Artikel "Komuniti" Terkini
LEGASI Perkukuh Hubungan Antara Masyarakat
HULU TERENGGANU, 4 Februari - Program Lepak Santai Cergas (LEGASI) merupakan inisiatif serta usaha mengeratkan hubungan antara rakyat dengan kerajaan negeri serta menjadi medium merapatkan hubungan antara masyarakat terutamanya golongan belia dan beliawanis.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program yang diadakan di Taman Rekreasi Kuala Berang itu merupakan kali ketiga dianjurkan oleh Urusetia Belia, Sukan dan NGO Terengganu (UBSNT).
Ujarnya, sebelum ini program berkenaan telah diadakan di Bukit Maras, serta di Lata Changkah.
"Kita berhasrat mengadakan program ini di semua daerah dalam Terengganu, tujuan utamanya adalah untuk merapatkan hubungan diantara masyarakat khusnya golongan anak muda melalui agensi UBSNT melalui program-program yang diadakan secara santai, beriadah serta adanya pengisian yang bermanfaat.
"Hari ini kita telah mengundang pendakwah selebriti, Ustazah Asma Harun dan juga menampilkan 'influencer' terkenal, Sukri Sulaiman bersama 'Medang', alhamdulillah mereka telah berkongsi pengalaman dan juga pengetahuan mereka bagaimana mendekati masyarakat," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman, di program berkenaan, di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Wan Sukairi berkata pihaknya berhasrat untuk meneruskan program berkenaan setelah melihat sambutan yang cukup baik daripada anggota masyarat setiap kali ia diadakan.
Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS sangat menitikberatkan kebajikan membabitkan seluruh masyarakat.
"Dalam tempoh hendak masuk lima tahun, dapat dilihat perkembangan yang dilakukan oleh kerajaan dari hari ke hari, di mana pelbagai program terutamnya membabitkan kebajikan, majlis ilmu, pembangunan modal insan dan sebagainya sangat subur di negeri ini.
"Kerana itu kerajaan yang ada pada hari ini perlu dikekalkan, bukan sahaja program yang bermanfaat untuk rakyat terus diadakan, tetapi akan dapat dilakukan penambahbaikan," ujarnya lagi.
04 Feb 23
352
Rakyat Tersinggung Dengan 'Cakap Kosong' Menteri
Sebahagian besar rakyat terguris dan tersinggung dengan 'cakap kosong' atau kata-kata sembrono salah seorang Menteri Kerajaan Persekutuan berkaitan harga barang.
31 Jan 23
179
JPKKP : Terengganu Kekalkan JPKK
Kerajaan Terengganu tetap akan mengekalkan jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) biarpun kerajaan Persekutuan menubuhkan JPKK Persekutuan (JPKKP) di negeri terbabit.
31 Jan 23
592
JPNT Usaha Semarak Seni Gamelan
KUALA TERENGGANU, 30 Januari- Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) berusaha menyemarakkan seni muzik gamelan yang semakin dilupakan generasi kini.
Pengarahnya, Fadli Yusof Zakaria berkata, bagi mengembalikan nostalgia gamelan, JPNT melalui Kampung Budaya Terengganu (KBT) mengambil inisiatif menganjurkan Program Bicarawara KBT 2.0 - Gamelan Melayu bersama Pakar Rujuk Gamelan, Sulong Ismail di Istana Tengku Long, KBT, semalam.
Katanya, program seumpama itu sewajarnya diperbanyakkan kerana bukan sahaja dapat memenuhi aktiviti KBT malah mampu memberi pendedahan kepada orang ramai terutama pelapis, pelajar sekolah dan peminat seni muzik gamelan tentang kesahihan seni itu.
“Program dan ilmu tentang gamelan sukar diperoleh ditempat lain, jika ada pun dibimbangi dicampur aduk dengan perkara lain.
