lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Pengamal Media Terengganu Konvoi Motosikal Bantu Asnaf
Pengamal Media Terengganu Konvoi Motosikal Bantu Asnaf
KUALA TERENGGANU, 12 Ogos- Pengamal media pelbagai agensi seluruh Terengganu berkonvoi motosikal sambil menyantuni asnaf dalam program 'Jelajah Amal Media Merdeka' sempena sambutan bulan kemerdekaan ke-65. Penyelaras Program Ghazali Kori berkata, aktiviti kemasyarakatan yang dilakukan itu adalah sebagai usaha menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan ahli-ahli bertemakan 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama'. "Bertujuan untuk menyemaikan rasa cintakan negara serta menyampaikan mesej kepada masyarakat tentang pentingnya perpaduan dalam kalangan penduduk pelbagai bangsa. "Kami telah menyantuni seramai 30 orang golongan asnaf di kampung tersebut dengan kesemua bantuan yang diberikan adalah hasil sumbangan daripada syarikat swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). "Antara sumbangan yang diberikan adalah barangan keperluan di perkampung dekat Sungai Palas, di mana penerima bantuan terdiri daripada golongan yang terjejas teruk dalam situasi pandemik yang melanda negara pada dua tahun lepas," ujarnya selepas selesai menjayakan misi kemasyarakatan itu, di sini, baru-baru ini. Ghazali berkata aktiviti sedemikian akan terus dilakukan dari semasa ke semasa dan pihaknya kini sedang merancang untuk memperluaskan aktiviti tersebut dalam membantu lebih ramai golongan yang memerlukan. Mengulas lebih lanjut katanya, misi yang dijayakan itu telah disertai oleh 20 ahli media daripada Kelab Aktivis Media Terengganu yang turut melibatkan kelab Media Terengganu.
12 Aug 22
896
Dulu Guna Kantin, Sekarang Sudah Ada Dewan
Dulu Guna Kantin, Sekarang Sudah Ada Dewan
KEMAMAN, 11 Ogos - Penantian selama puluhan tahun warga Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Iman untuk memiliki dewan akhirnya berakhir apabila sebuah dewan baharu berkapasiti lebih 1,000 orang dengan saiz tiga kali ganda kantin sekolah siap dibina dengan kos pembinaan RM480,000. Guru Besar SK Seri Iman, Wan Ja’far Wan Muda berkata, jika sebelum ini sebarang majlis dan program menggunakan kantin selepas ini murid dan para guru khususnya boleh menggunakan dewan baru berkenaan. Tambah beliau lagi, dewan tersebut dikenali sebagai Dewan Haji Abdul Rahman Limbong sempena memperingati pejuang tanah air yang banyak berbakti di daerah Kemaman. “Dewan ini juga akan diguna pakai oleh mangsa-mangsa banjir sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kerana kelazimannya ramai mangsa banjir ditempatkan di sini. Justeru mereka akan lebih selesa dengan wujudnya dewan baru ini," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyerahan dewan tersebut yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, semalam. Sementara itu, Che Alias menzahirkan kesyukuran dengan pembinaan dewan yang bakal memberikan manfaat kepada warga SK Seri Iman dan penduduk sekitar. “Saya hadir ke SK Seri Iman pada tahun 2019 untuk program penyampaian hadiah di mana program ini diadakan di kantin. Keadaan ketika itu sesak dengan pelajar dan guru justeru saya telah mencadangkan agar dibina dewan sekolah. “Sebanyak dua kali saya sebutkan di dalam perbahasan Belanjawan 2020 bagi pembinaan dewan ini dan dewan SMK Badrul Alam Shah. Alhamdulillah, maklum balas yang baik daripada Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri. Hasil daripada berkat doa bersama, impian memiliki dewan di sekolah ini berjaya direalisasikan," ujarnya. Katanya, soal pendidikan amat penting untuk dititikberatkan bagi membina modal insan seterusnya melahirkan rakyat yang berketerampilan, berilmu, pihak kerajaan perlu melabur dalam pendidikan.
