Artikel "Komuniti" Terkini
e-KPTT Mudahkan Lepasan SPM Dapatkan Maklumat
DUNGUN, 25 September - Portal e-Kemasukan Pengajian Tinggi Terengganu (e-KPTT) berperanan sebagai laman sesawang "One Stop Centre" yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk lepasan SPM mendapatkan maklumat berkaitan kemasukan ke institusi pengajian tinggi dan pusat kemahiran negeri.
Inisiatif terkini menyelaraskan semua tawaran kursus pengajian dari semua institusi pengajian tinggi negeri Terengganu telah dilancarkan oleh Yayasan Terengganu (YT).
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat mengucapkan tahniah kepada YT atas usaha mereka yang telah memacu kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi negeri dan pusat kemahiran negeri menerusi laman sesawang tersebut.
"e-KPTT memudahkan para lepasan pelajar SPM agar tidak perlu lagi melayari pelbagai laman sesawang institusi berbeza untuk mendapatkan maklumat tentang tawaran kursus. Semuanya boleh didapati di satu tempat sahaja," katanya.
Jelasnya, portal ini akan memaparkan senarai lengkap kursus yang ditawarkan oleh semua institusi pengajian tinggi negeri Terengganu, termasuk universiti dan kolej-kolej komuniti.
"Para lepasan SPMÂ hanya perlu memasukkan maklumat seperti kelayakan akademik dan bidang pengajian yang diminati, dan portal ini akan menyediakan senarai tawaran kursus yang sesuai, jelasnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika meramikan Majlis Pelancaran Portal e-Kemasukan Pengajian Tinggi Terengganu (e-KPTT) di KTCC Mall, semalam.
Selain itu katanya, calon pelajar juga akan mendapat maklumat berkaitan tempoh pengajian, yuran pengajian, dan syarat-syarat kemasukan untuk setiap kursus yang ditawarkan.
"Ini akan memudahkan calon pelajar untuk membuat pilihan yang bijak berkaitan dengan pengajian mereka", ujarnya lagi.
Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan Portal e-KPTT daripada YT juga perlu memastikan laman sesawang ini adalah mudah digunakan dan mesra pengguna.
Ia juga menyediakan saluran komunikasi untuk pengguna yang memerlukan bantuan atau maklumat lanjut tentang proses kemasukan.
"Dengan pelancaran Portal e-KPTT ini, diharapkan akan meningkatkan kesedaran dan aksesibiliti kepada pelbagai tawaran pengajian tinggi yang terdapat di negeri Terengganu
"Diharap ibu bapa juga akan dapat membuat keputusan yang lebih tepat berkenaan pilihan pengajian mereka, dan ini akan menyumbang kepada peningkatan pendidikan dan pembangunan insan di negeri ini," katanya.
25 Sep 23
434
Graduan Politeknik Dungun Terima Biasiswa Universiti UK
DUNGUN, 25 September - Tiga graduan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) terpilih sebagai penerima anugerah Biasiswa Kecemerlangan Akademik (Academic Excellence Scholarship) daripada University of Plymouth, United Kingdom.
Menurut jurucakap Unit Komunikasi Korporat PSMZA, ketiga - tiga mereka iaitu Muhammad Sanif As Sani Mohammad, Ng Man Yew danbFatinie Nabilla Zaidi merupakan lepasan Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi akan menerima setiap seorang RM93,500.
"Ng dan Fatinie akan melanjutkan pelajaran dalam bidang BSc (Hons) Computer Sciences (Software Engineering) manakala Sanif dalam bidang BSc (Hons) Computer Sciences (Cyber Security) di Peninsula College Malaysia (The Ship Campus) di Batu Kawan, Penang," ujarnya.Â
Berkongsi rahsia kejayaan, Â Ng Man Yew, 21 berkata, beliau kebiasaannya akan membuat ulangkaji pada jam 1 pagi memandangkan waktu itu tiada gangguan.Â
" Saya pernah bercita-cita untuk menjadi seorang ahli forensik, namun atas faktor kewangan dan pilihan yang terhad, saya memilih untuk menjadi seorang 'programmer'," ujarnya.Â
Manakala Sahif dan Fatinie Nabilah Zaidi yang berkongsi kejayaan memberitahu, mereka sering merujuk kepada pensyarah di jabatan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dalam pembelajaran.Â
"Hubungan baik yang terjalin bersama pensyarah-pensyarah di jabatan banyak membantu dalam mencapai kejayaan pada hari ini.Â
"Selari dengan bidang pembelajaran yang dipilih, kami bercita-cita untuk menjadi pakar IT yang berjaya pada suatu hari nanti, insya-Allah," jelas mereka yang bersyukur dengan kejayaan tersebut.