“Justeru, kita akan menambah baik setiap sudut rumah-rumah lama di KBT, sebagai contoh meletakkan info dan maklumat berkaitan gamelan di Istana Tengku Long. Pendekatan itu adalah penting untuk tatapan dan rujukan pelapis seni gamelan yang akan datang,” katanya kepada pemberita selepas program tersebut.
Turut hadir, Pengurus Besar KBT, Ahmad Fathil Abd Ghani.
Pada program itu, seramai 35 orang guru dan pelajar sekolah, IPTA, penggiat pelancongan, peminat dan pengamal muzik gamelan telah diberi penerangan berkaitan asal
30 Jan 23
263
KOPERAT Sumbang 200 Beg Dan Alat Tulis
Oleh : Nurul Adilatul Akmal Mohd Azaha
MARANG, 19 Januari- Seramai 200 orang pelajar daripada keluarga golongan B40 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat menerima sumbangan beg sekolah dan alat tulis daripada Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu(KOPERAT).
Pengarah KOPERAT, Zaharudin Zaid berkata, pihaknya berhasrat untuk meringankan beban golongan berkenaan dalam menghadapi awal persekolah sesi depan.
"Kami berharap dengan sumbangan ini akan memberi sinar harapan kepada anak-anak di DUN Alur Limbat untuk belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan yang lebih bermakna," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sumbangan Beg dan Alat Tulis Sekolah yang diadakan di Dewan Sivik Bukit Payong di sini, baru - baru ini.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ariffin Deraman.
Sementara itu beliau berkata, pihaknya diberi tanggungjawab oleh kerajaan negeri untuk mengatur strategi memenuhi keperluan rumah rakyat Terengganu.
“Kita ada banyak projek yang akan dilakukan di Alur Limbat dibawah Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu.
“Kita jangkakan mengambil masa selama dua tahun untuk siapkan fasa pertama untuk perumahan yang dirancang, " katanya.
19 Jan 23
355
Pelajar Pendidikan Khas Lincah Jual Donat
Oleh: Muhammad Zamarul Hisyam Mohd Safri
HULU TERENGGANU, 18 Januari – Kesungguhan seorang pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (pembelajaran) Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong, Muhammad Farish Ikhwan Abdul Razak mengusahakan perniagaan menjual donat menarik perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Maliaman Kassim untuk menghulurkan bantuan.
Maliaman berkata, apa yang dilakukan oleh pemuda itu wajar dicontohi oleh golongan belia di luar sana khususnya yang dilahirkan segala sempurna.
Katanya, memegang status orang kelainan upaya (OKU) sebenarnya bukanlah satu hal yang mudah kerana perlu berhadapan dengan stigma masyarakat yang meragui keupayaan mereka.
“Ini adalah satu usaha yang sangat bagus ditunjukkan oleh adik Farish kerana mempunyai semangat tinggi untuk menjadi seorang usahawan muda yang berjaya dan terkenal.
"Dengan adanya mesin pengadun yang baru ini, Insyaallah ia mampu menyiapkan adunan tepung dalam pembuatan donatnya itu dengan kadar yang cepat dan tidak memerlukan tenaga berat apabila menguli menggunakan mesin ini,” ujarnya selepas menyerahkan mesin pengadun donat kepada remaja itu di gerainya, baru-baru ini.
Maliaman berkata, pelbagai bantuan disediakan untuk membantu usahawan muda yang mempunyai kehendak dan kesungguhan yang tinggi dalam mengembangkan lagi perniagaan yang diusahakan.
Sementara itu, Farish Ikhwan berkata, walau dilahirkan OKU (pembelajaran), status itu tidak menjadi penghalang untuknya menceburkan diri dalam bidang yang diminati walaupun terpaksa bersengkang mata menyiapkan adunan donat.
Katanya, dia kini mampu berbangga kerana berjaya mengusahakan perniagaan menjual donat yang menjadi kegemaran ramai.
“‘Hadiah' daripada Ustaz Maliaman ini cukup bermakna kerana dengan adanya mesin pengadun ini dapat memudahkan lagi kerja saya untuk mengadun tepung dalam memproses donat.
