Artikel "Komuniti" Terkini
2,820 Wanita Terengganu Terima Manfaat WCaRe
KUALA NERUS, 29Â Mei - Seramai 2,820 wanita negeri ini menerima manfaat melalui Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) sempena Sambutan Hari Ibu peringkat negeri pada tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, kesemua penerima tersebut akan menerima peruntukan sehingga RM200,000 untuk menjalani saringan HPV DNA bagi mengesan kanser serviks dan mammogram untuk pengesanan awal kanser payudara.
"Kempen pada kali ini Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah mempakejkan gerak promosi dengan mengabungkan dua perkhidmatan iaitu Program Subsidi Mamogram dan Pemeriksaan Papa Smear.
"Ia bertujuan untuk memberi pengetahuan dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita, dengan fokus utamanya adalah kepada aspek pencegahan kanser reproduktif di kalangan wanita pada peringkat awal," ujarnya.       Â
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Terengganu dan Kempen Kesedaran dan WCaRe, di Taman Tasik Kuala Nerus, di sini, semalam.
Turut hadir, Pengarah LPPKN, Muhamad Noh Abdullah dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan W\anita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Alias Harun.
Mengulas lanjut, Hanafiah berkata pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa, justeru beliau menyeru kepada semua kaum ibu dan wanita Terengganu agar menjalni ujian saringan terbabit.
"Saya turut difahamkan LPPKN telah beranjak kepada kaedah 'Liquid Base Cytology (LBC) secara spesifik, rapi dan mudah di mana klien sendiri melakukannya dengan tunjuk ajar daripada jururawat terlatih.
"Kaedah ini sudah tentu lebih mudah, dan langkah diperkenalkan ini menjadi pilihan ramai terutama kepada wanita yang masih berasa malu untuk melakukan ujian sebagaimana sebelum ini.Â
"Perkhidmatan ini disediakan secara percuma di tiga buah Klinik Nur Sejahtera (KNS) LPPKN di Kuala Terengganu, Dungun dan Besut,"ujarnya.
Mengenai sambutan hari ibu peringkat negeri itu, jelasnya sangat bermakna kerana pada tahun ini dapat disambut secara fizikal.
"Kasih Ibu Selamanya, itulah tema yang dipilih untuk sambutan pada tahun ini, untuk mengajak pelbagai lapisan masyarakat untuk menghargai dan memberi tumpuan kepada peranan ibu dan bapa dalam memastikan keluarga terus sejahtera, terutamanya dalam kesihatan mental dan keselamatan keluarga agar kekal harmoni walaupun berdepan pelbagai cabaran.
"Kesejahteraan keluarga bermula dengan ikatan kasih sayang yang erat daripada seorang ibu dan disusuli dengan kepimpinan unggul oleh seorang bapa, kedua-duanya merupakan tunggak kekuatan bersama dalam sesebuah keluarga,"ujarnya.
Untuk rekod Program sambutan hari ibu pada kali ini telah berjaya mengumpulkan 300 kaum ibu beserta ahli keluarga dari seluruh negeri dengan pelbagai pengisian aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Terengganu, senaman tai chi batik, demo makanan sihat, sudut bergmbar bersama ibu.
Antaranya lagi ialah permainan keluarga, pertandingan untuk ibu dan anak serta kembara kaunseling dan juga Mama Care.
                                                                      Â
29 May 22
606
HFMD: 5 Taska Ditutup, 34 Kes Dikesan
KUALA NERUS, 28 Mei- Lima Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga (YPKT) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di negeri ini telah ditutup secara berperingkat susulan terdapat 34 kes jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
TASKA terbabit melibatkan tiga di daerah Hulu Terengganu dan masing-masing satu di Dungun dan Kemaman, ia ditutup dalam tempoh tiga hingga 10 hari bermula 17 Mei hingga 2 Jun.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, penutupannya adalah mengikut nasihat pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Katanya, pihak berkenaan membuat penilaian terlebih dahulu sebelum mengarahkan ia ditutup bagi menjamin keselamatan kanak-kanak.
"Setakat ini ia masih belum serius, namun begitu dinasihatkan kepada ibu bapa jika ternampak gejala ini bersegeralah mendapatkan rawatan di hospital dan jangan hantar anak yang bergejala ini ke TASKA bagi mengelakkan ia menular," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas menghadiri  Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 dan Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCARE) di Taman Tasik Kuala Nerus, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut kata Hanafiah, kesedaran ibu bapa di negeri terhadap HFMD ini adalah tinggi.
"Namun semua diingatkan untuk berjaga-jaga serta mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap anak-anak mereka bagi mengelakkan penyakit ini daripada terus merebak," tambah beliau.
