Artikel "Komuniti" Terkini
Bermodalkan RM300, Air SETIN Kini Jadi Buruan
KUALA TERENGGANU, 16 April - Bermodalkan RM300 selepas mencatat kerugian daripada modal awal, RM1,700, air 'SETIN' kini mejadi buruan rakyat Terengganu untuk dijadikan minuman berbuka puasa.
'You Tuber' Malaysia, Sukri Sulaiman berkata, walaupun pada awalnya dia menanggung kerugian yang agak besar, namun niatnya untuk membantu orang tetap diteruskan dan akhirnya membuahkan keuntungan lumayan.
"Pada mulanya dengan modal RM1,700 saya guna untuk beli barang-barang untuk buat air setin (satu tin), kemudian agak mengecewakan apabila pada hari pertama saya mencatat kerugian yang agak besar.
"Namun begitu, saya tetap meneruskan niat saya untuk bantu orang ramai supaya boleh minum air setin laici ini dan juga kerana saya ingin mencipta 'content' di media sosial.
"Alhamdulillah di hari kedua Tuhan gandakan jualan saya dan semakin hari jualan semakin laris serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada pelanggan. Satu hari boleh cecah sehingga RM10,000 jualan yang diperolehi," jelasnya ketika ditemui pemberita semalam.
Suasana penjualan air SETIN di Kuala Terengganu.
Menurut Sukri, idea untuk buat produk minuman berperisa tersebut adalah kerana dia terkilan dengan sebuah kedai
"Idea asalnya bermula apabila saya kedai dengan salah sebuah kedai yang saya singgah semasa aktiviti berkhemah, membuat air laici yang hanya diletakkan satu biji sahaja di dalamnya serta laici tersebut pecah, menjadikan saya berniat untuk berniaga buat air sendiri dengan letakkan satu tin laici di dalam air tersebut.
"Ramuan untuk buat air ini saya dapat daripada kawan saya yang juga berniaga air di Paka, Dungun," katanya.
Tambahnya, beberapa hari yang lepas dia memulakan perniagaan tersebut di Kuala Terangganu dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Orang ramai yang sanggup beratur panjang di tengah panas untuk membeli air SETIN.
"Alhamdulillah sambutan jualan air SETIN di Kuala Terengganu ini sangat luar biasa, sehinggakan kami berjaya menjual air tersebut 400 tin dalam masa 30 minit sahaja. Jualan sangat laju lebih-lebih lagi di hujung minggu.
Tambah 'influencer' itu lagi, produk ini bukan sahaja laris dikalangan warga tempatan luar dan dalam negeri malahan juga turut mendapat sambutan daripada negara jiran iaitu Thailand.
"Saya pun terkejut apabila ada pelanggan daripada Golok Thailand, Sabah dan Sarawak serta lain-lain negeri lagi yang datang untuk rasa air SETIN ini," katanya.
Sukri juga turut merancang untuk mengembangkan perniagaan tersebut dengan bantuan atau sokongan daripada pihak kerajaan.
"Harapan dan perancangan saya di masa akan datang, andai kerajaan negeri boleh berunding untuk berikan saya satu tapak untuk berniaga, saya berhasrat untuk membina sebuah cafe atau tempat yang berkonsepkan 'camping' dengan modal yang ada.
"Juga disitu saya akan jual air SETIN berserta dengan beberapa produk yang terpilih di Negeri Terengganu iaitu seperti nasi dagang yang paling sedap dalam negeri Terengganu dan lain-lain produk yang menjadi permintaan ramai orang," ujarnya.
Sukri Sulaiman yang berjaya menjual air SETIN 400 unit hanya dalam masa 30 minit sahaja.
Sukri yang mempunyai 500 ribu lebih pengikut di laman sosial 'facebook' itu juga berharap supaya produk "SETIN" dalam loghat Terengganu itu menjadi ingatan ramai.
16 Apr 23
1849
Berbuka Puasa Rumah Rakyat Jalin Kemesraan Undang Berkat Ramadan
SETIU,11 April –Melalui program 'Ramadan Kasih Sayang' Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail mengambil peluang bertandang ke rumah rakyat untuk bersama-sama berbuka puasa bagi mewujudkan mengeratkan hubungan kemesraan sekali gus mengundang keberkatan Ramadan.
Shafizi berkata, mana-mana rumah rakyat melalui program tersebut bertujuan bagi mengeratkan hubungan diantara pihaknya dengan penduduk Baru Rakit dimana akan bersama-sama dengan 'tuan rumah' menyediakan juadah, memasak hingga berbuka bersama.