11 Aug 22
714
Program Santuni Rakyat Terus Dapat Sambutan
Program Santuni Rakyat Terus Dapat Sambutan
SETIU, 9 Ogos – Santuni Rakyat, Semarakkan Khidmat yang sebelum ini dinamakan Program Kaunter Aduan Rakyat mendapat sambutan yang mengalakkan serta telah diperkasakan lagi dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan yang sebelum ini tidak disediakan. Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, program ini telah digerakkan bermula tahun 2018 lagi yang pada awalnya dikenali sebagai Program Pejabat Bergerak Ahli Parlimen Setiu. Diantara programnya ialah lawatan infrastruktur, kaunter aduan rakyat, ziarah mahabbah, santai kedai kopi dan berakhir dengan kuliah maghrib tanpa penyertaan agensi-agensi lain. "Kemudian ditambah baik dengan program rawatan Islam dan pemeriksaan kesihatan percuma sejak mula diadakan hampir 80 peratus kampung telah melaksanakan program seumpama ini dan sekarang kesemuanya digabungkan dan dinamakan Program Santuni Rakyat, Semarakkan Khidmat,"ujarnya ketika ditemui di perkarangan Masjid Kg merbau Menyusut, semalam. Mengulas lanjut ujarnya, antara agensi yang turut terlibat ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Jabatan Kebajikan Masyarakat Setiu dan Tekun Nasional. "Bermula tiga petang lagi kita telah menerima kehadiran rakyat sekitar untuk mengambil peluang menikmati pelbagai perkhidmatan yang disediakan ini termasuk mengadu pelbagai permasalahan yang dihadapu. "Semua aduan akan diambil perjalanan segera untuk diselesaikan agar kebajikan serta kesejahteraan rakyat terjamin, insya-Allah kita akan terus mengadakan program ini dengan melibatkan seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Setiu ini," katanya.  
09 Aug 22
412
Festival Setiu Wetlands Tingkat Kesedaran Orang Awam
Festival Setiu Wetlands Tingkat Kesedaran Orang Awam
Penganjuran festival Setiu Wetlands mampu meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan alam sekitar selain menjana ekonomi mereka.
09 Aug 22
99
Kejohanan Sirkit Silat 1S1S Cungkil Bakat Baru
Kejohanan Sirkit Silat 1S1S Cungkil Bakat Baru
KUALA TERENGGANU, 7 Ogos - 'Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya' itulah tema Kejohanan Sirkit Satu Sekolah Satu Silat (1S1S) Peringkat Negeri Terengganu 2022 yang diadakan bagi mencungkil bakat baru dalam dunia seni persilatan tanah air. Kejohanan yang diadakan selama tiga hari bermula 4 Ogos lalu diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu melibatkan semua sekolah rendah dan menengah seluruh Terengganu termasuk sekolah vokasional dan teknik. Kejohanan sirkit silat tersebut dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Dan Kecergasan Wilayah Perdana (KRKWP) dengan sokongan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Terengganu, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Majlis Sukan Negeri Terengganu. Mohamad Abdullah, 40 tahun yang ditemui pemberita ditempat kejohanan memberitahu bahawa siri kejohanan seperti ini perlu diperbanyakkan bagi menyemarakkan semangat dan rasa cinta generasi muda terhadap warisan budaya dan bangsa. "Perlu dibuka ruang dan peluang kepada pesilat yang baru berjinak dalam arena ini jika mahu melihat sukan ini terus maju dan seterusnya menjadi pelapis kepada atlet yang sedia ada," katanya. Mohamad merupakan salah seorang jurulatih daripada kontinjen SMA Al Falah, Kemaman yang turut menyertai sirkit silat kali ini mengharapkan perkara tersebut mendapat perhatian daripada pihak terlibat.
