lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

400 Anak Muda Berkonvoi Semarak Hari Arafah
400 Anak Muda Berkonvoi Semarak Hari Arafah
Lebih 400 anak muda berkonvoi menyemarakkan Sambutan Penghayatan Hari Arafah peringkat negeri Terengganu.
17 Jul 22
87
Doa Rahsia Kejayaan Pelajar STAM
Doa Rahsia Kejayaan Pelajar STAM
DUNGUN, 17 Julai- Sentiasa berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah menjadi rahsia kejayaan seorang pelajar Institut Pengajian Islam (INSPI) Kemaman, Iffah Aqilah Mohd Hanifuddin, 20, selepas muncul pelajar terbaik sekolah itu dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang diumumkan baru-baru ini. Walaupun menyedari diri tidak sepintar kakaknya Nur Aina Mutmainnah yang pernah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik STAM 2020 Negeri Terengganu dengan memperoleh 'Mumtaz Sofi', Iffah Aqilah tetap bertekad untuk menyahut cabaran mengulangi kejayaan kakaknya.  "Setiap kali peperiksaan penting iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya gagal mendapat 'straight' A' berbanding kakak yang sentiasa berjaya cemerlang.  "Jadi, saya berusaha sahut cabarannya supaya dapat menggembirakan ummi saya, dengan usaha dan doa, " katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Meraikan Pelajar Cemerlang SPM, STPM dan STAM 2021 DUN Rantau Abang di Teluk Lipat Sea View Inn di sini, baru-baru ini.  Majlis yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun itu meraikan 58 pelajar yang memperolehi sekurang-kurangnya 6A SPM dan Jayyid Jidan STAM.  Sementara itu, Muhammad Amir Asyraf Kasman, 18 yang berjaya memperolehi 12A dalam SPM 2021 berkata, dia sentiasa yakin doa banyak membantunya mencapai kejayaan.  "'Study' tu memang kena 'study' tetapi kita berdoa, percayalah, kalau tidak 'sampai tu' (tidak dimakbulkan) ada rezeki lain, kalau sampai tu (dimakbulkan), rezeki kita, yang penting kita yakin Allah mendengar doa-doa kita," katanya yang bercita-cita menjadi seorang doktor. Sementara itu Alias turut mengingatkan agar mereka yang akan melanjutkan pelajaran ke Institut Pusat Pengajian Tinggi (IPT) sentiasa mendalami Islam.  "Biar nanti apa sahaja bidang pekerjaan kita, kita beramanah dalam menjalankan tugas, tidak 'curi tulang', tidak rasuah, jadi jurutera, jurutera yang jujur dan tidak menipu," katanya. 
16 Jul 22
595
Korban Perdana Parlimen Setiu Tumbangkan Sembilan Ekor Lembu
Korban Perdana Parlimen Setiu Tumbangkan Sembilan Ekor Lembu
SETIU, 14 Julai- Sebanyak sembilan ekor lembu dikorbankan dalam Program Korban Perdana anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Parlimen Setiu, semalam. Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnanin Abd Kadir berkata, lapan ekor lembu yang dikorbankan itu dagingnya diagihkan ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan seekor lagi dikorbankan untuk jamuan rakyat di perkarangan Masjis Kg Che Long. "Kita telah mengagihkan kira-kira 1,700 bungkusan daging lembu kepada seluruh penduduk Setiu yang diagihkan melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing.  "Semoga ibadah ini diterima oleh Allah S.W.T," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pusat Sembelihan Kg Che Long, semalam. 
14 Jul 22
257
30 Gerai Meriahkan Jualan Terus Dari Ladang
30 Gerai Meriahkan Jualan Terus Dari Ladang
Oleh : Fatimah Din  MARANG, 14 Julai- Hampir 30 buah gerai memeriahkan jualan terus dari ladang yang mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti Taman Medan.  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)  Taman Medan Jaya 1, Azmi Salleh berkata, gerai-gerai yang mengambil bahagian itu bagi menjayakan program anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).  "Jualan ini julung kali diadakan di sini dan begitu meriah kerana dapat sambutan daripada komuniti setempat. "Memang sesuai jualan yang diadakan di kampung-kampung. Kebetulan di Taman Medan Jaya 1 ini terdapat banyak taman-taman kecil dan perumahan-perumahan berkelompok," katanya ketika di temui pemberita di sini, baru-baru ini. Azmi turut merakamkan ucapan tahniah kepada pihak penganjur di atas inisiatif tersebut yang secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi para peniaga setempat.  