“Kegiatan ini bertujuan untuk memupuk rasa persatuan, memberikan keceriaan dan kebahagiaan, serta sekaligus sebagai meningkatkan Keimanan dan Ketaqwaan kepada ALLAH SWT. Semoga di bulan yang penuh berkah ini, kegiatan ini dapat menjadi amal ibadah bagi kita semua,"ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di sini, semalam.
Pada majlis berkenaan Shafizi turut menyampaikan sumbangan kepada ahli keluarga Fatimah Jusoh,53 selain menunaikan solat Maghrib berjemaah di Surau berdekatan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Lingai, Mohamad Chik, berkata kehadiran Pegawai Penyelaras ke kampung itu menyerlahkan kasih sayang selain menunjukkan sifat prihatin serta sentiasa memahami denyut nadi rakyat.
"Setiap kali tibanya Ramadan, Pegawai Penyelaras tidak pernah lupa, malah sentiasa meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama-sama rakyat sambil menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan meskipun sibuk mengalas tugasan sebagai Pegawai Penyelaras Dun Batu Rakit," katanya.
Dalam pada itu itu tuan rumah Fatimah Jusoh di atas tindakan yang dilaukan Shafizi kerana sudi singgah di terataknya dan dan bersama–sama berbuka puasa di rumahnya.
"Belum pernah lagi alami perkara ini sebelum ini, dan juga terima kasih di atas bantuan yang diberikan dapat mengurangkang sedikit bebanan yang kami sekeluarga hadapi.
"Semoga kegiatan ini dapat diteruskan sepanjang Ramadan yang masih berbaki ini,"katanya.
11 Apr 23
249
607 Terima Kad Sejahtera Di DUN Rantau Abang
DUNGUN 7 April - Seramai 607 orang penduduk dalam DUN Rantau Abang layak menerima Kad Sejahtera tahun ini yang telah masuk tahun keempat perlaksanaannya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata inilah usaha kerajaan yang tidak pernah putus untuk menjaga kebajikan rakyat supaya dapat hidup selesa.
"Ada sahaja bantuan yang kerajaan salurkan untuk pelbagai golongan.
"Dengan dari seawal anak yang baharu lahir iaitu Permata Sejahtera, kemudian Bantuan Persekolahan, I-Belia, I-Siswa, I-Fitri, Pencen Rakyat, banyak lagi, bukti kecaknaan kerajaan kepada rakyat," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Taklimat Kad Sejahtera Peringkat DUN Rantau Abang di Dewan Al Husna, Markas Tarbiah Darul Ansor di Kampung Alor Mak Bah di sini baru-baru ini.
Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Pembangunan Komuniti dan Sosial, Terengganu Strategic and Integrity Institute(TSIS), Aminuddin Umat.
Menurut Alias, untuk melayakkan mereka mendapat bantuan daripada kerajaan negeri mereka mesti terlebih dahulu mengisi borang Profil Rakyat Terengganu (PRT20).
"Mula - mula dulu, apabila kerajaan meminta rakyat mengisi borang tersebut ramai yang tidak mempedulikan permintaan tersebut,
"Tetapi kini, mereka mula sedar tetapi masih ada lagi yang enggan, sedangkan kerajaan menilai dari data maklumat dan PRT20" katanya.
07 Apr 23
200
Ziarah Ramadan PSMZA Bantu Pulihkan Semangat Kakitangan Ditimpa Musibah
DUNGUN, 6 April – Bersempena bulan Ramadan yang mulia, pihak pengurusan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) telah mengadakan Program Ziarah dan Sumbangan Ramadan sebagai membantu memulihkan semangat kakitangannya yang telah ditimpa musibah.
Dalam satu kenyataan, Unit Komunikasi Korporat PSMZA berkata baru - baru ini, rombongan yang diketuai oleh Pengarahnya, Zamra Derahman telah menziarahi seorang pensyarah yang menghidap kanser payudara tahap empat , Noorain Farhanah Abdul Ghani, 36, yang baharu sahaja bertukar dari Politeknik Kota Kinabalu (PKK) ke PSMZA.
"Beliau telah lebih setahun bertarung melawan penyakit tersebut dan masih belum sempat untuk berkongsi dan mencurahkan ilmu buat anak- anak didik di tempat baharu.
"Kini pulang ke kampung dan dijaga sepenuhnya oleh ibu beliau di Felda Tersat, Ajil," katanya.
Menurutnya lagi, keadaan Noorain yang juga seorang ibu tunggal amat menyedihkan kerana hanya mampu berbaring dan tidak dapat menjalani aktiviti harian seperti biasa.
"Penyakit tersebut telah mula dikesan ketika sudah berada di tahap empat dan kini ianya telah merebak ke tulang membabitkan komplikasi rangka.
"Komplikasi tersebut menyebabkan beliau seolah- olah putus harapan dan hanya mengharapkan doa dan semangat dari ahli keluarga dan rakan sekerja," ceritanya lagi.
