lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Tabung Kemanusiaan Turkiye Lepasi Sasaran RM500,000
Tabung Kemanusiaan Turkiye Lepasi Sasaran RM500,000
KUALA NERUS, 6 Mac - Tabung kemanusiaan 'Terengganu For Turkiye' setakat hari ini dijangka akan melebihi sasaran RM500,000. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pihaknya menjangkakan kutipan berkenaan akan terus bertambah. "Insya-Allah kita akan melihat jumlah sebenarnya selepas 15 Mac nanti, setakat hari ini telah dapat mengumpul lebih daripada setengah juta dan kita mengharapkan dalam beberapa hari lagi yang masih berbaki ini jumlahnya akan terus bertambah. "Sekarang ini kita masih lagi dalam proses mengutip dana daripada semua pihak termasuk jabatan, agensi kerajaan dan swasta serta anak-anak syarikat kerajaan negeri serta orang ramai. "Dengan jumlah ini kita telah pun melebihi sasaran yang pada awalnya dianggarkan jumlah kutipan RM500,000 dan kita anggap ini sebagai bonus, menandakan keprihatinan serta solidariti rakyat Terengganu terhadap rakyat Turki yang dilanda gegaran gempa bumi yang dahsyat pada 6 Februari lalu,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas melancarkan pasukan ketiga yang ditubuhkan Aid4Turkiye & Syria, di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LMTS), di sini hari ini. Mengulas mengenai delegasi yang diketuai Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah, Wan Sukairi berkata ia akan turut disertai oleh 11 doktor pakar dari Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malysia (PAPISMA), Warga Cakna dan beberapa NGO lain yang akan menghantar misi bantuan perubatan. "Pasukan ini akan turut dibantu oleh sukarelawan dari Dewan Ulama dan Dewan Muslimat PAS Pusat, Liputan Media pula akan dibantu daripada Kelab Aktivis Media Insipirasi (KAMI) dan Radio Penyiaran Manis FM," ujarnya. Dalam pada itu menurutnya, delegasi kerajaan negeri akan ke Turkiye pada 17 Mac hadapan yang akan diketuai olehnya sendiri. "Saya turut menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan gempa bumi Turkiye-Syria ini untuk terus sama-sama bersolidariti dengan menyumbang ke Tabung bantuan mangsa gempa bumi melalui Sekretariat Aid4Turkiye&Syria ini. "Segala sumbangan boleh disalurkan ke akaun Sejagat Relief yang bernombor : 12122010040554 (Bank Islam Malaysia Berhad),"ujarnya lagi,
06 Mar 23
310
PSMZA Hasilkan Produk Inovasi Pembinaan
PSMZA Hasilkan Produk Inovasi Pembinaan
DUNGUN, 3 Mac- Sekumpulan penyelidik Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) menghasilkan produk inovasi pembinaan dengan mencipta produk yang sejajar keperluan teknologi pembinaan terkini. Dalam satu kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat PSMZA memaklumkan, projek Public Private Research Network (PPRN) itu diketuai oleh Ts Yuzha Usof dengan kerjasama KLV Engineering. Menurut Ts Yusha, mereka telah mendapat geran PPRN 2022 daripada Kementerian Pendidikan Tinggi bagi menghasilkan produk Flexi Steel Mould for Pre-stressed Half Slab. "Produk Flexi Steel Mould for Pre-stressed Half Slab ialah merupakan projek inovasi yang boleh dilaras mengikut saiz, tahan lasak dan dilengkapi dengan alat penggetar (vibrator) untuk proses pemadatan konkrit yang mana fungsinya adalah lebih efisyen dan dapat memberi banyak kelebihan berbanding kaedah konvensional,"katanya. Sementara itu Pengarah PSMZA, Zamra Derahman mengucapkan terima kasih kepada KLV Engineering iaitu pihak industri yang sudi berkongsi kepakaran dan komitmen dalam menjayakan projek tersebut. "Syabas dan tahniah PSMZA atas kejayaan penghasilan produk yang komprehensif ini.  "Produk ini berjaya dihasilkan mengikut spesifikasi dalam tempoh lima bulan dengan kos keseluruhan sebanyak RM32,340," katanya.  Zamra berkata demikian di Majlis Penyerahan Projek Public Private Research Network (PPRN) Jabatan Kejuruteraan Awam(JKA) PSMZA yang disempurnakan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi, JPPKK, Dr Riam A/P Chau Mai yang diadakan di PSMZA di sini baru - baru ini.  Turut hadir Pengarah Urusan KLV Engineering, Encik Hasniro Hasbullah.