06 Aug 22
1184
Karnival TMBS Rantau Abang Tawar Aktiviti, Hadiah Menarik
Karnival TMBS Rantau Abang Tawar Aktiviti, Hadiah Menarik
DUNGUN, 4 Ogos- Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik dibawakan pada Karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera (TMBS) yang akan berlangsung di Padang Bola Seberang Pintasan disini, selama tiga hari bermula hari ini. Pengarah Karnival TMBS DUN Rantau Abang, Abdullah Fahim Hussin berkata, antara tawaran istimewa termasuk hadiah cabutan bertuah sebuah motosikal yang diadakan pada setiap malam sepanjang karnival tersebut. "Peluang untuk memiliki motosikal percuma terbuka luas kepada pengunjung karnival TMBS, selain banyak lagi hadiah menarik yang mesti direbut setiap hari termasuk wang tunai, barangan elektrik, basikal dan lain-lain. "Untuk hadiah utama, terbuka hanya kepada pengundi di DUN Rantau Abang yang  mendaftar setiap hari secara 'scan QR Code' di tapak karnival bermula 5 petang sehingga 8.30 malam dan mestilah membawa kad pengenalan, untuk hadiah - hadiah lain terbuka kepada semua pengunjung," ujarnya. Abdullah Fahim berkata demikian ketika ditemui di tapak program di sini petang semalam. katanya, beliau berpuas hati dengan kerjasama yang ditunjukkan semua pihak terlibat dalam membuat persiapan untuk menjayakan program yang julung-julung kali diadakan di DUN itu.  "Datanglah, karnival ini macam - macam ada, untuk lepaskan stress, bersantai bersama keluarga dan kawan - kawan, ada acara-acara yang boleh disertai tak kira kanak-kanak, orang dewasa, wanita atau pemuda, " Nak bertemu selebriti yang selama ni kita tengok kat tv je, boleh dan yang menariknya Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan merasmikan karnival ini," ujarnya.  
03 Aug 22
1195
UniSZA Anjur Kempen Generasi Muda Bebas Rokok & Vape
UniSZA Anjur Kempen Generasi Muda Bebas Rokok & Vape
KUALA TERENGGANU, 3 Ogos – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan program ‘Generasi Muda Bebas Rokok & Vape’ bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat sekitar tentang bahaya rokok dan rokok elektronik di Fakulti Perubatan UniSZA., baru-baru ini. Menurut pengarah program berkenaan, Amira Fayiza Abdul Rashid, antara objektif yang ditekankan ialah kesedaran untuk berhenti merokok di samping mempromosikan polisi ‘Generasi Penamat’.   “Pihak kami telah menjalankan kajian di sekitar Kampung Pantai Batu Buruk dan Kampung Ladang untuk memperkenalkan dan mendapatkan maklum balas daripada penduduk di situ berkenaan polisi ini.  “Laporan hasil daripada kajian tersebut telah dipamerkan dan dibentangkan dalam program ini serta akan menjadi asas kepada pelajar yang lain untuk menyambung kajian ini dengan lebih mendalam pada masa akan datang,” katanya. Pameran hasil kajian sokongan komuniti terhadap polisi 'Generasi Penamat' Beliau yang merupakan salah seorang penuntut di UniSZA turut berharap agar kempen ini dapat dipergiatkan lagi agar polisi ‘Generasi Penamat’ dapat menjadi perhatian masyarakat dalam negara dengan lebih meluas. Selain kempen, program yang diadakan turut diisi dengan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma, derma darah, pameran informasi kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), forum bersama pakar dan aktiviti serta pertandingan untuk kanak-kanak. Penutup program tersebut telah disempurnakan isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr. Farhaana Husainy Hasbullah.  
31 Jul 22
618
Karnival TMBS Pupuk Semangat Keluarga Malaysia
Karnival TMBS Pupuk Semangat Keluarga Malaysia
KEMAMAN, 31 Julai - Karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera (TMBS) yang dianjurkan oleh kerajaan negeri menjadi satu medium bagi menyatukan masyarakat yang berbilang idealogi politik di Terengganu. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Hazri Jusoh berkata, penglibatan penduduk sekitar dengan aktiviti yang diadakan sepanjang tiga hari karnival tersebut mengharukan beliau. "Alhamdulillah, sepanjang karnival ini berlangsung kita dapat melihat ramai anak kecil, ibubapa dan anak muda yang terlibat didalam pelbagai acara yang diadakan. "Ini adalah satu petanda baik bahawa kita dapat hidup bersama dalam satu komuniti walaupun terdapat perbezaan pendapat di dalam beberapa perkara namun kita masih lagi dapat berkumpul dan beriadah bersama," katanya ketika berucap di slot Dialog Rakyat Bersama Pimpinan.   Slot Dialog Rakyat Bersama Pemimpin.  Karnival TMBS peringkat DUN Kijal yang diadakan di Padang Bola Bukit Kuang selama tiga hari bermula 27 sehingga 29 Julai mendapat sambutan yang mengalakkan oleh masyarakat setempat.  Antara aktiviti dan acara yang dipertandingkan di karnival tersebut adalah tarik tali, gubahan kain batik, mewarna dewasa dan kanak-kanak, liga tendang penalti, timbang bola, gusti lengan, ikat ketam, kukur kelapa, 'shoot netball', busana cilik, memanah, cabutan bertuah, dialog rakyat, forum agama, 'UHJ Bikers', 'Fun Walk', pertunjukan silat, suara wanita, Malam Kesenian Islam dan Jualan Keluarga Malaysia oleh Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kemaman dengan kerjasama FAMA, Sabasun dan KPDNHEP.  Hazri juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada urusetia karnival, para petugas termasuk semua agensi kerajaan yang terlibat dengan persiapan tempat dan gerai pameran dalam menjayakan karnival ini.  Sempena karnival tersebut, kategori Gerai Pameran Terbaik turut dipertandingkan dan telah dimenangi oleh Yayasan Islam Terengganu, Majlis Perbandaran Kemaman ditempat kedua manakala gerai Yayasan Terengganu ditempat ketiga dengan masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai.