Katanya, memandangkan Noorain merupakan anak kelima dari enam orang adik beradik yang kebanyakannya bekerja sendiri di kampung.
"Manakala rumah yang didiami berada jauh dari pusat bandar yang mana memberi kesukaran buat beliau dan ibunya yang sudah melewati usia 70-an untuk keluar mendapatkan rawatan, bekalan perubatan serta bekalan makanan dan keperluan harian.
"Pihak pengurusan PSMZA mewakili Noorain Farhanah ingin memohon sumbangan ikhlas daripada orang awam bagi membantu membiayai kos perubatan dan keperluan harian beliau yang memerlukan belanja yang besar," jelasnya.
Sumbangan ikhlas tersebut boleh disalurkan secara terus ke akaun beliau iaitu 163037113452 (MAYBANK), NOORAIN FARHANAH BINTI ABDUL GHANI.
04 Apr 23
829
9,000 Kotak Kurma Diagih
SETIU, 2 April - Bagi menyemarakkan suasana Ramadan pada tahun ini, Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit telah mengagihkan 9,000 kurma kepada masyarakat di DUN berkenaan.
Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, agihan itu dibuat melalui Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) secara mengikut cawangan
Katanya, perkara itu telah menjadi acara rutin tahun setiap Kali menyambut Ramadan menerusi program 'Kasihmu Ramadan'.
"Bertujuan memupuk semangat menghidupkan suasana Ramadan dalam kalangan masyarakat setempat.
“Semoga bulan mulia yang disambut dengan meriah pada kali ini membawa seribu rahmat dan hikmah buat kita semua.
"Dengan sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit kecerian kepada semua penduduk bagi menyambut Ramadan ini," ujarnya ketika ditemui semalam.
Mengulas lanjut, beliau turut berharap bulan rakyat Batu Rakit dapat mengimarahkan masjid dan surau yang sedang rancak melakukan aktiviti keagaamaan termasuk Solat Tarawih.
"Ramadan pada tahun ini suasananya kembali meriah di setiap kampung dengan alunan bacaan imam-imam semasa solat tarawih diadakan.
"keadaannya sangat berbeza jika dibandingkan pada tahun ketika pandemik Covid-19 melanda," ujarnya.
02 Apr 23
177
KRT Hulu Terengganu Agih 9 Ribu Pek Bubur Lambuk
HULU TERENGGANU, 2 April – Sebanyak 45 kawah bubur lambuk dimasak oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daerah ini sempena Program Gerak Rahmah 2023 : Jom Masak Bubur Lambuk.
Pegawai Perpaduan Daerah Hulu Terengganu, Asronizam Mamat berkata, program yang diadakan secara serentak oleh KRT seluruh negara itu bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan dan mengeratkan hubungan antara komuniti merupakan salah satu inisiatif oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).
Selain itu katanya, ia juga bertujuan untuk meneruskan kesinambungan program-program JPNIN untuk memperkasa, mempertingkatkan dan mempelbagaikan program KRT ke arah membangunkan komuniti rahmah.
“Sebanyak 9,000 bekas bubur lambuk dapat disediakan dan diagihkan kepada komuniti setempat.
“Program ini telah mula dilaksanakan pada tahun lepas dan ini merupakan tahun kedua pelaksanaannya dan gembira dengan sambutan daripada KRT yang melaksanakan program ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.
Antara KRT yang terlibat dalam pelaksanaan program ini adalah Kampung (Kg) Pengkalan Ajal, Kg Tok Randok, Kg.Gunung, Felda Tersat, Kg Landas, Kg Pantai Ali, Kg Kuala Ping, Kg. Sekayu, Pekan Kuala Berang, Sungai Bajar serta Felda Jerangau Barat dan Kg Teris.
02 Apr 23
270
Bersyukur Tinggal Di Rumah Sendiri
Oleh : Fatimah Din/ Foto: Fauzi Mat Adam
MARANG, 31 Mac- Sepasang suami isteri melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana impian untuk memiliki rumah sendiri menjadi kenyataan.
Haizatul Sakinah Aziz, 27, berkata, sebelum ini dia dan suaminya Abdul Wafiy Yusof@Jambul, 30, bersama anak menumpang di rumah abangnya.
"Kami sudah memohon rumah Projek Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) ini sejak 2018 dan alhamdulillah akhirnya berjaya.
"Terima kasih Kerajaan Negeri Terengganu, ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah, Pejabat Pusat Khidmat DUN Bukit Payong, Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung(JPKK) Tanjung dan mereka yang membantu sehingga impian kami sekeluarga menjadi kenyataan," kata Haizatul yang bekerja sebagai tukang jahit.
Dia ditemui wakil UPDI Marang di rumahnya di Kampung Tanjung, Kedai Buloh, Bukit Payong di sini baru - baru ini.
