lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Beramal Dengan Ajaran Al-Quran
Beramal Dengan Ajaran Al-Quran
DUNGUN, 19 April - Umat Islam diingatkan supaya sentiasa membaca al-Quran dan beramal dengan ajarannya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, lazimkan diri membaca kalam Allah itu dengan memahami maknanya. "Bukan baca hanya untuk khatam cepat, tajwid dan makna tak tahu, apa yang Allah nak beritahu, tak tahu,"ujarnya. Alias berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah Tarawih di Masjid Pulau Serai di sini, baru-baru ini. Sebelum itu, seramai 76 Ketua Isi Rumah (KIR) orang muda telah menerima sumbangan sempena Program Cakna Ramadan dan diikuti majlis tadarus dan berbuka puasa.  Beliau turut berharap golongan bapa menjadi pendakwah kepada ahli keluarga dengan mengajak anak-anak mendirikan solat jemaah. ""Kalau kita dan anak-anak datang ke masjid atau ke surau berjemaah bukan sahaja pahala 27 kali ganda daripada solat seorang diri tetapi juga dapat menuntut ilmu dengan kuliah - kuliah maghrib," katanya lagi. Menurutnya, kerajaan negeri Terengganu telah menjadikan Bulan Rejab yang lepas sebagai Bulan Penghayatan Solat Berjemaah adalah sebagai latihan untuk persiapan membiasakan diri rakyatnya bersama - sama bersolat jemaah. "Dan apabila tibanya bulan Ramadan, sikap itu sudah sebati dalam diri, " ujarnya 
17 Apr 22
234
100 Anak Yatim Dan Asnaf Dirai Di DUN Ajil
100 Anak Yatim Dan Asnaf Dirai Di DUN Ajil
HULU TERENGGANU, 17 April -100 anak yatim dan asnaf dari sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) ajil kelihatan gembira tatkala diraikan dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di Dewan Yayasan Salim, di sini, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata, majlis yang dilakukan secara tahunan itu merupakan salah satu program kebajikan untuk meraikan golongan kurang bernasib baik sepanjang bulan Ramadan.   “Saya begitu seronok melihat mereka gembira dan teruja apabila dapat berkongsi kegembiraan bersama anak-anak ini. Kami berharap inisiatif kecil ini  mendorong masyarakat serta warga korporat lain untuk turut menyokong dan program seperti ini bagi meringankan bebanan mereka. "Walaupun serba ringkas, tapi kami sebagai penganjur mahu meraikan mereka sebagai tetamu kenamaan yang sangat istimewa," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan duit raya kepada anak yatim dan asnaf pada majlis berbuka puasa itu. Bagi Nur Alieya Syakira,12, anak ke 5 dari 7 beradik dari Kampung Jak, peluang menghadiri program itu bukan setakat menggembirakannya, malah berasa dikasihi oleh insan lain yang tiada pertalian persaudaraan dengannya. “Arwah abah, meninggal dunia 3 tahun lepas akibar kemalangan jalan raya,kini hanya ada ibu dan abang yang bekerja untuk menampung keluarga” katanya. Muhammad Firash Irfan Mohd Zaki, 8, berkata. dia hanya dapat menikmati kasih sayang ayah sementara sahaja kerana arwah bapanya meninggal dunia ketika dia berusia lima tahun. “Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak yang sudi membawa saya dan anak yatim lain untuk berbuka puasa dan menerima sumbangan duit raya,” katanya.  
