lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

SPM ’Tiket’ Untuk Hidup
SPM ’Tiket’ Untuk Hidup
KUALA TERENGGANU, 9 Januari - Kelulusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan sekurang-kurang kelulusan untuk meneruskan kehidupan bagi rakyat Malaysia. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor berkata bahawa SPM adalah tiket penting kalau mahu bekerja. Katanya, majikan mahu yang mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya SPM, apatah lagi jika mahu menyambung pelajaran. "Oleh hal yang demikian, SPM adalah sekurang-kurang kelulusan yang bagi saya wajib ada untuk seorang rakyat Malaysia," katanya. Zuraida berkata demikian ketika merasmikan Program Tuisyen Rakyat DUN Ladang di Dewan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Jalan Sultan Omar, baru-baru ini. Bergambar bersama-sama para peserta Program Tuisyen Rakyat DUN Ladang. Ujar Zuraida lagi, beliau agak risau dengan keadaan mutakhir ini, apabila generasi muda seakan tidak berminat mahu belajar ditambah pula dengan pengaruh buruk yang dibawa oleh sesetengah pempengaruh media sosial. “Saya doakan mudah-mudahan semua para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM nanti, dipermudah segala urusan dan semoga peroleh keputusan yang cemerlang, “Antara tujuan utama penganjuran Program Tuisyen Rakyat ialah sebagai pecutan terakhir kepada para pelajar menjelang peperiksaan sebenar tak lama lagi,” tambahnya lagi. Beliau yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Jawatan Kuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Perpaduan Nasional negeri berkata bahawa Program Tuisyen Rakyat ini diadakan di kesemua 32 DUN dalam Negeri Terengganu. Sebahagian daripada peserta Tuisyen Rakyat DUN Ladang. Program tersebut telah berjaya mengumpulkan peserta lebih 50 orang peserta dari pelbagai sekolah, bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 6.30 petang dan dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Ladang.
09 Jan 24
244
Parkir : Peniaga Sokong Kenakan Caj Jika Kena Cara
Parkir : Peniaga Sokong Kenakan Caj Jika Kena Cara
Rata-rata peniaga di Dataran Rimba Square tidak menghalang sekiranya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mahu melaksanakan parkir berbayar di kawasan tersebut jika menggunakan kaedah yang tepat.
07 Jan 24
73
'Kita Manusia Bukan Malaikat'
'Kita Manusia Bukan Malaikat'
DUNGUN, 6 Januari - "Kita manusia bukan malaikat. Kekurangan sikit-sikit tu biasalah. InsyaAllah kita balas balik kepercayaan yang diberikan rakyat pada penggal ini dengan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk mereka". Itu antara pesanan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat kepada pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung (JPKK) DUN Paka. Katanya, kejayaan pengurusan kampung tidak dapat dicapai tanpa sokongan dan kerjasama yang kukuh dari setiap komuniti. "JPKK perlu ada kerjasama dalam komuniti untuk melancarkan pengurusan pentadbiran sesebuah kampung," katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Watikah Pelantikan JPKK DUN Paka di Rumbi Resort, Paka, semalam. Beliau menjelaskan, sebagai tanda penghargaan kepada pengundi yang memberikan sokongan kepada PAS, kepercayaan rakyat adalah aset terbesar untuk berkhidmat. "Sebab rakyat yang mengundi kita inilah pemegang taruh sebenarnya kepada kerajaan kita (PAS) memerintah. Dia yang memilih kita," ujarnya. Beliau turut mengajak ahli jawatankuasa JPKK agar saling berkongsi pengalaman dan bekerjasama dalam meningkatkan keselamatan dan keamanan di kawasan masing-masing. "JPKK perlu saling berkongsi pengalaman untuk memastikan kejayaan kita dalam menjalankan tanggungjawab ini. "Kepada pengerusi JPKK yang lama, sama-samalah kita berkongsi ilmu dan pengalaman kepada yang lain agar pengurusan kita lebih selaras," katanya.  Beliau juga berharap agar momentum kemenangan dalam PRU dapat diteruskan dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. "Kita harap dapat kekalkan momentum kemenangan ini dan jangan disia-siakan, kepercayaan yang diberikan oleh rakyat itu kita balas dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik," ujarnya.