Manakala suaminya terharu diatas kecaknaan dan keprihatinan Kerajaan Terengganu kepada rakyat yang sangat memerlukan sepertinya.
"Kalau ikut pendapatan saya memang tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri, jadi saya berharap kerajaan sekarang ini, patut dikekalkan untuk masa akan datang supaya orang-orang susah macam saya terus dibela," katanya yang bekerja sebagai buruh untuk menyara keluarga.
31 Mar 23
157
10,000 Kunjungi 218 Gerai Bazar Setiap Hari
KUALA NERUS, 29 Mac - Setiap hari di Bazar Ramadan Gong Badak menerima lebih 10,000 pengunjung ke 218 gerai bagi mendapatkan pelbagai juadah berbuka puasa.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, ketika menyantuni semua peniaga tersebut semuanya ceria sepanjang melakukan berurus niaga dengan pembeli.
"Semasa menyantuni para peniaga berkenaan, apron dan kurma turut diagihkan kepada semua yang berniaga.
"Ini rutin wajib sepanjang Ramadan untuk menyantuni peniaga dan (juga) pengunjung di Bazar Ramadan Gong Badak ini.
"... (Saya juga) menyampaikan pesanan buat penganjur agar memberikan penekananan buat semua peniaga agar mementingkan aspek kebersihan dan memastikan harga berpatutan buat pengunjung," ujarnya menerusi facebooknya.
Dalam pada itu Hismamuddin berharap agar para peniaga berjaya meraih keuntungan lumayan sepanjang perniagaan di bazar ramadan pada tahun ini.
29 Mar 23
165
Prihatin Ramadan Bersama MB Kukuh Hubungan Rakyat, Pemimpin
KUALA TERENGGANU, 28 Mac - Program Prihatin Ramadan Bersama MB Terengganu yang bermula esok bakal mengukuhkan hubungan antara rakyat dan pemimpin.
Masjid Sentul Patah, Marang dipilih menjadi tuan rumah sebagai permulaan sebelum ia diteruskan di semua daerah sepanjang bulan puasa.
Difahamkan program terbabit bermula sekitar jam 5 petang dengan aktiviti ziarah serta sumbangan di beberapa rumah keluarga terpilih.
Program berkenaan seterusnya disambung di masjid, Menteri Besar (MB), Dato'Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan mengagihkan sumbangan khas Ramadan sebelum berbuka puasa bersama rakyat setempat.
Program berkenaan dilaksanakam bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadan dan mendekati golongan asnaf serta yang kurang berkemampuan
Di samping mengajak rakyat negeri ini khususnya rakyat setempat untuk berbuka puasa bersama-sama, mengerjakan solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta solat tarawih selain turut dijangka akan diadakan tazkirah sebagai pengisian rohani.
28 Mar 23
293
‘Jom Ke Masjid’ Ikat Hati Generasi Baharu
KUALA TERENGGANU, 23 Mac – Masjid Al-Furqan, Chendering telah menganjurkan Program Jom Ke Masjid bagi mengikat hati kanak-kanak serta para remaja untuk solat berjemaah di masjid.
Menurut Pengerusi Masjid Al-Furqan, Abdul Rahman Che Mat, matlamat program tersebut diadakan untuk menanam budaya solat berjemaah di masjid kepada generasi baharu.
“Program ini akan berlangsung sepanjang Bulan Ramadan di mana peserta-peserta berumur 7 hingga 17 tahun, masing-masing akan diberikan kad solat lima waktu.
Abdul Rahman memberikan penerangan tentang program kepada peserta
“Selepas selesai solat fardhu berjemaah, peserta perlu dapatkan cap daripada Ahli Jawatankuasa Masjid,” kata Abdul Rahman ketika ditemui pemberita usai solat tarawih di masjid itu yang diimamkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, semalam.
Tambah beliau lagi, peserta yang berjaya mengumpulkan cap terbanyak akan diberikan hadiah.
“Hadiah yang kita tawarkan berupa wang tunai, hamper, sijil penyertaan dan banyak lagi mengikut kepada jumlah cap yang terkumpul.
Peserta-peserta Program Jom Ke Masjid
“Harapan kami agar program ini dapat membentuk para peserta untuk sentiasa solat fardhu berjemaah walaupun di luar Bulan Ramadan,” katanya lagi.
Selain itu, Masjid Al-Furqan juga turut menganjurkan majlis tadarus Al-Quran, Program Sentuhan Kasih Anak Yatim Dan Fakir Miskin, program derma darah dan lain-lain lagi dalam mengimarahkan Bulan Ramadan ini.
Kad solat 5 waktu berjemaah yang diberikan kepada peserta
23 Mar 23
389