"Saya hanya manfaatkan hujung minggu iaitu Jumaat dan Sabtu untuk menjual donat pelbagai perisa seperti donat susu, red velvet dan yang paling istimewa iaitu donat pandan,” ujar Farish Ikhwan.
Gurunya, Suriati Mohamad Nor berkata, berkat sokongan ibu Robiah Salleh perniagaan anak didiknya itu semakin bertambah baik dan sentiasa mendapat permintaan.
“Insyaallah dengan bantuan dan sumbangan daripada Ustaz ini, Farish akan berjaya dalam bidang bagi saya dia sendiri sangat minat dan sanggup bangun pada pukul 4 pagi untuk membuat donat untuk jualannya.
"Saya sangat bersyukur dengan bantuan mesin pengadun ini. Terima kasih atas keprihatinan Ustaz Maliaman dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di sini yang sentiasa cakna dan menyokong para peniaga yang memerlukan dorongan dan juga bantuan," katanya.
18 Jan 23
553
6,000 'Walk For Peace' Di Terengganu
Lebih 6,000 peserta berhimpun di perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu di sini, sempena Hari Keamanan Bangsa-bangsa Bersatu 2023.
17 Jan 23
193
Usahawan Makanan ‘Frozen’ Teruja Terima Peti Sejuk Beku
KUALA TERENGGANU, 10 Januari – Seorang usahawan makanan sejuk beku berasa teruja apabila menerima bantuan peti sejuk beku melalui insentif Dana PUTERA oleh Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).
Nur Amalina Nadirah Mohamad, 28, merupakan salah seorang daripada 51 orang penerima dana bantuan tersebut dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk.
“Saya rasa macam tidak percaya dapat peti ini pada hari ini sebab saya memang memerlukannya.
Nur Amalina (dua dari kanan) sedang menunjukkan antara produk yang dijual
“Sebelum ini saya tidak dapat buat produk dengan banyak sebab tidak cukup ruang untuk menyimpan dan kekurangan tenaga kerja.
“Alhamdulillah, dengan sumbangan ini akan dapat membantu untuk meningkatkan lagi penghasilan produk saya,” kata Nur Amalina ketika ditemui pemberita.
Peti sejuk beku itu telah diserahkan oleh isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr. Farhaana Husainy Hasbullah kepada beliau di premis jualannya di Kg. Kubang Ikan, hari ini.
Selain itu, beliau juga memaklumkan sambutan terhadap perniagaan beliau sangat baik.
“Perniagaan ini telah dimulakan sejak tahun 2016 dan alhamdulillah setakat ini sentiasa ada pelanggan yang membuat tempahan untuk mendapatkan produk saya.
“Selain jualan secara atas talian dan di kedai ini, saya juga ada hantar di beberapa pasaraya di sekitar kawasan ini,” tambah beliau lagi.
Antara produk yang dijual ialah popiah satar, karipap, samosa dan lain-lain lagi.
“Harapan saya agar dapat memperluaskan lagi pasaran produk ini pada masa akan datang,” katanya.
Beliau juga berharap agar produknya dapat menjadi antara makanan yang di cari oleh pelancong yang datang ke Terengganu suatu hari nanti.
10 Jan 23
878
Permai Hotel Bantu Mangsa Banjir
KUALA TERENGGANU, 26 Disember- Seramai 20 sukarelawan terdiri dari warga kerja Permai Hotel Kuala Terengganu turun padang menyampaikan bantuan kepada komuniti yang terjejas banjir melalui program tanggungjawab sosial korporatnya bertempat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah kebangsaan (SK) Kampung Gemuroh dan SK Bukit Guntong serta penduduk sekitar.