06 Jan 24
455
KHIDMAT Dungun Hantar Bekalan Air Bersih Ke Besut
KHIDMAT Dungun Hantar Bekalan Air Bersih Ke Besut
DUNGUN, 6 Januari- Khidmat Pengurusan Kecemasan & Bencana Malaysia (KHIDMAT Malaysia) Dungun mengambil inisiatif dengan menghantar bekalan air bersih bagi kegunaan penduduk terjejas susulan masalah paip air bocor yang berlaku di dasar sungai dekat Jambatan Kampung Lampu, Besut sejak minggu lalu. Pengarahnya, Khairul Ismail berkata, misi membawa bantuan air ke  Besut itu disertai seramai 20 orang dari Jabatan Amal Malaysia (JAM) Dungun dan Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Peminat Pacuan Empat Roda Dungun (PADAT). "Manakala jentera yang terlibat adalah dua buah lori tiga tan dan empat buah kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang setiap kenderaan ini dilengkapi dengan tangki air," ujarnya ketika dihubungi pemberita.  Menurut beliau, pihaknya ditugaskan untuk mengagihkan bekalan air bersih di Kampung Limbungan dan Seberang Kastam dalam DUN Kota Putera. "Jadi dalam operasi kali ini kita akan hantar air dari rumah ke rumah, " ujarnya.  Terdahulu, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan, kebocoran paip tersebut telah mengakibatkan gangguan bekalan air berlaku di 11 kampung melibatkan Tangki Air Bukit Keluang di daerah tersebut. Katanya,  kebocoran paip bersaiz 600 mm itu mengakibatkan seramai 2,670 akaun pengguna dijangka menghadapi gangguan bekalan air bermula 1 hingga 21 Januari nanti, sementara kerja baik pulih dijalankan oleh kontraktor yang dilantik. Bagaimanapun katanya, sebanyak enam lori tangki air dan 49 tangki statik sedang ditempatkan di kawasan terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.
06 Jan 24
260
Rezeki Tahun Baru Diami Rumah Sendiri
Rezeki Tahun Baru Diami Rumah Sendiri
DUNGUN,4 Januari- Kedatangan tahun 2024 yang baru melepasi beberapa hari pastinya menjadi detik yang paling bermakna buat lima beranak dari Kampung Gong Pasir, di sini apabila menerima rumah baharu. Saupi Alias,36, berkata, dia sangat terharu kerana hasrat untuk mendiami rumah sendiri akhirnya tercapai pada awal tahun ini menerusi Projek Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) yang diperkenal kerajaan negeri. “Alhamdulillah, rasa syukur sangat dan saya ucap ribuan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli dan Alias Harun yang merupakan mantan ADUN kawasan ini yang telah berusaha untuk mendapatkan rumah ini buat keluarga kecil kami. “Sekian lama saya nantikan rumah ini kerana sebelum ini hanya menumpang di rumah mertua yang juga tinggal di sekitar sini,” ujarnya. Bapa kepada tiga anak itu berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Penyerahan Kunci Rumah PPTS DUN Rantau Abang yang disempurnakan oleh ADUN Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli di Kampung Gong Pasir, semalam. Tambah Saupi, pemberian itu juga mengembirakan anak-anaknya yang masih bersekolah dan semestinya memerlukan kepada kediaman yang selesa. “Selepas ini mereka dapat belajar dan berehat dengan selesa berbanding sebelum ini, terima kasih kepada kerajaan,” ujarnya. Sementara itu, Mohd Fadhli Rahmi berkata, kerajaan negeri sentiasa komited untuk melihat rakyat Terengganu memiliki kediaman sendiri agar kehidupan mereka lebih kondusif dan selesa. “Kerajaan negeri sentiasa komited menyediakan rumah kepada rakyat Terengganu yang kurang berkemampuan dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan,” ujarnya.  
03 Jan 24
587
Pelbagai Pihak Tampil Bersih Sekolah Pasca Banjir
Pelbagai Pihak Tampil Bersih Sekolah Pasca Banjir
DUNGUN, 2 Januari- Lebih 120 individu termasuk anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, beberapa agensi kerajaan, syarikat swasta dan penduduk kampung hari ini tampil membantu membersihkan Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir Raja di sini yang terjejas banjir. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, operasi pembersihan berkenaan dimulakan sejak awal pagi tadi hingga petang ini bagi memastikan murid dapat belajar dengan lebih selesa. “Meskipun sekolah itu telah dibersihkan sebelum ini, namun masih ada kesan lumpur di sekitar bangunan sekolah terutamanya di kawasan asrama dan bilik darjah yang memerlukan kerja-kerja pembersihan secara maksima. “Hari ini sepatutnya bermula sesi pembelajaran dan pengajaran tetapi terpaksa digantikan dengan aktiviti gotong-royong membersihkan bangunan sekolah yang terjejas banjir baru-baru ini,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di sekolah terbabit sempena Program Pasca Banjir Bersama Komuniti. Katanya, para sukarelawan turut melakukan kerja-kerja pembersihan Masjid Kampung Pasir Raja yang turut ditenggelami air baru-baru ini.
