruskan program ini di masa akan datang dengan skala yang lebih besar, serta akan ditambah baik untuk dijadikan acara tahunan menjelang Ramadan dalam usaha kerajaan memastikan bulan ini disambut dengan penuh penghayatan dengan matlamat melahirkan insan yang bertakwa bagi memastikan seluruh rakyat sentiasa beroleh keredaan-Nya,"katanya lagi.
30 Apr 22
447
Penerima i-Fitri Luah Rasa Syukur, Terima Kasih
Penerima i-Fitri Luah Rasa Syukur, Terima Kasih
HULU TERENGGANU, 28 April – Rata-rata 4876 penerima agihan bantuan perayaan i-Fitri di  Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil hari ini meluahkan rasa syukur dan gembira atas bantuan yang dihulurkan. Mat Zin Ibrahim, 70, yang menerima Bantuan Khas i-Fitri sebanyak RM400 berasa bersyukur atas bantuan yang diberikan. Katanya, ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban dalam mendapatkan barangan dapur dan keperluan hari raya tidak lama lagi. Bagi Matitah Mamat, 54, dia bersyukur walaupun bagi sesetengah orang jumlah itu tidaklah seberapa, namun bagi dia sekeluarga, sumbangan itu sememangnya banyak membantu. “Memang bagi orang lain yang banyak duit, duit i-Fitri ini tidak banyak mana, tetapi bagi saya memang sangat membantu kami beli barangan keperluan raya. Kami tidak simpan pun duit i-Fitri  ini, memang belanja sepenuhnya untuk sambut raya,” katanya kepada pemberita. Gimik Penyerahan Mock Cheque kepada penerima i-Fitri disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim di sini hari ini.  
28 Apr 22
303
'Alhamdulillah, Boleh Buat Tambah Belanja'
'Alhamdulillah, Boleh Buat Tambah Belanja'
DUNGUN, 26 April- "Alhamdulillah, boleh buat tambah belanja," ujar Sazali Muhammad Sari, 28, graduan Pengurusan  Tanah, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Sazali yang juga seorang kelainan upaya (OKU) antara 5,582 orang penerima Bantuan Khas i-fitri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang. Dia yang sebelum ini tidak pernah menerima dana raya melahirkan rasa gembira apabila terpilih sebagai penerima sumbangan i-fitri.  Sazali yang kini membuka kedai runcit di hadapan rumahnya di Kampung Rhu Batil, memandu sendiri ke Dewan Arena Merdeka untuk mengambil wang bantuan tersebut, semalam. Sumbangan i-fitri di DUN Rantau Abang diagihkan di dua lokasi berbeza untuk mengelakkan kesesakan.  Salah satu lokasi lagi ialah di Dewan Al-Husna, Markas Tarbiah Darul Ansor, Kampung Alor Mak Bah, Pulau Serai. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri dengan jumlah yang besar diperuntukkan kepada penerima di DUN tersebut.  "Kerajaan Terengganu telah membelanjakan RM58.99 juta untuk i-fitri dan RM2,194,150 kepada penerima di DUN Rantau Abang," katanya.  Beliau berharap supaya penerima-penerima menggunakan sebaiknya untuk keperluan sahaja.  "Berbelanjalah dengan berhemah," katanya. 
25 Apr 22
436
231 Anak Yatim DUN Paka Dirai
231 Anak Yatim DUN Paka Dirai
DUNGUN, 24 April - Seramai 231 anak yatim di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka menerima sumbangan kelengkapan raya sempena menyambut Aidilfitri yang bakal tiba. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata program sumbangan tersebut digabungkan dengan program sumbangan Back To School yang tertangguh. "Setelah sekian lama para pelajar belajar secara atas talian, sumbangan Back To School ditangguhkan seketika. "Tapi hari ini apabila Menteri Pendidikan mengumumkan pembelajaran boleh secara bersemuka secara penuh, kita melaksanakan kembali sumbangan Back To School," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di program Sumbangan Aidilfitri dan Back To School 2022, disini.    
