lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Jam Matahari Politeknik Dungun Diiktiraf MBOR
Jam Matahari Politeknik Dungun Diiktiraf MBOR
DUNGUN, 23 Oktober -  Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun buat julung kalinya dalam sejarah berjaya menerima pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi pembinaan Jam Matahari pertama politeknik di Malaysia. Jurucakap Unit Komunikasi Korporat PSMZA berkata, projek tersebut adalah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan kerjasama Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia.  "Penyerahan sijil telah dilakukan sempena Program Industrial Empowerment Day 2023 yang telah disempurnakan oleh Pengarah PSMZA, Zamra Derahman ," ujarnya lagi.  Program yang diadakan di Dewan Dagang pada 17 Oktober itu merupakan satu program berimpak tinggi dengan pengisian 'Industrial Talk' bersama  Dato’ Seri (Dr) Michael Tio.  Disamping itu katanya lagi, turut diadakan Majlis Tandatangan Sijil Kolaborasi Strategik (CoC) di antara Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin dengan PKT Logistics Group Sdn Bhd (PKT), Seikou Systec Sdn. Bhd. (Seikou), Pejabat Pendidikan Daerah Dungun dan Bekalan Air KIPC Sdn. Bhd. " Program ini dapat membantu PSMZA dalam jalinan industri dan sekaligus mengadakan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak,"ujarnya.
23 Oct 23
772
19 Pelajar Cemerlang Berangkat Ke Algeria
19 Pelajar Cemerlang Berangkat Ke Algeria
SEPANG, 20 Oktober - Seramai 19 pelajar iaitu 12 lelaki dan tujuh perempuan telah berangkat ke Algeria bagi menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.  Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat berkata, tawaran itu adalah hasil kunjungan pihak kerajaan negeri Terengganu bersama kementerian ke Algeria pada pertengahan Mac lalu. "Alhamdulillah, tahun lepas kita dapat kuota 10 orang pelajar tetapi tahun ini, kita dapat penambahan kuota pelajar hingga ke 20 orang." "InsyaAllah, kita akan manfaatkan kesempatan yang diberikan oleh pihak mereka untuk mencari ilmu lebih tinggi," katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelepasan Pelajar ke Algeria Tahun 2023 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam. Turut hadir, Pengarah Yayasan Terengganu, Dato’ Mohd Azmi Mohamad Daham dan Pengarah Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) Lothman Awang.  Mengulas lanjut katanya, para pelajar juga menerima wang saku daripada Yayasan Terengganu sebanyak RM10,000 seorang setiap tahun. "Sebelum ini, pelajar perlu menanggung sendiri kos untuk belajar di luar negara, alhamdulillah, selepas kita ambil alih, kita telah keluarkan peruntukkan biasiswa dan pinjaman boleh ubah untuk memastikan pelajar kita dapat melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi." jelasnya.  Terdahulu, 10 orang pelajar telah melanjutkan pengajian di sini iaitu lima orang di Universiti Emir Abdel Qader dan bakinya di Universiti Algiers.
20 Oct 23
349
Jangan Terkena 'Kejutan Budaya' Di Universiti
Jangan Terkena 'Kejutan Budaya' Di Universiti
DUNGUN, 15 Oktober - Pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke institut pengajian di dalam dan luar negara diingatkan tidak terkena ' kejutan budaya' (culture shock). Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat berkata, 'kejutan budaya' antara cabaran terbesar para pelajar apabila berjauhan dengan ibu bapa. "Jangan terjerumus dengan dunia luar sana. Cabaran dan halangan dunia hari ini sangat besar bila berjauhan dari ibu bapa," katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Persediaan Awal Ke Institut Pengajian Tinggi kepada 62 orang penerima untuk peringkat DUN Paka. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, dengan sokongan keluarga dan niat yang betul oleh para pelajar itu sendiri boleh menghalang mereka terjebak dengan budaya yang tidak elok ketika menuntut di universiti. "Pelajar perlu memperbetulkan niat mereka dalam menuntut ilmu kerana Allah, walaupun mereka mengambil bidang selain agama. "Sebagai ibu bapa, sokongan daripada kedua orang tua sangatlah penting buat anak-anak yang berjiwa muda ini. "Sentiasalah bertanya khabar mereka apabila berjauhan terutama dalam bab solatnya, kawan - kawannya dan tentang pelajarannya," katanya lagi. Selain itu beliau mendoakan kejayaan di dunia dan akhirat untuk para pelajar serta dijauhkan dari perkara yang tidak diingini dan diberikan kekuatan untuk mengatasi segala rintangan yang mungkin mereka hadapi dalam perjalanan menuntut ilmu.