Â
25 Sep 23
679
ADUN Sura Sedia Bantu Veteran TLDM
DUNGUN, 24Â September - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin sedia membantu golongan veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di negeri ini dalam segala hal berkaitan kebajikan mereka.
Beliau menyatakan komitmen tersebut semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) yang diadakan di Dewan Agong, Hotel UiTM Dungun.
Katanya, semua pihak diharap dapat berganding bahu memberikan kerjasama yang diperlukan dalam usaha melaksanakan pembangunan generasi muda selain menanam semangat kecintaan kepada negara.
Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin turut menyuarakan sokongan tegar kepada PVTLDM dan mengapresiasi peranan mereka dalam memelihara nilai-nilai ketenteraan dan patriotisme di kalangan generasi muda. Beliau mengangkat tema kerjasama dan kesetiaan dalam ucapan perasmian, menekankan kepentingan persaudaraan dan kesatuan dalam menjalani cabaran masa kini.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Mejar Wan Abdullah Wan Abd Samad, yang merupakan wakil dari Jabatan Hal Ehwal Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Beliau menghadiri mesyuarat tersebut untuk memberikan inspirasi kepada para anggota dan menyampaikan pandangan beliau mengenai isu-isu penting yang berkaitan dengan veteran TLDM.
Dengan sokongan dari ADUN Sura dan kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan, diharapkan golongan veteran TLDM di Terengganu akan mendapat manfaat yang lebih besar dan sentiasa dihargai atas pengorbanan mereka dalam menjaga keselamatan negara.
23 Sep 23
207
Manfaatkan Kemahiran Untuk Berbakti
DUNGUN, 8 September -Pelajar dan kakitangan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) manfaatkan kemahiran yang dimiliki mereka untuk berbakti kepada masyarakat melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).Â
Menurut jurucakap Unit Komunikasi Korporat PSMZA, program CRS tersebut telah diadakan di Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 baru-baru ini.Â
"CSR TVET Ke Hati Komuniti Kampung Pasir Raja dan Perarakan Kayak Merdeka telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 3 dan 4 September lalu.Â
"Program yang mendapat kerjasama strategik dengan pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) itu mendapat sambutan yang baik daripada komuniti kampung tersebut," katanya.Â
Majlis pelancaran porgram tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah PSMZA, Zamra Derahman di Dataran Kampung Pasir Raja itu dan dalam masa yang sama turut diadakan Majlis Penyerahan Pelajar-pelajar PSMZA kepada keluarga angkat masing-masing.Â
Turut hadir  Pengurus Kanan (Korporat) KETENGAH, Mahdi Amin Ahmad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pasir Raja (SKPR), Dr Alias Musa  dan Setiausaha JPKK Pasir Raja Shahdan Musa.Â
Sementara itu, Pengurus Program, Mohd Faizol Che Mat berkata, program tersebut bertujuan memperkenal dan mempromosi pelajar - pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam bidang automotif dan pendawaian elektik kepada komuniti.Â
"Program yang disertai seramai 40 orang pelajar dan 30 orang kakitangan PSMZA ini telah melaksanakan khidmat masyarakat dengan membaik pulih pendawaian elektrik Balai Raya dan beberapa buah rumah penduduk kampung yang terpilih.Â
"Turut menjadi aktiviti CSR ialah perkhidmatan servis motorsikal secara percuma, pemberian dan penyerahan buku kepada Perpustakaan (SKPR) untuk menjadi rujukan kepada murid-murid sekolah itu, " ujarnya.Â
Katanya, pada hari kedua program, diadakan aktiviti Perarakan Kayak Merdeka menyelusuri Sungai Pasir Raja hingga ke Kampung Jongok Batu yang diiringi dan dikawalselia oleh Persatuan Kenu Terengganu dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Cawangan Dungun.Â
"Jarak berkayak lebih kurang 26 kilometer yang memakan masa lebih kurang enam jam itu tidak mamatahkan semangat semua peserta bagi menamatkan dayungan sehingga ke garisan penamat," tambahnya lagi.