03 Mar 23
852
7,539 Terima Bantuan Persekolahan Di Dungun
7,539 Terima Bantuan Persekolahan Di Dungun
DUNGUN, 1 Mac- Seramai 7,539 orang pelajar menerima bantuan persekolahan hasil sumbangan kerajaan negeri di daerah Dungun. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias berkata, daripada jumlah itu seramai 1, 248 penerima dari DUN Bukit Besi, DUN Rantau Abang (2,412), DUN Sura (1,467) dan DUN Paka (2,412). Katanya, bagi DUN Rantau Abang agihan bantuan dilakukan .selama dua hari. "Hari ini (semalam) seramai 1, 118 pelajar menerima bantuan dan bakinya seramai 1, 294 akan menerima esok dan nasihat saya janganlah kita memperkecilkan sumbangan ini, tidak banyak mana sedangkan inilah usaha kerajaan untuk membantu ibu bapa menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak dan barangannya pula berkualiti, "katanya. Alias berkata demikian ketika berucap di Majlis Sumbangan Bantuan Persekolahan Negeri Terengganu Peringkat DUN Rantau Abang di Dewan Futsal Batu 48, semalam. Sebelum itu, Pegawai Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, (YPKT) Daerah Dungun di dalam ucapannya berkata ibu bapa di Terengganu beruntung kerana kerajaan negeri sangat prihatin kepada pendidikan anak-anak mereka. "Bukan sedikit yang diperuntukkan, setiap seorang akan mendapat lima 'item' iaitu beg, kasut, stoking, baju dan seluar atau kain untuk pelajar perempuan, semuanya berjumlah RM150," katanya lagi. 
01 Mar 23
3075
EPIC Anjur Kursus Kulinari Bantu Ibu Tunggal
EPIC Anjur Kursus Kulinari Bantu Ibu Tunggal
KUALA TERENGGANU, 1 Mac- Anak syarikat kerajaan negeri, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) dengan kerjasama Kolej Komuniti Kuala Terengganu telah menganjurkan Kursus Kulinari bersama ibu tunggal dan suri rumah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok, baru-baru ini. Pengurus Besar Komunikasi Strategik dan Keselamatan Kumpulan EPIC, Rusdi Ngah berkata, kursus dua hari berakhir 27 Februari lalu yang diadakan Kolej Komuniti Kuala Terengganu itu merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bawah inisiatif ‘EPIC Cakna Prihatin 2023’. Katanya,  kursus tersebut berjaya mengumpulkan 20 peserta yang terdiri daripada ibu tunggal dan suri rumah berpendapatan rendah dari DUN berkenaan. “Para peserta diberikan tunjuk ajar secara praktikal bagi penyediaan aneka kuih raya dan kuih talam oleh tenaga pengajar berpengalaman.  “Selain perkongsian tips penyediaan kuih muih, mereka turut diberikan panduan bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan,” ujarnya ketika berucap di majlis penutup program tersebut. Tambah beliau, pihak syarikat sentiasa prihatin terhadap kebajikan dan perkembangan golongan yang memerlukan, justeru mendorong kepada penganjuran program dengan mekanisma yang boleh memberikan impak jangka panjang terutamanya dalam menjana pendapatan.  “Kami berhasrat untuk menyokong pembangunan ekonomi ibu tunggal dan juga suri rumah dari kalangan keluarga dengan pendapatan isi rumah yang rendah. “Konsep program kali ini juga agak berbeza dan lebih mampan iaitu dengan meningkatkan kemahiran melalui kursus kulinari sekaligus membuka peluang untuk peserta menjana pendapatan tambahan. “Semoga penganjuran kursus ini dapat menggalakkan nilai keusahawanan dan memberikan inspirasi kepada peserta untuk mencipta pekerjaan suatu hari nanti, sekaligus memberi sumber pendapatan kepada orang lain,” ujar Rusdi. Menurut beliau, para peserta akan mendapat khidmat nasihat dan pantauan selama enam bulan setelah kursus berakhir bagi memastikan mereka mendapat sokongan yang diperlukan dalam mengaplikasikan ilmu yang dipelajari.