31 Jul 22
624
Anjur Pemeriksaan Kesihatan Percuma
Anjur Pemeriksaan Kesihatan Percuma
KUALA TERENGGANU, 24 Julai – Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk telah menganjurkan Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma bagi penduduk setempat bertempat di perkarangan pejabatnya, semalam.  Program yang berlangsung bermula jam 9 pagi dan tamat pada jam 12 tengah hari itu telah mencatatkan 80 penyertaan dalam kalangan warga DUN Batu Buruk di peringkat usia dewasa serta warga emas.  “Antara yang menarik dalam program yang dianjurkan pada kali ini ialah ujian darah secara percuma khusus buat golongan B40 di bawah Skim Peka B40.  “Selain itu, kaunter Tabung Haji juga di buka untuk urusan pendaftaran dan sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan agensi tersebut,” kata ADUN Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi ketika ditemui pemberita.  Di samping itu, program ini juga menerima respon yang positif daripada orang ramai yang hadir.  “Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat atas penganjuran program yang baik ini kerana ia memudahkan orang kampung untuk membuat pemeriksaan kesihatan dengan lebih dekat malah percuma,” kata Zabedah Ali, 53. Menurut Hanisah Nasuha Azib, 23, program tersebut berjalan dengan baik serta teratur dan berharap agar ia dapat diadakan lagi pada masa akan datang.  Program yang  melibatkan seramai 7 orang doktor perubatan itu juga turut melibatkan kerjasama antara Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu dan Kuala Terengganu Medical Team.  
24 Jul 22
527
Al-Quran Perlu Sentiasa Dipelajari
Al-Quran Perlu Sentiasa Dipelajari
DUNGUN, 19 Julai -Kandungan al-Quran mestilah sentiasa dipelajari sebagaimana perlunya kitabullah itu dibaca setiap hari dan difahami maksudnya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun kecewa dengan sikap setengah masyarakat yang beranggapan sudah memadai ianya dipelajari ketika kecil dahulu. "Ada yang kata tidak perlulah lagi belajar al-Quran, membetulkan bacaan dan mendalami maksudnya, sedangkan ianya sentiasa perlu dipelajari kerana ilmu ini makin banyak kita pelajari makin banyak yang kita tidak tahu," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah ringkas pada Majlis Sekampit Beras, Seekor Ayam kepada 75 orang penerima sempena Program YB Rantau Abang Bersama Rakyat di Unit Daerah Mengundi (UDM) Taman Permint di Surau Taman Permint Indah di sini. Penerima yang turut menerima sebungkus juadah sarapan pagi merupakan penduduk tamanvperumahan sekitar Taman Permint Indah, Jalan Intan dan Kampung Alor Tempoyak.  Selain itu tambahnya lagi, sebagai seorang Islam , tutur kata juga mestilah dijaga agar tidak terpesong aqidah.  "Dunia akhir zaman ini, banyak menguji iman kita, kerana wang ringgit sangat gadaikan agama," katanya.  Program yang bertujuan untuk mendekati penduduk di situ itu  juga menziarah 60 buah rumah, sementara 50 buah motosikal mengambil bahagian dalam slot 'Tukar Minyak Hitam Motosikal' dan lebih 20 orang hadir di Majlis Bacaan Yasin di rumah salah seorang penduduk di UDM itu.     
18 Jul 22
178