02 Jan 24
228
JAM Rantau Abang Gerak Anggota Bersih Rumah Mangsa Banjir
JAM Rantau Abang Gerak Anggota Bersih Rumah Mangsa Banjir
DUNGUN,31 Disember- Jabatan Amal Malaysia (JAM) Rantau Abang segera menggerakkan anggotanya untuk turun padang bagi membantu mangsa banjir membersihkan rumah sejurus air mulai surut di daerah ini. Ketuanya, Muaz Anuar berkata, anggota JAM Rantau Abang telah bersiap sedia lebih awal dalam misi membantu mangsa banjir yang memerlukan bantuan membersihkan rumah. “Ini sudah menjadi rutin tahunan kerana hampir setiap tahun kami akan turun bagi melakukan ops pasca banjir selepas air mula surut dan penduduk mula pulang ke rumah. “Beginilah keadaan selepas berlakunya banjir, penuh dengan lumpur dan sampah sarap yang bersepah di dalam rumah dan luar rumah,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan kerja pembersihan di Kampung Wa, semalam. Mengulas lanjut katanya,ops pasca banjir kali ini turut disertai oleh sukarelawan daripada golongan belia, beliawanis dan masyarakat setempat yang berganding bahu menyumbangkan tenaga membantu membersihkan rumah mangsa banjir. “Kebiasannya untuk membersihkan sesebuah rumah itu akan memakan masa juga disebabkan oleh barang-barang yang perlu dikeluarkan terlebih dahulu sebelum memulakan pembersihan. “Kira-kira seramai 20 orang anggota Jabatan Amal Rantau Abang dan dibantu oleh sukarelawan telah digerakkan dalam ops pasca banjir kali ini,” ujarnya. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Mohd Fahdli Rahmi merakamkan penghargaan kepada anggota JAM Rantau Abang yang telah menyumbangkan tenaga bagi menjayakan misi ops pasca banjir di sini semalam. “Terima kasih juga kepada seluruh sukarelawan yang sudi meluangkan masa untuk bersama berganding bahu membantu mangsa banjir ini,” katanya. Beliau juga menyeru kepada semua masyarakat setempat untuk terus bersatu padu dan rapatkan saf ukhuwah bagi menghadapi ujian daripada Allah S.W.T ini secara bersama. “Setiap ujian yang diberikan kepada hambanya itu pasti ada hikmah disebaliknya, percayalah bahawa ganjaran pahala yang besar sedang menanti buat orang yang sabar dalam menempuh setiap ujian. Semoga bantuan dan sokongan daripada masyarakat yang lain terus mengalir bagi membantu penduduk yang terlibat banjir baru-baru ini,” ujarnya.
31 Dec 23
155
Terus Pantau Dan Bantu Mangsa Banjir Walau PPS Telah Ditutup
Terus Pantau Dan Bantu Mangsa Banjir Walau PPS Telah Ditutup
DUNGUN, 31 Disember- Khidmat Malaysia Kawasan Dungun memberi jaminan akan terus memantau keadaan mangsa banjir yang telah pulang ke kediaman masing-masing setelah dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terakhir daerah ini ditutup secara rasminya pukul 9 pagi tadi. Pengerusinya, Khairul Ismail berkata, ianya bagi memastikan setiap perkembangan (mangsa banjir) selepas penutupan PPS diuruskan dengan cekap dan berkesan. “Kita akan berhubung dengan mereka melalui aplikasi WhatsApp Khidmat Kawasan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. “Kepada penduduk yang masih memerlukan bantuan termasuk untuk membersihkan rumah dan sebagainya atau mempunyai sebarang aduan boleh terus menghubungi kita untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa melalui saluran komunikasi yang sedia ada. "Diharapkan masyarakat setempat dapat kembali kepada kehidupan normal dengan bantuan yang diberikan dan sokongan padu daripada pelbagai pihak," katanya ketika dihubungi pemberita. .Mengulas lanjut katanya, dua PPS di Dungun iaitu dewan Masjid Serdang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pati ditutup secara rasmi jam 9 pagi tadi dan seramai 112 mangsa daripada 33 keluarga yang berlindung di dua PPS berkenaan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing. "Alhamdulillah kita tengok keadaan cuaca yang semakin baik serta penurunan trend paras air sungai turut memberikan kemudahan kepada penduduk yang terjejas," katanya.
