lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

22 Tahun Menyewa, Suri Rumah Syukur Dapat Tanah
22 Tahun Menyewa, Suri Rumah Syukur Dapat Tanah
DUNGUN, 16 Februari -Seorang suri rumah tidak dapat menceritakan perasaan gembira dan hanya mampu bersyukur apabila menerima surat undian lot tanah setelah 22 tahun tinggal menyewa. Rohana Omar, 48, berkata, pemberian tanah tersebut juga membolehkan dia membina rumah sendiri dan tidak lagi perlu menyewa. "Masa mula-mula menyewa dulu, kadar sewa hanya RM80 sebulan sehinggalah sekarang dengan RM200.  "Tidak sangka apabila menerima panggilan telefon daripada Pengerusi JPKK Batu Tiong, Mohd Ali Muda yang meminta saya hadir ke rumahnya untuk mengambil surat. "Bila saya tengok surat, saya rasa syukur kerana ada juga harta sendiri dan berdoa supaya dapat buat rumah," katanya.  Ibu kepada tiga orang anak itu berkata demikian ketika ditemui di Majlis Undi Lot Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) By pass Batu Tiong yang diadakan di Dewan Al Husna, Darul Ansor, Kampung Alor Mak, semalam.  Pada majlis yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun itu, seramai 374 orang terpilih untuk melakukan undian lot tanah.  Sementara jirannya, Nur Farihah  Ali, 30 terkejut menerima surat daripada Mohd Ali untuk panggilan undian lot.  "Semasa terima surat itu saya tidak dapat menahan air mata kesyukuran akhirnya saya dapat tanah dan nanti akan usahakan buat rumah atas tanah sendiri, tak payah menyewa lagi.  " Sewa sekarang RM400 ratus, kalau ada rumah sendiri banyak dapat jimat, "Walaupun kena bayar premium, kira murah doh" katanya.  Sementara itu, Mohd Ali berkata tiada yang menggembirakannya setelah komunitinya berjaya mendapat tanah daripada kerajaan.  "Rezeki itu dari Allah dan kita hanya boleh berusaha, kita 'check' mana - mana yang belum ada tanah, 'check' ibu bapa mereka banyak tanah ke macam mana, jadi bila kita sudah pasti, kita minta mereka memohon," katanya.  Dalam pada itu, ketika berucap merasmikan majlis tersebut Alias mengucapkan tahniah kepada yang berjaya menerima Borang 1A yang menandakan terpilih untuk mengundi lot tanah dan bakal memiliki tanah.  "Untuk Borang 1A ini, tuan puan diminta menyertai salinan kad pengenalan suami isteri, kalau sudah berkahwin, ini adalah untuk memastikan hanya salah seorang yang memiliki tanah supaya seramai mungkin orang yang dapat tanah," ujarnya. 
16 Feb 23
592
'Double Claim' Punca Lewat Agih Bantuan Banjir
'Double Claim' Punca Lewat Agih Bantuan Banjir
MARANG, 15 Februari - Agihan bantuan khas banjir daripada kerajaan negeri masih belum dapat disempurnakan sepenuhnya kerana ada kalangan rakyat yang tidak jujur dalam melakukan tuntutan. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ada pihak melakukan tuntutan dua kali mengakibatkan proses pemutihan senarai nama yang berdaftar sebagai mangsa terpaksa dilakukan agar yang benar-benar layak sahaja menerimanya. "Saya terpaksa jelaskan untuk pengetahuan seluruh rakyat dan setiap anggota masyarakat mengambil cakna dan bersifat amanah di antara satu sama lain supaya yang benar-benar layak sahaja menerimanya. "Masalah timbul apabila ada kalangan mangsa-mangsa ini yang telah membuat 'double claim', isteri mengaku sebagai mangsa banjir di sebuah Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala suami pula pergi ke DUN yang satu lagi turut mendaftar nama sebagai mangsa juga, malah ada yang tidak terlibat cuba 'register' sebagai mangsa. "Sebab itu saya menyeru kepada seluruh masyarakat supaya jujur dan beramanah tidak membuat tuntutan dua kali kerana ini merupakan wang negeri juga merupakan wang rakyat untuk diagihkan kepada yang memerlukan serta seharusnya dibantu," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman, selepas menyempurnakan penyampaian bauncer pakaian sekolah kepada 1,950 penerima di DUN Rhu Rendang, di Dewan Komuniti, Kampung Medan Jaya, Rusila, di sini, semalam. Justeru itu katanya, kerajaan negeri ketika ini sedang berusaha untuk mengesahkan kesemua senarai nama penerima. "Kita sedang menunggu, ada dua daerah lagi yang belum menghantar senarai nama yang telah melalui proses pemutihan, setelah kita menerima kesemua senarai nama yang telah disahkan itu barulah kita akan sampaikan bantuan sebagaimana yang telah dijanjikan. "Saya menyeru kepada seluruh anggita masyarakat pada masa akan datang terutamanya mangsa banjir perlu jujur, tidak melakukan tuntutan dua kali, bersikap benarlah dalam membuat tuntutan ini,"ujarnya.  
