Artikel "Komuniti" Terkini
Pejabat Agama Daerah Marang Tawar Kursus Mandi Jenazah
MARANG, 18 September - Pejabat Agama Daerah Marang melalui Bahagian Unit Dakwah kini menawarkan khidmat jurumandi jenazah kepada mereka yang berminat melalui kursus yang dianjurkan.
Ketua Unit Dakwah, Ahmad Mohsein Zakaria berkata kursus tersebut merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Daerah Marang untuk membantu masyarakat kampung melalui kefahaman mengenai fardhu kifayah ini.
“Pengurusan jenazah ini mudah dilakukan, tetapi dianggap sukar apabila tidak mempelajarinya.
“Peserta yang menyertai kursus ini akan ditawarkan sebagai jurumandi jenazah serta diberikan bimbingan khas oleh pihak jabatan untuk dinilai samada layak atau sebaliknya,” jelasnya.
Beliau berkata demikian selepas Program Kursus Pengurusan Jenazah Siri Kedua bertempat di Dewan Serbaguna Jabatan Kerja Raya (JKR) Marang semalam.
Tambah Mohsein, seramai 65 orang peserta terlibat untuk program kali ini dan akan diberikan sijil penyertaan serta tawaran untuk jurumandi jenazah.
Katanya, pada siri pertama telah diadakan kursus pengurusan jenazah khas untuk kaum wanita sahaja dan untuk kali ini diadakan pula untuk kaum lelaki.
"Kesemua peserta yang terlibat menunjukkan maklum balas positif serta penceramah jemputan adalah daripada mereka yang pakar dalam bidang pengurusan jenazah.
"Saya berharap sesetengah masyarakat pada hari ini mengambil cakna terhadap ilmu fardhu kifayah dan sentiasa saling mengingati antara satu sama lain,” katanya.
Sementara itu, beliau juga berkata pihaknya akan meneruskan program seperti ini untuk kepentingan masyarakat kampung apabila berlakunya kematian.
18 Sep 22
555
99 Peratus Graduan PSMZA Berjaya Dapat Kerja
DUNGUN, 16 September- Hampir semua graduan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) 2021 berjaya mendapat pekerjaan iaitu samada di sektor kerajaan, swasta dan bekerja sendiri.
Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Zainab Ahmad berkata beliau dimaklumkan bahawa kadar kebolehpasaran graduan institusi pengajian itu untuk tahun 2021 adalah sebanyak 99.27 peratus.
"Kadar kebolehpasaran graduan politeknik yang melebih 90 peratus ialah satu indikator latihan teknikal dan vokasional (TVET).
"Ini menandakan graduan TVET berkualiti dimana sentiasa menjadi pilihan majikan meskipun ketika negara dilanda pandemik Covid-19.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Ke -19 tahun 2022 di Dewan Dagang, PSMZA di sini, baru-baru ini.
Pada Majlis Konvokesyen kali ini yang mengangkat tema “Graduan TVET Berkualiti Aspirasi Digitalisasi Negara” berlangsung selama tiga hari berturut- turut bermula 12 September itu seramai 1274 graduan berjaya mendapat penganugerahan Diploma bagi pengajian sesi Disember 2020 dan Sesi 1 2021/2022.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarahnya, Mohd Fikri Ismail.
"Saya difahamkan tema ini dipilih bersempena era digital negara yang semakin berkembang maju selari dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi yang berpacukan pendigitalan dan sebagai peneraju serantau dalam ekonomi digital, "katanya.
16 Sep 22
630
218 Peserta RTB DUN Kijal Terima Borang 5A
KEMAMAN, 16 September - Seramai 218 Peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal menerima dokumen hak milik tanah termasuk Jadual 5A selepas menanti puluhan tahun.
Ianya melibatkan tapak kediaman dan pertanian di kawasan Beris Nenas, Bukit Panjang, Bukit Kerdas, Batu 9, Pengkalan Cicar, Jong Belabuh, Lubuk Dalam IV dan Kampung Pondok Pasir.
Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Hazri Jusoh berkata, beliau berharap peserta bersyukur dan berterima kasih kerana apa yang diimpikan selama ini telah menjadi kenyataan.
"Kita mesti sentiasa tunduk dan bersyukur kehadrat Allah S.W.T diatas nikmat yang dikurniakan kepada kita pada hari ini.
"Segala yang sedikit kita ikhtiar dan lakukan samada daripada pihak Pejabat DUN Kijal dan Pejabat Tanah dan Daerah Kemaman ini ianya adalah pertolongan daripada Allah.