16 Apr 22
454
Keenakan Kuih Nganang 'Mok' Tiada Tandingan
Keenakan Kuih Nganang 'Mok' Tiada Tandingan
MARANG, 16 April- Keenakan kuih ‘nganang’ di Kampung Batu 10, Padang Mengkuang, di sini menjadi pilihan penduduk tempatan dan masyarakat luar sepanjang Ramadan. Pembuat nganang, Hasnah Mat Zin, 72, atau lebih mesra dengan panggilan mok berkata, adunan untuk membuat pemanis mulut yang berlemak manis itu disediakan sendiri olehnya dengan menggunakan resepi turun temurun keluarga sejak 30 tahun lalu. Katanya, setiap hari sebaik sahaja selesai menunaikan solat Subuh, dia akan membancuh adunan untuk penyediaan kuih nganang dan dapur arang digunakan bagi membakar kuih tersebut supaya aroma aslinya tidak hilang. “Sekarang nie, mok buat dok banyak macam dulu, anak-anak pun dok bagi sebenornya mok buat nganang sebab masuk usia warga emas doh, tapi sebab minat mok buat jugak. “Biasanya dalam pukul 11 habis doh. Dengan dibantu dua pekerja, mok buat nganang telur, nganang kacang dan kuih bakar. Peminat nganang sanggup tunggu kuih siap dibakar asalkan dapat rasa nganang mok untuk juadah berbuka puasa," katanya ketika ditemui UPDI baru-baru ini. Hasnah berkata, pada tahun ini dia terpaksa menjual sebiji nganang dengan harga sekitar RM8 kerana kenaikan harga bahan mentah, namun tetap mendapat sambutan daripada pelanggan. "Kebanyakan pelanggan terdiri daripada pelanggan tetap malah ada juga pelanggan baru yang mahu mencuba sendiri keenakan kuih nganang yang diberitahu rakan-rakan," katanya. Tambah Hasnah, dia bersyukur kerana resepi turut temurun keluarganya itu terus diwarisi oleh anak cucunya. “Alhamdullillah, anak sulong mok sanggup berhenti kerja kerajaan untuk jual nganang yang turut dibantu oleh anak-anaknya di Kampung Bukit Bayas, dan mok harap sangat ianya terus dipertahankan agar generasi akan datang dapat merasai keenakan kuih tradsional negeri kita ini,”ujarnya.
16 Apr 22
1015
Lukisan Mural Jadi Tarikan Baru Di Kemaman
Lukisan Mural Jadi Tarikan Baru Di Kemaman
KEMAMAN, 16 April - Lukisan-lukisan mural yang sangat cantik dan kreatif menggambarkan identiti daerah ini telah menjadi tarikan baru bagi masyarakat setempat dan masyarakat luar untuk datang ke sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat menghargai usaha yang dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dalam menjayakan kewujudan mural ini. "Pada pendapat saya, secara tidak langsung, ianya telah mewujudkan satu elemen pelancongan baru di Bandar Cukai khususnya. "Lorong tersebut akan menjadi satu tarikan baru di bandar ini yang mana orang ramai boleh mengabdikan kenangan dengan bergambar di lukisan-lukisan ini. "Saya amat berbangga dengan usaha yang dilakukan oleh semua pihak berkaitan di dalam menaikkan identiti daerah Kemaman untuk lebih dikenali oleh masyarakat luar," ujarnya yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri. Hanafiah berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Mural dan Laman Rumohku Comey serta Selfie & Tiktok Ewaste dan Barangan Kitar Semula yang diadakan di Medan Letak Kereta 6, Jalan Sulaimani, kelmarin. Dalam majlis berkenaan, Hanafiah turut menyampaikan sijil dan hadiah kepada semua pemenang. Pertandingan ini diadakan bersempena Ulang Tahun Pemasyhuran MPK Kali ke-20.