15 Oct 23
587
Pesta Peranakan Cina Tonjol Perpaduan Kaum di Terengganu
Pesta Peranakan Cina Tonjol Perpaduan Kaum di Terengganu
Pesta Peranakan Cina menjadi bukti perpaduan antara kaum sentiasa subur di bumi Terengganu.
10 Oct 23
224
Akhlak Terpuji, Berilmu Penting Kepada Graduan
Akhlak Terpuji, Berilmu Penting Kepada Graduan
DUNGUN, 1 Oktober - Graduan sepatutnya bukan sahaja mahir dengan ilmu kemahiran berkonsepkan 'pandai akal' semata-mata, bahkan perlu mempunyai keperibadian yang mulia. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat berkata,  melahirkan manusia yang hanya mempunyai ilmu semata-mata tanpa disertakan kebersihan rohani akan membawa kepada keegoaan dan perdebatan yang tiada habisnya. "Begitu juga dengan mereka yang berada dalam dunia perkerjaan tanpa memiliki ilmu, jiwa yang bersih dan kuat mereka tidak akan tahan dengan ujian. "Mereka ini akan mudah tenggelam dalam lautan mencari kemasyuran dan mencari pujian, serta membawa kepada perpecahan dan kelemahan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Konvokesyen UC TATI Ke-23 di Dewan Canselor University College TATI, baru-baru ini. Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti College TATI turut memberi pesanan kepada graduan untuk menghargai pengorbanan ibu bapa, keluarga dan warga pendidik yang telah banyak menyokong mereka. "Manfaatkan sebaiknya peluang yang telah diberikan dan  bersedialah menghadapi dunia luar yang sentiasa berubah dengan ilmu pengetahuan sebagai senjata utama. "Kejayaan sejati memerlukan kombinasi akhlak terpuji dan pengetahuan yang kukuh dalam menghadapi cabaran dunia moden yang berubah dengan cepat," ujarnya.
02 Oct 23
270
Mini Karnival Maulidur Rasul Memperingati Pengorbanan Nabi Muhammad
Mini Karnival Maulidur Rasul Memperingati Pengorbanan Nabi Muhammad
DUNGUN, 1 Oktober - Mini Karnival Maulidur Rasul SAW Peringkat DUN Paka diadakan bagi mengenang jasa dan pengorbanan Rasulullah dalam membimbing umat Islam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Dato' Satiful Bahri Mamat, berkata pentingnya mengambil pengajaran daripada kisah hidup baginda mulai dari kelahirannya hingga kewafatannya. "Banyak contoh ikutan yang dapat dijadikan panduan bagi semua individu termasuklah ahli keluarga kita sendiri, sahabat-sahabat, dan jiran tetangga." "Mini Karnival Maulidur Rasul ini juga merupakan sebuah tarbiah (pendidikan) untuk kita semua dan merupakan peluang untuk merenung dan memperdalam pemahaman kita tentang nilai-nilai yang diajarkan oleh Rasulullah," katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mini Karnival Maulidur Rasul SAW Peringkat DUN Paka di Taman Rekreasi Limbong, Paka. Selain itu, beliau juga menekankan bahawa selain merenung sejarah baginda, kita juga perlu memanfaatkan ilmu pengetahuan, sumber kewangan dan tenaga yang kita miliki untuk menggerakkan perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah. "Ini adalah cara yang baik untuk menghormati warisan beliau dan meneruskan ajaran-ajaran mulia yang telah beliau sampaikan kepada umat Islam," jelasnya lagi.
02 Oct 23
104
Sultan Mizan Rasmi Mercu Tanda Baharu Kuala Terengganu
Sultan Mizan Rasmi Mercu Tanda Baharu Kuala Terengganu
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli merasmikan mercu tanda baharu bandar ini iaitu Menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di Dewan Banquet Tingkat 1 bangunan berkenaan.  