"Saya melihat ada juga permohonan yang dibuat pada tahun 2002 iaitu 20 tahun yang lalu dan ianya diluluskan dan menerima hak milik mereka pada hari ini," ujarnya ketika berucap di majlis penyerahan tersebut yang diadakan di Kompleks Paya Lasir, Bandar Baru Kijal, baru-baru ini.
Beliau juga mengucap tahniah kepada para peserta dan Kerajaan Negeri Terengganu yang telah berjaya melunaskan janji manifestonya pada pilihanraya yang lalu berkaitan pemberian tanah kepada rakyat Terengganu.
"Jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat terutama kakitangan Pejabat Tanah dan Daerah Kemaman, Biro Tanah Kijal, Kakitangan i-MiTS Kijal dan Pejabat Penyelaras DUN Kijal," tambahnya. -
16 Sep 22
436
Orang Pekak Ajar OKU Baca Al Quran
Persatuan Pendidikan dan Pembangunan Islam Orang Pekak Terengganu (PIOPT) membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri ini mempelajari dan memahami al-Quran.
12 Sep 22
329
Kitab Pedoman Solat Berjemaah Berjaya Dikhatam
KUALA NERUS, 8 September - Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) telah menganjur dan mengkhatamkan pengajian Fiqh Solat Berjemaah peringkat DUN Seberang Takir menggunakan Kitab Pedoman Solat Berjemaah karangan Al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman.
Pegawai DUAT DUN Seberang Takir, Syed Zuhairi Tuan Kasmi berkata, bukan sekadar mereka yang bergelar imam perlu mempunyai ilmu dan mahir, bahkan makmum juga perlu ada ilmu tentang solat berjemaah ini.
“Pengajian Fiqh Solat berjemaah cukup penting dalam memudahkan penuntut ilmu yang bakal asatizah khususnya dan masyarakat umumnya faham dan cakna sub-fiqh ini selain mendedahkan umat Islam kepada furu' (permasalahan) fiqh bagi menjawab segala kemusykilan berkaitan solat berjemaah.
“Kita juga menyedari hakikat belajar Fiqh Solat Berjemaah adalah wajib bagi lelaki, bagi wanita pula hukumnya sunat namun boleh jadi wajib bagi wanita jika sekiranya wanita tersebut ingin laksanakan solat secara berjemaah," katanya.
Menurut beliau lagi, pengajian yang diadakan sekali seminggu setiap hari Rabu bermula 12 Januari lalu telah berakhir khatam pada 31 Ogos 2022.
"Kelas pengajian telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Hafiz Ali Makdom Hafizahullah yang dilangsungkan secara bersemuka dan juga di atas talian.
"Untuk makluman juga, pengajian kita bukan terhenti di sini, tetapi diteruskan lagi dengan Pengajian Fiqh Nikah "Kitab Tuhfah At-Thullab Sharah Idah Al-Bab" pada hari dan waktu yang sama setiap minggu, mereka yang berminat boleh menghubungi urusetia di talian 0139706069 bagi mendapatkan kitab tersebut", katanya.
07 Sep 22
284
Terengganu Bantu Cari Kerja Untuk Bekas Penagih
Kerajaan negeri melaksanakan satu langkah proaktif dalam membantu bekas penagih untuk mendapatkan pekerjaan bagi menyara kelurga selepas golongan terbabit sentiasa dipinggirkan sebaik keluar dari pusat pemulihan dadah.
04 Sep 22
114
Terengganu Bantu Cari Kerja Untuk Bekas Penagih
BESUT, 1 September - Kerajaan negeri melaksanakan satu langkah proaktif dalam membantu bekas penagih untuk mendapatkan pekerjaan bagi menyara kelurga selepas golongan terbabit sentiasa dipinggirkan sebaik keluar dari pusat pemulihan dadah.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja, Mohd Nor Khuzaini A. Rahman berkata, pihaknya bekerjasama dengan sebuah syarikat pembuatan di Johor untuk memberi peluang kepada bekas penagih memulakan kehidupan lebih baik.
"Pada 30 Ogos kerjasama ini telah terjalin dengan rasmi, dengan dihadiri oleh Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri, kita telah panggil semua bekas pelatih pusat serenti, kita akan tawarkan mereka untuk bekerja di Mybrush Group Of Companies di Johor.
"Lebih 120 orang bekas-bekas pelatih ini datang apabila mereka mengetahui mengenai tawaran ini.
"Saya rasa apabila golongan ini dibantu ini merupakan suatu usaha baik kerajaan negeri untuk terus membantu semua golongan, bukan hanya penganggur, tetapi golongan 'rentan' ini juga yang selama ini tidak diambil kisah oleh masyarakat kita cuba bantu dan berikan mereka peluang untuk dapatkan kerja," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menyantuni lima pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mahmud sempena kejayaan mereka dalam pertandingan 'The 7th International Invention Innovation Competition In Canada (iCan 2022), di sini baru-baru ini.