31 Dec 23
111
'Tak Tahu Nak Mula Bersih Dari Mana'
'Tak Tahu Nak Mula Bersih Dari Mana'
DUNGUN, 29 Disember - " Tak tahu nak mula bersih dari mana," luah salah seorang mangsa banjir yang mana rumahnya paling teruk terjejas akibat tragedi banjir melanda Felda Kerteh 4 baru-baru ini. Bibi Mazatul Akmal, 47, berkata, selepas air surut dia mula memikirkan bagaimana mahu membersihkan rumahnya yang terendam lumpur dan dimasuki air sehingga ke paras kepala.  "Saya balik tu jadi tak tahu nak 'start' dari mana untuk bersih. "Sebab saya masuk rumah tu bau tanah  lumpur sangat kuat ditambah dengan barangan bersepah akibat dinaiki air," katanya ketika ditemui pemberita semasa operasi Gotong-royong Khidmat Malaysia DUN Paka Bersama Agensi Kerajaan di kediaman rumahnya. Bagaimanapun, dia sangat bersyukur dengan pertolongan yang dihulurkan Jabatan Amal Malaysia (JAM) Paka, yang memberikan bantuan awal dengan mengeluarkan barang-barang yang bersepah di dalam rumahnya. "Alhamdulillah, JAM Paka antara yang terawal datang bantu saya dan anak-anak angkat barang-barang yang bersepah. "Tanpa mereka, mungkin susah kami nak kemas sendiri," ujarnya. Tambahnya lagi, kerja pembersihan dan mengemas rumahnya turut menjadi ringan dengan kehadiran bantuan daripada pelbagai pihak selepas itu termasuk kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Paka, Muslimat Paka, Kelab Belia yang turut menyertai operasi gotong-royong berkenaan.  "Sekali lagi saya rasa bersyukur sangat, hari ini ada lagi orang datang berpusu-pusu ke rumah saya untuk melakukan kerja membersih dan memulihkan keadaan rumah saya," jelasnya. Buat sementara waktu Bibi Mazatul terpaksa menumpang di balairaya yang disediakan oleh Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Felda Kerteh 4 sementara menunggu rumahnya pulih.
28 Dec 23
160
17 Rumah Terkena Ribut Dibaik Pulih
17 Rumah Terkena Ribut Dibaik Pulih
MARANG, 28 Disember - Sebanyak 17 buah rumah di Kampung Jambu Bongkok, Marang yang dilanda ribut ahad lepas kini sedang dalam proses pembaikan sejak semalam. Dalam kejadian ribut itu, penduduk kampung yang terperangkap terkejut apabila angin kuat tiba-tiba melanda hingga menerbangkan bumbung rumah. Azmi Abd Rahman Timbalan Pengerusi JPKK Jambu Bongkok Pantai Timbalan Pengerusi JPKK Jambu Bongkok Panti, Azmi Abd Rahman berkata, angin kuat tiba-tiba melanda kampungnya sekitar jam 3 pagi dan ia mendatangkan kerugian kepada mangsa. "Bencana angin kuat ini berlaku dengan tiba-tiba kira-kira jam 3 pagi dan menjejaskan bumbung di sebanyak 17 buah rumah selepas angin kedua yang datang secara berpanjang bermula jam 12.00 tengahari sehingga 4.00 petang. "Sekarang kami sedang berusaha untuk memasang bumbung rumah mereka dengan seberapa segera," Jelasnya ketika dihubungi hari ini.  Sementara itu, ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong, merakamkan ucapan dukacita kepada semua mamgsa dan menyuarakan rasa syukur kepada semua yang terlibat dalam usaha pemulihan. "Terima kasih buat semua yang terlibat, JPKK, pemuda, dan komuniti setempat yang berusaha untuk menyiapkan pembaikian ini. InsyaAllah semoga semuanya dipermudahkan," katanya. Sulaiman Sulong. Usaha pembaikan ini dilihat sebagai langkah positif dalam memulihkan kehidupan penduduk yang terjejas. Pembaikan bumbung rumah-rumah tersebut dijangka dapat diselesaikan dengan cepat demi memastikan kestabilan hidup komuniti yang terjejas.  
28 Dec 23
163