13 Jul 22
1644
18 Ekor Lembu Untuk Fakir Miskin DUN Batu Buruk
18 Ekor Lembu Untuk Fakir Miskin DUN Batu Buruk
KUALA TERENGGANU, 13 Julai – Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk telah menumbangkan sebanyak 18 ekor lembu untuk diagihkan kepada masyarakat fakir miskin dan kurang berkemampuan.  ADUN Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi memaklumkan daging lembu tersebut telah diagihkan melalui pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat.  Agihan daging korban oleh pihak JPKK “Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan agihan daging korban pada tahun ini. “Mudah-mudahan dengan asbab agihan daging korban pada Hari Raya Aidiladha ini, kebajikan buat mereka yang fakir miskin akan dapat terus terjaga,” kata Ustaz Muhammad Khalil dalam ucapannya usai menyempurnakan sembelihan korban di Kg. Aur, Chendering.  Menurut beliau lagi, sambutan umat Islam untuk melaksanakan ibadah korban sangat menggalakkan dengan sebahagian tempat dalam DUN tersebut dapat melaksanakan sehingga 30 ekor lembu dalam satu hari.  “Semoga Allah SWT menerima ibadah korban kita pada tahun ini. InsyaAllah,” tambahnya.  
13 Jul 22
262
'Guna Peluang Libatkan Diri Dalam Aktiviti Kemasyarakatan'
'Guna Peluang Libatkan Diri Dalam Aktiviti Kemasyarakatan'
KUALA TERENGGANU, 10 Julai- Rakyat di Terengganu diseru memanfaatkan peluang yang ada untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan sebagaimana sebelum pandemik Covid-19. Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, memandangkan sambutan hari raya Aidiladha kali ini diraikan dalam suasana meriah, ia perlu digunakan sebaik mungkin oleh masyarakat. "Saya rasa situasi ini perlu diambil serius oleh rakyat untuk kembali meningkatkan kehadiran ke masjid. "Ini juga masanya untuk kita melibatkan diri dalam program-program masyarakat secara menyeluruh, bukan sahaja pada program korban hari ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu melawat Program Korban Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) di Surau Pengkalan Kampung Setar Kanan, hari ini. Dalam program berkenaan, sebanyak 30 ekor lembu dikorbankan untuk agihan penduduk DUN Rhu Rendang. Dr. Samsuri turut berpesan supaya warga Terengganu lebih berdisiplin dalam pengurusan sampah, lebih-lebih lagi dalam musim perayaan ini. "Dalam pengurusan sampah, langkah-langkah proaktif telah diambil pihak berkuasa tempatan (PBT). "Namun begitu, kita sedar bahawa setiap kali musim perayaan, pertambahan keluar dan pelancong menambahkan lagi tekanan untuk menguruskan sampah. "Disiplin dalam membuang dan mengasingkan sampah di tempat sepatutnya akan memudahkan lagi pengurusan sampah," katanya.
10 Jul 22
292
KPDNHEP Buka Lima Kertas Siasatan Kes Minyak Masak
KPDNHEP Buka Lima Kertas Siasatan Kes Minyak Masak
KUALA NERUS, 7 Julai - Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) negeri telah membuka lima kertas siasatan berkait minyak masaka dibuka di negeri ini  membabitkan pembungkus, pemborong dan Industri Kecil Sederhana (IKS). Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia, berkata sebanyak tiga kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang dilakukan oleh pemain industri terbabit antaranya menggunakan minyak masak melebihi kuantiti yang dibenarkan tanpa permit. "Membabitkan dua IKS di Kuala Terengganu dan satu di Dungun telah melanggar Peraturan 18 iaitu menyimpan minyak masak melebihi 12 kilogram tanpa permit ini kerana mana-mana pihak yang mempunyai milikan barang kawalan ini bagi tujuan perdagangan tanpa kebenaran kementerian boleh diambil tindakan di bawah Akta Bekalan 1961. "Jika disabitkan kesalahan individu boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat pula jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta. "Serta dua lagi telah melanggar Peraturan 13 kerana gagal menyelenggara buku stok barang kawalan membabitkan syarikat pembungkus di Kuala Terengganu serta pemborong di Dungun," ujarnya. Beliau berkata demikian, ketika ditemui pemberita selepas melakukan pemeriksaan ke sebuah IKS, Muslim Food Industry, di Tok Jiring, di sini, semalam. Mengulas lanjut katanya, kesalahan itu dikesan melalui 434 pemeriksaan menerusi OPS Ayam, Telur, Minyak (ATM) yang dijalankan terhadap 13 syarikat pembungkus minyak, 36 pemborong, 366 peruncit dan 19 IKS seluruh negeri Terengganu. "Siasatan yang kita jalankan membabitkan IKS di negeri ini bagi memastikan mereka tidak menggunakan minyak masak paket bersubsidi untuk memastikan golongan sasar terus dapat menikmati subsidi yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan," ujarnya.  