07 Sep 23
335
Uzur Tidak Halang Ibu Temani Anak Daftar Belajar
DUNGUN, 28 Ogos - Walaupun uzur, seorang ibu tidak melepaskan peluang 'merayakan' perasaan gembira setelah anaknya diterima masuk ke  Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA).Â
Naimah Ali, 40, yang menghidap 'stroke', berkerusi roda menemani, Ahmad Farhan Asyraf Yusri yang hadir mendaftarkan diri sebagai pelajar baharu Sesi I 2023/2023 dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Awam.Â
"Sepatutnya hari ini saya ada temu janji dengan hospital untuk rawatan pembedahan di kepala kerana ada pendarahan di bahagian otak, tetapi tangguhkan dahulu kerana ingin bersama-sama menghantar anak daftar masuk PSMZA," ujarnya kepada Unit Komunikasi Korporat PSMZA di sini, semalam.Â
Sementara itu, Pengarah PSMZA, Zamra Derahman sempat meluangkan masa menyantuni seluruh ahli keluarga ini dan sempat menasihati pelajar tersebut.Â
" Belajarlah bersungguh-sungguh hingga berjaya dan dapat membantu semua ahli keluarga," katanya.Â
28 Aug 23
326
Utamakan Rakyat Seiring Revolusi Industri 4.0
KUALA TERENGGANU, 22Â Ogos - Warga Kerja Yayasan Terengganu diseru agar mengutamakan rakyat dalam memberikan perkhidmatan secara profesional, progresif dan berintegriti seiring zaman Revolusi Industri 4.0 .
Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja berkata, di mana pada zaman ini mobiliti, kepantasan dan kecekapan memainkan peranan sangat signifikan kepada kerajaan dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.
Ujarnya, sebagai nadi penggerakan kerajaan sudah tentu langkah tersebut sangat diharapkan untuk terus berperanan sebagai sebuah agensi kerajaan negeri yang bertanggungjawab bagi membangunkan modal insan termasuk menyediakan kemudahan melanjutkan pelajaran kepada rakyat Terengganu.
"Maka sistem penyampaian perkhidmatan produktif serta berkualiri adalah imperatif bagi memastikan rakyat Negeri Terengganu terus mendapat manfaat.
"Sebagaimana dihasratkan oleh pimpinan negeri, sekali gus menjadikan perkhidmatan kerajaan kekal relevan serta diyakini," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Yayasan Terengganu Tahun 2023, di Pusat Konvesyen Taman Tamadun Islam, di sini, kelmarin.
Turut hadir, Pengarah Yayasan Terengganu Dato' mohd Azmi Mohamad Daham.
Mengulas lanjut, Tengku Seri Bijaya Raja turut memberi peringatan kepada warga kerja untuk mencipta budaya kerja kelas pertama.
"Insya-Allah dengan gabungan elemen progresif, integriti, disiplin dan tanggungjawab setiap warga kerja akan membawa Yayasan Terengganu ke arah sebuah organisasi cemerlang, dinamik serta bermindakan 'par excellence'." ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada seramai 33 orang penerima anugerah perkhidmatan cemerlang serta 22 orang yang telah menerima anugerah 'Jasamu Dikenang' bagi meraikan kakitangan yang telah bersara.
"Harapan saya agar pengiktirafan serta penghargaan seumpama ini dapat melonjakkan motivasi pekerja seterusnya menjadi 'role model' dan mentor terbaik kepada rakan sekerja yang lain, secara langsung membentuk ekosistem pekerjaan cemerlang," ujarnya.
22 Aug 23
149
Politeknik Dungun Terima 422 Pelajar Baru
DUNGUN, 22 Ogos - Seramai 422 orang pelajar baharu akan memulakan sesi pembelajaran semester pertama tahun pengambilan sesi Jun 2023/2024 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA).Â
Menurut jurucakap Unit Komunikasi Korporat PSMZA, pendaftaran bermula pada 21 Ogos selama dua hari melibatkan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Teknologi Maklumat dan Komputer.Â
"Seramai 162 orang pelajar mendaftar untuk kursus di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, 125 di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komputer, 90 orang Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan 67 orang pula mengambil kursus di Jabatan  Kejuruteraan Awam," ujarnya.Â
Menurutnya lagi, sebagai meraikan kehadiran mereka Majlis Pengenalan Kepada PSMZA sempena Minggu Transformasi Siswa (MTS) diadakan di Dewan Dagang, disini  yang dirasmikan oleh Pengarahnya, Zamra Derahman.Â
Beliau mengalu-alukan kemasukan semua pelajar dan mengucapan tahniah serta syabas.Â
"Tahniah dan syabas telah membuat keputusan yang tepat memilih tempat belajar dan menjadi sebahagian daripada warga PSMZA," katanya lagi.Â
22 Aug 23
201
Generasi Muda Pertahan Tradisi Wau Bulan
KUALA TERENGGANU, 21 Ogos - Tradisi permainan Wau Bulan terus dipelihara oleh golongan muda di Kampung Sungai Derhaka.