16 Feb 23
1250
1,573 Pelajar B40 Terima Bantuan Persekolahan
1,573 Pelajar B40 Terima Bantuan Persekolahan
KUALA TERENGGANU, 14 Februari – Seramai 1,573 individu daripada keluarga kurang berkemampuan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk menerima bantuan awal persekolahan hari ini.  Bantuan tersebut merupakan inisiatif daripada Kerajaan Terengganu bagi meringankan beban rakyat khususnya ibu bapa dalam membuat persiapan buat anak-anak mereka untuk sesi persekolahan akan datang.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi telah hadir bagi menyempurnakan perasmian majlis agihan tersebut yang diadakan di Dewan Kenanga Terengganu Equestarian Resort (TER).  “Agihan bantuan ini merupakan duit rakyat, kita kembalikan kepada rakyat untuk dimanfaatkan oleh mereka yang layak khususnya dalam konteks program hari ini iaitu anak-anak bersekolah. “Tidak dinafikan di sana ada beberapa kelemahan daripada pihak kerajaan, namun kita sentiasa berusaha untuk menambah baik dari semasa ke semasa,” kata Dr. Muhammad Khalil dalam ucapan perasmiannya.  Menurut beliau lagi, inisiatif-inisiatif yang berterusan daripada Kerajaan Negeri Terengganu menunjukkan bahawa kerajaan serius dalam menjaga kebajikan rakyat.  “Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) yang telah menguruskan agihan bantuan ini dengan lancar,” tambahnya lagi.  Antara kelengkapan yang diterima ialah sepasang pakaian sekolah, kasut dan beg sekolah.  
14 Feb 23
575
Tabung Haji 'Turun Padang' Santuni Pelanggan
Tabung Haji 'Turun Padang' Santuni Pelanggan
SETIU, 12 Februari -Tabung Haji (TH) Cawangan Setiu 'turun padang' santuni pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan seperti di kaunter. Pegawai Pentadbiran Tabung Haji Cawangan Setiu, Zurina Ismail berkata, usaha berkenaan bagi memudahkan orang ramai terutama yang berada di kampung-kampung untuk berurusan dengan Tabung Haji dan meminimakan kos ke pejabat. "Kita bekerjasama dengan pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam membuat hebahan dan makluman kepada penduduk untuk bersama pada program hari ini," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Balairaya Kampung Mangkok. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah, pembukaan akaun, pendaftaran THiJari (perbankan secara atas talian), simpanan dan kemaskini maklumat. "Kita akan terus adakan program sebegini dari semasa ke semasa dalam memudahkan urusan pelanggan-pelanggan Tabung Haji," tambahnya.
13 Feb 23
268
1,690 Pelajar Terima Bantuan Pakaian Sekolah
1,690 Pelajar Terima Bantuan Pakaian Sekolah
Oleh : Nurul Adilatul Akmal Mohd Azaha MARANG, 11 Februari - Seramai 1,690 pelajar menerima bantuan pakaian sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri sangat prihatin terhadap keperluan rakyat memandang harga barang pada hari ini agak membebankan. "Pemberian bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban ketua isi rumah," katanya  Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Agihan Bantuan Pakaian Sekolah Negeri Terengganu 2022/2023 Peringkat DUN Alur Limbat di Dewan Sivik Banggol Tokku di sini semalam. Menurut Ariffin, bantuan yang melibatkan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) itu telah bermula tahun lalu dan mengambil masa beberapa bulan sehingga selesai diagihkan. "Petugas daripada Pusat Khidmat DUN Alur Limbat juga telah dijadualkan untuk turun ke semua komuniti di Alur Limbat untuk melancarkan proses agihan, "katanya.