01 Mar 23
276
BISE Angkat Ikon Belia Berjaya
BISE Angkat Ikon Belia Berjaya
KUALA TERENGGANU, 28 Februari - Program Belia Saing kite (BISE) menampilkan ikon belia berjaya akan didiadakan di setiap daerah di negeri Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, tujuan program berkenaan adalah untuk memberi inspirasi kepada belia untuk berjaya sebagaimana ikon-ikon yang ada.  Ujarnya, idea untuk melaksanakan inisiatif tersebut tercetus setelah beliau mengikuti program bersama belia dan mendapati ramai yang berjaya serta berbakat. "Malahan ada yang turut berjaya mencapai kejayaan dengan pelbagai anugerah serta pencapaian sehingga ke peringkat antarabangsa. "Kebolehan serta kejayaan mereka ini perlu dibugarkan serta dikongsikan kepada generasi belia yang lain agar ia dapat dijadikan contoh dan motivasi," ujarnya melalui facebooknya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program Bise, di sini, hari ini. Katanya lagi, pelbagai pihak juga akan turut bekerjasama dalam memastikan program yang akan diadakan di setiap daerah itu dapat mencapai matlamatnya dalam memastikan pembangunan belia di negeri ini terus rancak berjalan. "Terdapat pelbagai agensi kerajaan yang akan turut serta dalam program ini bagi membantu memberikan pencerahan serta penerangan, insya-Allah semoga apa yang direncanakan ini akan berjalan dengan lancar,"ujarnya.
28 Feb 23
420
Edar Stokin Percuma Galak Wanita Tutup Aurat
Edar Stokin Percuma Galak Wanita Tutup Aurat
BESUT, 27 Februari - Inisiatif Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan Wanita Kebajikan Nur Insani (Nisa') mengedarkan stokin percuma di Pasar Malam Kampung Raja sempena kempen Terengganu Hijab Day adalah untuk menggalakkan kaum wanita menutup aurat. Ketua Nisa' Kawasan Besut, Nor Rafidah Razak berkata, program dikelola Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu itu dijayakan di peringkat daerah bagi meneruskan gelombang Terengganu Hijab Day. Katanya, ia juga bagi memastikan rakyat di bawah merasai impak program tersebut. Edaran stokin dan risalah. "Sebenarnya program ini dianjurkan sebagai salah satu usaha dakwah untuk mendekati masyarakat dan menggalakkan masyarakat umum khususnya kaum wanita untuk bertudung dan menutup aurat dengan lebih sempurna mengikut syariat islam. "Pemakaian hijab ini bukan hanya untuk wanita yang faham agama sahaja, tapi adalah kewajipan bagi setiap wanita yang mengaku dirinya muslim," jelasnya. Beliau beliau berkata demikian selepas selesai membuat edaran stokin dan risalah di Tapak Pasar Malam Kampung Raja semalam. Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat berkata, Terengganu Hijab Day yang telah memasuki tahun kelima penganjurannya adalah usaha berterusan dalam memperkenalkan pakaian mengikut syariat sebagaimana yang dianjurkan dalam Islam. "Bagi memastikan pakaian menutup aurat dan berhijab dengan tepat mesti melabuhkan sehingga ke bawah paras dada, yang ini kita beri didikan dari semasa ke semasa, apatah lagi wanita muda hari ini suka bergaya mengikut fesyen masing-masing. "Jadi kita cuba kemukakan, bahawa inilah pakaian yang sebenar mengikut etika patuh syariah," ujarnya lagi.
27 Feb 23
709
Maruku Gelang Emas Dapat Sambutan
Maruku Gelang Emas Dapat Sambutan
Oleh: Fatimah Foto : Abdul Aziz, Mohd Hanafi MARANG, 27 Februari- Kelainan dalam penyediaan maruku jenama 'Gelang Emas' dengan menambah makanan sunnah, habbatussauda telah menjadikannya mendapat sambutan ramai.  Pengusahanya, Nor Kartini Mohd Lahir, 48, berkata, makanan ringan yang berasal dari India Selatan itu telah diubah suai mengikut citarasa orang Melayu.  Malah, katanya lagi kaum Tionghua juga turut menggemari dengan memborongnya ketika perayaan Tahun Baru Cina.  "Saya juga turut menjual maruku ' Gelang Emas by Tini Lela' ini di laman aplikasi perniagaan Shopee," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Medan Jaya, Rusila  oleh Crew TV Marang dalam  rancangan Terjah Ekonomi Rakyat.  Menyingkap kembali pengalamannya selama 25 tahun menceburi perniagaan makanan ringan tersebut Nor Kartini berkata, bermacam-macam ramuan yang telah dicuba untuk menjadikan maruku buatannya enak dimakan tetapi berhasil. "Tetapi saya tidak pernah jemu mencuba, Alhamdulillah selepas berkali-kali mengolah resepi akhirnya menjadi sehingga sekarang," ujarnya. Menurutnya, kalau dahulu dia hanya menjual maruku dalam bulan Ramadan di pasar malam tetapi sekarang sepanjang masa.  "Maruku ini mempunyai empat pembungkusan seberat 500 gram dan 250 gram yang dijual di talian 01121910585 dan 0176968715," katanya yang memasang cita-cita untuk mengembangkan perniagaannya dengan memiliki sebuah kedai dalam masa yang sama menyediakan peluang pekerjaan kepada orang kampung.         