Pengurus Besarnya, Noralizan Abd Rahman berkata, inisiatif tersebut bukan hanya menjadi satu tanggungjawab sosial korporat hotel untuk meringankan beban mangsa banjir, tetapi ia juga merupakan konsep yang diterapkan oleh Permai Hotel sejak azali iaitu mencari keberkatan dengan menjadikan kerja bakti, kebajikan dan sedekah sebagai nilai teras dalam setiap urusniaga yang dijalankan.
“Saya percaya bahawa usaha dalam mencari keberkatan di dalam perniagaan bermula dengan bersedekah.
“Program ini dilakukan setiap tahun bagi menerapkan sifat empati dan menzahirkan semangat kemanusian dalam kalangan warga kerja Permai Hotel untuk membantu insan-insan yang ditimpa musibah tanpa mengira kaum, jantina dan status," ujarnya dalam satu kenyataan.
Noralizan berkata, lebih dari 400 pek makanan yang dimasak dan disediakan secara gotong royong oleh warga kerja hotel diedarkan terus kepada komuniti yang terjejas menerusi misi tersebut.
“Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi Permai Hotel, Ustaz Hishamuddin Abd Karim yang juga turut meluangkan masa bagi menyantuni mangsa-mangsa yang ditempatkan di PPS.
“Diharapkan bantuan ini dapat meringankan beban mangsa banjir dan sebagai tanda solidariti bersama mangsa banjir yang diuji kehilangan tempat tinggal dan harta benda,” ujarnya.
Difahamkan, hujan lebat berterusan sejak awal Isnin minggu lalu telah mengakibatkan penduduk di beberapa kawasan DUN Tepoh cemas apabila kediaman mereka mula ditenggelami air sehingga tiga meter.
26 Dec 22
342
Penyelamat Mangsa Lemas Terima Anugerah Wira
KUALA TERENGGANU, 21 Disember - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Aur, Che Ku Marzuki Che Ku Dalam menerima Anugerah Khas Wira Masyarakat dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan JPKK Daerah Kuala Terengganu yang diadakan baru-baru ini.
Anugerah tersebut telah diberikan sebagai tanda menghargai usaha beliau demi menyelamatkan mangsa lemas di Pantai Pandak Chendering pada 11 Januari 2020 yang lalu dalam satu tragedi melibatkan empat orang mangsa.
Che Ku Marzuki penerima Anugerah Khas Wira Masyarakat
Menceritakan pengalaman tersebut, Che Ku Marzuki berkata pada awalnya beliau menerima satu panggilan sekitar jam 5 petang yang mengatakan ada orang lemas di Pantai Pandak.
“Kemudian saya terus bergegas ke Pelabuhan Chendering dan mengambil bot fiber saya menuju ke tempat kejadian,” kata Che Ku Marzuki ketika menceritakan detik kejadian tersebut kepada pemberita.
Menurut beliau keadaan ombak ketika itu agak besar dan berisiko.
“Setibanya di tempat kejadian, saya lihat mangsa terkapai-kapai lalu saya campakkan pelampung bagi menyelamatkan mangsa.
“Malangnya 3 orang lagi mangsa tidak dapat diselamatkan kerana keadaan ombak yang sangat berisiko pada ketika itu,” jelasnya lagi.
Beliau turut memberikan pesanan agar masyarakat tidak mengadakan sebarang aktiviti di tepi pantai dalam musim tengkujuh ini kerana keadaan yang berbahaya.
Selain itu, beberapa penghargaan lain juga diberikan dalam majlis tersebut antaranya Insentif Penyertaan Pertandingan Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Terengganu yang diberikan kepada JPKK Padang Midin dan Anugerah Kecemerlangan JPKK bagi setiap mukim dalam Daerah Kuala Terengganu.
Turut hadir Ahmad Faris Abd Razak, Pegawai Daerah Kuala Terengganu yang merasmikan majlis tersebut dan menyampaikan anugerah-anugerah kepada penerima.
Penerima Anugerah Kecemerlangan JPKK dalam Daerah Kuala Terengganu
Penerima Anugerah Kecemerlangan JPKK bagi mukim dalam DUN Batu Buruk
21 Dec 22
362