Â
Â
28 May 22
944
Senyum Lebar, 320 Orang Bersyukur Genggam Geran Tanah
SETIU, 28 Mei - Seramai 320 orang penerima geran tanah bergembira dan bersyukur setelah penantian bertahun lamanya untuk mengenggam geran tanah akhirnya tercapai dan menganggap ia merupakan hadiah istimewa dari kerajaan negeri, yang telah mengotakan janjinya selama ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata pemberian ini bukanlah pertama kali dibuat setelah mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri malah telah berulang kali  diadakan pengagihan geran seperti ini kepada penerima-penerima.
"Tahniah kepada semua penerima. Rakyat senyum kita tumpang gembira. Banyak kali dah kita buat program agih geran tanah di Setiu. Pagi ini sejumlah 320 lagi Geran Hak Milik Tanah sudah berada dalam tangan penerima dari Dun Langkap dan Permaisuri Setiu. Ia sebahagian dari usaha keras kumpulan kami untuk menyelesaikan isu-isu tanah di Daerah Setiu.
"Isu-isu berkaitan hak milik tanah memang tak akan mampu diselesaikan 100% kerana ia suatu urusan yang sentiasa timbul dan berbangkit. Kalau selesai sepenuhnya ia bermakna kita boleh tutup Pejabat Tanah,"ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Dokumen Hak Milik Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Daerah Setiu bagi tahun 2022, di Dewan Terbuka Sungai Tarom, Setiu.
Turut hadir Pegawai Daerah Setiu, Rosli Latif, Pegawai Penyelaras Langkap, Azmi Maarof serta Pengawai Penyelaras Permaisuri, Ustaz Zul Bahri.dir Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir.
"Contohnya kita bagi hak milik sebidang tanah kepada seseorang. Selepas itu mungkin ada urusan tukar syarat guna tanah, pecah lot, pindah hak milik, jual beli dan bila tuan meninggal jadi faraid pula. Begitulah seterusnya dan seterusnya sehingga kiamat. Sebab itu ambe berani kata, siapa yang boleh selesai sepenuhnya hal tanah, dia adalah insan ajaib yang mungkin bukan berasal dari planet bumi ini,"ujarnya.
Â
28 May 22
543
Zulfikri Hadiahkan Emas Untuk Negara
DUNGUN, 26Â Mei - Zulfikri Zulkifli, 22 yang mewakili skuad berbasikal MTB kebangsaan mencipta sejarah tersendiri apabila dia bersama rakan sepasukan berjaya merangkul pingat emas pertama acara berganti-ganti rentas desa campuran di Sukan SEA ke-31 di Hanoi baru - baru ini.Â
Anak kelahiran Kampung Gong Pasir itu tidak menyangka minatnya terhadap sukan berbasikal sejak kecil nyata membuahkan rezeki buat dirinya.
"Saya bersama-sama Ahmad Syazrin Awang Ilah, Nur Assyira Zainal Abidin dan Natahsya Soon mengondol pingat emas ke -20 negara.
"Kepada remaja yang berminat dalam apa sahaja jenis sukan buatlah bersungguh-sungguh dan berdisiplin kerana mereka mampu pergi jauh, banyakkan usaha, doa dan tawakal," katanya yang mula menceburi secara serius sukan itu sejak lima tahun lalu.
Zulfikri ditemui pemberita pada majlis meraikan kejayaannya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun di Restoran Nasi Arab Anwaar Al Yaman di sini.
Sementara itu, Alias turut berbangga dengan kejayaan remaja itu yang merupakan jiran sekampung beliau.Â
"Saya mengenalinya sejak kecil dan memang setiap hari dengan basikal, semoga bakatnya sentiasa bersinar dan terus mengukir nama di persada antarabangsa dengan sokongan kuat kerajaan," katanya.Â
26 May 22
901
Pesara Perlu Manfaat Pengalaman Bantu Kerajaan
KUALA TERENGGANU, 22 Mei - Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia disaran untuk terus menjadi denyut nadi kestabilan kerajaan dalam membekalkan idea-idea positif yang dijana melalui pengalaman lalu sepanjang berkhidmat sebagai penjawat awam.Â
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yahaya Ali berkata, walaupun sudah berusia dan bersara, masih lagi boleh membantu kerajaan dalam memberi pandangan untuk kebaikan bersama.
"Apa yang penting ialah pengalaman kita yang dalam pelbagai bidang, tidak kira perjawatan kita sebagai pegawai takbir di peringkat federal atau negeri, badan berkanun atau guru ianya ialah pengalaman hidup yang boleh membantu kerajaan dalam memberi pandangan.