27 Feb 23
347
Pemuda Palestin Teruja Lihat Semangat Rakyat Terengganu
Pemuda Palestin Teruja Lihat Semangat Rakyat Terengganu
KUALA TERENGGANU, 25 Februari - Seorang Pemuda Palestin, Anas Kamal Abu Alatta menzahirkan perasaan teruja melihat kesungguhan rakyat Terengganu menyertai Program Kayuhan Basikal 'Family Fun Ride' sempena Minggu Al-quds 2023. Katanya, pendekatan kerajaan Terengganu itu bukan sahaja berupaya untuk mendidik rakyat agar sentiasa mencaknai konflik yang berlaku secara berterusan di negara tersebut tetapi juga memastikan masyarakat menjalani kehidupan sihat. "Hari ini saya sangat seronok melihat kesemua mereka yang bersemangat menyertai program ini, jika diberikan kesempatan pada tahun hadapan saya ingin turut bersama menyertainya," ujarnya. Dia yang juga merupakan pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) itu, berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), pada program berkenaan yang diadakan di Dataran Awam Batu Burok yang telah menerima penyertaan seramai 1,000 peserta. Dalam pada itu dia turut menyifatkan negeri Terengganu memiliki keindahannya yang tersendiri. "Saya sangat beruntung hadir ke sini, ini merupakan Kali kedua hadir ke sini, dimana Kali pertama adalah pada Oktober tahun lalu. "Terengganu merupakan sebuah negeri yang sangat menarik, banyak makanan lazat di sini diantaranya saya sangat mengemari 'nasi dagang', "ujarnya yang hadir bersama temannya yang juga merupakan warga Palestin.
26 Feb 23
1027
1000 Sertai Kayuhan Basikal Minggu Al-Quds
1000 Sertai Kayuhan Basikal Minggu Al-Quds
KUALA TERENGGANU, 25 Februari- Seramai 1,000 peserta telah menyertai Program Kayuhan Basikal 'Family Fun Ride' sempena Minggu Al-Quds 2023 bagi menunjukkan solidariti terhadap isu berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program itu merupakan salah satu pengisian dalam menyambut Minggu Al-Quds pada tahun ini. Ujarnya, kesungguhan kerajaan negeri dalam menganjurkannya untuk mengajak seluruh rakyat menzahirkan solidariti terhadap negara seluruh umat Islam itu, serta menanam perasaan untuk membebaskannya daripada cengkaman Zionis Yahudi. "Sebagaimana kita tahu Palestin merupakan negara yang dimiliki oleh umat Islam, walaupun kita tidak berada di sana, apa-apa yang berlaku kita mesti bertanggungjawab. "Jadi, ini merupakan inisiatif untuk kita menyampaikan mesej daripada rakyat Terengganu dan seluruh negara untuk sentiasa mempertahankannya daripada sebarang anasir yang ingin menghancur dan memusnahkan bumi umat Islam," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan perasmiaan program berkenaan, di Dataran Awam Batu Burok, di sini, hari ini. Kesemua peserta telah menyempurnakan kayuhan membabitkan jarak 18 kilometer bermula di Dataran Batu Burok dan melalui Jambatan Angkat ke Masjid Baru Seberang Takir serta kembali semula ke Dataran Batu Burok. Pada acara yang diadakan itu pelbagai hadiah cabutan bertuah telah disediakan bagi memeriahkan acara yang menerima penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat serta turut disertai kaum cina.  
25 Feb 23
628
1,950 Terima Bantuan Persekolahan Di DUN Rhu Rendang
1,950 Terima Bantuan Persekolahan Di DUN Rhu Rendang
Oleh: Fatimah Din  Foto: Aslam Wira & Tengku Muhamad Zaidi MARANG, 23 Februari- Seramai 1,950 orang menerima bantuan persekolahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang.  Pengarah Pusat Khidmat DUN berkenaan, Hassan Awandi berkata, pemberian bantuan tersebut oleh kerajaan bertujuan meringankan beban ibu bapa. "Kita beri pada yang layak sahaja untuk menjadi penerima. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak memberi keceriaan kepada para pelajar dan ibu bapa penerima,"  ujarnya.  Sumbangan bantuan tersebut disempurnakan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang di Dewan Komuniti Medan Jaya, disini. Antara JPKK yang terlibat termasuk JPKK Rusila, JPKK Gong Kapas dan JPKK Medan Jaya dan JPKK Medan Jaya 1. Sementara itu , seorang bapa penerima Tengku Muhammad Zaidi Tengku Abdul Jalil, 44, menzahirkan kesyukuran atas bantuan tersebut.   "Alhamdulillah, rezeki anak, ujarnya. 
23 Feb 23
331