16 Apr 22
680
290 Peserta RTB Pertanian Di Kijal Terima Borang 5A
290 Peserta RTB Pertanian Di Kijal Terima Borang 5A
KEMAMAN, 16 April - Seramai 290 peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Pertanian Kelapa Sawit Felcra Lubuk Dalam IV dan RTB Pertanian Darat Datuk A menerima borang 5A. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Hazri Jusoh ketika berucap di majlis perasmian merakamkan ucapan tahniah kepada peserta yang terpilih menyertai RTB tersebut. "Alhamdulillah, sempena bulan yang mulia ini marilah kita bersyukur kehadrat ilahi diatas kurniaanNya. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan RTB ini dan semua yang terpilih menyertainya. "Sebanyak mana pun geran yang kita ada dan banyak mana pun harta kita, jika tiada keampunan dari Allah maka ianya tidak berguna," katanya. Hazri berkata demikian ketika berucap di Kompleks Paya Lasir, Bandar Baru Kijal, baru-baru ini. Menurut Hazri, nilai semasa tanah RTB tersebut adalah RM100 ribu seekar dan peserta perlu membayar RM40 ribu (empat ekar) dalam kadar 10 peratus daripada harga tersebut.  Sebelum ini sudah ada pertemuan dengan Pengerusi Felcra di Kuala Lumpur bagi membincangkan isu premium ini. "InsyaAllah, bayaran pendahuluan dari Felcra," ujarnya. Turut hadir Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kemaman, Wan Saifullizam Wan Jusoh, Penolong Kanan Pentadbir Tanah Kemaman Mohamad Hafiz Che Awang dan Zabidin Awang, Ahli Majlis Perbandaran Kemaman. Sementara itu, Pegawai Pemasaran Felcra Wilayah Timur, Mohamad Ismail yang turut berucap dimajlis tersebut menerangkan tentang pembayaran dividen dan aktiviti yang ada setelah mereka disahkan menjadi warga Felcra. "Bayaran dividen akan dibuat dalam tempoh tiga kali setahun iaitu empat bulan sekali mengikut keuntungan pada harga semasa kelapa sawit ketika itu. "Peserta juga layak menjadi ahli koperasi Felcra samada Koperasi Lubuk Dalam maupun Koperasi Darat Datuk dan boleh menyertai badan bukan kerajaan yang ada didalam Felcra," jelas beliau.
15 Apr 22
696
RM1.6 Juta Diagihkan Kepada Mangsa Banjir Dungun
RM1.6 Juta Diagihkan Kepada Mangsa Banjir Dungun
DUNGUN, 13 April - Sebanyak RM1,662,000 Bantuan Wang Ihsan (BWI) disampaikan kepada seramai  1662 Ketua Isi Rumah(KIR) mangsa banjir 2021 dan 2022 di Dungun, semalam. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Dungun, Kapten (AP) Ahmad Kamal Hakim Ngah berkata, bagi fasa 1 seramai 1094 KIR telah menerimanya dan selebihnya akan menerima bantuan tersebut dalam fasa 2, tidak berapa lama lagi.  "Mereka yang terjejas banjir ini akan menerima RM1,000  bagi setiap keluarga melibatkan mangsa - mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS)," katanya. Ahmad Kamal berkata demikian ketika ditemui di majlis agihan BWI berkenaan yang disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun di Dewan Sivik Jerangau, di sini. Berhubung bantuan yang diterima, beliau turut menasihati para penerima supaya berfikir dahulu sebelum berbelanja. "Memandang kita mendapat rezeki dalam suasana menyambut bulan Ramadan dan di dalam membuat persiapan hari raya, berpada-pada dalam berbelanja supaya bantuan itu turut dapat menyelesaikan keperluan kita yang sebenar," katanya.  Sementara itu Alias pula memberitahu, penerima fasa 1 melibatkan mangsa banjir di Kampung Wa dan sebahagian Kampung Pinang Baru.  "Manakala kampung-kampung lain yang terlibat banjir di DUN Rantau Abang akan menerima bantuan ini pada fasa kedua," katanya. 