"Kerajaan negeri mengiktiraf NGO Persatuan Pesara Kerajaan sebagai 'stakeholder' yang mana kita mahu manfaatkan pengalaman yang ada itu sebagai pemberian imput kepada kerajaan dalam pelbagai cara dan ruang yang ada," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap Merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Bahagian Negeri Terengganu Kali ke-30Â di Dewan Teater Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.
Turut sama hadir dalam majlis tersebut, Yang Dipertua Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Dato' Syed Abu Bakar Abdullah, dan Timbalannya, Abdullah Mamat.
Dalam pertemuan ini juga, hadiah penghargaan daripada Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia telah disalurkan kepada beberapa orang pesara, ianya sebagai penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka dalam memberi perkhidmatan yang terbaik selama berkhidmat.
Â
23 May 22
257
Terus Jaga SOP
DUNGUN, 22 Mei- Anggota masyarakat diingatkan agar terus menjaga SOP walaupun negara kini telah memasuki fasa endemik.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, walaupun Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memberi kebenaran orang ramai untuk berhimpun tetapi mereka sepatutnya menjaga kebersihan diri.
"Kita jaga kita, teruskan menjaga SOP yang ditetapkan, bila berada di tempat tertutup, pakai topeng muka, " katanya.Â
Beliau berkata demikian ketika mengalu-alukan tetamu yang menghadiri majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri DUN Rantau Abang yang diadakan di tapak Pasar Minggu Padang Pulut di sini, semalam.Â
Majlis itu turut dihadiri Pegawai Penyelidik Pejabat Menteri Besar Terengganu, Azman Shafawi Abdul Rani dan Naraza Muda serta Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli, Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik serta Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman.
Sementara itu, Azman Syafawi mengajak umat Islam untuk merebut ganjaran berpuasa enam hari dalam bulan Syawal yang seolah-olah berpuasa setahun.
"Memang sangat banyak dugaan untuk melaksanakannya memandangkan hampir setiap hari ada jemputan rumah terbuka.
"Kita buatlah samada puasa pada hari Isnin dan Khamis ke, atau macamana asalkan cukup enam hari, alangkah ruginya kalau kita tidak berusaha mendapatkannya," katanya.
Â
22 May 22
145
80 Kek Tanda Hargai Jasa Guru
DUNGUN, 17 Mei- Sebanyak 80 biji kek telah diedarkan di sekolah menengah, rendah dan tadika di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang sebagai menghargai jasa guru-guru.
ADUNnya, Alias Harun berkata guru umpama sebatang lilin yang rela membakar diri untuk menerangi orang lain.
"Pengorbanan guru bukan sekadar untuk menyampaikan ilmu tetapi mahu melihat anak-anak didiknya menjadi insan berguna," katanya.
Menurutnya, memandangkan kawasan DUN Rantau Abang yang luas, sebanyak 10 kumpulan dibentuk.
"Mereka mewakili saya ke sekolah-sekolah untuk menyampaikan kek berkenaan di setiap tempat yang dikunjungi," katanya lagi.Â
17 May 22
260
Pengunjung Teruja Sambutan Raya Buluh Gading
KUALA NERUS, 17 Mei - Lebih 5,000 pengunjung membanjiri Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading yang rata-ratanya teruja setelah dua tahun sambutan sedemikian tidak dapat diadakan.
Seorang pengunjung yang ditemui, Sha Afzan Che Manan, 34, merasai kemeriahannya walaupun sambutan yang sepatutnya berakhir pada jam 3 petang tetapi 4 petang masih lagi diteruskan dengan pelbagai juadah masih boleh dinikmati.
"Anak-anakpun nampak ceria dengan suasana tempat yang santai setelah dua tahun mereka tidak merasai suasana begini, memang terbaik sambutan kali ini," kata bapa kepada tiga orang anak itu.
Sha Afzan menyatakan demikian ketika ditemui di majlis tersebut yang diadakan bersebelahan Taman Rekreasi Kampung Teluk Pasu di sini baru-baru ini.Â
Manakala Norsahana Sarif, 39, yang datang dari Kemaman seronok melihat kemeriahan sambutan tersebut, walaupun kehadirannya sudah agak lewat tetapi pengunjung masih ramai dan menu utama masih ada untuk dinikmati.
"Dengan tempat yang mudah untuk disinggah dan anak-anakpun selamat untuk bermain, saya berharap tahun depan sambutan sebegini diadakan lagi di tempat ini," ujarnya.Â
Sementara itu, penganjur program, Muhammad Saufi Hashim memberitahu majlis yang sepatutnya bermula pada jam 11 pagi tetapi pengunjung telah datang seawal 9.30 pagi.Â
"Pukul 1 tengahari, menu-menu hampir kehabisan, jadi kami telah masak lagi untuk dihidangkan kepada pengunjung," katanya.