24 Apr 22
189
Ketengah Sumbang RM21,000 Kepada Pelajar Tahfiz Sempena Aidilfitri
Ketengah Sumbang RM21,000 Kepada Pelajar Tahfiz Sempena Aidilfitri
KUALA TERENGGANU, 24 April- Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) menyumbangkan sebanyak RM21,000 kepada 210 pelajar tahfiz sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi. Pengerusinya, Datuk Razali Idris berkata, meskipun sumbangan tersebut mungkin dilihat tidak seberapa namun beliau yakin sumbangan itu sangat membantu dalam mengurangkan beban pengurusan perbelanjaan keluarga terutama menjelang musim perayaan ini. “Kerajaan sentiasa komited dan akan memberikan komitmen yang tinggi untuk terus menyalurkan bantuan tanpa diskriminasi kepada mana-mana masyarakat yang memerlukan,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Dan Kenyir Bermunajat di Dapur Kenyir, Tasik Kenyir Hulu Terengganu, kelmarin. Tambah beliau, Ketengah menganjurkan pelbagai program yang secara keseluruhannya adalah program menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan terutamanya ketika menjelang musim perayaan.  “Diharapkan usaha murni ini memberikan sedikit kegembiraan kepada para penerima,”ujarnya.  
24 Apr 22
232
PSMZA Ringan Beban Orang Kampung
PSMZA Ringan Beban Orang Kampung
DUNGUN 21 April -  Kakitangan dan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) telah meringankan beban orang kampung dengan pelbagai bantuan yang dilakukan sempena Program Khidmat Masyarakat.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun melahirkan rasa terharu diatas kesudian mereka memilih tiga kampung iaitu Kampung Teluk Bidara, Balik Bukit dan Seberang Pintasan yang berada dibawah DUN Rantau Abang.  "Saya sangat berbesar hati diatas kesudian mereka menabur bakti untuk membantu orang - orang kampung yang hidup susah," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Khidmat Masyarakat tersebut di Teluk Bidara, baru-baru ini. Program yang turut disertai oleh Pengarah PSMZA, Mohd Fikri Ismail itu melibatkan lebih 50 orang kakitangan dan pelajar institusi pengajian teknikal itu  bersama masyarakat dengan mengagihkan sumbangan barangan dapur dan wang tunai kepada 40 orang penerima.  Di samping bergotong royong membersihkan surau, acara menukar minyak hitam enam buah kereta serta 32 buah motosikal telah melegakan penduduk yang terpilih.  Sementara itu, Mohd Fikri berkata program   mendapat kerjasama dari Pejabat ADUN Rantau Abang, JPKK ketiga-tiga buah kampung  itu bertujuan untuk mendekati komuniti setempat dengan menyumbang khidmat kepakaran staf Automotive Technology Center (ATeC) dalam bidang automotif.  "Disamping memperkenalkan lagi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan PSMZA dengan lebih meluas kepada komuniti setempat," katanya lagi.  Seorang ibu tunggal yang ditemui, Hartina Muda 43, bersyukur dengan kecaknaan yang sekali gus meringankan beban kehidupannya yang tidak dapat berniaga di bulan Ramadan.  "Kalau hari biasa saya berniaga pisang goreng kat tepi pantai Teluk Bidara, jadi bila bulan puasa, warung goreng pisang tidak dapat beroperasi, tambah lagi tolong 'servis' kereta, tukar minyak hitam. "Sejak saya beli kereta hampir dua tahun lepas tidak pernah sekalipun tukar minyak hitam, sayapun tak berani memandu jauh - jauh hanya berulang alik dari rumah ke tempat berniaga je, kalau hantar ke bengkel paling kurang habis jugak dalam RM100," kata ibu tunggal anak tiga itu.
20 Apr 22
390