11 Feb 23
469
Terengganu Konsisten Perkasa Agenda Dakwah
Terengganu Konsisten Perkasa Agenda Dakwah
KEMAMAN, 9 Februari - Kerajaan Negeri konsisten memperkasakan agenda dakwah kepada masyarakat dalam usaha membina rakyat yang berilmu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, pelbagai program berbentuk dakwah telah dirangka dan dilaksanakan sama ada di peringkat negeri mahupun daerah sepanjang Bulan Penghayatan Ibadat Solat (BPIS). “Antara program yang sedang dijalankan sepanjang bulan Februari ialah Terengganu Hijab Day (THD) dan Street Dakwah. “Program sebegini bertujuan untuk memberikan kefahaman dan membangkitkan kesedaran tentang kewajipan menutup aurat dan menunaikan ibadat solat fardu,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Dialog Jelajah Penerangan Peringkat Dun Kemasik semalam di Dewan Sivik Kerteh. Turut hadir, Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid dan ADUN Kemasik, Saiful Azmi Suhaili.  
09 Feb 23
262
Solat Penyelamat Masyarakat
Solat Penyelamat Masyarakat
Oleh : Aqilah Mohd Jafri MARANG,  9 Februari - Masyarakat diseru supaya mengambil berat persoalan solat kerana rukun Islam kedua itu adalah tiang agama. Timbalan Pengarah Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) Wan Ahmad Zuki Wan Ismail berkata, masyarakat hari ini sedang tenat dengan pelbagai permasalahan sosial.  “Dengan memperbaiki tiang agama iaitu solat dapat menjaga kesejahteraan masyarakat kita,” ujarnya. Beliau bercakap demikian ketika kempen penerangan di Pasar Pekan Bukit Payong bersempena Bulan Penghayatan Ibadah Solat. Menurutnya, Kerajaan Negeri Terengganu telah menjadikan bulan Rejab sebagai Bulan Penghayatan Ibadah Solat bermula 2019 dan diteruskan sehingga kini.  "Sebagai rasional memupuk kesedaran kepada umat Islam khususnya mengenai kepentingan menghayati ibadah solat,  " Peristiwa Israk Mikraj membuktikan tanda kebesaran kuasa Allah SWT dalam pensyariatan ibadah solat yang menghubungkan seorang hamba dan penciptanya," katanya lagi.
08 Feb 23
116
Pesakit Strok Tak Sangka Cepat Dapat Bantuan
Pesakit Strok Tak Sangka Cepat Dapat Bantuan
KUALA TERENGGANU, 8 Februari – Seorang pesakit strok, Khadijah Kassim, 74, di Kampung Batu Buruk tidak menyangka akan menerima bantuan katil daripada kerajaan negeri. Menurut anaknya, Salbiyana Ismail, 57, dia cukup terkejut kerana mendapat bantuan daripada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk dengan mudah dan cepat. “Alhamdulillah, saya tidak sangka mudah sahaja untuk dapat bantuan katil ini. “Saya ucapkan terima kasih kepada pihak ADUN Batu Buruk, Dr Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atas bantuan ini,” kata Salbiyana ketika menerima serahan katil ini.  Katil pesakit tersebut telah diserahkan oleh Pegawai Khas ADUN Batu Buruk, Mohd Izzat Abdullah di kediaman pesakit, hari ini. Sementara itu, Muhammad Khalil turut mendoakan semoga Khadijah diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan. Pegawai PKM sedang menunjukkan cara mengendalikan katil pesakit kepada Salbiyana  
08 Feb 23
469
Al-Quran Penyembuh Jiwa
Al-Quran Penyembuh Jiwa
DUNGUN, 6 Februari - Al-Quran merupakan ubat paling mujarab dalam mengubati masalah kemurungan.  Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, setiap permasalahan dan kemudaratan dalam kehidupan, al-Quran adalah ubat terbaik.  "Kehidupan kita tidak boleh berpisah dengan mukjizat Nabi Muhammad SAW itu," katanya. Wan Hassan berkata demikian ketika merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Dungun 1444H/2023 di Dewan Majlis Perbandaran Dungun di sini semalam. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik; Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman dan Pegawai Daerah Dungun, Jasman Ibrahim. Menurut Wan Hassan lagi, al-Quran tidak akan berjaya dimusnahkan walaupun ia dibakar atau dibuang ke laut.  "Kerana adanya para penghafal Al-Quran yang akan menulisnya kembali," ujarnya lagi.  Di majlis tersebut Mohd Qasim Husni telah dinobatkan sebagai Johan Qari Peringkat Daerah Dungun manakala Johan Qariah pula disandang oleh Norasid@Norasiah Ali.
06 Feb 23
185
LEGASI Perkukuh Hubungan Antara Masyarakat
LEGASI Perkukuh Hubungan Antara Masyarakat
Program Lepak Santai Cergas (LEGASI) merupakan inisiatif serta usaha mengeratkan hubungan antara rakyat dengan kerajaan negeri serta menjadi medium merapatkan hubungan antara masyarakat terutamanya golongan belia dan beliawanis.
05 Feb 23
135