16 May 22
436
Kekalkan Sokongan Kepada Kerajaan
DUNGUN, 16 Mei- Rakyat Terengganu diminta mengekalkan sokongan kepada kerajaan yang memerintah ketika ini agar agenda yang belum terlaksana dapat disempurnakan.
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Terengganu, Dato' Yahaya Ali berkata, kerajaan negeri telah membina agenda dalam satu pelan induk yang diberi nama Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) yang merangkumi setiap komponen dalam pembangunan Negeri Terengganu.Â
"Semua aspek sudah ada dan sebahagiannya telah dilaksanakan dan kita telah buktikan dalam janji 20 manifesto telah kita tunaikan.Â
"Termasuk yang berkait dengan soal tanah, kepentingan kesihatan dengan Kad Sejahteranya, bidang perumahan dengan i-Rahman,Â
"Memberi satu pinjaman tanpa faedah kepada mereka yang layak secara Al-Qardul Al-Hassan, kepada orang muda - muda, kita ambil tanggungjawab, lesen motor dan keperluan asas, air percuma," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Cakna Komuniti Wilayah Lembaga Kemajuan Trengganu Tengah (KETENGAH) di Masjid Serdang di sini, semalam.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun, Ketua Pegawai Eksekutif KETENGAH Holding Sdn. Bhd, Mohd. Zaid Sulaiman dan wakil Ahli Parlimen Dungun, Mohd Amin Hamid.Â
Pada majlis tersebut seramai 50 orang telah menerima sumbangan bakul makanan manakala 30 orang mahasiswa menerima komputer riba yang disumbangkan oleh KETENGAH.
Sementara itu Alias berterima kasih kerana pengurusan KETENGAH telah memilih DUN Rantau Abang untuk program tersebut.
"Penerima-penerima adalah daripada lapan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung(JPKK) iaitu Serdang, Delong, Bukit Merah, Burung Baru, Padang Pulut, Kampung Wa, Pinang Baru dan Ladang Pinang Mas terpilih, menjayakan hari ini sebanyak RM170, 000 telah diperuntukkan oleh pihak KETENGAH untuk program hari ini," katanya.Â
Sebelum itu, beliau telah menziarahi lima buah rumah orang sakit sambil menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada mereka.
Orang ramai yang hadir turut berpeluang melakukan rawatan kesihatan dan menukar minyak hitam motosikal .
15 May 22
227
RTB Felda Selasih; Satu Lagi Janji Dikota
SETIU, 11 Mei – Lot tanah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) tapak rumah bagi generasi kedua Felda Selasih, Jabi bakal diagihkan kepada para penerima dalam masa terdekat.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata isu permasalahan yang berlanjutan sekian lama ini akhirnya menemui titik pengakhiran setelah terpaksa ditempuhi perjalanan yang sukar.
‘’Alhamdulillah, kita kata dan kita kota. Sebelum ini ramai yang mentertawakan dan menganggap ‘Tok Wakil’ Jabi hanya bermimpi di siang hari untuk selesaikan isu tanah tapak rumah generasi kedua felda ini. Malah, ramai juga yang berkata puluhan tahun kerajaan dahulu memerintah pun tidak dapat selesai, ingat dia ‘power’ sangat boleh selesai.
‘’Benar, bukan mudah mahu keluarkan tanah felda dari Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960 untuk agihkan kepada anak-anak peneroka," katanya.
Beliau demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Felda Selasih, Jabi, di Dewan Terbuka di sini, semalam.
Â
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, setiap perkara yang dijanjikan dengan sedaya upaya ditunaikan demi untuk kesejahteraan rakyat walaupun terdapat segelintir mengejek dan memerli di atas usaha merealisasikan impian penduduk di sini.
Jelas Azman, keputusan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang terakhir sebelum Aidilfitri baru-baru ini meluluskan lot tanah RTB Tapak Rumah Generasi Kedua Felda Selasih beserta nama-nama peserta adalah satu kejayaan manis bagi semua pihak terlibat.
Â
‘’Jalan panjang dan berliku yang dilalui dalam proses sebelum sampai pada tahap ini biarlah disimpan sebagai pengalaman. Senyum di wajah rakyat sudah cukup untuk mengubati segala kepahitan lalu. Yang penting kita telah berjaya merealisasikan sesuatu yang pada awalnya dianggap mustahil. Semua ini kurniaan Tuhanku.
‘’Insya-Allah, dalam seminggu dua lagi kita akan buat majlis undian lot dituruti dengan majlis agihan Jadual 5A. Selepas bayaran premium tanah dijelaskan, akhirnya geran hak milik akan diagihkan,’’ katanya.
11 May 22
563