Mengulas lanjut, katanya syarikat itu beroperasi dengan mengeksport komponen yang digunapakai pada vakum kepada lebih 100 buah negara dan akan mula membuka kilang baru tidak berapa lama lagi.
"Sebelum ini kami telah menghantar seramai 20 orang bekas pelatih dari Setiu dan selepas ini akan dikembangkan lagi melalui AADK di setiap daerah.
"Jadi kita mulakan di Besut ini walaupun secara tidak rasminya kita telah mulakan di Setiu dan selepas ini kita akan kembangkan lagi ke seluruh daerah untuk membantu seramai mungkin golongan ini," ujarnya lagi.
01 Sep 22
444
Kutip 936 Kilogram Sampah Dalam Masa Dua Jam
DUNGUN, 1 September- Sebanyak 936 kilogram sampah hanyut yang kebanyakannya sisa plastik berjaya dikutip dalam tempoh dua jam menerusi 'Program Pendekar dan Srikandi Merdeka Plogging' sekaligus mencatatkan rekod baru buat Geng Plastik Ija (GPI) Dungun.
Menurut jurucakap Unit Komunikasi Korporat Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), aktiviti 'plogging' iaitu bersenam sambil mengutip sampah yang diadakan di persisiran Pantai Teluk Bidara kelmarin itu melibatkan 400 orang peserta daripada pelbagai pihak.
"Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke -65 selain GPI Dungun, pelbagai pihak termasuklah UITM Dungun, PSMZA, Pejabat Daerah Dungun, SIG 3rd Hand Uitm Dungun, Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 7, SK Batu 48, PERKESO Dungun, Majlis Perbandaran Dungun, Pejabat Tanah & Daerah Dungun, UCTATI, Staf Kolej Vokasional Dungun dan SK Balai Besar mengambil bahagian dalam aktiviti membersih pantai Teluk Bidara," ujarnya.
Katanya, Majlis Menandatangani Jalinan dan Kerjasama antara Sekolah Kebangsaan Batu 7 dengan GPI , SIG 3rd Hand UiTM Cawangan Terengganu serta PSMZA juga diadakan pada hari berkenaan.
"Aktiviti 'plogging' adalah gabungan antara 'joging' dan mengutip sampah, sebahagian usaha yang berterusan dalam mewujudkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dan masyarakat," ujarnya. .
01 Sep 22
444
500 Pelajar PSMZA Sertai Festival Bulan Merdeka
DUNGUN, 30 Ogos - Seramai 500 pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) telah menyertai Festival Bulan Kemerdekaan Malaysia Yang Ke- 65.
Menurut jurucakap Unit Komunikasi Korperat PSMZA, festival anjuran Jabatan Sukan dan Kebudayaan (JSKK) itu telah dirasmikan oleh Pengarahnya, Mohd Fikri Ismail dan turut dimeriahkan dengan pelbagai acara termasuk senamrobik.
"Perasaan kasih dan sayang kepada tanah air mestilah sentiasa terus kekal di dalam sanubari kita semua," katanya.
Seementara itu, di perkarangan pintu masuk PSMZA dikibarkan jalur gemilang dan dilekatkan di kereta-kereta kakitangan bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan.
"Edaran bendera ini adalah dikelolakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat (UKK) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada ketua-ketua jabatan akademik dan sukan untuk dikibarkan di jabatan masing-masing, " ujar jurucakap tersebut.
30 Aug 22
616
Fiesta Wau Bulan Tegak Tarik 240 Penyertaan
Oleh : Fatimah Din
MARANG, 30 Ogos- Fiesta Wau Bulan Tegak yang julung kali diadakan telah berjaya menarik minat seramai 240 orang peserta.
Penghulu Mukim Merchang, Adnan Ibrahim berkata program anjuran Pejabat Daerah Marang itu akan dijadikan sebagai acara tahunan peringkat daerah Marang.
"Wau bulan yang kepopularannya didominasi oleh rakyat Kelantan di Pantai Timur ini turut menarik minat penduduk di sini, " katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pesta tersebut di Bukit Kecil Durian Pahit, Merchang.
Program yang turut dihadiri Pegawai Daerah Marang, Che Lizan Che Mat dan Ketua Polis Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Deris itu telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.
Dalam ucapan, Sulaiman berkata InsyaAllah program kebudayaan seperti ini akan diteruskan lagi supaya seni budaya itu tidak ditelan zaman.
"Lebih-lebih lagi apabila ia disertai oleh ramai golongan belia," ujarnya.
30 Aug 22
789