13 Apr 22
390
Nelayan Hadapi Detik Cemas
Nelayan Hadapi Detik Cemas
KUALA TERENGGANU, 13 April – Seorang nelayan menghadapi detik yang mencemaskan apabila bot yang dinaikinya terbalik akibat dipukul ombak pada sekitar jam 8 pagi, kelmarin. Mangsa, Salin Jusoh, 66, pada ketika itu sedang membawa bot bersendirian untuk turun ke laut bagi menjalankan pekerjaan hariannya sebagai nelayan.  “Kalau mengikut perkiraan saya kebiasaannya ombak pada waktu itu sudah mula kecil, tetapi tiba-tiba datang ombak besar. “Jadi, bila datang ombak besar terus dia ‘baling’ bot saya dan bot saya terbalik. “Kemudian, saya berpaut pada tong ikan dan cuba pergi ke daratan,” kata beliau ketika ditemui pemberita di Jeti Kuala Ibai.  Tambah beliau lagi, setelah tiba di daratan dalam keadaan yang letih, beliau telah mendapatkan bantuan rakan-rakan nelayan yang ada di sekitar untuk membantu dan menunda bot miliknya.  ADUN Batu Buruk menemui mangsa Kejadian tersebut telah menarik perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi yang telah turun menemui mangsa di Jeti Kuala Ibai. “Alhamdulillah, mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. “Namun, bot milik beliau mengalami sedikit kerosakan dan peralatan yang digunakan untuk menangkap ikan telah tenggelam. “Justeru, sedikit sumbangan telah diserahka untuk sekurang-kurangnya dapat menampung sebahagian daripada kerugian yang beliau alami,” kata Ustaz Muhammad Khalil kepada pemberita. Keadaan bot mangsa selepas kejadian tersebut  
13 Apr 22
756
Tarmizi Cabar Diri Teroka Tiga Aktiviti Pertanian Serentak
Tarmizi Cabar Diri Teroka Tiga Aktiviti Pertanian Serentak
Oleh: Fatimah Din  MARANG, 13 April - Keberanian usahawan muda ini meneroka tiga aktiviti agro pelancongan serentak harus dipuji dan sewajarnya menjadi ikutan kepada anak muda di luar sana. Mohd Tarmizi  Mamat, 34, pemilik Mizi Agro Farm Durian Jerung yang menjalankan perniagaan '3 dalam 1' sekali gus di kebun durian miliknya. "Saya memulakan perniagaan ini secara rasmi semenjak 2019 lagi antaranya menyediakan pakej kepada pengunjung untuk makan durian dalam kebun, nurseri untuk menjual anak benih buah durian, buah-buahan serta tanaman lain dan turut menjalankan perusahaan kayu cengal," ujarnya. Dia berkata demikian ketika ditemui oleh Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) Daerah Marang di bengkel perabot kayu cengalnya, di sini baru-baru ini.  Menurut Tarmizi, dia sentiasa mendapat sokongan daripada Persatuan Kayu Kayan Malaysia untuk terus memajukan perniagaan yang diusahakan itu dan turut mendapat sokongan padu daripada pelanggan luar negeri. "Alhamdulillah, sambutan terhadap apa yang saya usahakan mendapat sambutan yang baik setakat ini, lebih menggembirakan untuk tempahan perabot, kira-kira 80 peratus pelanggan saya adalah dari luar Terengganu," ujarnya. Tidak mahu berhenti di tengah jalan, anak muda berwawasan tinggi ini tetap ada perancangan untuk terus memajukan perniagaannya.   "Insya-Allah, kita mahukan agro pelancongan ke arah yang lengkap, dimana saya akan usahakan konsep berkhemah dalam kebun dengan menyediakan tiga perkara asas iaitu khemah, air dan api," jelasnya. 
12 Apr 22
294
KETENGAH Peruntuk RM825,000 Untuk Program Back To School
KETENGAH Peruntuk RM825,000 Untuk Program Back To School
KUALA TERENGGANU, 11 April- Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) memperuntukkan sebanyak RM825,000 untuk diagihkan kepada pelajar sekolah menengah dan rendah yang terpilih di negeri ini menerusi Program Back To School. Menurut jurucakap KETENGAH, Peruntukan tersebut merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) KETENGAH melalui Ketengah Holding Sdn. Bhd.  “Program yang diadakan setiap tahun ini telah memberi manfaat kepada lebih 5,500 orang pelajar negeri ini,” ujarnya. Pengerusi KETENGAH, Senator Datuk Razali Idris baru-baru ini telah menyampaikan bantuan kepada mereka yang terpilih dalam satu majlis bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA), Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun. Hadir sama, YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.  
11 Apr 22
374
Batu Burok Beach Teruskan Tradisi Santuni Golongan Asnaf
Batu Burok Beach Teruskan Tradisi Santuni Golongan Asnaf
Batu Burok Beach kembali mengadakan majlis berbuka puasa bersama golongan asnaf setelah kerajaan mula membenarkan aktiviti sosial sedemikian.
11 Apr 22
179