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor memuji penganjuran Pertandingan Wau Bulan Naik Tertutup Kg. Sungai Derhaka 2023 yang beliau sifatkan sebagai satu usaha kreatif masyarakat tempatan dalam memelihara seni warisan bangsa.
Zuraida turut bersama-sama memberikan sokongan dalam pertandingan tersebut.
"Pertandingan sebegini selain dapat menyambung ukhuwah sesama komuniti, dapat juga kita mengekalkan warisan kita," ujarnya.
Sementara itu pengarahnya, Mohd Idrus Jusoh berkata pertandingan tersebut telah diadakan di Padang Perumahan Taman Residensi Bayas dan menerima sambutan yang agak menggalakkan daripada penduduk setempat.
Salah seorang peserta bersama wau bulannya.
"Kami menerima sebanyak 64 penyertaan dengan kehadiran pengunjung seramai 300 orang.
"Apa yang kami harapkan ialah program sebegini dapat diadakan setiap tahun dengan sokongan daripada ADUN dan masyarakat setempat," ulasnya.
Antara aksi peserta pertandingan.
Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada ADUN Ladang atas kesudian meluangkan masa untuk turut bersama-sama dalam pertandingan tersebut.
21 Aug 23
338
Tesdec Dan Pesaka Jalin Kerjasama
DUNGUN, 11 Ogos - Institusi pendidikan milik penuh kerajaan Negeri Terengganu, Tesdec Services Sdn Bhd telah menjalinkan kerjasama dengan Pesaka Trengganu Berhad dalam projek solar bagi tujuan kelestarian alam sekitar.Â
Ketua Pegawai Eksekutif Tesdec Berhad, Mohd Iskandar Muhammad Aziz berkata, ianya juga akan memberi penjimatan dalam perbelanjaan utiliti termasuklah memberi manfaat kepada syarikat.
"Perjanjian ini juga adalah satu usaha di mana Tesdec Services Sdn Bhd akan memberi nilai tambah kepada Pesaka Trengganu Berhad dalam kemajuan dan pemasangan sistem PV solar di Pesaka serta kerjasama lain dalam mana - mana bidang berkaitan projek dari semasa ke semasa," ujarnya.Â
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Menandatangani Perjanjian Pemasangan Sistem Solar di antara Pesaka Trengganu Berhad dan Tesdec Services Sdn Bhd yang diadakan di Ulek Beach Resort, Dungun baru-baru ini.Â
Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pesaka Trengganu Berhad, Wan Hassan Mohd Ramli, Ahli Lembaga Pesaka Trengganu Berhad, Ghazali Sulaiman, Ahli Lembaga Tesdec Services Sdn Bhd, Dr Zakiyah Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Tesdec Berhad, Mohd Azrin Mohd Aris, Pengurus Besar Pesaka Trengganu Berhad, Hilmi Awang dan Pengurus Besar Tesdec Services Sdn Bhd, Â Zulkifli Omar.Â
Sementara itu, Wan Hassan berharap menerusi perjanjian ini akan merapatkan lagi hubungan baik kedua-dua pihak.Â
"Ianya juga dapat memberikan manfaat dan impak yang positif diantara kedua - duanya," katanya.Â
Â
11 Aug 23
347
Kolaborasi Tingkatkan Daya Saing PSMZA
DUNGUN, 23 Julai - Kolaborasi antara pelbagai agensi dan industri akan meningkatkan daya saing Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Â sebagai sebuah institusi pendidikan berasaskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang memenuhi kehendak industri.
Jurucakap Unit Komunikasi Korporat PSMZA berkata, Sijil Kolaborasi (CoC) Strategik merujuk kepada suatu pernyataan atau perjanjian awal pihak-pihak terlibat untuk bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti di peringkat jabatan dan institusi.Â
"Iaitu tanpa mewujudkan suatu ikatan undang-undang terhadap hasrat kerjasama yang ingin dilaksanakan di antara kedua-dua pihak," ujarnyaÂ
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media selepas majlis menandatangani CoC  Strategik yang berlangsung  di Dewan Dagang PSMZA baru-baru ini.Â
Majlis CoC Perdana terbabit melibatkan 13 agensi dan industri dari dalam dan luar Terengganu dan telah dirasmikan oleh Pengarah PSMZA, Zamra Derahman.
"Dengan termenterainya ikatan perjanjian ini, diharapkan supaya segala aktiviti kolaborasi berimpak tinggi yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baikÂ
"Semenjak 2011 sehingga ke hari ini, sebanyak 99 agensi dan syarikat industri yang telah menjadi rakan kolaborasi PSMZA," ujarnya.Â
22 Jul 23
416