01 Oct 23
3520
Sukaneka Erat Hubungan Komuniti
Sukaneka Erat Hubungan Komuniti
DUNGUN, 30 September - Aktiviti sukaneka yang berlangsung di Kampung Tembesu Akar baru-baru ini mengukuhkan lagi hubungan di antara ahli komuniti tempatan. Acara yang dianjurkan oleh Komuniti Rukun Tetangga Rumah Murah Kos 3 Kampung Tembesu Akar itu berjaya menyatukan penduduk kampung dalam satu semangat kebersamaan yang luar biasa. Pengerusinya, Zakariah Yusoff berkata, tujuan di sebalik acara ini yang telah berjaya menyatukan masyarakat serta mendapat sambutan yang menggalakkan. “Program sebegini merupakan julung kali diadakan.Matlamat utama kita mengadakan program ini ialah untuk menghimpunkan dan menyatukan komuniti kampung," ujarnya. Zakariah berkata, interaksi sesama jiran serta komuniti sekitar amat penting dalam kehidupan seharian. “Apabila kita tinggal bersama komuniti, kita tidak boleh "duduk di bawah tempurung" tanpa menghiraukan keadaan masyarakat sekitar. "Semua penduduk di dalam komuniti kampung ini, boleh turut serta dalam acara ini. Ianya terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang atau perbezaan fahaman politik," ujarnya. Sementara itu,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin yang menyatakan hasrat untuk mengadakan sukaneka secara besar-besaran di peringkat DUN Sura menunjukkan kesungguhan dalam memperkuat hubungan sosial dan komuniti. “Melalui kekuatan yang kita ada di setiap kampung, kita mungkin boleh laksanakan acara ini di peringkat DUN Sura. Langkah ini berpotensi memberi impak positif yang lebih besar kepada penduduk kampung serta mengukuhkan perpaduan di seluruh kawasan DUN Sura," katanya.,  
30 Sep 23
678
Tiga Bayi Permata Maulidur Rasul Lahir Di Hospital Dungun
Tiga Bayi Permata Maulidur Rasul Lahir Di Hospital Dungun
DUNGUN, 29 September - Tiga orang bayi dilahirkan di Hospital Dungun hari ini bersamaan tarikh kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. 12 Rabiulawal. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin turut berkongsi kegembiraan menyambut kelahiran mereka sempena Program Permata Maulidur Rasul Peringkat Daerah Dungun. Beliau mengambil kesempatan itu untuk menyampaikan sumbangan dan cenderahati istimewa kepada para ibu dan bayi-bayi ini. Dalam ucapan ringkasnya, Tengku Muhammad Fakhruddin berharap, setiap bayi yang disantuninya itu akan membesar dengan sihat, berakhlak mulia dan mengikuti teladan Rasulullah S.A.W.  Beliau juga menekankan pentingnya program Permata Maulidur Rasul ini sebagai bentuk kepedulian dan kasih sayang terhadap generasi muda, yang merupakan harapan untuk masa depan yang lebih cerah. Katanya,  inisiatif ini tidak hanya memeriahkan perayaan Maulidur Rasul, tetapi juga mengingatkan kita semua tentang nilai kasih, kepedulian, dan perhatian yang selalu dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. "Program seperti ini adalah contoh nyata bagaimana kita semua dapat menyumbang dalam membentuk generasi mendatang yang lebih baik," katanya kepada pemberita.   
28 Sep 23
313
Diskusi Dua Hala Rangka Pelan Strategik Dun Sura
Diskusi Dua Hala Rangka Pelan Strategik Dun Sura
DUNGUN, 25 September - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin telah mengadakan sesi perbincangan dengan pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kawasan Dungun. Diskusi ini bertujuan untuk merangka pelan strategik pembangunan Dun Sura dan menentukan hala tuju yang akan diambil oleh kawasan ini. Dalam pertemuan yang berlangsung, Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin menekankan pentingnya kolaborasi di antara pelbagai pihak yang terlibat dalam pembangunan kawasan Dun Sura. Beliau juga mengambil inisiatif untuk menerima pandangan dan cadangan dari para hadirin, termasuk wakil daripada agensi kerajaan dan NGO setempat. "Saya amat berbesar hati kerana dapat berjumpa dengan wakil-wakil dari pelbagai agensi dan NGO yang berperanan penting dalam pembangunan Dun Sura. Kami perlu bekerjasama untuk merangka pelan strategik yang berkesan bagi memastikan kesejahteraan dan kemajuan kawasan ini," kata Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin selepas pertemuan bersama Ketua Polis Daerah (OCPD) Dungun. Pertemuan ini mencerminkan komitmen kuat ADUN Sura dalam memastikan kepentingan penduduk kawasannya diutamakan dalam setiap usaha pembangunan. Rakyat Dun Sura dapat berharap kepada lebih banyak inisiatif yang akan memberi manfaat kepada komuniti setempat dalam masa akan datang.  
25 Sep 23
1248