06 Jul 22
193
40 Anak Yatim Terima Sumbangan Dari PTPTN
40 Anak Yatim Terima Sumbangan Dari PTPTN
KUALA TERENGGANU, 5 Julai – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Terengganu menyampaikan sumbangan kepada 40 orang anak yatim Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) mereka, baru-baru ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi merakamkan penghargaan buat pihak SSPN atas inisiatif bersama badan bukan kerajaan (NGO) Gong Tok Nasek (GTN) Care.  “Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah mengadakan program yang sangat baik ini. “Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dan dapat menjadi tabung simpanan yang berguna untuk pendidikan anak-anak ini pada masa akan datang,” katanya dalam ucapan perasmian di Balai Komuniti Kampung Gong Baru.  Menurut Pengurus Besar PTPTN Negeri Terengganu, Azizah Nasik@Abd Rashid, program tersebut diadakan bagi membantu meringankan beban keluarga pelajar anak-anak yatim untuk persediaan simpanan masa depan. “Alhamdulillah, sebanyak RM4,000 telah disumbangkan kepada 40 orang anak yatim, masing-masing menerima RM100 dan akan dimasukkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional mereka. “Kami di pihak PTPTN berharap agar sumbangan ini dapatlah menjadi titik permulaan untuk anak-anak memulakan penabungan demi jaminan pendidikan yang berkualiti,” katanya kepada pemberita. Turut hadir ADUN Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said dan Pengerusi GTN Care, Abdul Razak Abdul Rashid.  
05 Jul 22
389
Orang Awam Berjaya Halang Lelaki Terjun Jambatan
Orang Awam Berjaya Halang Lelaki Terjun Jambatan
KUALA TERENGGANU, 5 Julai - Cubaan seorang lelaki untuk terjun dari Jambatan Sultan Mahmud di sini semalam berjaya dihalang oleh orang awam yang menggunakan jalan tersebut. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, lelaki berusia 29 tahun itu telah diserahkan kepada pihaknya sebaik sahaja tiba di lokasi setelah menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai pada jam 5.48 petang. "Siasatan mendapati lelaki Melayu tersebut dipercayai mengalami tekanan perasaan akibat masalah peribadi. Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis Methamphetamine. "Kerta siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 309 kanun keseksaan iaitu cuba bunuh diri dan Sekyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya dalam suatu kenyataan rasminya, di sini, pada hari ini. Mengulas lanjut katanya, lelaki berkenaan juga telah dihantar ke Hospital Sultanan Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut. Terdahulu, sebuah video berdurasi 15 saat telah tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki berdiri di luar pengadang di tepi sebuah Jambatan di Kuala Terengganu dan telah disedari orang ramai yang melalui kawasan terbabit.                            
05 Jul 22
2941
Budayakan Amalan Hidup Sihat
Budayakan Amalan Hidup Sihat
DUNGUN, 4 Julai - Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang dilancarkan kerajaan bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia agar membudayakan amalan gaya hidup sihat serta memperkasa rakyat dengan kawalan kesihatan kendiri.  Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Alias Harun berkata, agenda tersebut berusaha untuk menjadikan kita sihat sejahtera sepanjang hayat. "Pelaksanaan ANMS ini adalah penting bagi mempersiapkan Keluarga Malaysia dalam mendepani dan mengharungi fasa endemik COVID-19," katanya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang itu menyatakannya ketika berucap merasmikan Pelancaran Agenda Nasional Malaysia Sihat 2022 Peringkat Daerah Dungun di Dewan Arena Merdeka di sini, baru-baru ini.  Turut hadir, Pegawai Daerah Dungun, Yusman Ibrahim,  Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Azizul Ab Hadi, Pegawai Khas Ahli Parlimen Dungun, Mohd Amin Hamid, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohd Anuar Abd Rahman dan Pegawai Kesihatan Daerah Dungun, Dr Fathul Hakim Hamzah.  Antara acara yang menyerikan program tersebut ialah ' ANMS Healthy Walk' : 10 Ribu Langkah, Pertandingan Tendangan Penalti(lelaki), Pertandingan Jaringan Gol- Bola Jaring( Wanita) dan Pertandingan Memasak Makanan Sihat.  Beliau seterusnya menekankan bahawa ANMS ini adalah milik semua dan demi kesejahteraan semua rakyat negeri Terengganu, khususnya  di daerah Dungun.  "Besarlah harapan saya agar kerjasama yang padu dan akrab ini akan dapat diteruskan demi memastikan pelaksanaan ANMS ini dapat dijayakan sepenuhnya dan memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara dengan menjadikan kesihatan sebagai satu keutamaan," katanya lagi.   
03 Jul 22
341